Tajuk :
Persetiaan Persekutuan 1895 : Ke arah penubuhan Persekutuan yang kukuh
Nama : Haikal Bin Zamri
Pengenalan
Menjelang tahun 1874 British
melaksanakan dasar campur tangan secara langsung dalam pentadbiran
negeri-negeri Melayu. Namun begitu langkah
mencampuri urusan dalam negeri Melayu telah bemula lebih awal di Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas
termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Antara sebab campur tangan
tersebut antara lain ialah kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang
sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di
Filipina, Belanda di Indonesia. British tidak mahu kepentingan ekonominya di
Negeri Melayu diancam oleh kuasa ini.
Natijahnya British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British
melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan.
Kejayaan British menguasai negeri tersebut banyak disebabkan oleh
pertelingkahan antara raja dan pembesar negeri di samping berebut pengaruh dan
kuasa.
Namun begitu sistem Residen memiliki beberapa kelemahan yang ketara yang
turut disedari oleh British sendiri. Bagi raja Melayu pada masa itu kuasa Residen
telah menjadi dominan dalam pentadbiran negeri. Residen mengambil alih kuasa
pentadbiran dan pungutan cukai. Hal ini terjadi kerana Residenlah yang
menjalankan semua urusan pentadbiran. Nasihat resdien sebenarnya merupakan kata
putus yang perlu diikuti oleh sultan. Namun ada sesetengah Residen juga turut
campur dalam isu berkaitan adat resam pembesar dan raja pada masa itu.
Sistem Residen juga bukanlah satu sistem yang terancang kerana kuasa Residen
di setiap negeri dilihat berbeza, tidak seragam dan tidak memiliki satu panduan
tugas yang sama antara keempat-empat buah negeri ini. Hal ini menyebabkan
terdapatnya idea menyatukan pentadbiran keempat-empat negeri ini dalam sebuah
pentadbiran.
Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan
Selangor dikemukakan oleh Frank
Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith.
Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan
mencadangkan penubuhan persekutuan . Dalam laporan itu, beliau menegaskan
penubuhan persekutuan akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan
mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan
tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi
Gabenor Negeri-negeri Selat.
Faktor-faktor penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di Perak
pada 1874, Selangor ( 1874 ), Pahang (1888 ) dan Negeri
Sembilan(1895 ).Walau bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam
melaksanakan tugas di Negeri-negeri Melayu. Akibatnya, berlaku ketidakseragaman
dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana kebolehan dan cara
pentadbiran Residen berbeza-beza. Terdapat juga perbezaan-perbezaan
dalam pentadbiran Undang-undang Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara
negeri-negeri tersebut.
2. Menghadkan kuasa Residen
Walaupun Residen dilantik sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa
paling berkesan kerana segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen.
Sultan dan Majlis Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen kerana terpaksa merujuk kepada Residen dalam
menjalankan pentadbiran negeri. Semua undang-undang yang diluluskan mesti ditandantangani oleh Residen sebelum
berkuatkuasa.
3. Masalah kewangan Pahang
British mengambil Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi
cemerlang. Apa yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan
jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang. Pada tahun 1890-an, Pahang
menghadapi masalah kewangan. Dalam menjalankan pentadbiran, British mendapat
bantuan kewangan dari Negeri-negeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang
pada Negeri-negeri Selat ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang
meningkat kepada $800 ribu. Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila
berlaku kebangkitan Pahang 1891-1895.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti Perak
dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin seperti Pahang
jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik.
4. Keselamatan
Sejarawan A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan
seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan berlaku
lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan, khususnya dalam
menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan bantuan luar.
Kesan-kesan
1. Mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan
kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang
stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang
berkaitan dengan persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan,
Undang-undang Tanah dapat disatu dan diselaraskan kerana semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya arahan Residen
Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan
seperti kewangan, polism kastam, perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya,
keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama
pada 1 Julai 1896.
2. Residen Jeneral menjadi kuasa pentadbir yang baru
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul
sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran
dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak
dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam
menjalankan pentadbiran negeri.
3. kestabilan ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi,lebihan hasil dan
hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. contohnya
hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah
meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih
timah dan getah. Pada tahun 1889 eksport bijih timah dari negeri Perak, Pahang
Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Dan menjadi 700000 tan pada tahun 1904. Ianya berdasarkan
faktor penggunaan kapal korek yang digunakan oleh pelabur tersebut.
Begitu juga dengan perusahaan getah
yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada
tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 – 50 ribu ekar dan 1909 meningkat
kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.
4. kemajuan perkhidmatan sosial
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,
kesihatan, pelajaran dan lain-lain. . Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik
di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya dan
340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah didirikan .Pada tahun 1907, terdapat
266 buah sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah
sekolah Cina. .