sumber : http://jeffrey518.tripod.com/
Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap
bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau
berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith
Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang
penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula
sejarah pergerakan pengakap
dunia.
Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia.
Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Pergerakan Pengakap
Daripada Wikipedia, ensiklopedia
bebas.
Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing
golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan
mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal. Penekanannya adalah
kepada aktiviti pratikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil tempat yang
berguna dalam masyarakat. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907
di England oleh Lord Robert Baden-Powell
yang merupakan "Bapa Pengakap Sedunia".
Sejarah awal
Powel ialah bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Jeneral. Selepas penubuhan Pergerakan
Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides")
pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes
Baden-Powell. Pada tahun 1910, Pergerakan Pengakap bermula di
Malaysia.
Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap
ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai
penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Pergerakan Pengakap merebak ke
seluruh United Kingdom tidak
lama selepas penerbitan Scouting For Boys. Pergerakan Pengakap dengan
pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan
pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan
(chartered) di Malta. Benih Pengakap bermula di Mafeking, Afrika Selatan, di mana Baden Powell berkhidmat
sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer
1899 - 1902. Baden-Powell mempertahankan bandar tersebut daripada Boers (Afrikaner), yang berganda lebih besar jumlahnya
berbanding anggotanya pada nisbah lapan kepada satu. Dia membentuk Kor Kadet
Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera. Kor tersebut dianggotai
sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki. Baden-Powell melatih pemuda tersebut
dan mereka membuktikan diri mereka dengan baik, membantu mempertahankan bandar
tersebut dengan jayanya (1899 - 1900). Setiap anggota Kor Kadet menerima
lencana, gabungan titik kompas dan kepala lembing. Logo ini akhirnya menjadi fleur-de-lis,
yang diambil Pengakap sebagai simbol antarabangsanya.
Batu peringatan di Pulau Brownsea,
Pelabuhan Poole, England, memperingati kem Pengakap pertama.
Hasil daripada statusnya sebagai
wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan
Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual
latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap)
(ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh
guru dan organisasi remaja.
Pada 1906,
Ernest
Thompson Seton menghantar satu salinan bukunya kepada Baden-Powell
berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu
Birch mengenai Seni Rimba Indian). Seton, berbangsa Kanada kelahiran British tinggal di Amerika Syarikat, kemudiannya bertemu Baden-Powell
dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja.
Baden-Powell digalakkan untuk
menulis semula Aids to Scouting untuk pembaca muda. Pada 1907
Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang
sama, untuk menguji sebahagian ideanya, Baden-Powell telah mengumpulkan 22
orang budak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan
perkhemahan selama seminggu, bermula 29 Julai, di Pulau Brownsea
di Poole Harbour,
Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali
sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah
Pengakap, membenarkan kanak-kanak lelaki untuk menyusun diri mereka dalam
kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik. Pada musim luruh 1907,
selepas menerbitkan draf bukunya dan ekspedisi perkhemahan yang berjaya,
Baden-Powell memulakan lawatan ceramah yang intensif yang diatur oleh penerbit
bukunya, Pearsons, untuk mempromosi bukunya yang akan datang. Bermula Januari 1908
penerbitan pertamanya muncul sebagai enam ansuran dalam majalah budak lelaki
yang diterbitkan dua kali sebulan.
Bahagian tersebut kemudiannya
diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for
Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang
dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan
Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan
idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade.
Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan
membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini
pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya
sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut
"Sea Scout" dan Pengakap Udara
"Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap.
Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya.
Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan
untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919
Gilwell Park
dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap.
Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids
to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan
Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia
membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan
Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga
membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit
tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama