CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 11 Februari 2012

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )

Cara tulis hasil kajian

  1. Tajuk kajian
  2. Senarai kandungan
  3. penghargaan
  4. Objektif kajian
  5. kaedah kajian
  6. hasil kajian
    1. maklumat asas produk tempatan

i. nama produk

ii. kategori ( ikut soalan )

iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik

iv. lokasi

    1. latar belakang ( pilih 4 sahaja )

i. sejarah kewujudan

ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman

iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

iv. tujuan / kepentingan produk

v. keistimewaan / kelebihan / keunikan

    1. kaedah / cara penghasilan ( pilih 4 sahaja )

i. tenaga kerja

ii. senarai bahan yang digunakan

iii. senarai peralatan

iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan

v. spesifikasi produk / daripada segi timbangan / sukatan / ukuran

vi. langkah kawalan mutu

    1. perkembangan produk ( pilih 4 sahaja )

i. rangkaian pemasaran

ii. pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan

iii. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi keuntungan yang diperoleh

iv. lambang identiti setempat

v. cabaran / masalah yang dihadapi

vi. potensi produk

vii. perancangan masa hadapan

  1. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara
  2. lampiran
    1. gambar
    2. peta
    3. dokumen
    4. bahan lain yang berkaitan
  3. rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

137 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum cikgu.. saya nk tanya..
    yg soalan:
    'belilah barangan buatan malaysia'
    bagaimanakah slogan di atas dpt mnyuburkn smngt patriotisme dlm klngn rkyat di ngara kita?

    tu nk buat mcm mne? cikgu tolong bg idea/contoh sikit boleh tak? saya tak berapa faham..

    BalasPadam
  3. saya harap cikgu dpt bls scepat yg mungkin.. :)

    BalasPadam
  4. saya dah masukkan pada 20/3/2012 ni.
    cuba amati cara penulisan ini.
    ubah-ubah sikit .
    yang ada nilai warna merah jangan ubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. kat mana ? cikgu bgkn link tu boleh? xdpt cari la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada label kerja kursus saya ni
      tengok yang elemen 3
      dah siap

      Padam
    2. TUGASAN 2

      Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan

      unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

      Soalan:

      BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

      Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?


      Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara


      Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu

      Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.


      Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.


      Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

      Padam
    3. teacher saya kurang paham dalam keja kursus ini.?ia nk suruh kite pilih tugasan satu dantugasan 2 atau buat semua?

      Padam
  6. cikgu, saya kurang faham kat tenaga kerja[kaedah], boleh terangkan dgn lebih lanjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bilangan pekerja berapa orang
      adakah bergaji
      hitung panjang gaji sebulan
      kemahiran yang dia miliki
      adakah dia kerja sepenuh masa kat situ ataupun separuh masa
      mahir atau tak
      kalau ada gambar lagi bagus
      kalau ada tag nama pekerja pun boleh jadikan lampiran
      tak ada tak apa

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Arahan untuk calon ;

    --> Hasil kerja kursus hendaklah di tulis tgan,di taip atau menggunakan komputer. Penulisan mggunakn komputer hendaklah dgan fon Times New Roman, saiz 12 dgn langkau 2-0

    Ape maksud langkau 2-0 dlm arahan ni?!
    dah tulis 1 baris, selang 2 ?
    mcam tu ka?

    BalasPadam
  9. select all
    pergi kat format
    pilih paragragh
    bawah sikit ada perkataan line spacing
    pilih double
    tekan ok

    BalasPadam
  10. siapakah nama pengusaha / syarikat / status hak milik satay

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama tuan punya syarikat yang mengusahakan satay tu
      status hak milik - sendiri punya ke , kongsi dengan kawan ke

      Padam
  11. assalamuaikum cikgu , boleh bagi objektif kajian tak ? saya taktahu nak buat objektif kajian tu macam mana .

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang
      kaitkan dengan tajuk awak
      yang ini makanan

      4. Objektif kajian
      1. mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
      2. Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah
      3. Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.
      4. menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

      Padam
    2. ohh okayy , terima kasih cikgu .

      Padam
    3. Assalam..cikgu ,kaedah kajian dan objektif kajian kena buat dlm bentuk poin/esei?

      Padam
    4. objektif kajian hendak tulis dalam poin atau esei???

      Padam
  12. Assalam, cikgu, rujukan yang 'mngikut format' tu macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nnti saya masukkan
      yang ini bahagian akhir elemen 2

      Padam
    2. mane nye... dari tahun lepeh sya nunggu

      Padam
  13. cikgu, bolehkah cikgu terangkan cara untuk membuat bahagian (perkembangan produk)?

    BalasPadam
  14. assalammualaikum cikgu, sye nak tahu lesen perniagaan tu kene adew kew?

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu ada
      kalau ada ambil gambar atau photostat pun boleh
      tuliskan kat bawah itu lesen dia

      kalau tak ada lesen pada huraian tuliskan pengusaha tiada lesen perniagaan

      Padam
  15. Balasan
    1. yang banyak kat situ tu ada a, b, c, d, e, f pilih 4 daripadanya

      Padam
    2. cikgu boleh pilih lebih dari empat tak

      Padam
  16. cikgu, mcm mana nk buat hasil kajian perkembangan produk?.boleh terangkan.

    BalasPadam
  17. salam sejahtera cikgu..apakah maksud lambang/identiti setempat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk tajuk apa
      pakaian - tak sesuai
      kraftangan macam labu sayung sesuai untuk lambang identiti setempat
      dll yang sesuai - produk mi bandung / mi sipt untuk budak muar

      Padam
    2. saya ambil tajuk makanan iaitu maruku...kalau tak ada lesen perniagaan tak apa,ke? sebab pengusaha tak bagi..kalau tangkap gambar sah tak? terima kasih cikgu....^^

      Padam
    3. boleh ambil gambar sahaja
      jadikan lampiran

      Padam
  18. assalamuaikum cikgu, boleh bagi objektif kajian dan rumusan tak ?
    saya taktahu nak buat mcam mana.
    saya buat pasal batik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum, cikgu saya nak tanya mana saya nak cari karangan bagaimanakah slogan di atas dpt mnyuburkn smngt patriotisme dlm klngn rkyat di ngara kita? saya dah cari kat elemen 3 tapi x jumpa.....cikgu bantu saya bagi laman web....

      Padam
    2. objektif kajian dah saya masukkan
      rujuk

      rumusan masih belum masuk
      minggu depan

      Padam
    3. cikgu...nk tnya...objektif kajian kna uat dlm point ka dlm esei???

      Padam
  19. salam ckgu , sy xpham lar nk buat folio :( tlong ajar kn bley tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dalam proses menyudahkan kajian kerja kursus ni.
      nnti saya masukkan yang sepenuhnya sebagai contoh. tunggu lagi 3 minggu

      Padam
  20. cikgu pertanyaan saya ialah,
    1.hasil kajian kene buat esei dLm setiap point atau setiap main point 1 esei je?

    BalasPadam
  21. kat menu blog saya ada contoh cara menulis hasil kajian kerja kursus sejarah tahun lepas 2011. buat macam tu.
    tengok kat situ

    BalasPadam
  22. Cikgu , boleh tk bagi contoh untuk
    vi. potensi produk
    vii. perancangan masa hadapan
    saye tk phm la mcm mane nk buat part tuh ~ Hrp2 blehy ye cikgu :D

    BalasPadam
  23. terima kasih cikgu!!!
    banyak maklumat yang saya dapat!!!
    terima kasih sekali lagi!!

    BalasPadam
  24. aslm, ckg camne nk buat "pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan"

    BalasPadam
  25. Dalam hasil kajian,Kita harus menulis latar belakang tentang Adabi atau Produk adabi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. adabi macam tak boleh sebab dah terkenal. kalau pengusaha itu keluarkan barangan adabi rasanya tak ada masallah.

      latar belakang pengusaha sahaja.
      kalau rajin buat macam mana dia ada hubungan dengan adabi. mungkin boleh masukkan dia pernah kursus kat adabi ke, pernah kerja kat adabi ke atau ada lesen daripada adabi ke


      sorrrrrrrrry lambat balas. saya tak nampak

      Padam
  26. rumusan tuh cmna? cm kesimpulan kaa?

    BalasPadam
  27. salam . cikgu nk tny nih .?mcm ner nk bt perkembangan produk..??
    nk bine ayat to mcm ner bley ckigu tlg x?? ^^


    arap cikgu balas scpt mngkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut macam huraian saya pada hsil kajian
      erkembangan produk

      i. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi / keuntungan yang diperoleh

      sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin Abu ini beliau yang bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa sekarang telah mengedar dan memasarkan barangan keluarannya dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula bertambah iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi permintaan setempat dan pasar raya. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau bertambah dan mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.

      ii. cabaran / masalah yang dihadapi

      Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah beliau pernah berhadapan dengan masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah juga beberapa ketika pisang tanduk yang menjadi menu utama pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang. Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain. Ini menyebabkan berlakunya perubahan daripada seri harga belian pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga jualan setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah permintaan dikurangkan oleh pembeli.
      Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak masak. Keadaan ini menjejaskan margin keuntungan kerana kos pengeluaran bagi pembelian minyak masak adalah besar.

      iii. potensi produk
      Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.

      -
      iv. perancangan masa hadapan

      Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah pengeluaran kerepek pisang daripada segi keluaran dan jaringan pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang untuk mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan mungkin menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan pisang untuk jangka masa yang panjang.

      Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis , kerepek pisang pedas iaitu mengambilkira daripada barangan berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat buat masa ini.

      Padam
  28. cikgu , bole bagi objektif kajian tajuk pakaian x ?

    BalasPadam
  29. cikgu, apakah lambang/identiti setempat kalau saya membuat kajian tentang kilang membuat mi kuning di pulau pinang??

    BalasPadam
    Balasan
    1. cigu bagai mane nak buat hasil kajian pleaseeee?????????????????

      Padam
    2. tengok posting saya yang terakhir. dah siap

      Padam
    3. lambang identiti setempat
      - maksudnya mungkin makanan yang dkiusahakan itu tidak terdapat ditempat lain. contoh nya kat pulau pinang ada buah pala.
      kalau awak buat mi kuning mungkin selalu digunakan di kedai makan/ restoran kerana kualiti dan rasanya yang tersendiri hasil rahsia respei dan cara pembuatannya.
      mungkin saiznya yang sedikit berbeza....
      saya agak saja
      sorry lambat balas. tak sempat

      Padam
  30. Cikgu , mcam mana nak buat Hasil kajian cikgu ? saya kurang faham :)

    BalasPadam
  31. as'salam cikgu,apa maksud potensi produk ?
    tq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. otensi produk

      Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.

      Padam
  32. Cikgu ade contoh rumusan tk cikgu? Klau bole cikgu bagi, terima kasih sgt-2 cikgu, bnyk dah cikgu tlg kt folio sy ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok posting terakhir saya. contoh hasil kajian

      Padam
  33. cg..ader contoh rumusan dn rujukan tak.. hehe trima ksih

    BalasPadam
  34. cikgu boleh buat tentang kedai kek ke?

    BalasPadam
  35. nak tanya, langkah-langkah kawalan mutu macam mana buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak buat tajuk apa hinie

      kalau makanan .. contohnya dodol
      - pengusaha memastika barangan yang digunakan untuk membuat dodol tersebut dipastikan daripada segi kebersihan dan tidak dicemari dengan benda asing. kandungan gula juga dipastikan betul supaya dodol yang dihasilkan berkualiti dan dapat dinikmati dalam jangkamasa yang lama.hal ini demikian kerana terdapat sesetengah dodol yang akan ditumbuhi dengan ..... selang beberapa hari kita membuka bungkusannya

      kandungan berat yang betul / sama dengan yang dipamerkan pada pelekat pada pek

      pakaian
      - jaga kualiti
      butang tak hilang / tercabut/ ikut cita ras pelanggan/

      Padam
  36. cikgu tolong bagi contoh rumusan, tak tahu nak buat macam mana.

    BalasPadam
  37. CIKGU BOLEH BAGI CONTOH RUMUSAN .

    BalasPadam
  38. Salam sejahtera , saya mahu tanya , senarai rujukan bagaimana hendak buat? tolong bagi saya contoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut macam huraian saya

      rujukan – mengikut format penulisan yang diberi


      buku
      Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku diterbitkan , nama penerbit
      Contoh
      Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

      Jurnal
      Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil berapa, Bulan terbit, Tahun terbit
      Contoh
      Zakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan Malaysia, Bil 7 , April 2010

      Ensiklopedia
      Tajuk, jilid, tahun terbit

      Akhbar
      Nama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

      Orang sumber
      Nama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

      Melawat tempat kajian
      Nama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

      Majalah
      Nama majalah, tarikh , tahun

      Internet
      http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini, enter,( nanti keluar biru )

      Padam
  39. Cikgu, saya nak Tanya macam mana nak buat punca Dan jumlah modal untuk adabi?tq cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. jumpa pengusaha yang awak buat tu.
      tanyakan sahaja
      contoh
      punca modal - pinjaman daripada bank pada tahun 2000 sebanyak 100,000 untuk membeli peralatan awal, mesin, membina kilang operasi dan membayar gaji pekerja.

      Padam
  40. selamat sejahtera, saya nak tanye kerja kursus ni kalau buat pasal minuman boleh diterima ke?

    BalasPadam
  41. Terima kasih cikgu....segala maklumat n tunjuk ajar cikgu amat berguna pd kami.

    BalasPadam
  42. cikgu, elemen 1 mengumpul fakta sejarah kan, saya ada buat televisyen, wajib ke letak transkripsi tu?

    BalasPadam
  43. cikgu...mcm na nk uat rumusan ya...saya x reti nk uat rumusan ni...cikgu tolong sya... :)

    BalasPadam
  44. salam cikgu...boleh tak bagi tujuan/kepentingan
    untuk kategori pakaian.. saya tak reti...

    BalasPadam
  45. cikgu hasil kajian buat lebih dari 4 aspek boleh tak

    BalasPadam
  46. Cikgu , blh bagi tau macam mana buat hasil kajian songket and rumusan songket x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hasil kajian songket saya tak dapat tolong buat. cuba taipkan kat wikipedia cari cara pembuatan songket. daripada situ boleh buat tambah bagi huraian cara penghasilan/ alat pengeluaran dan bahan pengeluaran.

      rumusan songket kaitkan
      - usaha/ kerja yang bersungguh-sungguh oleh pengusaha dalam menghasilkan songket yang bermutu tinggi
      dia melaksanakan tanggungjawab mempertahankan tradisi pakaian orang melayu
      - masukkan peranan songket dalam majlis tertentu - perkahwinan/ upacara tertentu dll

      Padam
  47. Cikgu , macam mana nak buat hasil kajian untuk batik ? saya tak dapat nak buat kaedah/cara penghasilan dan perkembangan produk . cikgu tolong saya .. :)

    BalasPadam
  48. bleh tanya cikgu....klaw kita nak buat hasil kajian mesti tantang apa yg kita ambil? atau pasal makanan tersebut...

    BalasPadam
  49. cikgu,,
    boleh berikan contoh untuk bwat rumusan x ?

    BalasPadam
  50. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  51. Sya nak tanya,kalau sya nak buat psl burger ramly boleh ke?

    BalasPadam
  52. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  53. cikgu saya tak tahu macam maner nak buat hasil kajian rujukan dah ada tapi tak reti buat ayat tapi saya buat tajuk songket.......

    BalasPadam
  54. macam maner nak buat hasil kajian maklumat asas produk tempatan

    BalasPadam
  55. tk fhm lah cikgu...tpunca dan jumlah?

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum cikgu,.. untuk bahagian lampiran, x pe ke kalau x de yg dokumen tuu ?
    trimas :DD

    BalasPadam
  57. assalamualaikum ckgu .saye ingin bertanye sedikit tentang rumusan yang ade nilai patriotisme tu .mcm mane nk buat ?boleh ckgu berikan contohnye .

    BalasPadam
  58. salam...cikgu blhkah saya minta izin ambik isi penting utk hasil kajian sejarah?.....please....

    BalasPadam
  59. Cikgu,saya masih tak paham lagi camne nak buat Tajuk kajian...so,minta tunjuk ajar blh??

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum , cikgu boleh tak kalau saya nak buat ayat Nama Produk (bawah tajuk maklumat asas produk) macam ini:
    "Pastry Shamsiah Entreprise menjalankan perniagaan berasaskan kek dan roti. Pengusaha ini mengeluarkan produk kek beraising serta tidak beraising, roti, donat, makanan sejukbeku serta biskut. "
    harap cikgu dapat reply!^^

    BalasPadam
  61. ckgu mcm mne nk buat perkembangan produk tentang kuih muih traditional??
    boleh ck gu bg ta

    BalasPadam
  62. ckgu boleh ta bg cye mcm mne nk buat perkembangn produk ,,,cye buat tntang mknan kuih muih traditional

    BalasPadam
  63. leh x kalau sesiapa saja bagi ayat objektif kajian tentang keropok lekor,saya x faham lah

    BalasPadam
  64. cikgu , sbelum saya igin m'capkan trime kasih sbb dah bagi bnyak maklumat ttg folio sej ni . tapi saya kurang faham di bwh tajuk maklumat nama produk . kan cg. ckp kne masukkan gambar barangan yg telah dipacking , kalo saya buat tajuk batik . saya kne buh gambar ape yg macam mane erk ?

    BalasPadam
  65. salam, cg bleh bantu sye? apa yg perlu letak di lampiran? sye buat pasal makanan.

    BalasPadam
  66. ckgu, klo saye buat tajuk kajian makanan tempatan di malaysia boley x?

    BalasPadam
  67. bolehkh tanye cikgu,lampiran and rujukan saye hanye dapat 3 jer ><
    satu lagi macam mana!><

    BalasPadam
  68. assalamualaikum ,cg..pendahuluan perlu buat x sbnrye ?sbb ade sye tgk kne buat & ade jugk x buat ..sye hnye inginkn kpstian ..t.kasih.

    BalasPadam
  69. cikgu,saya telah memilih kategori makanan dan menjalankan kajian kuih bahulu..
    Dalam hasil kajian,kaedah/cara penghasilan, saya hanya dapat tenaga kerja dan senarai bahan,dua lagi aspek macam mana??
    satu lagi soalan,latar belakang(hasil kajian) pendaftaran perniagaan/lesen perniagaan tu apa maksud??

    BalasPadam
  70. cekgu.... nak tnye ckit ley x????

    BalasPadam
  71. saye bwat psal mee kuning..... tp saye x bpe nak pandai arr nak wat cm new/..... cm new ekk cekgu???

    BalasPadam
  72. identitit stmpt mcm logo produk ke?

    BalasPadam
  73. identiti stmpt mcm logo ke?
    -yana

    BalasPadam
  74. assalammualaikum cikgu
    saya terbaca komen cikgu diatas
    cikgu cakap nak bagi panduan sepenuhnya dari elemen 1 hingga ke 3 tapi mana cikgu???
    saya x jumpa la
    lagi pun saya pening cikgu tulis separuh separuh

    BalasPadam
  75. cikgu...mcm mna nk buat
    >tujuan/kepentingan keropok lekor...<
    dia nk kepentingan untuk malaysia ka???/
    untk pembeli..
    xphm cikggu..
    cikgu leh kasi x contoh kepentingan keropok lekor...sya dh...pening memikir kepentingan keropok lekor ni cikgu..huhuh

    BalasPadam
  76. cikgu.... macam mana nak buat Rujukan dengan format yang betul

    BalasPadam
  77. cg. semuanya mesti nak 4 cntoh kh? maksud sya, 4 rujukan,lampiran,kaedah kajian dan objektif kajian?? hrp2..cg.bls yer!! ;)

    BalasPadam
  78. salam.. cikgu, nak tanya , transkrip temuramah pengusaha tu nak letak kat bahagian mana?

    BalasPadam
  79. Slm,cikgu boleh tak nak tengok contoh rujukan dan lampiran.Apa yang perlu letak dkt dalam tu?

    BalasPadam
  80. Cikgu , ap wawancara yg nk kasi ? saya buat pasal pakaian , Batik .

    BalasPadam
  81. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  82. Cikgu, desa cattle boleh tak?

    BalasPadam
  83. Asalammualaikum cikgu. saya nak tanya hasil kajian nak buat lagu mana payah sangat la cikgu

    BalasPadam
  84. cikgu, dalam bahagian kaedah kajian elemen 2,boleh x saya gunakan buku masakan yang mengandungi resipi biskut sbg kaedah kajian penyelidikan perpustakaan kerana kajian saya ialah mengenai bakery.Boleh tak cikgu?

    BalasPadam
  85. Cikgu, sy nak tanya lambang/identiti setempat tu nak buat cm ne?

    BalasPadam
  86. Cikgu! Elemen 3 untuk tugasan 1 tu macam mana? :O

    BalasPadam
  87. assalam ckgu,mcm mne nk buat karangan tentang latar belakang keropok lekor..saya dh bce cntoh yg ckgu bg kt atas tu tpi xpaham la..boleh tlong x ckgu??

    BalasPadam
  88. salam... cikgu saya dari sekolah lain..
    saya harap cikgu leh bantu...
    cam mne nak buat huraian pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/penghargaan???
    terima kasih :)

    BalasPadam
  89. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  90. Assalamualaikum cikgu razak , saya murid dari sekolah Kulai Besar , Kulai ,Johor . saya ingin cikgu memberi contoh kerja kursus sejarah bertajuk kegiatan ekonomi tradisional di malaysia tentang sate :) dari elemen pertama hingga ke 2 :) tolong lah beri tunjuk ajar :3 harap cikgu dapat membantu :) terima kasih

    BalasPadam