CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 17 Oktober 2012

Tajuk Sejarah T1- T3


BAB 1: SEJARAH DAN KITA
1.0 Pengenalan
1.1 Pengertian Sejarah
1.2 Ciri-ciri Sejarah
1.3 Sumber Sejarah
1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah
1.5 Pentafsiran Sejarah
1.6 Kepentingan Sejarah

BAB 2: ZAMAN PRASEJARAH
2.1 Zaman Paleolitik
2.2 Zaman Neolitik
2.3 Zaman Logam

BAB 3: KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
3.1 Kerajaan Agraria
3.2 Kerajaan Maritim


BAB 4: PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
4.1 Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka
4.2 Asal Usul Nama Melaka
4.3 Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka

BAB 5: KEGEMILANGAN MELAKA
5.1 Pentadbiran yang Sistematik
5.2 Pusat Perdagangan
5.3 Kematangan Hubungan Luar
5.4 Pusat Pengembangan Agama Islam
5.5 Pusat Kegiatan Ilmu
5.6 Perluasan Kuasa

BAB 6: KEMEROSOTAN MELAKA
6.1 Kelemahan Kepimpinan
6.2 Masalah Perpaduan
6.3 Kelemahan Askar Melaka
6.4 Kedatangan Portugis

BAB 7: JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
7.1 Pengasasan Kerajaan Johor
7.2 Kegemilangan Kerajaan Johor
7.3 Kemerosotan Kerajaan Johor

BAB 8: KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU
8.1 Kerajaan Melayu yang Tua
8.2 Kerajaan Melayu yang Baru

BAB 9: WARISAN KESULTANAN MELAYU
9.1 Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
9.2 Sistem Perundangan Kerajaan Melayu
9.3 Kegiatan Ekonomi di Negeri-negeri Melayu
9.4 Sosiobudaya

BAB 10: SARAWAK
10.1 Latar Belakang Sejarah Sarawak
10.2 Masyarakat Sarawak
10.3 Kegiatan Sosiobudaya
10.4 Kegiatan Ekonomi

BAB 11: SABAH
11.1 Latar Belakang Sejarah Sabah
11.2 Masyarakat Sabah
11.3 Kegiatan Sosiobudaya
11.4 Kegiatan Ekonomi

TINGKATAN 2

 BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
-        Pertapakan SHTI di Pulau Pinang
-        Tipu Helah Francis Light mendapatkan PP
-        SHTI mengambil Seberang Perai
-        Pertapakan SHTI di Singapura
-        Perpecahan Kepulauan Melayu
-        Penubuhan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat

 BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPURTANGAN BRITISH
-        Dasar campur tangan
-        Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
-        Sistem Residen
-        Pembentukan NNMB

 BAB 3 : NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR  BENTENG KESELAMATAN BRITISH
-        Negeri Melayu Utara penampan keselamatan British di TM
-        Penasihat Inggeris mengancam kedaulatan NNMU
-        Pemodenan Johor

 BAB 4 : KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE
-        Perpecahan membuka ruang penjajahan
-        Keluarga Brooke meluaskan kuasa
-        Keluarga Brooke memantapkan kuasa
-        Perubahan ekonomi
-        Perubahan sosial

 BAB 5 : KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT  BORNEO UTARA BRITISH
-        SBUB bertapak di Sabah
-        SBUB mengukuhkan kuasa
-        SBUB mengeksploitasi ekonomi Sabah
-        Perubahan Sosial

 BAB 6 : BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI
-        Kegiatan pertanian dagangan
-        Tanaman baru
-        Perushaan getah
-        Perushaan perlombongan/ bijih timah
-        Pengeluaran hasil hutan
-        Perkembangan ekonomi dan kesannya

 BAB 7 : PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
-        Perjuangan mengembalikan kedaulatan Kedah
-        Dol Said/ Dato Maharaja lela/ Yam Tuan Antah/ Dato Bahaman/ Tok Janggut
-        Rentap/ Sharif Masahor/ Antanom/ Haji Abdul Rahman Limbung/ Mat Salleh/
-         
 BAB 8 : KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK  MENGANGKAT  MARTABAT NEGARA BANGSA
-        Makna semangat kebangsaan
-        Perkembangan negara luar yang memberi inspirasi/ ransangan
-        Gerakan Islah
-        Gerakan golongan entelektual
-        Perjuangan nasionalisme dalam penulisan


SEJARAH TINGKATAN 3

 BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
-        Pemerintahan tentera Jepun
-        Kesan pemerintahan

 BAB 2 : MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
-        TM selepas pengunduran Jepun
-        Malayan Union
-        Reaksi penduduk terhadap MU
-        Penubuhan Umno
-        Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
-        Penyusupan dan kegiatan pengganas komunis
-        Langkah membanteras ancaman komunis
-        Kesan darurat

 BAB 4 : KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
-        Ke arah mencapai perpaduan kaum ( politik, sosial , pendidikan )
-        Kerjasama kaum ke arah berkerajaan sendiri ( Perikatan )

 BAB 5 : KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
-        Rombongan merdeka
-        Penyediaan perlembagaan PTM
-        Pemasyhuran kemerdekaan

 BAB 6 : PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI   DI SARAWAK DAN SABAH
-        Perubahan pentadbiran di Sarawak ( JB – ING )
-        Perubahan pentadbiran di Sabah ( SBUB – ING )

 BAB 7 : MALAYSIA YANG BERDAULAT
-        Gagasan Persekutuan Malaysia
-        Reaksi pembentukan Malaysia
-        Perjanjian pengisytiharan PM

Khamis, 11 Oktober 2012

SEJARAH PMR 2012.....MUNGKIN AJA


Rasa-rasanya jawapan sejarah PMR 2012 petang tadi  macam ni .... TAK TAU LE .... dan ada pembetulan ni yang terkini..... sehingga pukul 11 12/10/2012

SOALAN 1=A
SOALAN 2=C
SOALAN 3= C
SOALAN 4=D
SOALAN 5=MUNGKIN A
SOALAN 6=D
SOALAN 7=D
SOALAN 8=C
SOALAN 9=TAK PASTI ... MACAM C....B muktamad
SOALAN 10=B
SOALAN 11= C
SOALAN 12=A
SOALAN 13=A
SOALAN 14=D
SOALAN 15=C
SOALAN 16=C
SOALAN 17=A
SOALAN 18=B
SOALAN 19=D
SOALAN 20=B
SOALAN 21=D
SOALAN 22=D
SOALAN 23= TAK PASTI MUNGKIN C ATAU B confirm B
SOALAN 24= A
SOALAN 25= C
SOALAN 26=A
SOALAN 27=A
SOALAN 28=C
SOALAN 29=C
SOALAN 30=A
SOALAN 31=D
SOALAN 32=MUNGKIN A tak jwapannya C
SOALAN 33=B
SOALAN 34=A
SOALAN 35=B
SOALAN 36=A
SOALAN 37=C
SOALAN 38=D
SOALAN 39=C
SOALAN 40=D
SOALAN 41=A
SOALAN 42=B
SOALAN 43=C
SOALAN 44=D
SOALAN 45=B
SOALAN 46=C
SOALAN 47=D
SOALAN 48=C
SOALAN 49=D
SOALAN 50=C
SOALAN 51=A
SOALAN 52=D
SOALAN 53=D
SOALAN 54=B
SOALAN 55=B
SOALAN 56=C
SOALAN 57=D
SOALAN 58=B
SOALAN 59=A
SOALAN 60=C

rasanya inilah cadangan jawapannya.
selamat menanda ...


Rabu, 10 Oktober 2012

ANALISISI KARANGAN BAHAGIAN B ( RANSANGAN )


2005 – Gambar tunggal ( isu kitar semula )
2006 – Peta minda – kebaikan gotong royong
2007 – Gambar bersiri – Pesta Flora
2008 – Peta minda – kesan banjir
2009 – Carta aliran – cara-cara mengatasi kesesakan jalan raya
2010 – Peta minda – Kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal

Rabu, 12 September 2012

NOVEL PMR 2012


TINGKATAN 3  CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

TEMA
Persahabatan yang akrab dan ikhlas antara dua orang remaja tanpa mengira  latar belakang dan keturunan

-     Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
-     Hartini  tetap mengunjungi Satiah  meskipun hubungan keluarga mereka renggang.
-     Hartini dan Satiah  sering berutus surat walaupun tinggal berjauhan semasa di asrama.

PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
-     Contohnya Encik Hasrul dan Pn Sarah  sayang akan anak mereka dan sentiasa mengambil berat perkembangan anak mereka di sekolah

2. Persoalan menghargai persahabatan/ semangat setiakawan dalam persahabatan
- Hartini tetap mengingati Satiah   yang telah meninggal dunia akibat penyakitnya dengan  menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda persahabatan.

3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Encik Hasrul amat prihatin terhadap kesihatan satiah dan mendesak Pak morit membenarkannya menghantar Satiah ke hospital kerana penyakit Satiah amat serius dan  tidak boleh diubati dengan cara perubatan tradisional.
4. Persoalan berdikari
-  Hartini dan Satiah hidup berdikari semasa tinggal di asrama
5. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup
-      Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari

WATAK UTAMA

Hartini
1. Tabah
    - Hartini menerima berita kematian sahabat karibnya, Satiah dengan hati yang tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
  2. Penyayang
- Hartini amat menyayangi Satiah sehingga sanggup menjaga Satiah sewaktu dia sakit.
3. Berani
-  Hartini berani menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya Satiah. Dia memujuk Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital
4.     Rajin
-     Disebabkan kerajinannya mengulangkaji pelajaran, Hartini berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR iaitu  7A 1B.
5. Berdikari
   -  Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan
 6. Berdikari
   -  Hartini hidup berdikari semasa tinggal di asrama Sekolah Menengah Gemilang Wawasan

WATAK SAMPINGAN

Satiah
1. Penyayang
   - Satiah amat menyayangi Hartini dan kedua ibu bapanya. Buktinya ,dia menangis apabila mengetahui Hartini ditahan di dalam lokap. Malah Satiah sanggup datang ke lokap untuk memberi semangat dan dorongan kepada Hartini.
.
2.  Bertanggungjawab
-      Satiah berrtanggungjawab menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar sehingga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR.
3.Baik hati
Dia banyak membantu ketika tinggal di rumah Encik Hasrul. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh

Pak Morit

1. Ego dan keras kepala
Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.
2. Insaf atas kesalahan yang lalu
- Pak Morit berasa kesal akan sikapnya selama ini yang tidak membenarkan Satiah dirawat di hospital sedangka penyakit Satiah semakin kritikal lalu akhirnya meninggal dunia.
3. Baik hati
  Dia membenarkan Satiah mendapatkan rawatan di hospital apabila keadaan Satiah semakin tenat.

Latar masyarakat

1. Masyarakat  orang asli
   Masyarakat orang asli di kampung Kuala Batu bergotong-royong mengadakan kenduriuntuk menyambut kedatangan Pegawai Pertanian iaitu Encik Hasrul.

2.      Masyarakat pelajar
-   Hartini dan Satiah merupakan pelajar di Tingkatan Tiga Teratai, sekolah Menengah Kuala Batu .
-    3. Masyarakat yang bertanggungjawab
    Encik Hasrul  sanggup bertukar kerja di sebuah perkampungan orang asli di kawasan pedalaman setelah dinaikkan pangkat kerana menjalankan tanggungjawabnya memajukan masyarakat pedalaman.
4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
   Junainah berdendam dengan Hartini yang telah menamparnya dengan membuat rancangan menuduh Hartini memiliki pil ecstacy sehingga Hartini di tahan di dalam lokap.

 5. Masyarakat yang ego
Pak Morit melarang Satiah keluar rumah selepas tamat waktu persekolahan. Kawan-kawan Satiah juga dilarang berkunjung ke rumahnya. Dia juga tidak sekali-kali membenarkan Satiah menerima rawatan di hospital.

6. Golongan pelajar yang minat belajar
Hartini Dan Satiah sangat minat dan rajin belajar sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama.

NILAI

1. Nilai Bertanggungjawab
-   Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.

2. Nilai Kasih sayang
- Encik Hasrul dan Puan Sarah juga sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital
3.Nilai Ketabahan
-     Contohnya Satiah sentiasa sabar dan tabah terhadap penyakitnya. Walaupun dia menanggung penderitaan yang tidak terperi, dia tetap bertenang dan tidak mahu kawan dan emaknya menaruh bimbang terhadapnya.

 4. Nilai Baik Hati  
      Ketika tinggal di rumah Hartini, Satiah sentiasa membantu kerja-kerja rumah. Satiah menyediakan sarapan pagi dan mengangkat baju di ampaian tanpa disuruh.
5. Nilai Keberanian
      Hartini sanggup dimarahi oleh Pak Morit supaya Satiah dapat dihantar ke hospital kerana tidak sanggup melihat penderitaan Satiah akibat penyakit barah paru-paru.

6. Nilai Setia kawan
   Contohnya persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
Encik Hasrul seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah beberapa hari tidak tidur untuk menyiasat kes dadah yang melibatkan anak perempuan, Hartini untuk membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa.
    Hartini hormat kepada ibu bapanya. Ketika menghadapi kegelisahan, dia akan meminta pandangan daripada ibu bapanya. Satiah juga hormat dan taat kepada ibu bapanya. Dia menerima perintah bapa tanpa mengingkari kehendak bapanya.

 3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
Encik Hasrul dan isterinya sedia memberikan bantuan kepada orang lain. Mereka sentiasa menghantar Satiah ke hospital dan sanggup menanggung kos perubatan Satiah.

4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
   - Encik Hasrul dan Puan Sarah sangat menyayangi anak angkat mereka, iaitu Satiah malah sanggup menanggung kos perubatan Satiah di hospital
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
   persahabatan Hartini dan Satiah yang erat menyebabkan mereka sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Hartini sanggup menjaga Satiah di hospital ketika dia sakit.

6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
   Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tangjung Bestari.

NOVEL PMR 2012


TINGKATAN 2  DI SEBALIK WAJAH      

TEMA
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya

-   Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
-     Doktor Fikri tabah walaupun difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Akhirnya  Narius ditangkap pihak polis kerana  kesalahan mengopak cermin kereta.

PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
-  Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan anaknya akan dipenuhi oleh mereka.

2. Persoalan berdikari
- Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkan walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Dia berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

3,Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan dalam persahabatan
- Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

4.Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
- Puan Halipah sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri pulang dari sekolah.
           
5. Persoalan mempercayai perubatan moden
-   Doktor Fikr dilahirkan di sebuah hospital Ratu Elizabeth. Namanya juga diambil sempena seorang Doktor yang mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya.

WATAK UTAMA

Doktor Fikri
1. Tabah
    - Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar tabah menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya

2. Penyayang
-  Doktor Fikri menyayangi keluarga dan rakan-rakan rapatnya seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang Mahani dan Sanin.
  
4.  Rajin
     -  Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.
    5.Berdikari
-      Doktor Fikri berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya.
    6. Taat perintah agama
Doktor Fikri menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa berada di Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke Gunung Kinabalu.
7.    Berdikari
-   Doktor Fikri berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya.

WATAK SAMPINGAN
Narius
1. Pendendam
    Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang disangka melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh pengetua, mereka sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.

2. Insaf atas kesalahan yang lalu
-  berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan mengopak cermin kereta.
3. Nakal
   Dia merupakan gengster di sekolah mereka. Dia sentiasa membuli murid yang lemah dan memeras ugut pelajar yang baru seperti Doktor Fikri.


Cikgu Saiful
 1. Penyayang
 - Ketika isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari daging rusa di persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi permintaan isterinya. Dia juga kelihatan cemas dan risau ketika isterinya berada di wad bersalin.
2. Bertanggungjawab
 -   Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran,
3.Baik hati
Sikap baik hati ini ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil basikal anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.

Nilai

1. Nilai Bertanggungjawab
- pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah.
 - Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai   guru disiplin dengan tegasnya.
2. Nilai Kasih sayang
- Cikgu Saiful dan Puan Halipah sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anaknya mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anaknya.
3.Nilai Ketabahan
 sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.
4. Nilai Baik Hati
 - Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.

5. Nilai Keberanian
    Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
6. Nilai setia kawan
. Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa juga rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Doktor Fikri.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
- Contohnya,Cikgu Saiful bapa kepada Doktor Fikri berbangsa Melayu,Doktor Vasuthevan yang bertanggungjawab membedah Puan Halipah, berbangsa India dan Cikgu Girlie Tan berbangsa Cina selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kebangsaan Menggatal.

2. Masyarakat pelajar
-   Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.

3. Masyarakat yang tabah dan penyabar
     Sifat sabar Doktor Fikri sering diuji  apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor Fikri juga tetap bersabar walaupun dituduh mencuri buku-buku di perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
.

4. Golongan pelajar yang minat berkebun dan menternak
Doktor Fikri  gigih memelihara ayam dan mengusahakan sayur-sayuran di kebunnya  sehingga membuahkan hasil yang kemudiannya dijual di Tamu Menggatal.

PENGAJARAN
1.Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
- pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah.
 - Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai   guru disiplin dengan tegasnya

2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri

3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
 - Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.


4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
- Cikgu Saiful dan Puan Halipah sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anaknya mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anaknya.

NOVEL PMR 2012


TINGKATAN 1: ISTANA MENANTI

TEMA
keprihatinan  dan kesungguhan sekumpulan remaja  menyelongkar sejarah tanah air

-  Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah setempat.
- Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan belukar untuk melihat dan mengkaji sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti di puncak Gunung Datuk.
    
PERSOALAN

1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

-  Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng sangat menyayangi anak-anak mereka. Mereka berpakat untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk.
2. Persoalan menghargai persahabatan / semangat setiakawan dalam persahabatan
-  Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
-  Fadhil dan Ramasamy sangat prihatin terhadap Ah Seng dan berganding bahu mencari Ah Seng yang  tiba-tiba hilang di dalam terowong.
3. Persoalan prihatin terhadap kesusahan orang lain
-  Tuk Ngah amat prihatin terhadap kehilangan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia meminta pihak polis segera menyelamatkan mereka.
5. Persoalan Ketabahan menghadapi dugaan  hidup
- Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

Watak Utama

Fadhil

1.  Tabah -  Fadhil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerahnya untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.
2.   Penyayang    -  Dia teringat akan ayah dan ibunya ketika dalam tahanan
3. Berani-  Fadhil berani mendaki puncak Gynung Datuk untuk melihat kecantikan dan keunikan Istana Menanti walaupun diberitahu bahawa istana itu berpuaka dan ada penunggu.
4.      Taat perintah agama- Fadhil sering bersolat Maghrib secara berjemaah dengan keluarganya. Selepas itu, dia akan belajar mengaji al-Quran dengan bapanya.
5.    Tidak berdikari - Fadhil  tidak bersendirian mendaki puncak Gunung Datuk tetapi pergi bersama-sama dengan Ah Seng, Ramasamy dan Tuk Ngah.
6. Pandai mengambil hati/ memujuk  - Fadhil memicit-micit kaki Tuk Ngah semasa bercerita tentang keistimewaan Istana Menanti supaya Tuk Ngah terus bercerita.

Watak sampingan

Tuk Ngah
1. Penyayang -    Tuk Ngah menyayangi Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng. Dia sanggup melayan kerenah mereka serta menceritakan kisah sejarah sebagaimana yang dipinta oleh mereka.
-   Dia amat senang hati dengan kedatangan mereka kerana semua anaknya telah bekerja dan berkahwin.
2. Bertanggungjawab - Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang.
3.    Baik hati -  Tuk Ngah sanggup menemani tiga sahabat tersebut untuk mendaki puncak Gunung Datuk walaupun sudah berusia 80 tahun.
-  Beliau suka berkongsi cerita kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.


Dolah
1. Mempunyai sikap yang tidak baik iaitu pendendam
    Dia ingin membalas dendam terhadap kematian beratus-ratus kawannya yang terbunuh akibat diserang oleh tali barut Inggeris

2.    Penjenayah negara yang tidak pernah insaf
Dia berfahaman komunis yang masih tidak mengiktiraf kemerdekaan Malaysia . Dia mengetuai pembelot negara.
2. Baik hati
    Dia menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama
 - Penduduk di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
-  Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng merupakan remaja yang berbilang bangsa.

2. Masyarakat pelajar
  -   Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy merupakan pelajar minat subjek sejarah.
3. Masyarakat yang bertanggungjawab
    Ibu bapa Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng bertanggungjawab untuk mencari anak-anak mereka yang tidak pulang setelah mendaki puncak Gunung Datuk.
4. Masyarakat yang melakukan kezaliman
   Dolah dan penjenayah yang lain telah menawan Fadhil, Ah Seng, Ramasamy dan Khairil Anuar serta mengerah mereka menggali tanah untuk mencari harta karun.

5. Golongan pelajar yang minat mengkaji  sejarah negara
   Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang sangat minat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang Istana Menanti


NILAI

1. Nilai. Bertanggungjawab
Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang
2. Nilai Kasih sayang
-   Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.

3.Nilai Ketabahan
  -   Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

4. Nilai Baik Hati
 -  Dolah menghlurkan plastik yang berisi minuman kepada Ah Seng kerana dia tahu Ah Seng dalam kehausan.

5. Nilai Keberanian
    Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

6. Nilai setia kawan / Bantu membantu
 Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas atau amanah yang diberikan
-  Tuk Ngah bertanggungjawab dan mengambil berat akan keselamatan Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy dengan membuat laporan kepada pihak polis apabila mendapati mereka hilang
2. Kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa
 - Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan ibu bapa mereka untuk pergi ke Istana Menenti

3. Kita perlulah membantu golongan yang memerlukan
 -  penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari tiga orang remaja yang hilang di sekitar Gunung Datuk .

4. Kita mestilah menyanyangi sesama insan
    Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera berpakat mencari mereka.
5. Kita perlulah bersikap setia kawan
Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng mempunyai semangat setiakawan yang sangat kuat. Mereka bersepakat untuk mengetahui sejarah serta keunikan Istana Menanti.
6. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup
Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil tabah dalam menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.

7. Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang  menyalahi undang-undang/ masalah sosial
Dolah sanggup bersekongkol
dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

8. Kita mestilah berani menegakkan kebenaran
  -   Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata-mata untuk melihat keunikan Istana Menanti.Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

Novel PMR 2012


DI SEBALIK WAJAH


SINOPSIS

        
Novel Di Sebalik Wajah mengisahkan kesukaran hidup yang terpaksa ditempuh oleh seorang budak lelaki yanag sejak azalinya dilahirkan balar, berkulit putih kemerahan, berambut kuning keemasan yang dinamakan sebagai Doktor Fikri.
      
Selepas bapanya , Cikgu Saiful berpindah ke pekan Menggatal, Doktor Fikri bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal di tingkatan Dua Mawar. Di sana, dia berkawan rapat dengan beberapa oranag rakan seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang Mahani dan Sanin.Walaupun sering diejek akan penampilannya yang berbeza namun Doktor Fikri tidak pernah mengambil hati. Malah, dia mempelawa rakan-rakannya itu ke rumahnya untuk melihat hobinya menanam sayur dan memelihara ayam. Selain itu, Doktor Fikri juga gemar membaca. Oleh sebab itu, terdapat perpustakaan mini di dalam rumahnya dan Doktor Fikri mempelawa rakan-rakannya meminjam buku miliknya. Dia juga mengajak rakan-rakannya ke Tamu Menggatal untuk bersama-sama menjual sayur-sayuran yang ditanam. Namun nasib kurang menyebelahi mereka apabila hujan turun dengan lebatnya pada hari itu. Akibatnya, hasil yang diperoleh kurang memberangsangkan.
      
Narius, Jais dan Jamadi ialah murid-murid nakal di sekolah Doktor Fikri. Mereka merupakan murid-murid tingkatan empat. Mereka memeras ugut  Doktor Fikri untuk meberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun akhirnya mereka tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada Doktor Fikri yang disangka telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin.
     
Satu pemeriksaan mengejut dilakukan  di sekolah Doktor Fikri. Semasa pemeriksaan dijalankan di tingkatan Dua Mawar, buku-buku perpustakaan, pen dan dompet yang dilaporkan hilang oleh murid-murid di sekolah itu ditemui dalam beg sekolah Doktor Fikri. Doktor Fokri dituduh mencuri oleh rakan-rakannya dan hubungan mereka menjadi renggang. Hanya Josy yang mempercayai kata-kata Doktor Fikri.
     Walau bagaimanapun, rahsia akhirnya terbongkar jua setelah Narius dan rakan-rakannya berjaya diberkas oleh pihak polis atas pelbagai kesalahan termasuk mencuri basikal baharu  Doktor Fikri. Namun, niat baik Doktor Fikri memujuk ayahnya supaya menjamin Narius menyebabkan Narius berasa kesal dan malu akan sikap buruknya terhadap Doktor Fikri selama ini.
     Selepas kejadian itu, hubungan antara Narius dan Doktor Fikri semakin rapat .Hal ini menimbulkan keraguan rakan-rakannya yang bimbang Doktor Fikri terpengaruh denga kelakuan buruk Narius. Narius dan rakan-rakanya masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar dan
memperjelaskan kedudukan sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakan Doktor Fikri. Narius dan rakan-rakannya juga menyampaikan sepucuk surat daripada Doktor Fikri kepada rakan-rakan baik Doktor Fikri. Pemergian Doktor Fikri dan keluaraganya  ke Jepun amat memeranjatkan mereka.
    
Setelah setahun berlalu, Doktor Fikri dan keluarganya pulang ke Malaysia. Kepulangan mereka disambut mesra oleh rakan-rakan Doktor Fikri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Rakan-rakan Doktor Fikri menawarkan untuk mengemaskan rumahnya yang telah lama ditinggalkan. Dalam pada itu, Doktor Fikri turut memberikan cenderamata kepada rakan-rakan baiknya itu di samping mencerikatakan pengalamannya berada di Jepun.
    
 Doktor Fikri menyampaikan hasratnya untuk menawan puncak Gunung Kinabalu kepada kedua-dua orang tuanya. Ibu dan bapanya bersetuju untuk menunaikannya. Mereka berehat di Panalaban sebelum meneruskan pendakian. Semasa berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri telah bermimpi dikejar oleh seekor naga yang menjadi dongeng masyarakat Dusun sehinggakan dia terjatuh dari katil dan menyebabkan penghuni rumah rehat Panalaban berasa terkejut akan jeritan Doktor Fikri.



Tema

Dalam novel Di Sebalik Wajah, tema yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah kehidupan suka dan duka seorang budak balar. Novel ini mefokuskan kehidupan yang dialami oleh seorang budak balar yanag berambut kuning keemasan dan berkulit putih yanag mempunyai nama yang unik iaitu Doktor Fikri. Dia menjadi bahan ejekan dan sering dicemuh oleh murid-murid lain disekolahnya namun doktor Fikri tetap bersabar. Kehadiran lima orang sahabat dalam hidupnya menceriakan hari-harinya . Dia berkongsi minat membaca dan menjual sayur-sayuran di Tamu Menggatal dengan rakan-rakannya. Akibat dendam . Doktor Fikri difitnah mencuri buku dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Namun, rahsia akhirnya terbongkar apabila Narius ditangkap pihak polis kerana  mencuri basikal baharu Doktor Fikri dan akhirnya dijamin keluar oleh bapa Doktor Fikri. Hubungan Narius dan Doktor Fikri bertambah baik dan kemudian Doktor Fikri meninggalkan tanah air bersama dengan keluarganya ke Jepun. Setahun kemudian Doktor Fikri pulang dan rakan-rakan baiknya tyang dirindui.


Persoalan

     
  Terdapat banyak persoalan yang boleh kita pelajari dalan novel Di Sebalik Wajah. Antara persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah kasih sayang sesebuah keluarga. Kasih sayang ini ditunjukkan oleh Cikgu saiful terhadap anaknya.Cikgu saiful menyayangi anaknya yang baru dilahirkan walaupun anaknya itu cacat. Dia berharap agar anaknya  itu kelak akan menjadi seorang yang berguna dan mulia.
    
  Selain itu, persoalan yang dapat dilihat ialah balasan ke atas perbuatan jahat. Narius dan rakan-rakannya dikenakan hukuman setimpal kerana perbuatan jahat mereka. Tanpa disangka-snagka perbuatan Narius dan rakan-rakannya memeras ugut Doktor Fikri telah membawa akibat buruk kepada mereka.Mereka ditangkap dan dihukum oleh pengetua di hadapan murid-murid lain  sewaktu perhimpunan sekolah.
     
 Persoalan seterusnya ialah jenayah dan gejala sosial. Persoalan ini dapat dilihat melalui peristiwa Narius dan rakan-rakannya memeras ugut dan meminta cukai keselamatan daripada Doktor Fikri. Mereka juga tergamak menghabiskan bekalan makanan yang dibawa oleh Doktor Fikri ke sekolah. Di samping itu, mereka juga turut terlibat dengan kegiatan mencuri basikal dan bergerak di bawah arahan seorang ketua.
     Persoalan lain yang ingin disampaikan ialah  takdir yang tidak dapat dielakkan. Cikgu saiful dan Puan Halipah reda akan nasib mereka dikurniakan seoanag anak yang balar walaupun pada awalnya mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang baru dilahirkan itu berbeza daripada bayi-bayi lain.Namun, pada akhirnya mereka pasrah serta reda akan ketentuan Tuhan kerana pada pendapat mereka, zuriat adalah anugerah buat setiap ibu dan bapa.
     
 Akhir sekali, persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis  ialah cinta akan tanah air. Perasaan cinta akan tanah air dipamerkan oleh Doktor Fikri yang sering teringat akan tanah air ketika berada di negara Jepun. Dia selalu berasa rindu akan tanah air dan rakan-rakannya . Dia juga mengimpikan untuk menawan puncak Gunung  Kinabalu di Sabah.
   

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Watak utama dalam novel Di sebalik wajah ialah Doktor Fikri. Doktor Fikri berusia 14 tahun dan merupakan anak tunggal kepada Cikgu saiful dan Puan Halipah. Bertubuh kecil  dan sentiasa berpakaian kemas. Keadanya balar manakala rambutnya pula kuning keemasan.
    
 Perwatakan Doktor Fikri pula ialah seorang yang rajin dan berdikari. Sifat ini terserlah apabila dia gigih memelihara ayam dan mengusahakan sayur-sayuran di kebunya  sehingga membuahkan hasil yang kemudiannya dijual di Tamu Menggatal. Hasil jualannya disimpan pula sebagai persiapan di kemudian hari, Dia tidak mahu bergantung kepada kedua-dua ibu dan bapanya.
     
 Seterusnya, perwatakan  doktor Fikri yang dapat dilihat ialah sabar . Sifat sabar Doktor Fikri sering diuji  apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor Fikri juga tetap bersabar walaupun dituduh mencuri buku-buku di perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
     
 Perwatakan taat kepada perintah agama dipaparkan ketika peristiwa Doktor Fikri menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan solat semasa berada di Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan pengembaraannya ke Gunung Kinabalu.
    
  Selain itu, gemar membaca merupakan perwatakan yang dimiliki oleh Doktor Fikri. Doktor Fikri berpendpat amalan membaca akan memperkaya ilmu pengetahuan. Sikap positif ini membolehkannya membuat satu perpustakaan mini di rumahnya.
     
 Akhir sekali, perwatakan Doktor Fikri yang jelas kelihatan ialah sikap berjimat cermat. Doktor Fikri lebih gemar membawa bekalan daripada makan di kantin sekolah. Dia juga gemar menabung sehinggakan wang simpanannya di dalam bank mencecah RM1000.00.


Watak sampingan

      Antara watak sampingan yang terdapat dalan novel ini ialah Cikgu Saiful.Cikgu Saiful merupakan suami Puan Halipah dan ayah kepada Doktor Fikri. Dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tuaran, Sabah. Bagaimanapun dia telah meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat di sektor swasta.
     
 Perwatakan Cikgu Saiful merupakan seorang suami yang taat setia dan penyayang. Ketika isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari daging rusa di persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi permintaan isterinya. Dia juga kelihatan cemas dan risau ketika isterinya berada di wad bersalin.
      
Selain itu,Cikgu Saiful juga merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia amat sayang akan anak tunggal mereka, iaitu Doktor Fikri. Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan Pendidikan Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak ayam dan menjual sayur-sayuran, malah dia turut membantu Doktor Fikri mengutip najis lembu di jalan raya sebagai baja sayur-sayuran.
       
Cikgu Saiful juga seorang yang alim. Dia sentiasa menunaikan solat sembahyang. Ketika anaknya dilahirkan dia segera meminta kebenaran daripada jururawat untuk membaca azan anaknya. Cikgu Saiful juga mudah insaf akan kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia tidak percaya bahawa bayi yang balar itu adalah cahaya matanya. Setelah ditegur oleh doktor, dia segera insaf akan kesilapannya lalu menerima hakikat tersebut. Dia meminta maaf kepada bayi itu atas kezaliman dan bersyukur atas anugerah Tuhan itu.
       
Akhir sekali, Cikgu Saiful seorang yang baik hati.Sikap baik hati ini ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil basikal anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful mengambil keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki itu sering membuli dan menganiaya anaknya.
      

Nilai-nilai murni

      Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku.
   
  Selain itu, nilai kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka.
   
  Nilai tabah turut digambarkan dalam diri doktor Fikri sebagai seorang pelajar. Dia tabah menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang lain.
    
 Doktor Fikri juga mengamalkan nilai sedia memaafkan  dan tidak menaruh dendam terhadap orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri bukan memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap Narius kerana terlibat dalam kes kecurian.
   
   Di samping itu,nilai simpati terpapar sewaktu Doktor Fikri bersikap simpati terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua dan tidak mampu mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera meminta ayahnya menghulurkan bantuan.
   
   Dalam novel di sebalik Wajah juga dipaparkan nilai bertanggungjawab .Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga menjalankan tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan sekolah. Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin dengan tegasnya.
  
    Nilai berjimat cermat ditunjukkan oleh Doktor Fikri melalui sikapnya yang  sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja di kantin untuk menjimatkan wang.
   
  Nilai Alim turut dipaparkan melalui watak Doktor Fikri yanag bekerja di Hospital Ratu Elizabelt merupakan seorang yang alim dan bersopan santun. Ketika melihat Cikgu Saiful dalam keadaan yang gelisah, dia turut mengajak Cikgu Saiful menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital tersebut. Sikapnya yang mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak menamai anak lelakinya sebagai “Doktor Fikri”.
  
   Akhir sekali nilai Gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Nilai ini dapat dilihat ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas. Bagaimanapun dia jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat.
Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya tidak berpatah semangat untuk meneruskan pendakian walaupun berasa penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.

Pengajaran

      Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid lain.
  
   Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya Doktor Fikri sedia memaafkan Narius yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya membantu Narius keluar dari lokap polis dengan membayar wang ikat jamin.
     
 Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan sesuatu kerja. Contohnya Doktor Fikri mengerjakan kebun sayur-sayurannya di belakang rumah pada setiap petang. Dia sanggup mengutip najis lembu sebagai baja. Selain itu dia juga menjualkan hasil tanaman di tamu.
Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu bertanggungjawab terhadap kerjaya kita. Misalnya kakitangan Hospital Ratu Elizabelt dapat menjalankan tugas dengan baik.
      
Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita. Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan membawa bekalan ibu ke sekolah tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit di bank. Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan sendiri.
     
 Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri.