CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 24 Oktober 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 1 AKUR AKAN PERINTAH

  1. Bapa Hartini ( Encik Hasrul ) menerima surat tawaran kenaikan pangkat dari jabatannya
  2. Semua ahli keluarga mendengar dangan penuh syukur dan gembira
  3. Bapanya dikehendaki bertukar ke tempat yang baru yang ditugaskan untuk membangunkan pengeluaran pertanian masyarakat orang asli
  4. Bapanya terpaksa bertugas di kawasan pedalaman negeri Pahang.
  5. Keluagra mereka membayangkan keadaan serba kekurangan yang bakal mereka hadapi di tempat yang baru
  6. Bapa Hartini berjaya menyewa sebuah rumah di pekan Jerantut untuk mereka diami.
  7. Keluarga mereka sibuk membuat persiapan untuk berpindah



Bab 2 TERSALAH SANGKA

  1. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Jerantut pada waktu pagi
  2. Ramai sahabat handai yang datang menziarahi ke rumah mereka semasa mereka mahu bertolak untuk mengucapkan selamat jalan
  3. Mereka bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 5 .00 petang di Kampung Kuala Batu
  4. Mereka disambut oleh penduduk kampung dengan mesra
  5. Rumah mereka sebuah rumah kayu yang beratap genting yang memiliki empat buah bilik , dua buah bilik air dan ruang tamu
  6. Hartini bangun pagi . suasana pagi di kampung buat pertama kali dirasainya. Bunyi ayam berkokok , bunyi cengkerik dan bunyi burung-burung di hutan yang berdekatan membuatkan hatinyanya berasa ada kelainan
  7. Jiwanya berasa damai dengan kesegaran udara di kawasan itu
  8. Bapa Hartini berkunjung ke pejabat untuk melihat keperluan untuk bekerja pada minggu depannya
  9. Kawasan itu juga menerima pembangunan seperti mana kawasan yang lain walaupun tidak semaju Kuala Lumpur
  10. Pada petangnya rumah mereka dikujungi oleh penduduk kampung yang membawa buah-buahan sebagai buah tangan seperti pisang dan keledek
  11. Keluarga mereka betah tinggal di kawasan itu kerana semua urusan dapat dilakukan


Bab 3. SEKOLAH BAHARU KAWAN BAHARU

  1. Hartini Ayu dimasukkan ke kelas Tiga Teratai dan diperkenalkan dengan semua pelajar kelas itu oleh Cikgu Malik
  2. Rakan sekelasnya mengulurkan salam perkenalan ( kelas ini seramai 25 orang / 15 perempuan 10 lelaki )
  3. Hartini mendapati nama mereka sedikit pelik – Ineng , Sinda , Ambok dan Meranu
  4. Hartini mendapati seorang lagi murid iaitu Satiah sedikit pendiam
  5. Suasana kelas tidak banyak berbeza dengan kelasnya di KL sebelum ini
  6. Apa yang berbeza pada pelajar sekolah ini ialah baju , kasut dan beg mereka sedikit lusuh
  7. Para pelajar di kelas itu menunjukkan disiplin belajar yang tinggi semasa berada di dalam kelas.
  8. Hartini mencadangkan agar pelajar di kelas itu membuat kumpulan belajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang
  9. Satiah menyatakan beliau tentu sukar mendapatkan kebenaran bapanya untuk turut sama dalam kumpulan belajar ini
  10. Bapa Stiah akan memukulnya jika ada rakannya datang ke rumah. Bapa Stiah tidak mahu Satiah terpengaruh dengan cara kehidupan orang lain.
  11. Hartini berhasrat meminta bantuan daripada papanya dalam menyelesaikan kemelut ini.
  12. Satiah merupakan pelajar paling pintar di dalam kelas itu. Cikgu Hanafi selalu memuji setiap hasil kerja dan karangan Satiah
Hartini menceritakan hal Satiah kepada ibunya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan