CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 12 September 2011

komsas - belum keluar dalam PMR ( soalan 30 - 35 )

    1. surat dari kampus

maksud

- Penyajak berasa gembira dan bangga menerima surat daripada rakannya yang menuntut di universiti dan dia berterima kasih kepada posmen

- Isi surat tersebut ringkas sahaja. Universiti tempat rakan penyajak belajar akan bercuti seminggu lagi. Bagi penyajak surat itu amat berharga kepada masyarakat petani di kampung itu

- Penyajak berasa bangga dan berterima kasih atas kiriman surat daripada rakannya itu. Dia bagaikan mahu menghebahkan kegembiraannya itu kepada seluruh masyarakat kampung

tema

- persahabatan

persoalan

- perasaan bangga memiliki sahabat seorang mahasiswa

- rasa bangga penduduk kampung dengan pencapaian tinggi dalam pelajaran

- kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan kepada masyarat desa

nada

- romantis

gaya bahasa

- inveri ( pembalikan kata ) – sehelai kertas kumal sekalipun ( sekalipun sehelai kertas kumal )

- hiperbola – perbandingan yang melampau – di kampung surat itu harganya melambung

- simile – perbandingan semacam - / bagaikan / seperti / seumpama – bagaikan mahu diusung keliling kampung

ulasan

- isu yang dibincangkan agak ringan

- kalau disoal dalam kertas 1 , pelajar agak mudah mengagak soalan yang akan kelua

- ruang lingkup perbincangan agak sedikit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan