CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 11 Mac 2011

Kanang Cerita Seorang Pahlawan ( tema/ persoalan )

KANANG : CERITA SEORANG PAHLAWAN

TEMA

Keberanian dan semangat kental seorang askar/ pejuang dalam perjuangan untuk menghapuskan pengganas komunis .

PERSOALAN

1. kegigihan

2. semangat cinta akan negara

3. semangat juang yang tinggi

4. Disiplin semasa bertugas

5. ketahanan mental dan fizikal

WATAK/ PERWATAKAN

Kanang

- berketurunan Iban

- beragama pagan / tidak beragama /

- ayah dan ibunya berpisah sewaktu dia masih kecil

- dipelihara datuk dan neneknya selepas dihalau oleh ibunya

- berkahwin dengan Helen Latai anak Intie

- mempunyai 6 orang anak

- pemarah/ panas baran – pernah menumbuk Kompeni Sarjan Mejar kerana berasa berang atas tindakan KSM yang mengarahkannya bertugas sebagai pengawal malam walaupun baru pulang dari Batu Lintang Kuching

- cinta akan tanah air – Kanang sanggup berjuang bermati-matian dalam setiap operasi seperti Operasi di Hutan Korbu Perak walaupun sukar menjejaki pasukan musuh

- penyayang – menyayangi isterinya Helen dan sentiasa membawa isterinya ketika bertugas di Kem Terendak Melaka dan di tempat-tempat dia ditugaskan

- bertanggungjawab dan mematuhi arahan – Kanang sanggup meninggalkan isterinya ketika baru berkahwin untuk menjalankan tugas mencari anggota tentera pasukan Royal New Zealand Army yang hilang

- berani – sentiasa berada di barisan hadapan dalam setiap serangan atau pertempuran pasukannya dengan pengganas komunis

- kuat berpegang pada kepercayaan tradisi dan pantang larang – membuat persembahan berupa ayam jantan untuk mengelakkan nasib malang sebelum pergi operasi diiringi dengan jampi serapah setiap kali memasuki hutan

- bertanggungjawab dan berdedikasi

- mempunyai semangat juang yang tinggi

Helen Latai anak Intie

- isteri Kanang

- penyayang – Helen begitu meyayangi suaminya Kanang dan sanggup menjaga dan merawat Kanang yang cedera akibat terkena peluru musuh dan terlantar di hospital selama seminggu

- lemah semangat – pengsan apabila mendengar berita daripada Puan Josephine yang mengatakan suaminya terkena tembakan dan cedera parah

- mengambil berat – setia kepada suami tanpa mengenal penat dan lelah dissmping memahami tugas suami yang terdedah kepada bahaya

- pandai menyesuaikan diri- walaupun berbangsa Iban tetapi beliau dapat hidup dan saling bergaul dengan isteri anggota tentera lain yang berada di kem dan melalui aktiviti BAKAT

LATAR

LATAR MASA

- waktu siang , subuh, pagi , petang , senja , malam

- sejak Kanang masih kecil sehinggalah beliau bersara

LATAR TEMPAT

- Nanga Meluan

- Sekolah Local Autority

- Sekolah Latihan Peperangan Hutan , Ulu Tiram, Johor

- Lapangan Terbang Changi , Singapura

- Mersing , johor

- Sungai Kanowit

- Hutan Korbu , Perak

- Sungai Cheor

- Simanggang , Lubuk Antu

- Sungai Batang Lupar

- Kem Terendak Melaka

- Markas Taktikal 8 Renjer , Ipoh

- Sri Aman

- Muzium Angkatan Tentera

- Kompleks Kementerian Pertahanan

- Rumah Panjang Samy , Skra Hilir

LATAR MASYARAKAT

- Masyarakat Iban di pedalaman negeri Sarawak

- Masyarakat yang masih berpegang pada adat resam dan kepercayaan

- Masyarakat tentera

2 ulasan:

  1. terima kasih. sudah bantu saya yang mau periksa

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, saya dari pelajar Tingkatan 3. ingin menanyaKann kepada cikguu, bagai mana Kahh cara nak jawab Novel Kanang melalui TEMA???

    Harap bantuan esok Daa mula peperangan.

    BalasPadam