CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 November 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 17. TERSINGKAP MISTERI

  1. Persekolahan telah bermula semula. Hartini masih tidak pulang ke sekolahnya. Dengan keizinan pengetua Hartini diberikan cuti selama seminggu setelah papa menceritakan keadaannya ketika itu.
  2. Pada hari itu papa dan mama pergi ke Kuantan untuk mengambil barang Satiah di asramanya.
  3. Salah satu yang ditinggalkan ialah buku diari yang ditulis oleh Satiah .
  4. Dalam diari itu tertulis segala pengalaman yang dilaluinya, segala duka dan keperitannya menanggung kesakitan
  5. Pada halaman ke 25 Satiah menampalkan sekuntum bunga . Bunga ini menjadi lambang kewangian hidupnya dan mengharapkan apabila ia meninggal nanti bunga itu akan ditanam di atas kuburnya.
  6. Di dalamnya juga tercatat keadaannya yang sakit berterusan . Dia mendiamkan sahaja kesakitan itu dan menghadapinya berseorangan . Satiah juga menyatakan jika diberikan pilihan Satiah hanya mahu meninggal dunia setelah dia membalas jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga Hartini. Satiah juga menangis apabila mengenetahui bahawa Hartini dimasukkan ke dalam lokap akibat difitnah. Masih ada kesan air mata pada diari tulisan Satiah itu.
  7. Satiah meminta agar selepas dia meninggal Hartini tidak lagi bersedih dan meminta dia hidup dalam keadaan tabah dan tenang. Dia meminta Hartini menghadiahkannya segulung ijazah kepada kedua orang tua mereka.
  8. Satiah mengakhiri tulisannya pada halaman ke 180 dengan perkataan Allahyarhamah Satiah Morit.
  9. Hartini sedar ia perlu memenuhi wasiat daripada sahabat dan saudaranya Satiah.

BAB 18. CEMPAKA PUTIH UNTUKMU


  1. Hartini sudah bersiap untuk balik ke sekolah. Dia akan dihantar oleh ibu bapanya dan Pak Morit serta Mak Sukin.
  2. Pak Morit membawakan kepada Hartini buah rambutan , duku , langsat
  3. Hartini meminta mereka singgah di pusara Satiah yang sudah tiga minggu meninggalkan mereka. Satiah mensedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Satiah.
  4. Hartini menanam pokok cempaka putih di pusara Satiah dan mengharapkan ianya dapat mengharumkan kubur Satiah. ( Hartini menunaikan amanat Satiah yang dituliskan dalam diatinya itu ) sebagai tanda kasihnya kepada Satiah.

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 16. DIA PERGI JUA

  1. Hartini berasa kepenatan setelah berada di dalam lokap selama 3 hari. Dia tidak dapat pergi ke rumah Satiah bersama-sama. Satiah pulang ke rumahnya seorang diri.
  2. Ayah Hartini ingin membuat majlis kenduri doa selamat setelah apa yang dilalui oleh Hartini dan Satiah. Ibu bapa Satiah turut berada di rumah Hartini.
  3. Pada petangnya Hartini ke rumah Satiah. Hartini mencari-cari di mana Satiah . Hartini duduk sahaja di situ hampir setengah jam
  4. Mereka ( Akob ) menjumpai Satiah sduah terlentang di tepi perigi dalam keadaan berdarah.
  5. Hartini memangku kepala Satiah dan cuba mengejutkannya. Satiah tidak memberi sebarang reaksi.
  6. Hartini meminta Akob menyampaikan berita / keadaan Satiah kepada ibu bapa mereka.
  7. Tidak berapa lama selepas itu kedua ibu bapa mereka sampai. Bapa Aton membantu Hartini mengangkat Satiah masuk ke dalam rumah.
  8. Satiah dihantar ke hospital oleh Papa. Dan dimasukkan ke dalam wad ICU
  9. Pada malamnya mereka ke hospital untuk melawat Satiah.
  10. Pak Morit membritahu bahawa keadaan Satiah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia semakin tenat.
  11. Hartini melihat Satiah yang ditempatkan di sebuah bilik. Dia mengetahui bahawa Satiah sedang berjuang dengan maut. Mama membacakan surah Yassin untuk Satiah.
  12. Mak Sukin masuk ke bilik lalu mendakap tubuh Satiah beberapa kali diikuti dengan Pak Morit dan Papa.
  13. Orang terakhir masuk ke bilik itu ialah Hartini. Walaupun enggan melihat keadaan Sataih sepeerti itu Hartini menguatkan semangatnya. Dia mensedekahkan bacaan al Fatihah di telinganya , membisikkan kalimah syahadah dan mengharapkan Satiah meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman dan tenteram. Dia memohon maaf atas kesalahannya selama ini. Hartini meredhakan pemergian Satiah walaupun berat hati.
  14. Selang beberapa ketika doktor masuk dan mengesahkan bahawa Satiah telah meninggal dunia.
  15. Hartini pengsan.
  16. Apabila sedar Hartini melihat ramai orang berada di rumahnya. Hartini masih separuh sedar dengan peristiwa yang terjadi sebelum itu. Dia bertanyakan kepada mamanya di manakah Satiah.
  17. Ustaz Amin yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah mereka meminta Hartini menerima ketentuan takdir. Hartini diminta bersabar dan bertawakal.
  18. Hartini kemudiannya mendapatkan jenazah Satiah. Dia mencium jenazah Satiah dengan linangan air mata.
  19. Bagi Hartini pemergian Satiah sumpama pegi membawa penderitaan Satiah dan segala keriangannya. Satiah telah mengambil segala keriangan Hartini.
  20. Sebenarnya Pak Morit sengaja melambatkan jenazah dikebumikan kerana menunggu Hartini sedar daripada pengsan. Jenazah hanya dikebumikan selepas pukul 11.00. Pak Morit mahu supaya Hartini menyaksikan urusan jenazah Satiah dijalankan kerana dia khuatir Hartini tidak dapat menerima kenyataan.
  21. Setelah jenazah Satiah dikebumikan Hartini duduk di tepi kubur dengan penuh kesyahduan.

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 15. PECAHNYA TEMBELANG

  1. Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Hartini membayangkan kegembiraan akan bertemu dengan keluarganya dan Satiah
  2. Hartini mendapati Junainah dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus. Mukanya cengkung dan matanya kemerah-merahan.
  3. Nora , Hartini dan Najmi diminta ke asrama. Sudah menunggu di situ pengetua, Puan Norjihan , Encik Kancho Tamang ( pengawal keselamatan sekolah ) dan dua orang pegawai polis.
  4. Ada aduan mereka menyimpan barang yang tidak dibenarkan di almari mereka
  5. Semasa memeriksa almari Hartini , Puan Norjihan menjumpai banyak pil esctacy ( hampir do biji )
  6. Hartini menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang pili esctacy tersebut.Nora mengakui bahawa pada hari semalam mereka mengemas baju bersama –sama tetapi tiada bungkusan seperti bungkusan tersebut.
  7. Polis meminta Hartini untuk ke balai polis.
  8. Kejadian Hartini dibawa ke balai polis menghairankan pelajar lain.
  9. Papa dan mama datang ke balai polis. Emak Hartini menangis manakala bapanya mendiamkan diri sahaja.
  10. Hartini menjelaskan dia tidak terlibat dalam hal itu kepada bapanya.
  11. Bapanya melahirkan kebimbangan kerana bahan bukti dijumpai pada almari Hartini .
  12. Bapa hartini meminta pihak polis memeriksa air kencing penghuni bilik tersebut termasuk Junainah.
  13. Papa menjelaskan bahawa pihak polis mensyaki ada sindiket menjual pil tersebut di sekolah.
  14. Hartini masih tidak boleh dibawa keluar daripada lokap polis ( Hartini berada di lokap selama 3 hari )
  15. Berada di dalam lokap menjadi satu perkara baru dalam hidup Hartini.
  16. Hari keempat barulah Hartini dapat dibebaskan kerana pesalah sebenar dapat diketahui hasil usaha ayah Hartini.
  17. Pengetua memohon maaf kepada Hartini.
  18. Papa memberitahu bahawa Junainah yang menggunakan pil tersebut bersama rakan di bilik sebelah asrama mereka.Ia juga didalangi oleh Encik Kancho iaitu pengawal keselamatan di sekolah mereka.
  19. Papa menjelaskan bahawa dia mencadangkan suatu pemeriksaan mengejut dilakukan di semua bilik asrama ketika semua pelajar sedang belajar.
  20. Mereka menemukan pil estacy itu di bawah kawalan Encik Kancho. Namun membiarkan sahaja Encik Kancho melepaskan diri bagi menyiasat sendiket itu seterusnya.
  21. Encik Kancho akhirnya ditangkap ketika menyerahkan bahan itu kepada pelanggannya di sebuah restoran di bandar Kuantan

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 13. DEMI CITA-CITA DAN HARAPAN

  1. Kenduri kesyukuran yang dirancang dapat dilakukan . Hampir semua rakan dan guru sekolah Menengah Kuala Batu hadir.
  2. Keadaan kesihatan Satiah dikatakan semakin positif.
  3. Hubungan Pak Morit dan Papa pulih semula.
  4. Mama menjahitkana baju yang sedondon untuk Hartini dan Satiah. Mereka seakan saudara kembar. Ia menunjukkan keakraban mereka.
  5. Keesokkan harinya Hartini demam . Dia dirawat doktor. Seharian Satiah menjaga dan menemani Hartini
  6. Satiah menulis sesuatu dalam buku yang masih menjadi misteri kepada Hartini
  7. Mama membelikan semua keperluan Hartini dan Satiah untuk persiapan ke sekolah baru mereka berdua.
  8. Satiah bersekolah di Kuantan. Mereka bersama –sama menghantarnya ke sekolah baru dan tinggal di asrama.
  9. Hartini kemudiannya dihantar ke sekolah barunya.

BAB 14. KESABARAN JUGA ADA BATASNYA

  1. Hartini belajar berdikari kerana tinggal di asrama. Kehidupan di asrama melatih mereka berdidiplin. Walaupun baharu tetapi Hartini tidak menghadapi masalah.
  2. Dalam masa tiga bulan Hartini mendapat empat helai surat daripada Satiah. Dalam suratnya Satiah menyelitkan sekuntum bunga
  3. Hartini menulis surat kepada Satiah hampir setiap hari.Seminggu sekali dia akan mengeposkannya.
  4. Perbuatan Hartini menghairankan tema seasramanya Nora.
  5. Hubungan Hartini dan Satiah tidak menjadi sesuatu yang unik bagi Junaidah. Junaidah memperlekehkan tindakan Hartini yang berhubungan dengan orang asli. Hartini menganggap Junaidah cuba menghina Satiah rakan baiknya dan seolah-olah menghinanya.
  6. Junainah sengaja menguatkan bunyi radio. Hartini dan Nora meminta Junainah bertimbang rasa kerana mereka ingin belajar. Berlaku pertengkaran dan Hartini menutup radio. Ini menyebabkan Junainah meludah muka Hartini. Hartini menampar muka Junainah. Darah keluar daripada mulut Junainah.
  7. Junainah dan Hartini perlu menghadap pengetua. Hartini tidak mahu memperbesarakn kes itu. Dia rela meminta maaf.
  8. Hartini menceritakan hal ini kepada Satiah kerana tidak dapat tidur.Dia sudah buntu untuk memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
  9. Nora dan Najmi menceritakan hal pergaduhan itu kepada pengetua.
  10. Pengetua tidak mengambil tindakan keras. Kedua-dua mereka diberikan amaran keras sahaja.

Sabtu, 26 November 2011

cempaka putih untukmu

Bab 10. KERUHNYA AIR YANG TENANG

  1. Hubungan keluarga Satiah dan Hartini semakin renggang dan tegang
  2. Papa membeli buku berkaitan dengan penyakit barah . Hartini cuba membaca untuk mengetahui cara melayan dan memberikan semangat serta rawatan yang perlu bagi mengurangi kesakitan akibat barah
  3. Papa , Mama dan Hartini sering melawat Satiah. Ianya dilakukan bagi mengelakkan Satiah berasa keseorangan dalam menghadapi penyakitnya ( sokongan moral )
  4. Hartini membawakan pelbagai novel , majalah untuk mengilangkan kesunyian Satiah walaupun kehadirannya tidak disukai oleh Pak Morit
  5. Keadaan Satiah seakan beransur pulih buat seketika. Dia sudah boleh bangun dan berjalan sendiri ke bilik air. Hartini sedikit gembira.Pak Morit melarangnya turun ke tanah mengikut kehendak dukun. Satiah menurut sahaja.
  6. Pada petangnya Hartini bertanyakan kepada Satiah sama ada dia dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ambok dan Sinda juga berada di rumah Satiah.
  7. Ambok mendapati kulit badan / lengan Satiah mengelupas semuanya. Satiah menyatakan bahawa ia mungkin kesan daripada ubat daun-daun kayu yang dilumurkan oleh bapanya.
  8. Hartini pula mendapati bahawa ada bintik-bintik merah pada keseluruhan tubuh seperti kesan alahan tertentu

Bab 11. BERITA GEMBIRA DISAMBUT TENANG

  1. Hari untuk mengambil keputusan peperiksaan telah tiba. Pelajar tingkatan 3 ( Teratai , Kenanga , Melati ) datang ke sekolah
  2. Satiah tidak dapat datang , Pak Morit yang mengambil keputusannya
  3. Hartini mendapat 7A 1B manakala Satiah mendapat 8A.
  4. Hartini berasa gembira dengan keputusan yang dicapai oleh Satiah . Dia mengharapkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Satiah.
  5. Cikgu Hanafi masih tidak tahu tentang penyakit yang dideritai oleh Satiah. Sambil menangis Hartini mengesahkan kepada Cikgu Hanafi bahawa Satiah menderita penyakit barah ( Hartini berasa sensitif apabila memperkatakan tentang Satiah )
  6. Sekolah ini mendapat keputusan cemerlang berbanding dengan tahun lepas
  7. Hartini pergi ke rumah Satiah kerana mendapat tahu Pak Morit balik dari sekolah dalam keadaan tergesa-gesa.
  8. Hartini diberitahu oleh Mak Sukin bahawa Satiah pengsan dan badannya kejang
  9. Pak Morit dan bomoh cuba memulihkan Satiah yan memuntahkan darah daripada mulutnya
  10. Hartini berasa sayu apabila melihat keadaan Satiah
  11. Bomoh menggunakan daun dan bunga dalam perawatannya terhadap Satiah. Bomoh berpesan agar Satiah sentiasa dibasahkan dengan air yang dicampur dengan daun dan bunga itu. Bomoh menyatakan ada suatu benda yang berada pada badan Satiah


  1. Keadaan Sataih masih tidak berkurang selama setengah jam. Hilang perasaan gembira mendapat keputusan baik dalam peperiksaan yang mahu dikongsi bersama dengan rakan dan Satiah
  2. Mak Sukin menyatakan pendapatnya tentang keadaan Satiah. Dia tidak sanggup menunggu rawatan tersebut. Pak Morit mula menyatakan dia tidak tahu nak berbuat apa lagi.
  3. Papa memujuk Pak Morit menghantar Satiah ke hospital. Pak Motit tidak memberikan sebarang reaksi.
  4. Hartini merayu kepada Pak Morit agar Satiah dihantar ke hospital
  5. Pak Morit bersetuju. . Encik Hasrul menyatakan mereka agar cuba membuat apa sahaja termasuk perbelanjaan dengan harapan Satiah sihat dan dapat menyambung semula persekolahannya
  6. Cikgu Malik dan Cikgu Hanafi datang ke rumah Satiah.
  7. Satiah dihantar ke hospital
  8. Mak Sukin diminta oleh mama agar tidur di rumah mereka.

BAB 12 . KUNTUM YANG HAMPIR LAYU

  1. Satiah dimasukkan dalam unit rawatan rapi ( ICU ) dan wad kelas satu hasil usaha yang dilakukan oleh papa


  1. Hartini dan ibunya datang melawat Satiah
  2. Semasa hari dimasukkan ke hospital, Satiah berada dalam keadaan kritikal – jantung Satiah telah mulai lemah , pendarahan berterusan , tekanan darahnya rendah
  3. Keadaan Satiah pada hari itu telah sedikit melegakan hati Mak Sukin – sudah mula membuka mata dan darah yang keluar dari mulutnya sudah mula berhanti
  4. Sebagai rakan Hartini mengharapkan kesejahteraan kesihatan Satiah.
  5. Mak Hartini ( Pn Sarah ) mencadangkan Mak Sukin balik ke rumah. Mereka berdua akan menemankan Satiah pada malam itu
  6. Satiah memerlukan suntikan pada setiap hari bagi menstabilkan keadaannya
  7. Doktor juga menerangkan Satiah mungkin perlu menjalani rawatan kimoterapi
  1. Pak Morit dikatakan menyesal kerana membiarkan keadaan Satiah yang menderita begitu lama . Dia juga menyesal kerana sikapnya yang degil. Pak Morit berjanji mengubah pendirian dan kepercayaannya terhadap perkara-perkara karut.
  2. Satiah yang mendapat keputusan cemerlang diterima untuk belajar di Sekolah Menengah Tanjung Bestari manakala Hartini ke Sekolah Menengah Puncak Wawasan.
  3. Hartini meminta agar bapanya dapat mengusahakan agar dia dan Satiah mendapat sekolah yang sama kerana tidak mahu berpisah
  4. Dia berhasrat apabila berada di sekolah yang sama dia akan dapat menjaga Satiah
  5. Pak Morit dan Papa telah merancang mengadakan kenduri untuk meraikan kejayaan mereka dalam peperiksaan
  6. Hartini hanya berpeluang menyampaikan berita gembira kepada Satiah setelah hari ke-20 Satiah berada di hospital
  7. Satiah melahirkan pendapat yang dia tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup lama kerana penyakit yang dideritainya. Hartini berasa sangat sedih.

cempaka putih untukmu

Bab 10. KERUHNYA AIR YANG TENANG

  1. Hubungan keluarga Satiah dan Hartini semakin renggang dan tegang
  2. Papa membeli buku berkaitan dengan penyakit barah . Hartini cuba membaca untuk mengetahui cara melayan dan memberikan semangat serta rawatan yang perlu bagi mengurangi kesakitan akibat barah
  3. Papa , Mama dan Hartini sering melawat Satiah. Ianya dilakukan bagi mengelakkan Satiah berasa keseorangan dalam menghadapi penyakitnya ( sokongan moral )
  4. Hartini membawakan pelbagai novel , majalah untuk mengilangkan kesunyian Satiah walaupun kehadirannya tidak disukai oleh Pak Morit
  5. Keadaan Satiah seakan beransur pulih buat seketika. Dia sudah boleh bangun dan berjalan sendiri ke bilik air. Hartini sedikit gembira.Pak Morit melarangnya turun ke tanah mengikut kehendak dukun. Satiah menurut sahaja.
  6. Pada petangnya Hartini bertanyakan kepada Satiah sama ada dia dapat ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Ambok dan Sinda juga berada di rumah Satiah.
  7. Ambok mendapati kulit badan / lengan Satiah mengelupas semuanya. Satiah menyatakan bahawa ia mungkin kesan daripada ubat daun-daun kayu yang dilumurkan oleh bapanya.
  8. Hartini pula mendapati bahawa ada bintik-bintik merah pada keseluruhan tubuh seperti kesan alahan tertentu

Bab 11. BERITA GEMBIRA DISAMBUT TENANG

  1. Hari untuk mengambil keputusan peperiksaan telah tiba. Pelajar tingkatan 3 ( Teratai , Kenanga , Melati ) datang ke sekolah
  2. Satiah tidak dapat datang , Pak Morit yang mengambil keputusannya
  3. Hartini mendapat 7A 1B manakala Satiah mendapat 8A.
  4. Hartini berasa gembira dengan keputusan yang dicapai oleh Satiah . Dia mengharapkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Satiah.
  5. Cikgu Hanafi masih tidak tahu tentang penyakit yang dideritai oleh Satiah. Sambil menangis Hartini mengesahkan kepada Cikgu Hanafi bahawa Satiah menderita penyakit barah ( Hartini berasa sensitif apabila memperkatakan tentang Satiah )
  6. Sekolah ini mendapat keputusan cemerlang berbanding dengan tahun lepas
  7. Hartini pergi ke rumah Satiah kerana mendapat tahu Pak Morit balik dari sekolah dalam keadaan tergesa-gesa.
  8. Hartini diberitahu oleh Mak Sukin bahawa Satiah pengsan dan badannya kejang
  9. Pak Morit dan bomoh cuba memulihkan Satiah yan memuntahkan darah daripada mulutnya
  10. Hartini berasa sayu apabila melihat keadaan Satiah
  11. Bomoh menggunakan daun dan bunga dalam perawatannya terhadap Satiah. Bomoh berpesan agar Satiah sentiasa dibasahkan dengan air yang dicampur dengan daun dan bunga itu. Bomoh menyatakan ada suatu benda yang berada pada badan Satiah

  1. Keadaan Sataih masih tidak berkurang selama setengah jam. Hilang perasaan gembira mendapat keputusan baik dalam peperiksaan yang mahu dikongsi bersama dengan rakan dan Satiah
  2. Mak Sukin menyatakan pendapatnya tentang keadaan Satiah. Dia tidak sanggup menunggu rawatan tersebut. Pak Morit mula menyatakan dia tidak tahu nak berbuat apa lagi.
  3. Papa memujuk Pak Morit menghantar Satiah ke hospital. Pak Motit tidak memberikan sebarang reaksi.
  4. Hartini merayu kepada Pak Morit agar Satiah dihantar ke hospital
  5. Pak Morit bersetuju. . Encik Hasrul menyatakan mereka agar cuba membuat apa sahaja termasuk perbelanjaan dengan harapan Satiah sihat dan dapat menyambung semula persekolahannya
  6. Cikgu Malik dan Cikgu Hanafi datang ke rumah Satiah.
  7. Satiah dihantar ke hospital
  8. Mak Sukin diminta oleh mama agar tidur di rumah mereka.

Isnin, 24 Oktober 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

Bab 7. PERPISAHAN SEMENTARA

  1. peperiksaan PMR telah selesai. Satiah dapat menghadiri peperiksaan dengan sihat dan lancar
  2. Papa dan Pak Morit menghantar Satiah ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor masih belum dapat mengesan punca sebenar penyakit Satiah
  3. Masing-masing sibuk merancang aktiviti memenuhkan masa cuti sekolah. Hartini bercadang mengikut neneknya pulang ke Johor sambil menghadiri kelas komputer
  4. Satiah tidak akan ke mana-mana memandangkan keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Satiah pulang ke rumahnya untuk meneruskan rawatan bersama dukun mengikut kehendak ayahnya
  5. Di Johor Hartini mengingatkan kesunyian yang melanda ibunya kerana berjauhan dengan Hartini dan Satiah dalam masa yang sama. Hal ini demikian kerana mereka berdualah yang selalu menemaninya
  6. Nenek menceritakan kisah Mak Usunya yang menjadi liar dan bergaul dengan budak-budak nakal , ponteng sekolah , melepak yang kini berada di bawah jagaan Pak Long ( abang sulungnya ) di Ipoh
  7. Hartini didaftarkan oleh neneknya belajar komputer di Pontian
  8. Nenek berjumpa dengan Makcik Leha yang menceritakan kisah anaknya yang berada di balai polis kerana kes menagih dadah.
  9. Nenek menceritakan kepada Hartini bahawa pemuda –pemudi pada zamannya berada dalam keadaan serba susah. Mereka faham akan keadaan itu . Hal ini menyebabkan mereka tidak berfoya-foya malahan banyak menghabiskan masa dengan menolong ibu bapa di kebun dan mematuhi perintah dan menghormati ibu bapa segalanya.
  10. Hartini mendapat dua pucuk surat daripada Satiah. Namun surat tersebut ringkas sahaja dan tidak memasukkan keadaan dirinya di rumah.
  11. Hartini menunggu masa untuk pulang semula ke rumahnya . Pengetahuan asas tentang komputer telah mula dikuasainya.

Bab 8. BERITA YANG MEMBIMBANGKAN

  1. Hartini meminta kebenaran daripada neneknya untuk pulang ke Jerantut
  2. Nenek menemankan Hartini balik ke Jerantut
  3. Mama memberitahu bahawa keadaan Satiah semakin bertambah teruk. Penyakitnya semakin kerap menyerang. Badannya juga semakin susut dan rambutnya semakin menipis. Dokto mengesahkan Satiah menghidap barah paru-paru . Hampir keseluruhan paru-parunya dijangkiti virus barah. Harapan untuk pulih sedia kala adalah tipis.
  4. Hartini dilarang oleh ibunya daripada pergi melawat Satiah kerana Pak Morit melarang .
  5. Pak Morit menyatakan penyakit Satiah melarat kerana melanggar pantang larang dukun. Pak Morit masih percaya bahawa Satiah terkena sampuk
  6. Satiah sebenarnya tidak sampai hati untuk menceritakan kesemua penderitaan yang dihadapinya kerana bimbang Tini tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran komputer.
  7. Hartini terus ke rumah Satiah walaupun ibunya mengajaknya pergi ke sana pada waktu malam
  8. Hartini menyatakan kekesalannya kerana Satiah tidak mengkabarkan keadaan penyakitnya melalui surat kepadanya.
  9. Satiah meminta maaf kerana berbohong kepada Hartini kerana tidak berterus terang dalam suratnya.
  10. Satiah melahirkan perasaan kecewa dengan sikap ayahnya yang enggan menuruti kehendak papa yang ingin meneruskan perubatan moden
  11. Satiah meluahkan harapan untuknya sembuh sangat tipis.
  12. Hartini menyatakan tentang tarikh keputusan peperiksaan mereka yang bakal tiba

Bab 9. KERANA ADAT DAN PANTANG LARANG

  1. Mak Sukin memberitahu Hartini bahawa Pak Morit enggan membenarkan Satiah dirawat di hospital. Walaupun dipujuk berkali-kali oleh papa , mama dan Mak Sukin keputusan Pak Morit tidak berganjak
  2. Pagi esoknya Hartini melawat Satiah di rumahnya dengan membawa sedikit kuih bingka jagung kesukaan Satiah . Satiah sedang dimandikan oleh emaknya.
  3. Hartini cuba memujuk Pak Morit untuk membenarkan Satiah dirawat di hospital
  4. Pak Morit memarahi tindakan Hartini ini. Hartini gagal. Dia menangis sambil kesal dengan tindakan Pak Morit.
  5. Hartini pulang ke rumah. Dia menangis. Hartini menceritakan semula kejadian sebentar tadi di rumah Pak Morit.
  6. Papa menjelaskan bahawa kepercayaan Pak Morit terhadap asal usul dan keturunannya belum dapat diubah kerana ia melibatkan pantang larang keluarganya.
  7. Mama berpendapat pada masa ini mereka tidak boleh terlalu mendesak perkara tersebut kepada Pak Morit kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan mereka selama ini.
  8. Keesokannya Hartini kembali semula ke rumah Satiah. Akob , adik lelaki Satiah memberitahu bahawa Satiah dan ibu bapanya tiada di rumah kerana berubat di Kampung Langsat.
Hartini pulang.

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

Bab 4. MASALAH SATIAH

  1. Mama menceritakan kisah Satiah dengan ringkas kepada papa semasa waktu makan
  2. Ayah Hartini berjanji akan cuba menziarahi keluarga Satiah dengan menggunakan alasan kerja
  3. Satiah tidak datang ke sekolah.
  4. Semasa papa pulang Hartini bertanyakan hal berkenaan keluarga Satiah. Bapanya menjelaskan bahawa Pak Morit ( bapa Satiah mengambil akar kayu untuk menyembuhkan demam anaknya )
  5. Papa menjelaskan bahawa masyarakat di sini masih mengamalkan cara perubatan tradisional
  6. Hartini resah mendengar penerangan daripada ayahnya namun ayahnya meminta Hartini bersabar dengan karenah ayah Satiah
  7. Cikgu Malik ingin melantik Hartini sebagai ketua kelab komputer yang bakal ditubuhkan. Dia diberi kepercayaan oleh Cikgu Malik kerana beliau berasakan Hartini telah didedahkan dengan komputer berbanding rakan-rakannya yang lain.
  8. Walaupun berat Hartini menyanggupi tanggungjawab yang diberikan hasil sokongan daripada Cikgu Malik
  9. Ayah Hartini menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan Pak Morit tidak membenarkan Satiah berkawan dengan orang lain. Ada kisah disebalik larangan itu yang melibatkan kematian anak perempuan Pak Morit sebelum ini. Pak Morit takut pisah berbuah dua kali
  10. Papa dapat meyakinkan Pak Morit dia akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Satiah

Bab 5 . AHLI BAHARU KELUARGA KAMI

  1. Satiah dijadikan anak angkat keluarga Hartini
  2. Sejak itu Hartini mendapat teman untuk belajar yang akrab juga sebagai saudara angkatnya
  3. Mereka makan , mandi , belajar dan tidur bersama-sama
  4. Selain rajin belajar Satiah juga ringan tulang ( rajin menolong mama di dapur , menyiapkan sarapan , bangun lebih awal , mengangkat kain di ampaian ,) , membasuh pinggan mangkuk
  5. Satiah disayangi oleh seluruh ahli keluarga Hartini
  6. Satiah dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam keluarga Hartini
  7. Pak Morit kerap menghantar hasil taninya ( pisang / sayuran kampung , keledek ke rumah Hartini. Mama membalasnya dengan memberi coklat , biskut dan makanan dalam tin untuk keluarga Satiah
  8. Satiah tekun menulis sesuatu dalam buku berkulit tebal. Hartini membiarkan sahaja perbuatan Satiah ini.
  9. Selang enam bulan mereka akan menghadapi peperiksaan lagi dua minggu
  10. Satiah dan Hartini serta rakan sekelasnya sibuk mengulangkaji pelajaran
  11. Satiah ditemukan Hartini dalam keadaan tertiarap dengan kesan tompokan darah pada bantal
  12. Keadaan Satiah lemah sekali. Pak Morit dan Mak Sukin datang ke rumah mereka. Papa menceritakan kejadian yang berlaku kepada mereka berdua.
  13. Pak Morit menyatakan bahawa Satiah kerap berada dalam keadaan demikian . Ia sudah menjadi suatu kebiasaan pada keluarga mereka. Sejak tahun lepas Satiah kerap batuk berdarah.
  14. Menurut Pak Morit , Satiah telah diubati oleh dukun . Dukun memberitahu bahawa Staiah terlangkah benda kotor dan perlu dihantar ke sesuatu tempat untuk membuang benda yang berada dalam tubuhnya
  15. Papa mencadangkan agar Satiah dirawat di hsopital. Pak Morit menolak cadangan tersebut kerana menurut pesan dukun yang menghalang proses pengubatan
  16. Papa akhirnya berjaya memujuk Pak Morit membenarkan Satiah dirawat di hospital dengan alasan Satiah perlu mengambil peperiksaan
  17. Satiah dihantar ke hospital

Bab 6. SENYUMAN SATIAH MULAI TAWAR

  1. setelah menerima rawatan awal daripada pihak hospital , Satiah dibawa pulang. Namun begitu selang dua minggu lagi dia dikehendaki dihantar semula untuk menerima rawatan lanjut
  2. Pihak hospital telah mengambil contoh darah , air kencing dan kahak Satiah untuk dikaji
  3. Pada pukul 3.00 pagi Satiah mengaduh perlahan. Hartini terdengar. Hartini bangun lalu membuatkan air susu kerana sejak siang Satiah tidak makan apa-apa
  4. Rakan-rakan sekelas Satiah berasa bimbang dengan keadaan yang melanda Satiah.
  5. Kesemua rakan sekelas Satiah melawatnya di rumah Hartini. Mereka turut ditemani oleh Cikgu Malik dan Cikgu Anis
  6. Papa berjanji kepada mereka semua untuk membuat kenduri besar-besaran jika semua mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 1 AKUR AKAN PERINTAH

  1. Bapa Hartini ( Encik Hasrul ) menerima surat tawaran kenaikan pangkat dari jabatannya
  2. Semua ahli keluarga mendengar dangan penuh syukur dan gembira
  3. Bapanya dikehendaki bertukar ke tempat yang baru yang ditugaskan untuk membangunkan pengeluaran pertanian masyarakat orang asli
  4. Bapanya terpaksa bertugas di kawasan pedalaman negeri Pahang.
  5. Keluagra mereka membayangkan keadaan serba kekurangan yang bakal mereka hadapi di tempat yang baru
  6. Bapa Hartini berjaya menyewa sebuah rumah di pekan Jerantut untuk mereka diami.
  7. Keluarga mereka sibuk membuat persiapan untuk berpindah



Bab 2 TERSALAH SANGKA

  1. Mereka bertolak dari Kuala Lumpur ke Jerantut pada waktu pagi
  2. Ramai sahabat handai yang datang menziarahi ke rumah mereka semasa mereka mahu bertolak untuk mengucapkan selamat jalan
  3. Mereka bertolak pada pukul 9.00 pagi dan sampai pada pukul 5 .00 petang di Kampung Kuala Batu
  4. Mereka disambut oleh penduduk kampung dengan mesra
  5. Rumah mereka sebuah rumah kayu yang beratap genting yang memiliki empat buah bilik , dua buah bilik air dan ruang tamu
  6. Hartini bangun pagi . suasana pagi di kampung buat pertama kali dirasainya. Bunyi ayam berkokok , bunyi cengkerik dan bunyi burung-burung di hutan yang berdekatan membuatkan hatinyanya berasa ada kelainan
  7. Jiwanya berasa damai dengan kesegaran udara di kawasan itu
  8. Bapa Hartini berkunjung ke pejabat untuk melihat keperluan untuk bekerja pada minggu depannya
  9. Kawasan itu juga menerima pembangunan seperti mana kawasan yang lain walaupun tidak semaju Kuala Lumpur
  10. Pada petangnya rumah mereka dikujungi oleh penduduk kampung yang membawa buah-buahan sebagai buah tangan seperti pisang dan keledek
  11. Keluarga mereka betah tinggal di kawasan itu kerana semua urusan dapat dilakukan


Bab 3. SEKOLAH BAHARU KAWAN BAHARU

  1. Hartini Ayu dimasukkan ke kelas Tiga Teratai dan diperkenalkan dengan semua pelajar kelas itu oleh Cikgu Malik
  2. Rakan sekelasnya mengulurkan salam perkenalan ( kelas ini seramai 25 orang / 15 perempuan 10 lelaki )
  3. Hartini mendapati nama mereka sedikit pelik – Ineng , Sinda , Ambok dan Meranu
  4. Hartini mendapati seorang lagi murid iaitu Satiah sedikit pendiam
  5. Suasana kelas tidak banyak berbeza dengan kelasnya di KL sebelum ini
  6. Apa yang berbeza pada pelajar sekolah ini ialah baju , kasut dan beg mereka sedikit lusuh
  7. Para pelajar di kelas itu menunjukkan disiplin belajar yang tinggi semasa berada di dalam kelas.
  8. Hartini mencadangkan agar pelajar di kelas itu membuat kumpulan belajar bagi menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang
  9. Satiah menyatakan beliau tentu sukar mendapatkan kebenaran bapanya untuk turut sama dalam kumpulan belajar ini
  10. Bapa Stiah akan memukulnya jika ada rakannya datang ke rumah. Bapa Stiah tidak mahu Satiah terpengaruh dengan cara kehidupan orang lain.
  11. Hartini berhasrat meminta bantuan daripada papanya dalam menyelesaikan kemelut ini.
  12. Satiah merupakan pelajar paling pintar di dalam kelas itu. Cikgu Hanafi selalu memuji setiap hasil kerja dan karangan Satiah
Hartini menceritakan hal Satiah kepada ibunya

Ahad, 9 Oktober 2011

SKEMA SEJARAH PMR 2011.......

SKEMA SEJARAH PMR 2011

  1. C
  2. A
  3. B
  4. D
  5. D
  6. B
  7. C
  8. B
  9. B
  10. C
  11. B
  12. B
  13. D
  14. B
  15. D
  16. A
  17. B
  18. A
  19. C
  20. B
  21. A
  22. D
  23. A
  24. D
  25. C
  26. A
  27. C
  28. C
  29. D
  30. A
  31. C
  32. B
  33. D
  34. C
  35. D
  36. A
  37. C
  38. D
  39. B
  40. A
  41. B
  42. A
  43. D
  44. B
  45. C
  46. D
  47. C
  48. A
  49. C
  50. A
  51. B
  52. A
  53. A
  54. D
  55. C
  56. A
  57. D
  58. B
  59. B
  60. D

Selasa, 27 September 2011

Rangkuman tajuk dalam percubaan sej PMR

Negeri Sembilan

  1. karya yang dihasilkan oleh Abd Hadi Hassan – Sejarah Alam Melayu
  2. Kaedah pengkajian sejarah – dokumen – kaedah bertulis
  3. Zaman Neolitik – alatan yang dicipta menggunakan tanah liat – belanga dan bekas air
  4. Lokasi kerajaan awal di Asia Tenggara
  5. Hubungan diplomatik Melaka dengan negara luar – Siam China
  6. Parameswara berjaya memajukan Melaka – sifat yang ada pada rakyat – taat setia /
  7. Melaka – sistem pentadbiran – kawasan pemakanan – kawasan memungut cukai
  8. Melaka – faktor Portugis menjadi penjajah awal – penemuan jalan laut / saingan dengan kuasa barat yang lain / menguasai bahan mentah / perdagangan
  9. Melaka – kesan pelantikan Tun Mutahir – perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar Melayu / masalah perpaduan
  10. Johor – kuasa luar yang mengancam kerajaan Johor –
  11. Perang Tiga Segi – faktor berlaku – menguasai jalan perdagangan Selat Melaka
  12. Tokoh berasal dari Pagar Ruyung / Yam Tuan pada tahun 1773 / mendapat keizinan daripada Siak dan Johor untuk memerintah Negeri Sembilan
  13. Adat yang diamalkan mengikut lokasi yang diberi – Tiga Batu / Tanah Datar / Biduanda / Anak Acheh – Adat Perpatih
  14. Susun lapis masyarakat Melayu – Sultan / golongan pemerintah / keluarga dan kerabat sultan bersama pembesar , ulama , pendeta / golongan diperintah / rakyat @hamba – X ialah –
  15. Saraawak – ciri masyarakat – mendirikan rumah setelah tanah disemah / tidak mendirikan rumah jika ada burung ketupung – Penan
  16. Tindakan Sultan Muyiddin menyerahkan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu menyebabkan Sabah diperintah oleh dua kuasa iaitu kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei
  17. Sabah – jawatan sama seperti Ketua Kampung dan Tuia Rumah bagi masyarakat Bajau – Orang Tua

Rangkuman tajuk dalam percubaan sej PMR

Pulau Pinang

1. Takrifan sejarah – sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu – Ibnu Khaldun ( panjang )

2. Ciri sejarah – tepat dan benar

3. sumber sejarah – batu bersurat dan catatan pelayaran Ibnu Batuta – sumber primer / pertama

4. Lokasi zaman palelitik ( gua Niah , Kota Tampan / Tingkayu – peralatan – batu

5. kerajaan agraria – ciri – berasaskan pertanian

6. Parameswara – perjalanan ke Melaka – Palembang / Temasik / Muar / Melaka

7. Parameswara – peristiwa penting di Temasik – membunuh Temagi

8. Melaka – peranan sultan – ketua agama Islam / mengetuai hubungan diplomatik/ ketua adat istiadat Melayu

9. Hubungan Melaka – China – kesan baik/ positif – mendapat pengiktirafan daripada China

10. Melaka – pengislaman raja diikuti dengan pengislaman rakyat – sebab – taat setia

11. Kemerosotan Melaka – faktor – masalah perpaduan

12. Kedah – panggilan oleh pedagang India –

13. Struktur pemerintahan dalam sistem pentadbiran negeri Melayu – menjamin pelaksanaan arahan pentadbiran dengan lebih efektif

14. Sarawak – lokasi Bau dan Bidi – melombong emas

15. Sabah – tarian Sumazau dan Magunatip – dikaitkan dengan penanaman padi

Isnin, 26 September 2011

RANGKUMAN TAJUK / PERKARA/ ISU PERCUBAAN SEJARAH PMR ( TINGKATAN 1 )

SBP

1. Tokoh sejarah – Ibnu Khaldun – sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia , tentang perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat itu

v ( keyword - masyarakat – 2 kali / tentang 2 kali )

2. Zaman logam - Penempatan masyarakat - / ciri kegiatan - cipta alatan gangsa dan besi

v Keyword – logam – Sg Tembeling / Changkat Menteri – STCM – seberang takir / central market

3. Ciri kerajaan Kedah Tua – sistem pentadbiran Undang-undang Manu / tempat perdagangan utama pada abad ke 15 masehi

Keyword – Manu - Kedah

4. Asal usul negeri Melaka – sumber – Sejarah Melayu / mitos hindu

v Keyword – pelanduk / pokok sakti

5. peranan orang laut di Melaka – menjaga keselamatan perairan

v laut – air – taat - mahir

6. Melaka – kesan perkembangan agama Islam – kewujudan institusi kesultanan / gelaran sultan

7. Melaka – karya sastera terjemahan – ( Hikayat Amir Hamzah . Hikayat Muhamad Ali Hanafiah / Hikayat Iskandar Zulkarnain

8. Melaka – faktor kemerosotan – masalah perpaduan / kedatangan Portugis / kelemahan kepimpinan

9. Acheh – kepentingan Pedir dan Pasai kepada Acheh – menguasai perdagangan lada hitam

10. Kerajaan – ciri ( jajahan takluk Johor / muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka / berusaha mendapatkan kebebasan daripada Johor - Jambi

11. Johor – Tokoh yang membuat pakatan dengan anak raja Bugis lima bersaudara – Raja Sulaiman

12. Terengganu – nama asal usul – Teng Ya Nung , Taring Anu

13. kesenian – Seni tekatan – hasil tekatan – Kipas

14. Sarawak – kegiatan ekonomi kumpulan etnik – penanam padi sawah dan kelapa / peniaga kecil-kecilan / orang tengah dalam kegiatan perdagangan – Orang Melayu

15. Sabah – Pasar Tamu – tempat pelbagai kaum bertukar-tukar barangan dan berjual beli – kepentingan – mewujudkan semangat muhibbah dan harmoni

RANGKUMAN TAJUK / PERKARA/ ISU PERCUBAAN SEJARAH PMR ( TINGKATAN 1 )

Kelantan

1. Ciri sejarah – fakta tepat dan benar , penting dan bermakna , sebab dan akibat

2. Zaman logam – peralatan yang dijumpai ialah kapak dan mata lembing – lokasi Sg Tembeling ( kaitkan dengan lembing / ing )

3. Maritim – ciri kerajaan – diasaskan Raden Wijaya / berasaskan undang-undang Manu , mengamalkan konsep devaraja – Kerajaan Kedah Tua

4. Nama Melaka – kisah pelanduk – sumber – Sejarah Melayu

5. Melaka – strategi Melaka menghadapi ancaman Siam dan Majapahit – menjalin hubungan dengan China

6. Melaka – kepentingan kesusasteraan Melayu ( Hikayat Hang Tuah / Hikayat Bayan Budiman / Hikayat Nabi Bercukur )– memberi pengajaran / menjadi perantara menyebar agama Islam

7. Melaka – sultan yang mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan dalam negeri / pernah menyamar membanteras kegiatan jenayah – Sultan Alauddin Riayat Shah

8. Melaka – kesan pembunuhan Tun Mutahir – kerajaan Melaka semakin lemah ( Portugis / kejatuhan melaka )

9. Melaka – situasi pertahanan yang lemah ( senjata tradisional / askar tidak terlatih / bergantung kepada askar upahan ) – kesan – kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

10. Johor – kesan pelantikan Tun Abdul Jalil memakai gelaran Sultan Abdul Jalil – Orang Bugis menguasai kerajaan Johor

11. Perbezaan kerajaan Melayu Tua dan Kerajaan Melayu Baru – ( tua – wujud sebelum kesultanan Melaka )

12. Negeri Sembilan – pertabalan Yamtuan Besar dari Pagar Ruyung – amalan ini berakhir apabila – Raja Lenggeng menjadi Yam Tuan Besar.

13. Peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu – penyisir / tenggala / pencakar - berkaitan dengan ekonomi pertanian

14. Sarawak -Masyarakat Melanau merayakan Perayaan Kaul – nenek moyang

Sabah – Pasar Tamu – nilai – bersatu padu / perpaduan

RANGKUMAN TAJUK / PERKARA/ ISU PERCUBAAN SEJARAH PMR ( TINGKATAN 1 )

KEDAH

1. Kaedah lisan – bagaimana diperolehi – ucapan dan pengisahan

2. Ciri zaman Neolitik – tembikar / barang kemas / bercucuk tanam

3. Maritim – ciri masyarakat – mahir membuat kapal / ilmu pelayaran

4. asal usul negeri Melaka – sumber dari Sejarah Melayu dan pedagang Arab

5. Melaka – faktor kemajuan – peranan orang laut / kemudahan pelabuhan

6. Melaka – peranan surat kebenaran berniaga kepada kerajaan Melaka – menambah sumber pendapatan

7. Melaka – faktor perpecahan – perasaan iri hati / penyebaran fitnah

8. Melaka - kepentingan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah – menaikkan semangat

9. Johor – memiliki jajahan takluk yang luas – fungsi – membekalkan bahan dagangan

10. Johor – pusat pentadbiran/ ibu negeri sering berubah-ubah – muslihat pertahanan / strategi

11. Kerajaan Perak – alat kebesaran untuk pertabalan – Cura Simanja Kini

12. Adat perpatih – tokoh pentafsir / melaksanakan adat – Ketua Adat

13. Fungsi Jalan penarikan – Melaka ke Pahang ( bijih timah )

14. Sabah – Pesta Kaamatan – tujuan diadakan – menunjukkan kesyukuran