CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 26 Ogos 2025

SEJ SPM K1 SET 6

 

Set 6

 

1. Maklumat berikut merujuk kepada       --Hukum Kanun Melaka  ----  Undang-undang Laut Melaka

 A Undang-undang kerajaan Alam Melayu                 B Undang-undang bertulis

C Undang-undang Islam                                             D Undang-undang adat

 

2. Apakah maksud nasionalisme dalam konteks orang Melayu sebelum merdeka?

 A Mengiktiraf hak setiap kaum negara ini

B Mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu

C Menuntut keadilan kepada anak bangsa

D Mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negeri

 

3.  Majalah Bulan Melayu diterbitkan pada tahun 1930 di Johor Bahru. Apakah isu majalah tersebut ?

 A Kepentingan perpaduan kaum

B Kemajuan dan pendidikan wanita

C Kesedaran tentang isu semasa negara

D Kebenaran agama Islam sebagai agama rasmi

 

4.  Jadual berikut menunjukkan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah. Pasangan manakah yang betul?

 Fahaman Fasisme                                            Fahaman Nazisme

A         percaya kepada nasionalisme melampau        mengagungkan bangsa Jerman

B         dipimpin Adolf Hitler                                     pemimpin – Benoto Mussilini

C         memulihkan nasionalisme dengan                  mengutamakan kepentingan negara mengenepikan Perjanjian Versailles               melebihi kepentingan individu

D         menduduki Rhineland semula                         menguasai Habsyah dan Albania

 

 5. Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita bagi keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun. Apakah rancangan Jepun untuk mengukuhkan ekonominya?

 A Menanamkan semangat antipenjajah Barat

B Mengusir penjajah di negara-negara Asia Tenggara

C Mengenakan sekatan ekonomi terhadap pihak Bersekutu

D Membentuk kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya

 

6.  Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu lebih kurang 14 hari kerana kelewatan pendaratan semula tentera British. Bagaimanakah penguasaan tersebut berlaku?                         I membuat kad catuan makanan            II menguasai balai polis            

III membunuh pegawai daerah           IV melaksanakan sekatan jalan raya                               

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

7.  Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu. Mengapakah British melakukan perubahan tersebut?

British Military Administration ( BMA ) –     Malayan Union ( MU )

A Melicinkan pentadbiran

B Menyeragamkan sistem cukai

C Meningkatkan ekonomi orang Melayu

D Memperkukuhkan pemerintahan beraja

 

8.  Berikut merupakan tindakan British terhadap nasionalis di Sabah. Apakah tujuan British berbuat demikian?

 -          Menawarkan kenaikan pangkat

-          Memindahkan ahli dan pemimpin

A Mendorong kelahiran intelektual

B Mengurangkan tekanan komunis

C Meningkatkan taraf hidup penduduk

D Melumpuhkan gerakan nasionalisme

 

9.  Piagam Atlantik telah diisytiharkan pada bulan Ogos 1941. Piagam ini dirangka oleh Britain dan Amerika Syarikat. Bagaimanakah British bertindak mematuhi Piagam Atlantik di Tanah Melayu?

A Memperkukuhkan sistem pertahanan                    

B Menamatkan gagasan Malayan Union

C Mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu                

D Melonggarkan syarat kewarganegaraan

 

10.  Apakah kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia?                                                                            

 I kewarganegaraan dilonggarkan

II melahirkan identity bangsa Malayan Union

III memupuk perpaduan dan toleransi kaum

IV hak mutlak memerintah negara yang berdaulat

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

11. Gambar 1 menunjukkan kad pengenalan Persekutuan Tanah Melayu. Mengapakah penggunaan kad pengenalan diperkenalkan?

 A Memudahkan edaran makanan kepada penduduk

B Membezakan orang awam dengan komunis

C Mengenal pasti penduduk Kampung Baru

D Mengenal pasti penduduk asal Tanah Melayu

 

12.  Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras komunis dan mengembalikan keamanan negara kita. Apakah peranan generasi muda untuk menghargai keamanan tersebut?

A Mendapatkan pendidikan tinggi

B Memberi keadilan ekonomi kepada rakyat

C Mempertahankan negara daripada musuh

D Menyertai proses pilihan raya umum

 

13.  Tokoh berikut memberikan sumbangan kepada negara sebelum merdeka. Apakah persamaan tokoh tersebut?

- Dato Onn Jaafar

- EEC Thuraisingham

- Tan Cheng Lock

 A Merupakan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

B Menganggotai Sistem Ahli ke arah langkah berkerajaan sendiri

C Merupakan Jawatankuasa Pelajaran Melayu

D Menjalinkan kerjasama dalam Independence of Malayan Party (IMP)

 

14. Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan di Tanah Melayu?    TAHUN 1951  ------ Sistem Ahli diperkenalkan

A Merangka perlembagaan baru

B Melaksanakan pilihan raya umum

C Membincangkan syarat kewarganegaraan

D Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

 

15. Apakah syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya peringkat Majlis Perundangan Persekutuan 1955?        

I berpendidikan sekolah Inggeris

II warganegara Persekutuan Tanah Melayu

III berumur 21 tahun ke atas

IV telah tinggal 15 tahun di Tanah Malayu                                 

 A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

16. Pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) membuka peluang kepada rakyat tempatan untuk mentadbir. Apakah yang dapat disimpulkan berdasarkan pernyataan tersebut?

A Penghapusan kegiatan komunis

B Perkongsian kuasa antara kaum

C Keengganan orang Melayu menerima imigran

D Kegagalan British mentadbir Tanah Melayu

 

17. Gambar menunjukkan tokoh yang mengetuai Suruhanjaya Reid. Apakah tujuan Suruhanjaya Reid dibentuk?

Lord Ried

A Menyusun perlembagaan                            B Mengadakan pungutan suara

C Merundingkan kemerdekaan                       D Membentuk pendidikan kebangsaan

 

18.  Inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ialah pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen. Siapakah yang berhak memilih Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara?

A Parlimen      B Dewan Negara         C Majlis Raja-Raja     D Dewan Rakyat

 

19. Apakah takrif kemerdekaan menurut pengertian Kamus Dewan?

A Bebas daripada kemiskinan dan penderitaan

B Membebaskan diri daripada penjajahan Barat

C Merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi

D Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan

 

20.  Selepas mencapai kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi negara. Apakah usaha tersebut?  

I menubuhkan HICOM                      II menubuhkan FELDA

III mengadakan Rancangan Malaya   IV mencipta kereta nasional pertama

 A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

21. Maklumat berikut merupakan takrif perkataan kedaulatan dalam bahasa Yunani.     supernuus    superanus       . Apakah maksud perkataan tersebut?

A Hak             B Kerajaan                  C Kuasa                      D Agung

 

22. Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Siapakah yang dilantik sebagai ketua Kerajaan?

A Sultan          B Menteri Besar          C Perdana Menteri      D Yang di-Pertuan Agong

 

23. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Apakah bukti pengamalan sistem tersebut?

A Penggubalan Perlembagaan negara            B Pelantikan Yang di-Pertuan Agong

C Mengadakan pilihan raya umum                 D Mewujudkan pengagihan kuasa

 

24. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Nyatakan rasional pindaan tersebut dilaksanakan?

A Mengekalkan keluhuran perlembagaan      B Perubahan politik dalam negara

C Desakan daripada negara luar                     D Atas permintaan parti politik

 

25. Maklumat berikut berkaitan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu.   Apakah ciri persamaan undang-undang berikut?

- undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

- Undang-undang bagi diri kerjaan Terengganu 1911

 A Mengekalkan kedaulatan negeri

B Membuktikan pemerintahan mutlak

C Menunjukkan pengaruh birokrasi Barat

D Menyerlahkan ciri pemerintahan negeri beraja

 

26. Majlis Raja-raja merupakan institusi beraja di Malaysia. Apakah peranan Majlis Raja-raja?

I melantik Menteri besar dan ketua Menteri

II menentukan parti yang memerintah negara

III menjadi Lembaga pengampunan kes tertentu

IV memperkenankan pindaan perlembagaan

 A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

27. Pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Antara berikut, yang manakah merupakan Senarai Persekutuan?

A Pertanian dan perhutanan                            B Undang-undang Islam

C Hal ehwal luar negeri                                  D Tanah

 

28. Berdasarkan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, apakah rumusan tentang isi kandungan perlembagaan tersebut?

A Undang-undang Negeri sama kedudukannya dengan undang-undang Persekutuan.

B Undang-undang Persekutuan dan Undang-undang Negeri dijalankan secara serentak.

C Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang secara bersama

D Undang-Undang Persekutuan lebih tinggi kedudukannya daripada Undang-undang Negeri

 

29. Satu referendum diadakan di Singapura pada awal bulan September 1960. Apakah kesan daripada tindakan tersebut?

A Penubuhan Suruhanjaya Cobbold              B Singapura menyertai Malaysia

C Kepentingan Singapura terjamin                 D Kepentingan Singapura terjamin

 

30. Bagaimanakah kedudukan Bumiputera di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?

A Pengiktirafan sama seperti orang Melayu

B Diterima menjadi rakyat Tanah Melayu

C Mendapat bantuan kewangan Persekutuan

D Dilantik sebagai penjawat kerajaan awam

 

31. Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia. Apakah punca pemisahan tersebut?  

I konflik PAP dengan Parti Perikatan

II tidak puas hati dengan cukai tambahan

III Pembangunan Singapura diabaikan

IV tidak mendapat pinjaman kewangan                                                                                        

 A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

32. Berikut adalah Majlis yang diberikan kuasa untuk memerintah negara dari 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971.   MAGERAN . Apakah tanggungjawab majlis tersebut?

A Memperkenalkan dasar ekonomi negara    B Menyusun strategi pembangunan negara

C Menentukan pentadbiran negara licin         D Mengendalikan pilihan raya secara adil

 

33. Gambar di bawah menunjukkan Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tersebut?

 I melahirkan rakyat yang berilmu

II menyediakan tenaga kerja mahir

III merapatkan jurang ekonomi kaum

IV melahirkan Masyarakat yang berdisiplin

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

 

34. Berikut merupakan program kokurikulum yang dianjurkan pada peringkat sekolah. Mengapakah program tersebut diperkenalkan?

-         Rancangan Integrasi Murid untuk perpaduan RIMUP

-         Dasar 1 Murid 1 Sukan

 A Membina masyarakat progresif                  B Memupuk semangat setia kawan

C Mencapai kecemerlangan akademik           D Melahirkan murid yang berketerampilan

 

35. Jadual menunjukkan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi di negara kita. Padanan peranan agensi manakah yang betul ?

AGENSI KERAJAAN                                   Peranan

A         Lembaga Beras dan Padi Negara        melakukan penyeldidikan dalam penanaman 

                                                                        Getah

B         Lembaga Pertubuhan Peladag            menyediakan kemudahan asas pertanian

C         Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia    memodenkan industri perikanan

D         Pihak berkuasa kemajuan pekebun     menstabilkan harga padi dan beras

            Kecil Perusahaan Getah ( RISDA )

 

36. Matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan. Apakah Rancangan Ekonomi Lima Tahun yang dijalankan di bawah DPN?

A Rancangan Malaysia Ketiga (1975-1980)

B Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

C Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

D Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

 

37. Perang Dingin ialah konflik politik yang melibatkan dua kuasa besar dunia. Apakah kesan daripada peristiwa berikut kepada Malaysia?

Perang dingin

            Blok Barat

            Blok Timur

A Perubahan dasar luar                       B Pengorbanan nyawa

C Bermula dasar proBarat                  D Kemelesetan ekonomi

 

38. Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003. Apakah isu yang dibangkitkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur semasa sidang ini?

 I           Isu Palestin                  II         isu alam sekitar

III        isu berkaitan Bosnia    IV        pencerobohan ke atas Iraq

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

39.  Maklumat berikut merujuk kepada isu tuntutan sempadan Malaysia dan hak milik bertindih dengan negara lain. Bagaimanakah isu tuntutan ini diselesaikan?

-         Pulau Batu Putih

-         Pulau Sipadan dan Ligitan

A Kuasa pemutus oleh Amerika Syarikat

B Keputusan Mahkamah Antarabangsa

C Campur tangan negara Komanwel

D Rundingan dalam ASEAN

 

40. Isu alam sekitar yang penting dan perlu ditangani oleh Malaysia serta negara di Asia Tenggara ialah isu jerebu. Apakah bentuk kerjasama antara Malaysia dengan Singapura untuk menangani isu ini?

A Penciptaan produk teknologi hijau dalam pertanian

B Penciptaan kaedah hujan tiruan untuk mencegah kebakaran hutan

C Membantu Indonesia menghapus sisa pertanian secara mesra alam

D Penyelidikan berkaitan pencegahan kebakaran di tanah gambut

 

SEJ SPM K1 SET 5

 

Set 5

 

1. Syahbandar dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai di pelabuhan manakala pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan. Apakah maksud kawasan pegangan?

 

A Dikurniakan kepada Pembesar Berempat

B Lokasi pedagang-pedagang berniaga

C Diberikan untuk dikawal keselamatan

D Tempat pentadbiran Pembesar Berempat

 

2. Revolusi Perancis 1789 tercetus daripada idea nasionalisme oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Janques Rousseau (Rousseau) dan Voltaire. Apakah idea yang diperjuangkan?

I kesedaran      II persamaan    III persaudaraan          IV kesejahteraan

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

3.  KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME Apakah faktor kemunculan Gerakan Nasionalisme?

I  Sistem Pendidikan   II kedaulaan negara     III kepentingan ilmu    IV penulisan kreatif

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

4.  Jadual berikut menunjukkan peluasan kuasa Jepun sehingga Perang Dunia Kedua. Apakah yang berkait dengan peluasan kuasa tersebut?

Tahun              peristiwa

1910                menguasai Korea

1932                menduduki Manchuria

1937                menduduki China

1941                menakluki Indochina

A Tugas Menyebarkan Tamadun                   B Kerjasama Kuasa Besar

C Pengaruh Golongan Tentera.                       D Asia Untuk Orang Asia

 

5. Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat dalam usaha mempertahankan tanah air ketika serangan tentera Jepun. Apakah perkara yang mencetuskan penentangan terhadap pendudukan Jepun?

A Dasar pentadbiran Jepun                             B Sikap Jepun terhadap agama

C Tuntutan peluang Pendidikan                     D Pemerintahan yang kejam

 

6.  Pendudukan Jepun meninggalkan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat di negara kita. Apakah perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan?                                              

I  perjuangan menuntut kemerdekaan

II perkembangan semangat antipenjajah

III pengaruh luar dan serantau

IV kemunculan golongan intelektual

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

7.  Bantahan rakyat terhadap Malayan Union dilaksanakan melalui akhbar, cendikiawan, persatuan Melayu, kongres dan perhimpunan besar-besaran. Apakah akhbar yang menyuarakan bantahan tersebut?

 

A Warta Malaya                      B The Malay Mail

C Fajar Sarawak                     D Utusan Melayu

 

8.  Penyerahan Sarawak mencetuskan dua reaksi yang berbeza, iaitu golongan yang menentang penyerahan Sarawak dan golongan yang menyokong penyerahan Sarawak.

Factor penentangan penyerahan Sarawak

-          Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941

-          Gerard T MacBryan  menggunakan muslihat

-          X

Apakah X ?

A James Brooke menjual Sarawak kepada British

B Vyner Brooke mengetepikan wasiat Charles Brooke

C Charles Brooke menentang penyerahan

D Vyner Brooke mengingkari perjanjian

 

9.  Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Pesekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?                                                                    I ketidakpuasan hati terhadap British

II Cadangan raja-raja Melayu dan UMNO

III penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

IV kegagalan British mentadbir Malayan Union

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

 

10.  Berikut merupakan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kewarganegaraan terbahagi kepada dua cara iaitu secara kuat kuasa undang-undang dan X. Apakah X?

 

Captionless Image

A Kebenaran Raja-raja                        B Sokongan British

C Cadangan pemimpin                        D Secara pendaftaran

 

11. Gambar menunjukkan kereta api yang disabotaj oleh komunis. Apakah tujuan komunis mensabotaj kereta api tersebut?

 

Captionless Image

A Membunuh rakyat Tanah Melayu               B Mengancam keselamatan rakyat

C Melumpuhkan ekonomi British                  D Memutuskan jalan kereta api

 

12.  Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada 1950. Apakah tujuan Rancangan Briggs?

 

A Menggalakkan rakyat Tanah Melayu bersatu

B Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

C Mengawal pergerakan Parti Komunis Malaya

D Mengetatkan undang-undang senjata api

 

13.  Perkembangan politik antarabangsa dan serantau mempengaruhi gelombang politik di negara kita. Apakah parti setempat yang mencetuskan idea negara merdeka?

I kaum Tua      II Angkatan Wanita Sedar      III Hizbul Muslimin    IV kesatuan Melayu Muada

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

14. Berikut merupakan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan melalui penubuhan jawatankuasa pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

- sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar

- sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penghantar

 

Apakah jawatankuasa tersebut?

A Laporan Barnes 1951                      B Laporan Fenn-Wu 1951

C Ordinan Pelajaran 1952                  D Penyata Pelajaran 1956

 

15. Dimanakah lokasi pilihan raya tersebut?                                      

- pilihanraya majlis perbandaran yang pertama diadakan pada tahun 1951

- ia diadakan untuk memilih sembilan orang ahli pesuruhjaya

 

A Alor Setar, Kedah                           B Seremban, Negeri Sembilan

C Bandaraya Kuala Lumpur               D George Town, Pulau Pinang

 

16. Salah satu peranan Kabinet Pertama adalah menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster. Mengapakah Tanah Melayu menggunakan sistem tersebut?

 

A Kuasa penuh diberikan kepada pihak tertentu

B Pemerintahan demokrasi mengikut British

C Mengurangkan kuasa pentadbiran British

D Proses pembaharuan secara berperingkat

 

17. Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan misi rundingan di London bagi membincangkan

- hubungan British- Tanah Melayu

- perkara berkaitan perlembagaan negara yang akan Merdeka

- X

Apakah X

A Sokongan seluruh penduduk                      B Undang-undang negara

C Rakyat berbilang kaum                               D Hal keselamatan rakyat

 

18.  Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan unuk dipertimbangkan. Apakah memorandum yang diterima dari parti politik dan pihak awam?

A Kepimpinan tempatan                     B Bahasa dan pendidikan

C Semangat nasionalisme                   D Pengaruh serantau

 

19. Tepat jam 12.00 tengah malam, bendera Union Jack mula diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The Queen. Mengapakah bendera Union Jack diturunkan?

A Berakhirnya pentadbiran British

B Memperkenalkan bendera Tanah Melayu

C Memberi penghormatan terakhir

D Pemasyhuran kemerdekaan negara

 

20.  Rajah menunjukkan bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan negara merupakan identiti dan jati diri rakyat. Mengapakah kita perlu memberikan penghormatan kepada simbol rasmi negara?

A Semangat berdikari                         B Menunjukkan kehebatan

C Simbol perpaduan                           D Pengiktirafan rakyat

 

21. Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan negara. Bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan. Mengapakah perkara-perkara tersebut diperkenalkan?

 

A Memupuk perasaan muhibah                      B Memerdekakan negara

C Melambangkan kecantikan                         D Menunjukkan kekuatan

 

22. Berikut menunjukkan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Apakah langkah yang dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat?

Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu

 

A Memperuntukan perbelanjaan                     B Menggunakan bahasa kebangsaan

C Memastikan pelaksanaan dasar                   D Menggubal undang-undang

 

23. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesuatu negara. Apakah perkara yang terdapat di dalam Undang-undang Negeri Melayu?

I memperkenalkan undang-undang Negeri Selat

II raja sebagai pemerintah

III rakyat memberi ketaatan

IV undang-undang digubal di England

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

24. Perlembagaan negara digubal bertujuan untuk rakyat mematuhi peraturan. Oleh itu, rakyat perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin keamanan negara. Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dianggap unik?

 

A Mengandungi ciri tradisional dan moden

B Kewarganegaraan Persekutuan diperkenalkan

C Mewujudkan laporan suruhanjaya

D Membentuk kerajaan persekutuan

 

25. Gambar menunjukkan Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897. Apakah peranan durbar?

A Majlis persidangan raja-raja Melayu

B Bertanggungjawab mempertahankan adat

C Mengukuhkan kedudukan British

D Mewujudkan kemakmuran ekonomi

 

26. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa atau peranan yang luas dalam pemerintahan negara yang meliputi tiga kuasa.

-          Kuasa eksekutif

-          X

-          Y

Apakah X dan Y

I pengampunan            II diplomatic   III perundangan          IV kehakiman

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

27. Gambar menunjukkan Parlimen Negara. Institusi ini mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia. Apakah yang terkandung dalam Senarai Persekutuan?

A Undang-undang Islam                    B Kebudayaan dan sukan

C Perubatan dan Kesihatan                 D Hari kelepasan negeri

 

28. Penyelarasan pentadbiran dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri serta majlis khas.

Majlis yang ditubuhkan oleh Kerajaan

-          Majlis Air Negara

-          Majlis Perumahan Negara

-          X

Apakah majlis x

A Kewangan Negara                           B Keselamatan Negara

C Tanah Negara                                  D Negara bagi Kerajaan Tempatan

 

29. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel di Singapura pada 23 Julai 1961. Apakah peranan penting jawatankuasa tersebut?

A Mendapatkan sokongan rakyat                   B Memupuk perpaduan kaum

C Menggalakkan kerjasama kaum                  D Memastikan keamanan negara

 

30. Gambar menunjukkan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia di Kuala Lumpur.  Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Istiadat pengisytiharan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah. Siapakah yang membacakan Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka?

A Ketua Menteri                                 B Wakil British          

C Ketua Hakim Negara                      D Yang di-Pertuan Agong

 

31. Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia. Antara cabaran yang dihadapi termasuklah :                                                      

- Pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah

- krisis politik di Sarawak

- perpaduan kaum

Mengapakah system pengangkutan di Sarawak sukar dimajukan

A Kerjasama masyarakat sukar dicapai

B Kawasan Sarawak yang besar

C Bergantung pengangkutan air

D Masyarakat tidak ingin perubahan

 

32. Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga. Apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut?

A Melancarkan program pembangunan negara

B Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

C Mempercepatkan perpaduan antara kaum

D Mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga

 

33. Pendidikan merupakan saluran terbaik bagi merealisasikan matlamat membina perpaduan kaum dan integrasi nasional. Matlamat ini terkandung dalam Laporan Rahman Talib. Bagaimanakah Laporan Rahman Talib dapat mewujudkan perpaduan?

A Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum

B Sistem persekolahan aneka jurusan

C Penegasan kepada pendidikan kerohanian

D Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

 

34. Rukun Negara dibentuk untuk mendukung cita-cita mencapai beberapa matlamat. Setiap matlamat ini berperanan bagi melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu padu. Apakah matlamat Rukun Negara?

I Masyarakat progresif            II negara Bersatu         III nilai kenegaraan     IV norma sosial

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV

 

35. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara. Apakah tujuan DEB?

 

A Merapatkan jurang sosioekonomi setempat

B Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi

C Mencari masalah yang berkaitan masyarakat

D Membangunkan ekonomi masyarakat di bandar

 

36. Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khasnya golongan bumiputera. Bagaimana usaha tersebut boleh membantu golongan belia?

 

A Pemberian bantuan kewangan                    B Pendidikan di Kolej Vokasional

C Latihan di Pusat Latihan Giatmara             D Lawatan ke kawasan industri ringan

 

37. Malaysia memberi komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hal ini sejajar dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa. Apakah pendirian Malaysia?

 

A Dasar tidak campurtangan              B Perpaduan kaum asas kemajuan

C Ekonomi maju rakyat Sejahtera      D Hidup bersama secara aman

 

38. Penglibatan Malaysia dalam negara serantau membolehkan negara kita menjadi anggota ASEAN yang memberikan manfaat dalam ekonomi, sosial dan politik. Apakah usaha Malaysia untuk mencapai matlamat tersebut?

 

A Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

B Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)

C Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

D Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

 

39.  Gambar menunjukkan logo ASEAN Free Trade Area (AFTA). Perjanjian AFTA bertujuan menjadikan kawasan ASEAN sebagai tempat produksi yang kompetitif bagi hasil keluaran ASEAN. Apakah kelebihan yang dapat dilaksanakan melalui AFTA?

 

 

A Memajukan pelabuhan antarabangsa

B Mengurangkan tarif barangan

C Menjaga pelabur dari luar negara

D Mencadangkan cukai yang dikenakan

 

40. Isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia, sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Kewujudan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) dapat dilihat dengan jelas dalam membantu menangani isu ini. Antara NGO yang membantu Palestin adalah

I Cinta Gaza Malaysia             II Muslim Care Malaysia

III Global Peace Mission        IV Angkatan Belia Islam Malaysia

 

A I dan II        B I dan IV       C II dan III     D III dan IV