CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 4


NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 CIKGU SARAPA ISMAIL MRSM PENGKALAN CHEPA


BAB 3 : KONFLIK DUNIA & PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
                      • Tercetus daripada Gerakan orang melayu menentang campur tangan British.
                      • Gerakan awal secara terbuka dan mendapat reaksi dan tindak balas keras dari British

Kesedaran Awal Nasionalisme
                      • Membendung idea gerakan Islam dari Timur Tengah.
                      • British memperkenalkan Enakmen Undang- undang Islam dengan persetujuan raja-raja melayu.
                      - Memastikan sesiapa mencetak / edar tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa izin sultan boleh dipenjara
                      • British menubuhkan dua badan penyiasat
                      - Jabatan Siasatan Jenayah.
                      - Biro Siasatan Politik
                      - Untuk mengawal gerakan Islah Islamiyah.
                      • Kebangkitan Islam menyebabkan British berwaspada terhadap gerakan Pan-Islamisme.
                      • Penentangan Tok Janggut hasil kesedaran politik antarabangsa.
                      - melibatkan penduduk Pasir Puteh Kelantan.
                      - Mempertahankan agama Islam dan hak penduduk.
                      - Kesan kebangkitan masyarakat Islam sedunia.
                      • Dipengaruhi oleh penglibatan Utmaniyah.
                      • Penentangan dikaitkan cukai dan sikap membenci British.
                      • Empayar Utmaniyah menyeru orang Islam yang ditindas bangkit menentang penjajah.
                      - Mendapat perhatian Kaum Muda di Tanah Melayu.
                      - British berwaspada terhadap sokongan orang Melayu.
                      - Pemimpin negeri melayu menyokong khalifah Uthmaniyah.
                      - Dianggap pelindung umat Islam / penaung bagi tanah suci Mekah / Madinah
                      - Penentangan Tok Janggut gagal - masyarakat menyusun strategi lain untuk menentang penjajahan British.
                      • Menggunakan Akhbar dan majalah.
                      - Kesedaran politik tidak boleh dilakukan secara terangan
                      - Undang – undang British halang orang Melayu menyatakan sikap politik melalui bahan penulisan..
                      - Mengawal kebebasan bersuara, penerbitan, berpersatuan dan kegiatan yang mengancam kedudukan British.
3.2 Latar Belakang Perang Dunia
                      • Berpunca dari perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah.
                      • Persaingan antara untuk mempertahankan kepentingan masing - masing.
                      • Mencetuskan perang dunia pertama dan perang dunia kedua.

Perang Dunia Pertama.
                      • Berlaku dikalangan negara Eropah termasuk empayar Uthamiyah.
                      • Persaingan kuasa imperialis
                      - Perkembangan Revolusi Perindustrian - Imperialis Eropah bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
                      - Memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum, bijih timah serta pasaran hasil industrI
                      - Membawa permusuhan antara imperialis di Eropah seperti Perancis dan Jerman.

                      • Pakatan Ketenteraan

- Permusuhan membawa kepada pembentukan Kuasa
Tengah dan Pakatan Bertiga.
- Menyebabkan ketidakstabilan politik di Eropah.
- Mereka bersaing mendapatkan jajahan dan bersaing menghasilkan senjata moden.
- Bersedia berperang bagi mempertahankan kepentingan masing – masing.

                      • Krisis Rantau Balkan
                      - Kesan permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia.
                      - Austria-Hungry menuduh Serbia menghasut rakyat Austria supaya berjuang membebaskan diri daripada Austria-Hungary.
                      - Kemuncak krisis pembunuhan Archduke Ferdinand dan isteri Sophie oleh pemuda Serbia.
                      - Penyebab Eropah terlibat dlm Perang Dunia pertama.

Pihak terlibat dlm Perang Dunia pertama
                      • Kuasa Tengah.
                      - Jerman , Austria -Hungry.
                      - Disertai Bulgaria dan Uthmaniyah
                      • Pakatan Bertiga.
                      - Britain, Perancis, Rusia.
                      - Disokong Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece.
Peristiwa Perang Dunia Pertama
                      • 28 Julai 1914 - Austira-Hungry dengan sokongan Jerman isytihar perang terhadap Serbia
                      • 30 Julai 1914 - Rusia beri bantuan tentera utk pertahankan Serbia
                      • 1 Ogos 1914 - Jerman isytihar perang terhadap Rusia
                      • 3 Ogos 1914 - Jerman serang Perancis - Rusia sokong Perancis - Jerman ceroboh Belgium serang Perancis
                      • 4 Ogos 1914
                      - Britain sertai Rusia - Perancis serang Jerman yg menceroboh Belgium
                      • Okt 1914
                      - Utmaniyahh sertai perang dgn memihak kpd Kuasa Tengah
                      • Mac 1915
                      - Itali sertai Perancis, Britain,Rusia dlm Pakatan Bertiga
                      • April 1917
                      - Amerika Syarikat sertai perang dgn memihak kepada Pakatan Bertiga

Berakhirnya Perang Dunia Pertama
                      • Penglibatan Amerika Syarikat membawa kejayaan kepada Pakatan Bertiga.
                      • Jerman terpaksa tandatangani genjatan senjata.
                      • Beberapa siri persidangan dan perjanjian damai memberi kesan kepada negara Eropah.
                      • Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia.

Persidangan Damai Paris
                      • Tarikh 18 Januari 1919
                      • Membincangkan syarat perdamaian selepas perang dunia kedua.
                      • Memastikan Jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah.
                      • Melahirkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat.
                      • Mengandungi dua prinsip utama
                      - Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri.
                      - Sempadan negara berasaskan bangsa.
Persidangan Versailles
                      • Tarikh 28 Jun 1919.
                      • Tempat Istana Versailles, Paris.
                      • Negara terlibat. - Pakatan Bertiga dan Jerman

Kandungan / Isi Perjanjian
                      • Liga Bangsa bangsa meminta Jerman menyerahkan kesemua tanah jajahan.
                      • Danzig jadi bandar bebas.
                      • Satu pungutan suara diadakan di sebelah utara Schleswig untuk selesaikan isu sempadan Denmark-Jerman.
                      • Wilayah Saar di bawah kawalan Perancis.
                      • Rhineland menjadi kawasan bebas selama 15 tahun.
                      • Jerman bayar hutang perang £6600 juta.
                      • Pengharaman gabungan Jerman dan Austria.
                      • Tentera Jerman terbatas kepada 100 000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal, artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan kapal udara.
                      • Tentera laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di abwah 10 000 tan untuk kapal berperisai.
                      • Kesan kepada Jerman
                      - Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang.
                      - Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga.
                      - Mengehadkan saiz angkatan tentera.
                      - Menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada

Pakatan B ertiga
                      • Kesan lain
                      - Penubuhan Liga Bangsa-Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa

Kesan Perang Dunia Pertama.
                      • Keruntuhan Pemerintahan Beraja
                      - Republik Jerman didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta.
                      - Mendapat perlindungan politik di Belanda.
                      - Dinasti Habsburg berakhir apabila timbul pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.
                      - Revolusi di Rusia menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II.
                      - Kerajaan komunis pertama di dunia terbentuk di bawah Vladimir Lenin Empayar

Khalifah Sultan Mehmed VI digulingkan.
- Kerajaan Turki bercorak republik diketuai Mustafa Kemal Ataturk
• Kemunculan Negara Baru
- Keruntuhan empayar Austria Hungry melahir - Austria, Hungry, Czechoslovakia dan Yugoslavia.
- Perpecahan Empayar Rusia - melahirkan Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
- Perpecahan Empayar Utmaniyah - melahirkan Lebanon, Syria dan Iraq
• Kesan terhadap negara kita
• Raja - raja Melayu diminta tandatangani pengisytihran perang menyokong / memberi taat setia kepada British.
• Bertujuan menyekat kebangkitan orang melayu.
• Undang-undang berkaitan perang diluluskan oleh British
• Undang-undang berkaitan dengan perang yg diluluskan
• British manipulasi ekonomi Tanah Melayu seperti wang hasil timah dan getah. 3.3 Perang Dunia Kedua
                      • Tahun 1939-1945 - melibatkan negara Eropah dan utara Afrika.
                      • Melibatkan Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
                      • Kuasa Paksi - Jerman, Itali, Jepun.
                      • Kuasa Bersekutu - Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia.

Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah
                      • Kemunculan Ideologi Baru
                      - Bertujuan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
                      - Penduduk Itali dan Jerman mengadakan gerakan politik radikal
                      a. Fasisme Itali
                      - Pimpinan Benito Mussolini.
                      - Parti Fasis yg kuasai Itali 1922.
                      - Memberi keutamaan kpd kepentingan negara melebihi kepentingan individu.
                      - Bagi memulihkan imej Itali meluaskan jajahan dgn kuasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania

                        b. Nazisme Jerman
                        - Pimpinan Adolf Hitler - mengagungkan bangsa Jerman.
                        - Hitler berusaha memulihkan nasionalisme Jerman
                        - Dianggap tidak adil
                        - Menjejaskan kedaulatan negaranya
                        - Kehilangan tanah jajahan.
                        - perlu bayar pampasan perang tinggi.
                        - Itali kerana tidak puas hati terhadap perjanjian ini keranaidak diberi tanah jajahan baru seperti yang diperoleh Perancis dan Poland
                        • Kegagalan Liga Bangsa Bangsa
- Gagal kuatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia pertama
- Dunia terdedah kepada konflik berterusan membawa meletusnya Perang Dunia kedua
• Cabaran Liga Bangsa-Bangsa Selepas Perang Dunia pertama.
- Krisis Manchuria (1931-1933).
- Jepun menakluk Manchuria (wilayah China) i
- Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)
- Jerman keluar dari Liga Bangsa - bangsa dan perbesar tentera secara terbuka.
- Krisis Habsyah (1935-1936)
- Itali serang Habsyah di Afrika.

Perang Dunia Kedua di Eropah
                      • Meletus serangan Jerman terdadap Poland.
                      - Britain dan Perancis isytihar perang terhadap Jerman
                      • Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat.
                      - Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat )

bagi menakluk negara di Eropah Barat.
- Kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh
- Diikuti serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal.
- Jerman berjaya tawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis
- Jerman kuasai hampir keseluruh negara di Eropah Barat

menjelang tahun 1941
                      Pengeboman Britain pada sept 1940 - Jun 1941
                      - Jerman serang Britain melalui udara dan laut.

Musnahkan pelabuhan, kawasan industri dan pertahanan telah menjejaskan ekonomi.
                      Penyertaan Itali dlm Perang di Eropah

- Itali isytihar perangi Britain dan Perancis dan menyerang Perancis melalui arah selatan.
- Jerman serang Perancis dari arah utara.
• Serangan Jerman terhadap Rusia
- Jerman lancar Operasi Barbarossa.
- Serangan besar – besaran untuk menawan Rusia.
- Menyasarkan bandar utama di Rusia iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad

Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah
                      • Kerjasama kuasa besar dan keberkesanan strategi membawa kejayaan tentera bersekutu
                      • Memberi iktibar kepada kepentingan berkerjasama dan bermuafakat.

Faktor kejayaan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia kedua di Eropah.
                      • Kerjasama Kuasa Besar
                      - Pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill dan Presiden Rusia, Joseph Stalin.
                      - Tentera Bersekutu iaitu tentera darat, udara dan laut

beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang
diketuai Amerika Syarikat
                      • Keberkesanan Strategi Serangan
                      - Kesilapan kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan semasa operasi menawan Rusia membawa kegagalan.
                      - Amerika Syarikat unggul dalam perancangan ketenteraan.

Kegagalan Operasi Menawan Rusia
                      • Pada awal serangan terhadap Rusia berjalan lancar.
                      • Tentera Jerman banyak terkorban apabila melewati dua musim sejuk di Rusia
                      • Tempoh perang yang panjang menyebabkan tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan.
                      • Melemahkan semangat tenteranya.
                      • Jeneral Jerman Friedrich Von Paulus ingkari perintah Hitler untuk meneruskan peperangan.
                      • Menyerah kalah kepada Rusia di Stalingrad - Jan 1943.
Kejayaan Operasi Pendaratan Tentera Bersekutu
                      • Operasi kod “DDay”
                      - Tentera Bersekutu berjaya mendarat di Normandy Perancis.
- Berjaya memperdaya tentera Jerman.
- Ini telah meningkatkan semangat Bersekutu.
- Menjadi titik tolak kejayaan membebaskan Perancis

Dan negara Eropah Barat dari penaklukan Jerman.
- Tentera Bersekutu memasuki Jerman dari arah Barat dan Tentera Rusia serang Jerman di bahagian Timur. 3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

• Berlaku pada tahun - 1941-1945 - Perang Pasifik.
• Berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia, Kepulauan Asia Tenggara.
• Berpunca - kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di Asia Pasifik.

Perluasan Kuasa Jepun
                      • Dasar Perluasan Kuasa Jepun berkait dengan perindustrian, pengaruh golongan tentera dan orde baharu dunia.
                      • Keperluan perindustrian.
                      - Jepun muncul sebagai kuasa industri pada abad ke - 19
                      - Berusaha mengurangkan bergantung kepada Barat bagi dapatkan bahan mentah.
                      - Jepun perlukan wilayah yang dapat bekalkan bahan mentah dan pasaran
                      • Pengaruh golongan tentera.
                      - Tentera Jepun paling moden di Asia pada abad ke – 20.
                      - Menjadi semakin agresif bila tentera kuasai politik.
                      - Masalah ekonomi boleh selesai menerusi penaklukan kawasan kaya bahan mentah dan boleh menjadi kawasan pasaran.
- Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun dan mengheret Jepun dalam perang.
                      • Orde Baharu Asia
                      - Mengembangkan kuasa, kebebasan ekonomi dan

menentang imperialisme Barat.
- Orde baharu di Asia Timur - Jepun, Korea, China, Manchuria ke dalam satu blok ekonomi dan dikembang ke Asia
Maksud Orde Baharu: Rancangan Jepun untuk singkirkan imperialis Barat di Asia dan anjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan lebih adil dlm kalangan negara di Asia
Sekatan Ekonomi Terhadap Jepun
                      • Selepas kuasai Korea, Manchuria dan China, Jepun kuasai kawasan strategik Laut China Selatan termasuk Pulau Hainan dan IndoChina.
                      • Mendapat reaksi Bersekutu - Amerika Syarikat, British, Belanda.
                      • Mengenakan sekatan ekonomi bagi menghalang Jepun memperoleh bahan mentah untuk industri dan operasi perang.

Sekatan ekonomi ialah tindakan menghentikan perdagangan. Membekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai British, Amerika Syarikat ,Belanda.
Rancangan Penaklukan Wilayah di Selatan
                      • Sebagai jalan keluar dari sekatan ekonomi Bersekutu.
                      • Jepun rancang kuasai wilayah di selatan Asia Tenggara.
                      • Jerman hantar pakarnya ke Jepun untuk mengkaji serangan terhadap wilayah selatan.
                      • Membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang Jepun.
                      • Hasrat Jepun membentuk pemerintahan baharu di Asia Pasifik mencapai kemuncak.
                      • Bila rundingan di Amerika Syarikat untuk menamatkan sekatan ekonomi terhadap Jepun gagal.
                      • Pemerintah tentera Jepun mengarahkan serangan serentak terhadap Asia Pasifik pada Disember 1941.

Pakatan Tiga Negara - 1940 Jepun tandatangani perjanjian Pakatan Tiga Negara dgn Jerman dan Itali menjadikan Jepun terikat dgn Kuasa Paksi
Bermula Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
                      • Serangan Jepun Serang Tanah Melayu.
                      • Serangan ke atas Pearl Harbour, Hawai.
                      • Pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.
                      • Bertujuan melumpuhkan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik.
                      • Menjadi penghalang kepada perluasan kuasa Jepun Serangan
                      • Serangan ke atas wilayah jajahan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda

                      Membawa Amerika Syarikat terlibat dalam Perang di Asia Pasifik apabila isytihar perang terhadap Jepun
                      • Kejayaan Jepun
                      - Strategi berkesan dan penguasaan serangan melalui laut, darat, udara.
                      - Jepun berjaya membentuk empayar luas di Asia Pasifik menjelang April 1942 K
                      • Kesan Perang Dunia kedua
                      - Korbankan 75 juta nyawa
                      - kemusnahan harta benda
                      - kematian, kesengsaraan, kelaparan, ketakutan, kezaliman dan kemiskinan Iktibar

3.5 Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita.
                      • Serangan bermula di Tanah Melayu 8 Dis 1941
                      • Serangan terhadap Sarawak dan Sabah 16 Dis1941.
                      • Bertujuan memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi oleh Bersekutu.
                      • Menggunakan propaganda - “Semangat Asia” - “Asia untuk orang Asia”.
                      • Menanam semangat antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia.

Faktor Kedatangan Jepun
                      a. Eksploitasi Sumber Bahan Mentah
                      • Jepun ingin mengeksploitasi bahan mentah untuk keperluan industri.
                      • Kesan Pembaharuan Meiji dan operasi ketenteraan Jepun.
                      • Tanah Melayu pengeluar timah dan getah di dunia, menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan bauksit.
                      • Sarawak kaya dgn minyak iaitu di Miri dan Lutong.
                      • Pendudukan Jepun merupakan sebahagian pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya.
                      • Bertujuan mengukuhkan ekonomi Jepun
                      b. Kepentingan Strategik Ketenteraan
                      • Kedudukan strategik negara kita sesuai untuk ketenteraan Jepun.
                      • Penguasaan Singapura membuka laluan penguasaan telaga minyak di Sumatera.
                      • Penguasaan Pulau Borneo menjayakan penaklukan di Pulau Jawa.
Tentera jepun menggunakan Strategi Serangan kilat - Gerakan menyerang dengan kombinasi angkatan tentera darat, udara dan laut untuk menawan Tanah Melayu.

Serangan Jepun Terhadap Negara Kita.
                      • Pendaratan serentak di Pantai Sabak Kota Bharu dan Singgora dan Pattani di Thailand – 8 disember 1941.
                      • Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ketangan Jepun apabila Singapura ditawan pada15 febuari 1942.
                      • Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan melalui jalan darat di negeri pantai timur
                      • Kapal Refulse dan Prince Of Wales di gerakan untuk menyekat kemaraan Jepun.
                      • Di tenggelamkan oleh Jepun di pengairan Kuantan.
                      • Serangan Jepun melalui Pantai Timur
                      • Tentera Jepun mendarat di Thailand memasuki Kedah
                      • Berpecah kepada dua pasuksan untuk mara ke selatan
                      • Satu pasukan ke Pulau Pinang – mara ke selatan melalui persisiran pantai
                      • Satu pasukan lagi melalui jalan darat menuju bandar utama negeri pantai barat.
                      • Kemaraan tentera jepun melalui pantai barat.
                      • Serangan tentera jepun ke atas Sarawak dan sabah bermula pendaratan di miri
                      • Sepasukannya mara ke sibu dan Kuching.
                      • Sepasukan lagi mara ke sabah melalui labuan dan menduduki bandar utama sabah
                      • Pendudukan jepun di Sandakan melengkapkan kempen serangan jepun di sabah.

3.6 Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita
                      • Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera.
                      • Dasar ini diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army.

Dasar Pentadbiran
                      a. Pentadbiran Tentera Jepun
                      • Tanah Melayu gabung dengan Sumatera untuk membentuk Kawasan Pertahanan Khas.
                      • Diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Singapura.
                      • Dipisahkan kerana terdapat perbezaan sistem politik dan ekonomi ketara di bawah British dan Belanda sebelum perang

                      Sumatera diletakkan dibawah tentera Jepun berpusat di
Bukit Tinggi Sumatera.
                      • Tanah Melayu diletak bawah tentera Jepun berpusat di Taiping Perak.
                      • Singapura dikenali sebagai Syonan-to ( Pulau Cahaya Selatan ) diasingkan dari Tanah Melayu.
                      • Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru(Melayu Baru).
                      • Perlis, Kedah, Kelantan Terengganu dipindahkan bawah pentadbiran di Thailand.
                      • Sarawak, Sabah, Brunei digabung menjadi satu unit pentadbiran dikenali Kita Boruneo dan diketuai Gabenor Jeneral.

Kempeitai - Pasukan polis tentera utk menjaga kepentingan pentadbiran tentera Jepun. - Ganas, kejam, menyeksa, membunuh sesiapa disyaki sbg antipentadbiran Jepun.
b. Dasar terhadap Raja-raja Melayu
                      • Jepun iktiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua dalam hal agama Islam dan adat Melayu.
                      • Diberi pencen seperti sebelum perang.
                      • Kedudukan Sultan di negeri masing – masing di bawah pengawasan Gabenor Jepun.
                      • Pengiktirafan dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura pada Januari 1943

                      c. Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan
                      • Memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan.
                      • Bertujuan mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapat sokongan penduduk.
                      • Penubuhan Institut Latihan Pemimpin - pemimpin Muda (Koa Kunrenjo) untuk melatih dan menanam semangat memperjuangkan cita-cita politik penduduk tempatan.

Dasar ekonomi
                      • Melaksanakan ekonomi kawalan
                      • Memperkenalkan Rancangan Pengeluaran Lima Tahun.
                      - Untuk bangunkan industri tempatan.
                      - Memastikan penggunaan optimun peralatan dan

kemudahan sedia ada
                      • Jawatankuasa Penyelidikan Bahan.
                      - Mengawal selia pelupusan barangan.
                      - Membuat penyelidikan kegunaan baharu.
Dasar Sosial
                        a. Pendidikan.
                        • Menutup sekolah Inggeris dan Cina.
                        • Sistem persekolahan Jepun diperkenalkan
                        - membentuk semangat persaudaraan sejagat (Hakko Ichiu).
                        - mencapai teknologi industri.
                        - Meningkatkan disiplin.
                        - menerap nilai Jepun.
                        • Tentera Jepun berusaha pupuk nasionalisme Asia.
                        • menghapuskan pengaruh Barat.
                        • Tanam kesetiaan kepada Jepun melalui Pendidikan.
                        • Pendidikan Semangat Jepun (Nippon Seishin), hormat kebudayaan dan Maharaja Jepun (Tenno Heika).
                        • Pengajaran bahasa Jepun (Nippon Go) dalam usaha jadikan bahasa Jepun sebagai lingua franca dalam Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya.
                        • Perhimpunan pagi menghadap arah negara Jepun - nyanyi Lagu Kebangsaan (Kimigayo).
                        • Pegawai jepun menanipulasi pegawai agama untuk tujuan propaganda Jepun.

                        b. Sikap Jepun terhadap agama
                        • Jepun hormat agama Islam dan adat Melayu.
                        • Tidak campur tangan dalam adat resam tempatan.
                        • Kelas pengajian al-Quran dan sekolah agama diteruskan.
                      • Majlis Agama Negeri dibentuk.
                      • Persidangan agama Islam diadakan di Singapura dan Kuala Kangsar.
                      • Masjid guna untuk sampaikan titah sultan.

                      c. Catuan dan penghasilan makanan
                      • Memperkenalkan Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting.
                      • Untuk mengawal bekalan barangan akibat kekurangan makanan.
                      • Catuan makanan dikuatkuasakan untuk mengawal penjualan barang asas seperti beras, garam dan gula
                      • Kad catuan makanan oleh Pejabat Kawalan Makanan untuk merekodkan tarikh, jenis dan kuantiti barang.
                      • Menggalakkan penduduk menanam makanan sendiri melalui kempen “Tambah Lebih Banyak Makanan” untuk cukupkan makanan dalam negeri.

                      Keperitan hidup menjadikan penduduk kreatif, berdikari dan hasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan untuk kelangsungan hidup seperti tempe dari biji getah.
Layanan terhadap penduduk
                      • Layanan berbeza mengikut kaum.
                      • Melayu / peribumi.
                      - Layanan baik kerana berkerjasama dengan Jepun.
                      - Untuk dapat sokongan bagi licinkan pentadbiran.
                      • India.
                      - Bantu orang India menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose.
                      - Org India digalakkan menyertai untuk kemerdekaan India.
                      - Untuk dapatkan kerjasama orang India dalam rancangan Jepun kuasai negara India.
                      • Cina.
                      - Layanan kejam - permusuhan Perang China Jepun.
                      - Dipaksa bayar wang sebagai hukuman penentangan terhadap Jepun masa perang tersebut.
                      • Semua kaum sengsara dan pengalaman pahit akibat kekejaman Jepun.
                      • Kaum Cina teruk sengsara berbanding kaum lain.
                      • Landasan Keretapi Maut bukti kekejaman tentera Jepun.
                      • Ramai terkorban akibat kerja berat, kekurangan makanan dan ubat, penyakit dan suasana buruk di tempat kerja. 3.7 Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun
                      • Dua batalion Rejimen Askar Melayu dalam mempertahankan tanah air ketika serangan jepun

1. Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air.
• Batalion kedua Rejimen Askar Melayu (RAM) bersama tentera British menentang pendaratan Jepun di Kelantan .
• Pertempuran RAM di Singapura mempunyai semangat juang tinggi.
• Leftenan Jeneral A.E Percival, Panglima Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu menyifatkan semangat juang sebagai contoh keteguhan dan ketahanan sebagai inspirasi generasi akan dating.
• Keberanian dan keperwiraan askar Melayu sanggup berjuang hingga hujung nyawa wajar dikenang dan iktibar nilai sedia berkorban untuk tanah air.

                      Tokoh pejuang tanah air
                      - Leftenan Adnan Saidi.
                      - Pertempuran di Bukit Candu, Singapura.
                      - julang nama RAM dan keberanian beliau.
                      - Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC.
                      - Menyelamatkan hampir 2000 org tentera Bersekutu yang terperangkap di pantai Johor.
                      - Dianugerahkan Pingat Military Cross
                      - Koperal Yaakob Bidin.
                      - Dianugerah pingat Military Medal atas keberanian dalam
                      - perang di Pasir Panjang

2. Penentangan MPAJA.
• Kekejaman Jepun menyebabkan sebahagian orang Cina mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) bagi elak diseksa dan dibunuh.
• Mereka menubuhkan pasukan gerila.
• Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan selepas PKM bersetuju mewujudkan pasukan sukarela yang dilatih British.
• PKM diberi latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura untuk kerja sabotaj dan perang gerila terhadap Jepun.
• Mrk dihantar ke Tanah Melayu utk membentuk pasukan gerila yg menjadi asas pembentukan 8 rejimen.

3. Kerjasama MPAJA dan Force 136.
• MPAJA dan Force 136 yang mewakili tentera British telah mengadakan perjanjian kerjasama melawan Jepun.
• MPAJA mendapat bantuan senjata, ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan dari tentera British.

4. Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA
- Gerila Cina yang dikuasai nasionalis daripada
Parti Kuomintang (KMT) menentang Jepun di utara Tanah Melayu.
- Mereka menubuhkan Overseas Chinese AntiJapanese Army ( OCAJA) - Tentera Bintang Satu.
- Gerila KMT setuju kerjasama dengan MPAJA / PKM bagi menentang

MPAJA gerakan anti-Jepun terbesar di Tanah Melayu. Menyebabkan Jepun guna tentera / polis orang Melayu untuk menentang MPAJA yang menimbulkan ketegangan kaum.
6. Force 136
                      • British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) berpusat di Colombo, Sri Lanka.
                      • Membentuk unit khas Force 136.
                      • Mendapat latihan di India dan Sri Lanka.
                      • Tujuan mendapat sokongan org Melayu dan menubuhkan

pasukan gerila anti-Jepun.
                      • Di anggotai oleh Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeena, Leftenan Tunku Yusuf Tunku Yaakub, Kapten Ibrahim Ismail dan Leftenan Osman Tengku Mohd Jiwa.
                      • Force 136 dan gerila Melayu bekerjasama menentang Jepun dengan menjalankan aktiviti rahsia di Tanah Melayu.
                      • Mengumpul maklumat, melakukan sabotaj, menyebar propaganda dan melancarkan Operasi Zipper (serangan secara besar-besaran menawan Tanah Melayu semula pada 1945.
                      Force 136 Ulu Perak – Askar Melayu Setia
                      - Mendarat di Hulu Perak.
                      - Dengan bantuan Pegawai Daerah Gerik Kapten Mohd Salleh Hj Sulaiman, Askar Melayu Setia ditubuhkan
                      Force 136 Pahang – Wataniah Pahang.
                      - Mendarat di Raub Pahang.
                      - Dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin, gerila Wataniah Pahang ditubuhkan.
                      Force 136 Kedah – Gerila Melayu Kedah
                      - Mendarat di Kg Kuala Jening, Kedah.
                      - Dengan bantuan Pegawai Daerah Kedah dan Tunku Abdul Rahman gerila Melayu Kedah ditubuhkan

Penentangan individu
1. Gurchan Singh
                      • Anggota polis sebelum pendudukan Jepun.
                      • Menyebarkan risalah dan propaganda.
                      • Nama samaran “Lion of Malaya”.
                      • Risalahnya diedar secara teratur dan berkesan untuk

memberitahu pendudukan tentang fakta sebenar perang
dan pendudukan tentera Jepun.
                      • Menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan.
                      • Mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api yang jejaskan pengangkutan Jepun.
                      • Ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati tapi berjaya lari ke Burma hingga perang tamat
Syabil Kathigasu
                      • Nama Syabil Medan Daly.
                      • Jururawat yg berani dan cekal membantu mangsa perang gerila anti-Jepun di Perak.
                      • Syabil dan Suami Dr. Abdon Clement Kathigasu buka klinik di Ipoh sebelum perang hingga kedatangan Jepun
                      • Semasa Jepun mereka memberi bantuan ubat dan perubatan kepada gerila anti-Jepun.
                      • Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dari siaran radio British dengan gerila anti-Jepun.
                      • mereka ditangkap bila kegiatan terbongkar.
                      • Semasa dalam tahanan mereka diseksa hingga suaminya mati.
                      • Setelah Jepun menyerah kalah Syabil dibebaskan dan dibawa ke Britain untuk rawatan.
                      • Dianugerahi Pingat King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI kerana berani dan wanita pertama dari Tanah Melayu terima anugerah.

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan sabah
1. Operasi Semut.
• Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia - Kempen tentera Bersekutu menentang Jepun di Sarawak.
• Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Australia (Australian Services Reconnaissance Department (SRD)
• Mengumpulkan risikan dan melatih orang tempatan melancarkan perang gerila melawan Jepun.
• Anggota SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk atur penentangan terhadap Jepun dan membuat persediaan pendaratan pasukan Bersekutu.
• Anggota SRD terdiri dari tentera Australia, British dan New Zealand.
• Rekrut tempatan yang dikenali gerila Semut diambil dari

orang Kayan, Kenyah, Kelabit da Murut.
                      • Org Iban dari Rajang kemudian sertai SRD.
                      • Kepakaran gerila Semut penting dalam merancang taktikal perang gerila menentang Jepun kerana penduduk tempatan tahu selok belok bumi Sarawak
                      • Kawasan Operasi Semut
                      - Semut 1 : Lembah Bario hingga ke Belait dan Trusan
                      - Semut II: lembangan Sungai Baram, Tutong, Marudi dan Brunei.
                      - Semut III: seluruh lembangan Sg Rajang.
                      - Semut IV: Bintulu dan Mukah
2. Pemberontakan Jesselton.
                      • Dikenali sebagai Pemberontakan Double Tenth.
                      • Diketuai Albert Kwok
                      • Kumpulan Albert Kwok dikenali gerila Kinabalu.
                      • Lancar serangan terhadap pejabat pentadbiran, balai

polis ,kemudahan Tentera Diraja Jepun.
                      • Membunuh tentera Jepun di Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran.
                      • Jepun bertindak balas Jepun melancarkan serangan balas dengan pantas dan kejam.
                      • Perkampungan di pesisiran pantai diserang dan dibom
                      • Beratus - ratus disoal siasat dan diseksa hingga mati dalam usaha cari pemimpin dan pemberontak
                      • Albert Kwok menyerah diri dengan harapan dapat menamatkan serangan balas Jepun terhadap orang awam.
                      • Beliau dan 175 anggota lain dihukum bunuh di Petagas dan 131 org dipenjara di Labuan
                      • Terdapat Gerila anti Jepun yang dipimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun.

3.8 Perkembangan Gerakan Nasionalisme Tempatan dan
Pendudukan Jepun.
1. Perkembangan semangat anti penjajah.
• Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlaku ketika kesedaran nasionalisme mula berkembang.
• Slogan “Asia untuk Asia” dan “Konsep Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya” menekankan kebebasan Asia, menentukan kemajuan dan meningkatkan persaudaraan sejagat.
• Selari dengan perjuangan nasionalis seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM).
• KMM bekerjasama dengan Jepun dan berharap Jepun dapat beri kemerdekaan.
• Kejayaan tentera Jepun mengalahkan British menyedarkan orang tempatan bahawa orang Asia mampu mengalahkan orang Eropah yang dianggap kuasa besar.
2. Perjuangan menuntut kemerdekaan dikalangan orang

Melayu.
                      • Tentera Jepun membebaskan nasionalisme Melayu (ahli

KMM) yang dipenjarakan oleh British.
                      • Membangkitkan semangat nasionalisme.
                      • Jepun beri ruang kepada KMM untuk dapatkan sokongan masyarakat tempatan.
                      Jepun mem bubar KMM kerana tindakan pemimpinnya tuntut merdeka dari Jepun.
                      • Jepun tidak akan beri merdeka walaupun membantu Jepun dalam peperangan dengan British.
                      • KMM menguna taktik baharu - Giyu Gun dan Giyu Tai
menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun
                      • Jepun semakin tertekan dengan serangan Bersekutu dan berusaha memenangi hati nasionalis Melayu.
                      • Pemimpin KMM menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).
                      • Jepun merestui matlamat KRIS untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan Indonesia melalui semangat “Asia untuk Asia”.
                      • Tidak dapat dilaksanakan kerana Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
                      • Perjuangan KRIS diteruskan dengan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) iaitu parti pertama ditubuhkan selepas zaman pendudukan Jepun

Giyu Tai.
Pasukan membantu pertahanan pesisiran pantai dan menjaga ketenteraman awam. Onan Haji Siraj ketua sbg Leftenan Kolonel
3. Kesedaran Politik di Sarawak
                      • Dikawal melalui persatuan yang ditaja oleh Jepun .
                      • Persatuan Cina digabungkan menjadi Kakeo Kokokai.
                      • Jepun kekurangan pegawai - org Melayu dan Iban diberi jawatan dan kuasa lebih tinggi.
                      • Pemimpin tempatan menjadi Pegawai Daerah ialah Abang Haji Openg (Kuching), Empenit Adam (Simanggang) dan Satem (Lawas).
                      • Memberi kesedaran dan keyakinan kepada pegawai tempatan untuk menjalankan tugas penting.
                      • menjadikan peribumi Sarawak lebih yakin untuk berkerajaan sendiri selepas Perang Dunia kedua.

Kakeo Kokokai.
- Persatuan Cina Seberang Laut anjuran Jepun
- Gabungan persatuan Cina yang merangkumi dialek, daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan.
- Diasaskan di Kuching.
- Mempunyai cawangan di bandar utama yang didiami

orang Cina seperti Sibu.
4. Kesedaran Politik di Sabah
                      • Pendudukan Jepun memberi kesedaran politik masyarakat Sabah.
                      • Pertubuhan yang ditubuhkan selepas pendudukan Jepun seperti Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) oleh Tengku Noordin, Abu Bakar dan Zakaria Gunn berdasarkan idea Harun Aminurrashid
                      • Di bahagian pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan.
                      • Pengerusinya Orang Kaya-Kaya Abu Bakar.

3.8 Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan Jepun.
                      • Amerika syarikat menggunakan bom atom dalam serangan terhadap jepun pada ogos 1945.

Kekalahan Jepun Dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua 6 ogos 1945
Amerika Syarikat guna bom atom - Bom Atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima
8 ogos 1945
Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan
9 ogos 1945
Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki
15 ogos 1945
Maharaja Hirohito umum Jepun menyerah kalah. Jepun meminta agar maharaja terus diiktiraf sebagai pemerintah dan dipersetujui oleh Bersekutu

                      Upacara rasmi penyerahan kalah tentera Jepun di Sabah, Sarawak, Singapura, Tanah Melayu
3 Sept 1945
Pendaratan pertama tentera British di Pulau Pinang, 3 minggu selepas Jepun menyerah kalah
10 Sept 1945
Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun ke-37 Leftenan Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan
11 Sept 1945
Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah kepada tentera Bersekutu di atas kapal Tentera Laut Australia, HMAS Kapunda di Kuching
12 Sept 1945
Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara menandatangani pernyataan menyera
13 Sept 1945
Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada Leftenan O.L Robert di Kuala Lumpur

                      Bertujuan mempertahankan maruah bangsa, hak, harta dan kelangsungan hidup orang Melayu.
                      • Kepimpinan ulama tempatan memberi inspirasi kepada orang Melayu berhadapan kezaliman Bintang tiga
                      • Haji Salleh Abdul Karim (Kiai Salleh) menentang Bintang tiga dengan menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah.
                      • Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman menjadi Khalifah Perang Panjang dalam hadapi Bintang tiga di Sungai Manik, Perak
Kompromi dan Usaha Perundingan
                      • Kebangkitan orang Melayu mencetuskan pergaduhan kaum.
                      • Menyedarkan pemimpin dan raja-raja Melayu tentang kepentingan perdamaian
                      • Usaha Dato’ Onn Jaafar
                      - Dato Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.
                      - Tugas utamanya menamatkan kekacauan dan memulihkan keamanan di Batu Pahat.
                      - Ogos 1945 beliau atur perundingan Kiai Salleh dan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat.
                      - Beliau berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina yang ditahan di Parit Raja.
                      - Bintang Tiga menamatkan penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat.
                      - Kedua - dua pihak beri kerjasama kepada beliau sebagai Pegawai Daerah untuk mengembalikan keamanan di Johor.
                      • Peranan Raja²Melayu
                      - Berperanan menyelesaikan pergaduhan kaum.
                      - Sultan Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
- berangkat ke Kuala Lipis untuk mengingatkan penduduk agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara orang Melayu dan Cina
- Sultan Perak Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah
- mengadakan lawatan dan pemantauan ke beberapa daerah.
- memastikan tiada pergaduhan antara orang Melayu dengan Cina.
- Melawat kawasan yang terlibat untuk berjumpa dengan pemimpin setempat.
- Mesyuarat dengan penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan bagi memastikan kerja pemulihan selepas perang diberi keutamaan.
Sarawak Selepas Jepun Menyerah Kalah.
                      • Berlaku ketegangan kaum di beberapa tempat sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 Sept 1945.
                      • Permusuhan berlaku antara bekas gerila peribumi yang dilatih oleh SRD dengan orang Cina yang bersubahat dengan tentera Jepun Kuching.
                      • Campur tangan segera tentera Australia mengenakan perintah berkurung berjaya menghalang pertumpahan darah antara kaum.

Rumusan
Kesan Pendudukan Jepun
                      • Memberi impak negatif terhadap keharmonian masyarakat.
                      • Pelbagai usaha dilakukan bagi kembalikan keharmonian masyarakat.
                      • Iktibar supaya mengelak daripada perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
                      • Memberi ancaman kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kestabilan negara

Kesan konflik dunia.
                      • Perang Dunia pertama dan Perang Dunia kedua memberi kesan terhadap kehidupan manusia.
                      • Sengsaraan dan kemusnahan akibat perang memberi iktibar tentang nikmat keamanan yang wajar dipertahankan utk kesejahteraan.
                      • Kita perlu belajar untuk hidup bersama-sama bagi menjamin keadaan aman dan harmoni

8 ulasan: