CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020


BAB 5 – TAMADUN AWAL DUNIA

PENGENALAN
-         Tamadun yang terkenal – Mesopotamia ,Mesir Purba , Indus dan Huang Ho
-         Bermula dari kawasan lembah sungai
-         Asal fungsi sungai – bekalkan air tanaman , kawasan pertempatan , alat perhubungan

PERKEMBANGAN TAMADUN
1. TAMADUN MESOPOTAMIA
- Maksud – tanah antara dua sungai ( Sungai Tigris dan Sungai Euphrates )
-melahirkan kerajaan Sumeria , Babylon, Akkad, Chalddea dan Asyria
- orang Sumeria berhijrah ke sini dan membina pertempatan – bina sistem pengairan dan perbandaran
- ciri – Bandar maju , ada pengkhususan kerja , institusi yang kompleks / pelbagai, pengurusan kewangan , berlaku peningkatan teknologi
- Bandar dibina daripada tanah liat yang dijadikan batu bata
- adanya rumah ibadat ( berbentuk pyramid yang dipanggil Zigurat )
- ada dinding besar untuk pertahanan daripada serangan luar
- Bandar berkembang menjadi Negara kota ( pusat perdagangan dan pelabuhan )
- penduduk bertambah – 30,000 orang
- contoh Bandar – Ur

2. TAMADUN MESIR PURBA
- terletak di lembah Sungai Nil ( sungai terpanjang di dunia )
- tinggalan terkenal – Piramid dan Firaun
- Mesir – hadiah sungai Nil ( banjir setiap tahun / bawa lumpur yang subur untuk pertanian )
- sungai Nil membekalkan ikan / sumber makanan , perhubungan , dan pengangkutan

i. kerajaan purba
- mula – perkampungan petani ( 5000 SM )
- Raja terkenal –Mennes
- pembukaan Bandar Memphis

ii. kerajaan pertengahan
-         Antara 2100 – 1650 SM
-         Berlaku perkembangan kesusasteraan dan ukiran
-         Ibu kota – Thebes
-         Pemerintah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan sungai
-         Berlaku perdagangan dengan Negara yang lebih jauh
-         Wujud jalan perdagangan
iii. kerajaan baru
-         Muncul dengan adanya pemerintahan oleh golongan baangsawan
-         Pemerintah digelar Firaun
-         Ada pasukan tentera yang kuat untuk mempertahankan serangan luar
-         Raja terkenal – Ramses
-         Membina banyak monument serupa berhala

TAMADUN INDUS
-         Terletak di Sungai Indus ( India )
-         Bermula pada 2500 SM
-         Asal – penduduk nomad kemudian mula menetap di kawasan sungai
-         Masalah awal – musim hujan dan kemarau ( tanaman musnah )
-         Memulakan penanaman gandum , barli dan kapas
-         Kawasan berkembang menjadi Bandar
-         Bandar – Mohenjo Daro dan Harappa
-         Kemajuan – sistem paip, pembentungan

TAMADUN HUANG HE ( HO )
-         Lahir di dua buah sungai utama iaitu Sungai Huang He dan sungai Yang Tze
-         Masyarakat awal membina pertempatan di sepanjang Sungai Huang He- menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan
-         Masalah awal – banjir
-         Bermula pada 4000 SM
-         Bandar awal – Anyang ( pusat pemerintahan )
-         Aktiviti – pertanian , membuat tembikar, bina kapal, menghasilkan varnish, sutera , sulaman dan ukiran / peralatan pertanian

5.2 PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN AWAL

Aspek
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Indus
Tamadun Huang He
Pemerintahan dan pentadbiran
Negara kota diperintah oleh raja.
Negara kota bersatu membentuk empayar
Pengenalan Undang-undang Kod Hamurabi
Ada sistem cukai
Diperintah oleh Firaun seperti kuasa tuhan
Raja berkuasa mutlak
Percaya kehidupan selepas mati/ mayat ditanam
Pemerintahan oleh golongan pendeta
Pendeta mempengaruhi pemerintahan/ soal agama
Sistem politik berasaskan Negara kota
Mengutamakan keluarga dan masyarakat
Ada kelas sosial
Kuasa raja datang dari syurga
Raja berkuasa dalam bidang ekonomi , Politik dan agama
Kegiatan ekonomi
Golongan agama dan raja mentadbir agama
Kerajaan tentukan jumlah tanaman dan bilangan petani
Kegiatan utama ialah pertanian
Kebanyakan penduduk menjadi petani
Petani bayar sewa tanah
Ada kegiatan perdagangan
Sistem ekonomi berasaskan pertanian
Tanaman barli dan gandum
Haiwan – lembu dan kambing
Kegiatan menenun dan kerja logam
Kegiatan perdagangan berkembang
Tanaman utama sekoi dan padi / gandum dan barli
Menternak haiwan – lembu/ kambing , ayam dan babi
Teknologi
Ada sistem tali air
Reka cipta barangan berasaskan gangsa
Ciptaan roda , sauh, bajak
Sistem nombor berasaskan 60
Kalendar 12 bulan
Mencipta emas
Mencipta kertas
Kemajuan matematik dan geometri
Mahir dalam perubatan/ mengawet mayat
Membina terusan dan pengairan
Calendar 365 hari
Mencipta kertas
Pembinaan kota mengikut grid yang tepat
Adanya sistem perparitan dan pembentungan
Calendar 365 hari
Mencipta kertas
Hasilkan sutera
Mencipta peralatan berasaskan besi
Mencipta wang syiling
Meningkatkan pengankutan jalan dan terusan
Mencipta kompas magnetik
Kesenian dan kesusasteraan
Tulisan kuneiform
Puisi
Rekaan patung pemimpin
Tulisan hieroglif
Lakaran lukisan dinding
Lukisan di kawasan kubur
Tulisan piktograf
Hasilkan baling ( ukiran geometri  dan motif alam
Sistem tulisan piktograf
Puisi
Lagu rakyat
Lukisan tembikar
Binaan bangunan dan kemudahan
Ziggurat ( rumah ibadat )
Taman tergantung Babylon
Pyramid
Sfinks
Tempat ibadat/ kuil
Kolam mandi besar
Pembinaan kota menggunakan grid tepat/ bersusun
Jelapang
Sistem paip dan pembentungan
Dewan perhimpunan
Kurang mendirikan monument
Membina Bandar
Bina istana dan rumah ibadat



6 ulasan: