CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 4

NOTA SEJARAH TING 4 CIKGU SARAPA ISMAIL MRSM PENGKALAN CHEPA


BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA
Pengenalan
                      • British Military Administration (BMA) atau pentadbiran tentera British diistiharkan selepas perang dunia kedua.
                      • Diikuti memperkenalkan Malayan union dan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
                      • Di Sarawak, Charles vyner brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada British.
                      • Majoriti penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada British.
                      • Berbeza di Sabah kerana British mengambil tanpa sebarang penentangan.

4.1 British Military Administration (BMA)
                      • Bermula 12 September 1945 selepas Jepun menyerah kalah.
                      • Pentadbiran Tentera Ketua di bawah arahan Lord Mountbatten.
                      • Perancang Hal ehawal awam dilakukan Brigedier Jeneral H.C Willan.
                      • Bertujuan mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat.

1. Mengembalikan Kestabilan dan Keamanan
                      • Berusaha memulihkan keamanan dan kestabilan dengan membubar pasukan MPAJA.
                      • Mengarahkan semua senjata yang diberikan semasa pendudukan Jepun dulu dikembalikan.
                      • Gagal membenteras kegiatan jenayah, keganasan, kongsi gelap dan masalah ketegangan kaum.

2. Memulihkan Kepercayaan Rakyat
                      • Rakyat mengalami kesukaran di bawah Jepun.
                      • Makanan dan ubat sukar didapati dan Jika ada harganya tinggi.
                      • Wabak penyakit merebak seperti penyakit beri-beri disebabkan kurang zat makanan - Kebuluran.
                      • Tiada wang untuk membeli makanan.
                      • Kegiatan menyorok barang.
                      • Rasuah dan Peras ugut.
                      • Pasar gelap di Kuala Lumpur semakin tidak terkawal hingga gagal dibanteras oleh BMA.

                      BMA ambil alih pentadbiran bagi mengembalikan kepercayaan.
                      • BMA berusaha memulihkan kerosakan infrastruktur akibat bencana perang.
                      • Memulihkan ladang getah, lombong bijih timah, memperbaiki prasarana dan kemudahan kesihatan.
                      • BMA Sukar membawa masuk jentera, alat ganti, mesin dan teknologi.
                      • Menyebabkan sosioekonomi sukar dipulihkan.
                      • Rakyat hampa dengan ketidakupayaan BMA.
                      • Menyedarkan kita supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai kuasa asing

4.2 Gagasan Malayan Union. ( MU )
Tujuan Malayan union diperkenalkan
                      • MU diperkenalkan bagi menggantikan BMA.
                      • Melicinkan sistem pentadbiran.
                      • Meningkatkan pelaburan ekonomi.
                      • Mengukuhkan pertahanan.
                      • Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja untuk meningkatkan ekonomi.

Latar Belakang pembentukan
                      • Unit Perancang Ekonomi Tanah Melayu diketuai Mejar Jeneral Ralph Hone diberi tugas merangka pentadbiran baharu di Tanah Mmelayu.
                      • Setiausaha Tanah Jajahan British George Henry Hall bentangkan di Parlimen British 10 Okt 1945 .
                      • Rancangan MU diisytiharkan dalam Warta Kerajaan (Kertas Putih 6274).
                      • Kandungan Kertas Putih - British ambil alih pemerintahan Tanah Melayu.
                      • Menubuhkan sebuah pentadbiran berpusat (kesatuan) di bawah jajahan British.

Ciri-Ciri Perlembagaan Malayan Union
1. Pentadbiran MU
• Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.
• Diketuai Gabenor Jeneral yg dilantik Raja England .

                      Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan MU di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.
                      • Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-raja yang hanya bincang soal agama dan adat istiadat Melayu.
                      2. Kewarganegaraan.
                      • Melalui prinsip Jus Soli.
                      • Rakyat yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura .
                      • Mereka umur 18 tahun ke atas, bermastautin selama 10 tahun hingga 15 tahun.
                      • Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi warganegar.
                      MU merupakan usaha penjajah untuk menakluk TM. MU mengubah status TM dari naungan kepada Tanah Jajahan.
                      kita perlu menolak sebarang penjajahan demi kedaulatan walau nyawa jadi taruhan
Kronologi Pelaksanaan Malayan union Febuari 1943

- Unit Perancangan Tanah Melayu dibentuk di London

25 april 1945

- Rancangan MU dibentangkan di Parlimen British
- Persatuan Pelajar Melayu Britain hantar memorandum.
- Meminta supaya hak kewarganegaraan di Tanah Melayu tidak mengikut prinsip Jus Soli.
- Tan Cheng Lock dan Persatuan Cina Seberang Laut hantar memorendum kpd British berkait dgn masa depan Tanah Melayu.

22 januari 1946

- Kertas Putih 6274 membentangkan 13 perkara kandungan MU yang diluluskan Parlimen British di London
- Antaranya konsep kesatuan, bentuk pentadbiran, sistem perundangan, kedudukan Raja-raja Melayu, syarat kewarganegaraan, agama Islam.
- Rancangan MU disiarkan dlm Warta Kerajaan

1 april 1946

- MU dilaksanakan di Tanah Melayu

British Mendapatkan Tandatangan Sultan
                      • British melantik MacMicheal untuk mendapat tandatanbgan sultan.
                      • British menghantar H.C. Willan merintis jalan mengadap raja-raja melayu untuk meninjau sokongan raja-raja melayu.
                      - Willian menjalankan tugasnya dari 8 Sept-29 Sept 1945
                      - Sultan pertama ditemui ialah Sultan Johor.
                      - Menemui Sultan Selangor, Sultan Kedah dan Menemui Syed Hussin, Setiausaha kerajaan Perlis dan mengadap Raja Perlis di Kangar.
                      - Mengadap Sultan Perak dan mengadap yang di-pertuan besar negeri Sembilan.
                      - Mengadap Sultan Pahang dan Menemui Dato’ Jaya Perkasa Che Da Omar Mahmud (Menteri Besar Terengganu sebelum menemui Sultan Ali )
                      - Mengadap Sultan Kelantan
                      - Dalam laporannya, beliau mempunyai keyakinan tinggi bahawa Raja - raja Melayu akan sokong British dengan menandatangani Perjanjian MU.
                      - Pada setiap pertemuan Willan berusaha memastikan sokongan Raja - raja Melayu untuk tandatangan perjanjian.
                      - Misi Willan memudahkan tugas MacMichael.

Misi Sir Harold MacMicheal Mendapatkan tandatangan Sultan 11 Okt 1945

                      • MacMicheal tiba di Port Swettenham.
                      • MacMicheal menerima tentangan Raja – raja Melayu.
                      • Dalam tempoh dua bulan beliau berjaya dapatkan tandatangan sembilan Raja-raja Melayu

18 Okt 1945

                      • Membuat kunjungan ke negeri Melayu.
                      • Menghadap Sultan Johor.

20 Okt 1945

                      • Sultan Ibrahim menurunkan tanda tangan

24 Okt 1945

                      • Menghadap Sultan Selangor dan turunkan tandatangan

31 Okt 1945

                      • Menghadap Sultan Pahang

2 Nov 1945

                      • Sultan Pahang terpaksa menurunkan tandatangan


                      Menghadap YDPB Negeri Sembilan dan 4 orang Undang.
                      • Baginda turunkan tandatangan setelah didesak MacMicheal walaupun enggan

22 Nov 1945
                      Baginda cuba lengahkan masa untuk tandatangan.
                       Namun akhirnya terpaksa turunkan tandatangan

29 Nov 1945
                       
2 Dis 1945

                      MacMicheal berjaya dapatkan tandatangan Sultan Kedah

4 Dis 1945

                      Raja Perlis menurunkan tandatangan setelah didesak MacMicheal

15 Dis 1945

                      Menghadap Sultan Kelantan.
                      • Beliau ugut untuk tidak iktiraf Raja-raja Melayu yang enggan tandatangan

17 Dis 1945
                      Sultan Kelantan beralah dan setuju tandatangan

21 Dis 1945
                      Pada mula enggan kerana bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Terangganu namun akhirnya turunkan tanda tangan


Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor akan berangkat ke England sekiranya diperlukan.
- Menurut Undang – undang, MacMicheal dapatkan persetujuan dari raja dengan cara tidak sah.
2. Menghantar Surat Bantahan ke London
- Sultan Kedah, Perak dan Johor utus surat bantahan kepada George Henry Hall.
- Mendakwa baginda diperdaya MacMicheal.
- Beberapa orang raja mendakwa diugut supaya turunkan tandatangan tanpa menyedari akibatnya.
- Memohon British masuhkan persetujuan yang ditandatangani.
- Tuanku Syed Putra Jamalullail mengirim telegram untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap MacMicheal.
- Baginda tidak diberi peluang mendapat nasihat dari pembesar negeri sebelum setuju

3. Menyokong Kongres Melayu
- Raja-raja melayu sokong kongres.
- Kongres bertujuan menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak MU.
- Sultan Hishamuddin Alam Shah derma $15 ribu kepada Persatuan Melayu Selangor sebagai tuan rumah Kongres Melayu Pertama dan merasmikan pembukaan kongres

4. Permaisuri Perak Memimpin Gerakan Menentang MU
- Ahli Parlimen British tiba di Kuala Kangsar, Perak tempat Sultan Iskandar bersemayam.
- Perhimpunan besar - besaran di Padang Bandar Diraja Kuala Kangsar.
- Raja dan rakyat bergabung menentang MU.
- Tuanku Permaisuri Perak, Raja Perempuan Kelsom ketuai barisan hadapan perarakan bersama wanita Perak.
- Perarakan melintasi Raja – raja Melayu, Ahli Parlimen British dan pemimpin Melayu di pentas.
- Mereka kagum dengan semangat Raja Perempuan.

5. Memulaukan Upacara Pelantikan Gbenor MU
- Raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Gabenor setelah perjumpaan dengan Dato’ Onn Jaafar di Hotel Station.
- Memohon Raja - raja Melayu bersama rakyat boikot upaca pelantikan Gabenor MU.

Ribuan berhimpun di Hotel Station melaungkan “Daulat Tuanku” dan “Hidup Melayu”’ .
- Raja – raja Melayu nekad pulaukan perlantikan Gabenor MU Sir Edward Gent dan adakan sidang akhbar.
Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union.
                      • BMA siarkan berita MU kepada rakyat.
                      • Akhbar Majlis menyiarkan pada 12 Okt 1945 sehari selepas ketibaan MacMicheal.
                      • Mencetuskan kesedaran nasionalisme.

1. Bantahan Akhbar Melayu
                      • Akhbar Utusan Melayu (Singapura), Majlis

(K. Lumpur), Warta Negara (P. Pinang) menyuarakan bantahan dengan keras, mengecam dan mengutuk MU kerana merugikan orang Melayu .
                      • Menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar - besaran menolak MU.
                      • Melaporkan perkembangan berita penentangan terhadap MU.

“Dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan itu menguntungkan orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka...Para Sultan hendaklah menimbangkan dengan sepenuh hati cadangan MU sebelum menyetujuinya”
( Sumber : diubah suai dari utusan melayu, 12 oktober 1945 )
Hari lahirnya MU itu adalah hari-hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu. Oleh itu, orang Melayu haruslah berkabung menandakan kesedihannya dan perbuatan berkabung itu mengandungi perasaan yang dalam maknanya bagi orang Melayu itu sendiri...Tuhan sentiasa menyertai pihak yang benar. Berkabunglah kerana kita terpaksa berkabung.
( sumber : diubah suai dari warta negara, 3 April 1945 )
2. Bantahan Cendikiawan
                      • Tokoh Pentadbir Melayu sebagai penggerak orang Melayu menentang MU dengan pelbagai strategi.
                      • Dato’ Onn Jaafar,Dato’ Nik Ahmad Kamil,Za’ba, Tengku Mohamed,Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz ( Panglima Bukit Gantang), Wan Md Yussof ( Panglima Kinta, Perak ) dan Dato Hamzah Abdullah serta Dato’ Abdul Rahman Mohammad Yassin, pemimpin Melayu Johor membantah usaha British menjajah tanah melayu.

                      Bantahan wanita.
                      - Tokoh wanita seperti Cikgu Zaharah Abdullah (Batu Pahat), Halimahton Abd Majid (Rembau), Saleha Mohd Ali (Selangor), Zaharah Tamin (Selangor), Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid (Perak) dan Hasnah Ishak (P. Pinang) – benteng hadapan menentang british.
                      - Di batu pahat – cikgu zaharah Abdullah – ahli pertubuhan pergerakan melayu semenanjung johor berucap membantah pelaksanaan Malayan union.
3. Bantahan Persatuan Melayu
                      • Persatuan melayu seperti Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Kedah. Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor.
                      • Berjaya menghimpunkan org Melayu seluruh negara dan setiap lapisan masyarakat bantah MU.
                      • Persatuan melayu ditubuhkan atau diaktifkan semula sebagai tindak balas terhadap MU.
                      • Kemudiannya, menjadi penggerak menganjurkan rapat umum membantah MacMicheal mendapatkan tandatangan Raja – raja Melayu.

Bantahan Bekas Pegawai British
                      • Pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.
                      • Mengkritik rancangan MU –
                      • Antaranya - Frank Swettenham,Roland Braddell, Cecil Clementi Smith, Richard Winstedt,Frederick Weld dan George Maxwell.

4. Bantahan Di Negeri Kelantan, Kedah Dan Johor.
                      • Bantahan Kelantan
                      - Pada 15 Dis 1945 - 10 ribu orang berhimpuan di Kota Bharu semasa MacMIcheal minta tandatangan Sultan.
                      • Bantahan Kedah.
                      - Pada19 Jan 1946 ribuan orngg Melayu Kedah berarak di Alor Setar
                      - Dianjurkan Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS, Kesatuan Ulama Kedah dan Persatuan Melayu Kedah.
                      - Tuan Haji Hussain Che Dol Yang Dipertua Kesatuan Melayu Kedah dan Senu Abdul Rahman - Setiausaha Agung SABERKAS mengkritik kandungan Kertas Putih MU yang dianggap mencabul kedaulatan bangsa Melayu

                      Bantahan di Johor.
                      - Pada Jan 1946 Lembaga Kesatuan Melayu Johor lancar gerakan menentang MU.
                      - Perhimpunan disertai Persatuan Melayu Johor.
                      - Ungku Omar Abdullah, Naib Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor dan Dr. Hamzah berucap menentang MU.
                      - 10 Feb 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor di bawah Dato’ On Jaafar berhimpun menentang MU.
                      - 20 ribu org Melayu berhimpun di Batu Pahat.
                      - Dato’ Onn berucap gesa orang Melayu bangkit bersatu menentang British
5. Mengadakan Kongres Melayu.
                      a. Di Kuala Lumpur
                      • Penentangan gagasan Malayan union dianjurkan oleh Pemimpin persatuan Melayu.
                      • Bertujuan untuk menzahirkan penubuhan badan induk yang menjadi pemangkin menentang MU
                      • Pemimpin dan cendikiawan Melayu negeri bersetuju anjurkan Kongres Melayu.
                      • Bersepakat menubuhkan badan induk untuk menantang MU secara tersusun.
                      • Kongres diadakan di bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1- 4 Mac 1946.
                      • Sebabyak 41 buah pertubuhan Melayu hantar wakil untuk hadiri kongres.
                      • Bersetuju tubuhkan United Malays National Organisation (UMNO) utk menentang MU

                      b. Kongres Melayu di Johor
                      • Diadakan di Johor Bahru Johor pada 11 Mei 1946.
                      • Hasil Kongres ini, UMNO ditubuhkan di Istana Johor pada 11 Mei 1946.
                      • UMNO berperanan melaksanakan beberapa perkara penting untuk memajukan orang Melayu.
                      • Menjadi penggerak memupuk perpaduan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
                      • Hari lahirnya MU dianggap “Hari Kematian”oleh orang Melayu.
                      • Peristiwa ini telah meruntun hati ribuan orang Melayu yang berhimpun memakai lilitan kain putih di songkok sebagai tanda berkabung
6. UMNO Menganjurkan Bantahan Secara Besar²an
                      • Tunjuk perasaan besar - besaran di adakan semasa Ahli Parlimen British L.D Gammans dan David Rees Williams membuat tinjauan penentangan MU
                      • Alor Setar Kedah
                      - Ribuan orang memenuhi tebing jalan raya dari Titi Bumbung Lima hingga bandar Alor Setar bantah MU
                      - Seramai 50 ribu menyertai rapat umum di bandar Alor Setar
                      • Padang Francis Light School, Pulau Pinang
                      - Rapat umum diadakan di Padang Francis Light School.
                      - Bawa sepanduk “Humbankan Perjanjian MacMicheal” yg pamer kebencian pada MacMicheal.
                      - Laungan “Hidup Melayu”
                      • Ipoh, Perak
                      - Orang ramai berhimpun di Pekan Ahad, Jalan Datuk, Ipoh, Perak.
                      - Bawa sepanduk “Kami Berkehendak Naungan, Bukan Penaklukan”, “Jangan Kecewakan Kami”
                      - Laungan “Hidup Melayu”
                      • Kampung Baru Kuala Lumpur
                      - Ucapan pemimpin Melayu membantah MU sambut kedatangan Gammans dan Rees Williams dalam rapat umum di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,
                      • Klang, Selangor
                      - Orang Melayu berhimpun dan padang dan perkarangan Istana Alam Shah membantah MU
                      • Seremban, Negeri Sembilan
                      - Orang ramai berbaris panjang di jalan masuk istana.
                      - Bawa sepanduk “Kekalkan Takhta Kerajaan Raja² Melayu” dan “MacMichael ialah Imperialis”

Laporan Gammans dan Rees Williams.
                      • Laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan London.
                      • Menyatakan bahawa sultan yang tandatangan perjanjian tidak menyedari akibat daripadanya.
                      • Mereka sokong sepenuhnya cadangan Raja - raja
                      • Bantahan membuka mata British terhadap keburukan MU

4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.
                      • Sarawak diserahkan kepada British selepas perang dunia kedua.
                      • Menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan.
                       
                      Pentadbiran Tentera di Sarawak.
                      • Setelah Perang Dunia kedua tamat, tentera Australia mendarat di Kuching.
                      • Memperkenalkan pentadbiran tentera iaitu British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU) 1946.
                      • British memperkenalkan BMA 1 Julai 1946.
                      • Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.
                      • Mendapat tentangan masyarakat tempatan Sarawak.
Faktor Penyerahan Sarawak kepada British.
                      • Masalah Pewarisan Takhta.
                      - Semasa Charles Brooke mewariskan takhta kepada Vyner Brooke, beliau wasiatkan Vyner supaya adakan rundingan dengan saudaranya Bertram Brooke dalam pentadbiran negeri.
                      - Namun Vyner sering ketepikan Bertram dan membuat keputusan megikut kehendak sendiri.
                      - Vyner Brooke tiada anak lelaki untuk menggantinya sebagai raja.
                      - Beliau tua dan uzur
                      - Vyner enggan lantik anak sudaranya Anthony Brooke ( anak Bertram Brooke ) menggantikannya.
                      - Rela serah pada British.
                      • Desakan Kerajaan British.
                      - Lord Moyne Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan Mengarahkan Shenton Thomas supaya adakan perjanjian tambahan dengan Sarawak.
                      - Untuk memberi kuasa kepada British untuk melindungi Sarawak jika diserang Jepun.
                      - Nov 1941 Perjanjian tambahan dimeterai.
                      - British mengawal pertahanan, hubungan luar dan pentadbiran Sarawak.
                      - 19 Jun 1944, Pejabat Tanah Jajahan mendesak Vyner Brooke memberi kuasa lebih luas kepada British untuk meluaskan kuasa di Sarawak.
                      - British dapat kuasai kekayaan ekonomi dan menjaga pelaburan British.
                      - Pejabat Tanah Jajahan utus surat kepada Vyner tentang pendirian untuk menyerahkan Sarawak.

- Akhirnya Vyner setuju serah Sarawak kepada British yang berupaya memajukan dan mengukuhkan pertahanan Sarawak.

                      Masalah Kewangan.
                      - Vyner Brooke hadapi masalah kewangan untuk pulihkan Sarawak selepas perang dunia kedua
                      - Ekonomi Sarawak terjejas, lombong minyak musnah dan ladang getah terbiar.
                      - Kemudahan pendidikan, kesihatan, jalan raya dan lapangan terbang perlu dibaiki.
                      - Vyner Brooke tidak mampu bangunkan semula Sarawak / atau menyediakan kemudahan.
Proses Penyerahan Sarawak kepada British.
                      • Pejabat Tanah Jajahan mengutus surat kepada Vyner Brooke untuk tandatangan surat perjanjian dengan George Henry Hall, Setiausaha Tanah Jajahan.
                      • Vyner bersetuju menyerah Sarawak kepada British dan menghantar Gerard T. MacBryan untuk mendapat persetujuan ketua tempatan.
                      • Penyerahan dibuat tanpa pengengetahuan rakyat Sarawak.
                      • British arahkan Vyner mendapatkan kelulusan Majlis Negeri dan persetujuan rakyat Sarawak dahulu.
                      • British hantar dua orang ahli Parlimen iaitu Gammans dan Rees Williams untuk buat tinjauan .
                      • Hasil tinjauan itun mendapati :
                      - Sebahagian besar rakyat Sarawak menentang.
                      - Orang Cina sokong.
                      - Terdapat penduduk yang tidak memahami maksud penyerahan .
                      - Laporan Gammans dan Rees Williams berkaitan isu penyerahan di bawa ke Majlis Negeri untuk di undi.
                      - Majlis Negeri mengeluarkan Rang Undang-undang Penyerahan.
                      - Keputusan menunjukkan golongan propenyerahan menang dengan 19 undi sementara 16 undi menentang.
                      - Taraf Sarawak sebagai negeri naungan British mansuh.
                      - Sarawak sah sebagai Tanah Jajahan British.
                      - Hari Penyerahan Sarawak diisytiharkan 1 Julai 1946 di Kuching.

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan
Sarawak
                      • Penyerahan Sarawak mencetuskan reaksi yang berbeza menentang dan menyokong Penyerahan.
Faktor penentangan penyerahan Sarawak
                      • Dipimpinan Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah.
                      Tindakan Vyner Brooke Bertentangan dengan Perlembagaan 1941.
                      - Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941 menyatakan pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak.
                      - Penduduk akan dibimbing untuk mentadbir negeri mereka sendiri.
                      - Tindakan Vyner melanggar prinsip Kelapan.
                      - Vyner menafikan hak rakyat untuk mendapatkan pemerintahan sendiri.
                      Vyner Brooke Mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke.
                      - Vyner membuat keputusan tanpa bincang dengan Raja Muda (Anthony Brooke) dan Tuan Muda (Bertram Brooke).
                      - Golongan menentang penyerahan mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut merdeka dengan mudah.
                      • Gerald T. MacBryan Menggunakan Muslihat.
                      - Gerald guna tipu muslihat seperti tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk mendapat persetujuan dari ketua tempatan.

Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan.
1. Mengadakan Persidangan
• Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan seluruh Sarawak.
• Dipengerusi oleh Johari Anang.
• Objektifnya adalah untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai kerana menentang penyerahan Sarawak.
• Pertubuhan yang menyerertai persidangan ialah
- Pergerakan Pemuda Melayu (PPM).
- Barisan Pemuda Sarawak (BPS).
- Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).
- Persatuan Melayu Miri.
- Kesetian Muda Matu.
- Persekutuan Bumiputera
• Orang Dayak menubuhkan Sarawak Dayak Association (SDA) dengan 500 ahli

2. Mengadakan Demonstrasi
• Demonstrasi pertama diadakan ketika kedatangan Gabenor Pertama Sarawak iaitu Charles Arden Clarke
• Diketuai Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
• Perarakan disertai 16 persatuan Melayu.
• PKMS mendesak British undur dari Sarawak.
• Antara yang tertulis termasuklah
• “Kami membantah dengan sekeras – kerasnya tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris”, “Sarawak adalah hak kami” dan “Leburkan kolonial” serta “No Cession”.
3. Meletak Jawatan Beramai - ramai
                      • British menyedari pemimpin antipenyerahan terdiri dari pegawai perkhidmatan awam dan guru.
                      • British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 yang melarang pegawai awam sertai Gerakan.
                      • Seramai 409 kakitangan kerajaan meletak jawatan seperti guru, petugas di Pos dan Telegraf, Jabatan Marin, Kastam, Perubatan dan Kesihatan, Percetakan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, Bomba dan Perbendaharaan.
                      • Seramai 56 pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak bertindak menamatkan pengajian sebagai bantahan terhadap Pekeliling No.9.

4. Bantahan golongan Wanita
                      • Golongan wanita yang menentang hebat ialah Cikgu Lily Eberwein (PKMS), Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol.
                      • Mereka sanggup mengorbankan masa dan tenaga mengatur demonstrasi menentang penyerahan .
                      • Cikgu Ajibah Abol ketuai kaum wanita bergabung tenaga dengan gerakan antipenyerahan.

5. Menggunakan akhbar
                      • Utusan Sarawak digunakan sebagai Saluran menyebarkan tentangan mereka terhadap penyerahan Sarawak.
                      • Ulasan berita tentang tindakan British menyekat Anthony Brooke dari memasuki Sarawak.
                      • Artikel bertajuk “Kerajaan British Menipu Rakyat” yang disiarkan pada 7 Nov 1949
6. Menulis Surat Bantahan
                      • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) hantar surat kepada kerajaan British di London.
                      • Menyatakan bantahan terhadap penyerahan Sarawak.
                      • Barisan Pemuda Sarawak (BPS) menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak.
                      • Mereka menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British, Clement Attlee.
                      • Anthony Brooke menentang penyerahan melalui sistem perundangan beliau membuat rayuan di Privy Council.
                      • Anthony bawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Brunei namun ditolak

7. Menubuhkan Kumpulan Rukun 13
                      • Golongan Muda dalam Gerakan antipenyerahan menubuhkan rukun oleh Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.
                      • Dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.
                      • Sasarannya ialah menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak.
                      • Satu mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan Stewart pada 3 Dis 1949 di Sibu.

Peristiwa Sungkit Berdarah
                      • Rosli Dhobi adalah antara pejuang kemerdekaan Sarawak.
                      • Beliau menikam Sir Duncan Stewart dan meninggal dunia di Hospital Singapur.
                      • Peristiwa dikenali “Sungkit Berdarah”
                      • Pembunuhan Duncan memberi kesempatan kapada British untuk menindas gerakan antipenyerahan.
                      • British menutup pejabat PPM, PKMS, BPS, Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak (ASAS).
                      • Anthony Brooke merayu semua persatuan supaya menghentikan usaha menentang penyerahan.
                      • Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli, Bujang Sutong dikenakan hukuman gantung hingga mati.
                      • Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan.
                      • Gerakan antipenyerahan Sarawak gagal.
                      • Ini memberi kesedaran dan membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk.
                      • Sehingga membawa kepada penubuhan parti politik
Reaksi penduduk yang menyokong Penyerahan Sarawak.
                      • Di sebalik menentang tetapi ada juga yang menyokong penyerahan Sarawak.
                      • Kumpulan menyokong diketuai Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman.
                      • Faktor menyokong kerana
                      a. Memajukan negeri.
                      - Ahli Majlis Negeri, menyatakan selepas perang, Sarawak mengalami banyak kemusnahan.
                      - Penyerahan dapat memajukan Sarawak dalam aspek politik, perhubungan, perdagangan, pertanian, pendidikan, kesihatan , taraf hidup rakya
                      b. Memajukan Penduduk Tempatan.
                      - Golongan propenyerahan menubuhkan Young Malay Association (YMA).
                      - Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam ekonomi dan sosial.
                      - Membantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan.
                      - Menjurus pada bidang pelajaran, agama dan sukan.
                      c. Memberi Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam.
                      - Ramai golongan intelektual diberikan peluang untuk mengisi jawatan tinggi seperti peguam, doktor dan jurutera.

4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British
                      • Pentadbiran British military Administration ( BMA ) diperkenalkan di Sabah selepas Jepun serah kalah.
                      • Kota Kinabalu dibebaskan dari kawalan Jepun dan Sandakan dibebaskan.
                      • Ketua pentadbiran BMA ialah C.F.C Macaskie.

Faktor Penyerahan sabah kepada British.
                      • Syarikat Borneo Utara British (SBUB)menandatangani perjanjian dengan British.
                      • Sabah menjadi tanah jajahan British.
                      • Pentadbiran negeri akan ditadbir oleh Gabenor sebagai Ketua Kerajaan.
                      • Gabenor British pertama ialah Sir Edward Twining
                      a. Memenuhi Kepentingan British.
                      • Perdana Menteri Britain Clement Attlee sedang selesaikan pemberian kemerdekaan kepada Sri Lanka, India dan Burma.
                      • Sabah berpotensi menggantikan tanah jajahan tersebut kerana berupaya bekalkan sumber bahan mentah dan kawasan pasaran bagi barangan British
2. Meneruskan dasar British dalam Hubungan Luar.
                      • Semasa pemerintahan SBUB, Sabah negeri naungan British.
                      • British kuasai perhubungan luar negeri dan pertahanan Sabah.
                      • Mendorong SBUB membuat keputusan serah Sabah kepada British.

3. Masalah Kewangan SBUB.
                      • Sebelum tinggalkan Sabah, Jepun musnahkan Jesselton, Kudat, Sandakan.
                      • Memerlukan kos besar tetapi SBUB tidak mampu

bangunkan Sabah.
                      • SBUB setuju serah kepada British kerana kekurangan dana 4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan
                       

Sabah
                      • Penyerahan Sabah pada 15 Julai 1946 tidak mendapat penentangan daripada rakyat tempatankerana
                      1. Dasar British.
                      • British menindas Kegiatan Berpesatuan
                      - Penduduk Sabah terdiri dari pelbagai kumpulan etnik berbeza bahasa, budaya, kepercayaan, petempatan, kegiatan ekonomi.
                      - Sukar untuk menghimpunkan kesemua etnik dalam satu pertubuhan.
                      - Terdapat juga persatuan ditubuhkan seperti Persaudaraan Sahabat Pena Sabah (PASPAS) dan Persatuan Kebangsaan Melayu di Sabah pimpinan Tengku Noordin, Zakaria Gun dan Abu Bakar K. Ahmad.
                      - Barisan Pemuda Sabah (BARIP) pimpinan Mandur Mohammad Sharif, Imam Suhaili Yaakub, Seruji Yaakub dan Zulkifli Apong Abang Abdul Hadi.
                      - Pada awal organisasi ditubuhkan untuk memperbaik ekonomi dan politik bumiputera.
                      - Kemudian pemimpin persatuan bergiat aktif membangkitkan kesedaran berpoltiik.
                      - British khuatir pengaruh pemimpin ini gugat kedudukan mereka. Bagi melumpuhkan Gerakan ini, British bertindak secara halus iaitu menawarkan jawatan kenaikan pangkat kepada ahli dan memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif ke bandar lain.
                      - Kesannya kegiatan persatuan lemah kerana masalah kewangan dan kekurangan pemimpin berkebolehan.




Pertubuhan


Pemimpin


Tindakan
Barisan pemuda sabah
( BARIP )
Pengeran Muhd Yusof Jamil Umar
Telah dihantar berkursus ke SITC
H. M. Salleh
Ditawar berkerja dengan kerajaan
Mandur Syarif
Pulang ke Indonesia
Imam Suhaili Yaakub
Berpindah ke Labuan
Seruji Yaakub
Menyertai Khairat Jumaat Muslimin ( KJM )
Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Labuan
( PKMKL )
Tengku Noordin
Dipindahkan ke Jesselton pada September 1946. Kemudian ditawarkan kerja di Treasury Jesselton sebelum pulang ke Tanah Melayu
Zakaria Gunn
Ditukarkan ke Jesselton
Apong kerahu
Ditukar dari daerah Tawau ke daerah Sandakan
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan