CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

LATIHAN BM TB TING 3

SET 2

Soalan 1 - 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Para pedagang yang berlabuh di Melaka menggunakan __________ untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
A bahasa Melayu       B Bahasa Melayu       C Bahasa melayu       D bahasa melayu

2 Rizalni sangat gemar __________ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.
A kepada        B akan            C tentang       D terhadap


Soalan 3

3 Ibu memasak nasi __________ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A halus           B empuk        C lembut         D lembik

4 Fikiran Ammar masih __________ sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.
A susup-sasap           B bolak-balik              C gelap-gelita            D gembar-gembur

Soalan 5

5 Sultan __________ pemimpin yang banyak berjasa kepada negara itu bintang kebesaran.
A menghadiahi                      B menghadiahkan
C menganugerahi                  D menganugerahkan

6 Puan Maizatul tetap cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan, __________ terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A jika              B hingga         C apabila        D walaupun

Soalan 7
7 Anak-anak penyu itu akan dilepaskan ke laut __________ sudah menetas.
A sehingga                 B apabila        C jika              D kalau

Soalan 8 - 14
Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Irshad merasa bersalah kerana selama ini dia menyalahkan Nabil atas kehilangan buku
rujukannya. Tiada kesalahan.

9 Kelas tambahan itu akan diadakan hingga murid-murid dapat menguasai kemahiran menjawab  soalan agar memastikan mereka cemerlang dalam peperiksaan. Tiada kesalahan.

10 Syarikat itu tidak memperakukan laporan akhbar yang melemparkan tuduhan bahawa mereka memperoleh kontrak jual beli melalui saluran yang tidak sah. Tiada kesalahan.

11 Beberapa minggu yang lalu, pihak berkuasa merampas berkotak mercun yang dibawa masuk ke negara ini kerana semuanya tiada permit. Tiada kesalahan.

12 Harap anak-anak jangan bermain di sini, sebaliknya sila bermain di padang kerana kawasan ini sebaliknya sila bermain di padang kerana kawasan ini berbahaya. Tiada kesalahan.

13 Pemandangan di Pulau Sipadan sungguh indah manakala airnya jernih hingga keadaan dasar lautnya dapat dilihat dengan jelas. Tiada kesalahan.
14 Tindakan syarikatnya mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk melabur dalam skim internet tidak dipersetujui oleh Encik Aidil sejak dari awal lagi. Tiada kesalahan.

Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Walaupun isteri Akmal sudah sarat mengandung, tetapi masih berupaya melakukan kerja- kerja rumah.
II Dadanya sarat dengan harapan untuk membaiki kehidupan keluarganya yang miskin.
III Badan pengantin perempuan itu sarat dengan pelbagai perhiasan yang berharga.
IV Atif Zakwan didenda oleh Cikgu Salina kerana tidak sarat menjalankan tugas.

A I dan II sahaja                                B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                           D I, III dan IV sahaja

16 I Kami berasa lega apabila dapat melurutkan kaki di dalam khemah selepas berkawal
sepanjang hari.
II Fawwaz Amir melurutkan padi daripada tangkainya untuk dimasukkan ke dalam bekas.
III Zafri Aiman terpaksa melurutkan kertas yang telah direnyuk itu untuk membaca catatan
di dalamnya.
IV Sebelum mandi di air terjun, gadis itu melurutkan cincin di jari manisnya.

A I, II dan III sahaja               B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja              D II, III dan IV sahaja

17 I Syukri tidak boleh masuk ke dalam rumah kerana pintu itu buntu.
II Setelah buntu memikirkan masalah yang dihadapi, kami sepakat untuk meminta
pendapat guru.
III Jawapan yang diberikan oleh Anati buntu daripada kehendak soalan.
IV Syasya Alina dibawa ke klinik kerana sejak pagi perutnya buntu.

A I dan II sahaja                    C I, III dan IV sahaja
B II dan III sahaja                  D II, III dan IV sahaja

Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Pada hari Sabtu ini kami akan bersihkan kawasan sekolah.
A akan dibersihkan oleh kami                      B akan kami bersihkan
C kami membersih akan                               D kami akan bersihkan

19 Tiang bangku di tengah taman itu diperbuat daripada besi yang bertahankan karat.
A dari besi yang tahan karat                                     B dari besi yang tahan akan karat
C daripada besi yang tahan karat                D daripada besi yang bertahankan karat

20 Persatuan Ahli Anak-anak Peneroka menubuhkan koperasi di setiap cawangan.
A Ahli Persatuan Anak-anak Peneroka
B Ahli-ahli Persatuan Anak-anak Peneroka
C Ahli Anak-anak Persatuan Peneroka
D Persatuan Ahli Anak-anak Peneroka

21 Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa.
A Jangan sekali meninggikan suara apabila
B Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila
C Jangan sekali-sekali meninggikan suara bila
D Jangan sekali meninggikan suara bila

Soalan 22 - 24

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. “Zanariah, jangan buang makanan itu, membazir,” kata Sarimah.
A Sarimah memberitahu Zanariah supaya tidak membuang makanan itu kerana perbuatan itu membazir.
B Sarimah berkata kepada Zanariah supaya membuang makanan kerana membazir.
C Sarimah berkata kepada Zanariah jangan membazirkan makanan itu dan membiarkannya dibuang.
D Sarimah mengarahkan Zanariah supaya membuang makanan secara membazir.


23 Beberapa langkah telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran untuk
memperkasakan pembangunan sukan di sekolah.

A Pembangunan sukan di sekolah akan diperkasakan oleh Kementerian Pelajaran yang sedang mencari langkah yang sesuai.
B Untuk memperkukuh pembangunan sukan di sekolah, pihak Kementerian Pelajaran telah
mengambil beberapa langkah untuk dijalankan.
C Pengumuman tentang rancangan untuk pembangunan sukan di sekolah telah dibuat oleh
Kementerian Pelajaran.
D Kementerian Pelajaran telah mengumumkan beberapa langkah untuk memperkasakan
pembangunan sukan di sekolah.

24 Pelajar yang bijak itu mengambil masa yang singkat untuk memahami pelajaran yang
diajar oleh gurunya.

A Pelajar pintar itu mudah difahami oleh gurunya yang mengajar dalam tempoh masa yang
singkat.
B Pelajar yang lemah itu mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang
disampaikan oleh gurunya.
C Pelajar yang pintar itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh gurunya.
D Pelajar yang pandai itu mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang
disampaikan oleh gurunya.

25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I “Mana pandangan anda tentang isu kenaikan harga petrol?” tanya pemberita itu.
II “Kenapakah awak tidak memberitahu saya hal itu?” keluh Encik Mustafa.
III “Sila jangan buat bising di sini,” tegur pengawas perpustakaan itu.
IV “Alahai, lambat betul bas datang!” rungut Anuar.

A I dan III sahaja                               B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja                           D II, III dan IV sahaja

26 I Agama Islam telah bertapak di China lebih kurang 1400 tahun yang lampau dulu.
II Unta memiliki bibir yang sangat kuat yang membolehkannya memakan makanan
berduri.
III Perwatakan seseorang pergantung kepada jenis pendedahan yang mereka terima sama
ada berunsur positif atau negatif.
IV Syed Muhammad Naquib al-Attas amat berjasa dalam memperjuangkan peranan
bahasa Melayu di Malaysia.

A I dan II sahaja                                B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja                              D III dan IV sahaja

27 I Benarkah sesetengah amalan masyarakat tradisional itu tidak sesuai dengan masyarakat sekarang?
II Berpuluh ekor lembu di ladang ternakan itu akan dieksport ke luar negara.
III Masyarakat dari semasa ke semasa menunggu laporan tentang pencarian kanak-kanak
yang hilang itu..
IV Emak menjahitkan adik baju baharu untuk dipakai pada hari raya nanti.

A I dan II sahaja                                B I dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja                                    D I, III dan IV sahaja

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28 Sikap Cik Suraya Murai yang __________ menyebabkan rakan sekerjanya berasa tidak selesa semasa bercakap dengannya.
A cakap lepas                                     B duri berbisa
C adu domba                          D mulut tempayan

29 Masyarakat yang hidup bersatu padu akan membentuk kehidupan yang lebih aman dan sejahtera tetapi jika sebaliknya berlaku, masyarakat akan berpecah belah.
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan situasi di atas kecuali
A bukit sama didaki, lurah sama dituruni                B bagai isi dengan kuku
C bersatu teguh bercerai roboh                                D bagai aur dengan tebing


30 Bagai tikus membaiki labu
Peribahasa di atas menasihati kita supaya tidak
A bersikap memandai-mandai jika tidak tahu akan sesuatu.
B mencuba membuat sesuatu yang tidak memalukan.
C menyembunyikan kebolehan yang dimiliki.
D mengambil tahu tentang hal orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Komen