CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTASIS POLA AYAT


LATIHAN 9
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

401. Pemain bola keranjang pasukan pelawat tinggi-tinggi seperti galah.
402. Pelajar itu amat bijak dalam semua mata pelajaran.
403. Bangunan indah seperti mahligai di atas bukit itu istana baharu baginda sultan.
404. Datuk kami yang keadaannya amat tenat pada mulanya kini sudah sembuh
405. Cikgu Gopal yang sentiasa berdedikasi dan tekun dengan pekerjaannya di pejabat pengetua sekolah sekarang.
406. Anggota perkhemahan di puncak gunung itu berasa dingin pada waktu dinihari.
407. Ungkapan “Sentiasa bersih demi kesihatan” ialah slogan jabatan ini.
408. Penjaja harus cekal dan cekap untuk pendapatan dan keuntungan yang lebih tinggi.
409. Kota Kinabalu ialah ibu negeri Sabah yang letaknya di tepi laut.
410. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat.
411. Bangunan perpustakaan yang baru siap dibina di bandar itu amat besar.
412. Kain songket ialah busana yang lazimnya dipakai oleh pasangan pengantin.
413. Bandar raya Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun sangat bersih dan indah.
414. Bungkusan hadiah ini untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.
415. Semua rakyat diingatkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan negara ini.
416. Pihak kerajaan sedang memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris di negara ini.
417. Ikan hiasan di dalam akuarium itu cantik-cantik?
418. Bangunan itu asrama untuk pelajar dari luar bandar?
419. Darurat di negara kita diisytiharkan pada tahun 1948?
420. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Langkawi untuk bercuti?
421. Kota Paris bandar raya yang terkenal dengan bangunan Menara Eiffel?
422. Guru sukan sekolah mengetuai rombongan pelajar mendaki gunung itu?
423. Padang sukan sekolah itu sangat luas berbanding dengan padang sekolah lain?
424. Ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negara?
425. Baju kemeja kamu yang biru itu basah kenapa?
426. Kenaikan harga minyak petrol baru-baru ini bila?
427. Kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa bagaimana?
428. Latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi mengapa?
429. Jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah berapa?
430. Pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu mengapa?
431. Harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu berapa?
432. Peserta program pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur bila?
433. Kenapakah baju kemeja kamu yang biru itu basah?
434. Bilakah kenaikan harga minyak berkuat kuasa baru-baru ini?
435. Bagaimanakah kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa?
436. Mengapakah latihan forum pelajar di kantin sekolah pagi tadi?
437. Berapakah jumlah kayu hoki yang rosak di bilik sukan sekolah?
438. Mengapakah pokok bunga di sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu?
439. Berapakah harga kereta mainan dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu?
440. Bilakah program pertukaran pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur?
441. Ibu jari kaki kanan kamu bengkak sejak bila?
442. Rombongan pelancong yang menaiki bas itu dari mana?
443. Doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit sejak bila?
444. Michael yang terburu-buru berjalan itu hendak ke mana?
445. Surat berdaftar yang kamu terima semalam daripada siapa?
446. Pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di bandar dengan siapa?
447. Pameran hasil kraf tangan tradisional dilanjutkan sampai bila?
448. Pelajar yang akan memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu di mana?
449. Sejak bilakah ibu jari kaki kanan kamu bengkak?
450. Sejak bilakah doktor muda hospital ini pakar penyakit kulit?

Tiada ulasan:

Catat Komen