CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTAKSIS POLA AYAT



LATIHAN 8
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

351. Osman pelajar cemerlang kerana pandai dalam semua mata pelajaran.
352. Berita tentang kematian saudaranya itu daripada bapanya tetapi lewat hingga dua jam.
353. Bunyi kuat daripada kilang papan di pinggir jalan.
354. Kanak-kanak sedang menangis itu sakit pada lututnya.
355. Buah yang masam di bahagian hujungnya ialah buah nanas muda.
356. Bunyi dentuman yang kuat di selekoh jalan itu didengar oleh penduduk kampung kami.
357. Mereka sekeluarga ke benua Eropah pada minggu hadapan.
358. Rombongan dari Felda Sungai Kelamah disambut oleh pengurus besar syarikat.
359. Cenderamata daripada ibu untuk ayah bersempena dengan hari lahirnya cukup cantik.
360. Rumah yang didirikan oleh jurubina terkenal itu ialah rumah banglo di taman perumahan baharu.
361. Semua pegawai di pejabat kementerian itu sungguh rajin dan berdedikasi.
362. Gopalan dan rakannya tinggal di rumah pangsa itu hingga akhir bulan hadapan sahaja.
363. Petikan tentang perkembangan ekonomi negara itu daripada teks ucapan Perdana Menteri.
364. Dato’ Abdullah ialah dermawan yang memberikan sumbangan kepada keluarga miskin di kampung itu.
365. Kain songket daripada benang emas itu sangat indah tenunannya.
366. Moni dan keluarganya di Singapura pada bulan Disember yang lalu.
367. Guru Besar yang berasal dari bandar Ipoh berkhidmat di sekolah kami.
368. Hidangan di atas meja untuk orang-orang kenamaan sahaja itu ialah nasi beriani.
369. Anak muda yang sedang mundar-mandir di hadapan balai polis itu abang Kok Weng.
370. Pekerja yang akan mendapat gajinya pada hujung bulan hadapan dari negara jiran.
371. Penjahat yang ditangkap oleh pasukan keselamatan dalam kawasan rumah pangsa itu sungguh ganas.
372. Zahid berkata kepada rakan-rakannya, “David akan ke selatan dengan ibunya pada minggu hadapan.”
373. Produk yang sedang diusahakan oleh kilang tersebut dari negara Singapura.
374. Pelajar Tingkatan 2 Melati sedang berdiri di hadapan bangunan sekolahnya.
375. Pemuda yang menyidai pakaian di halaman rumahnya ialah anak bongsu penghulu kami.
376. Anak-anak Orang Asli itu sungguh berani kerana membunuh buruannya dari belakang pokok.
377. Budak-budak itu bermain di bawah rumah setiap petang.
378. Kapal yang akan berlabuh ke penjuru rumah api Selat Melaka itu amat besar.
379. Kereta perisai tentera dari belakang bangunan dengan tiba-tibanya sahaja.
380. Yang akan pergi berkelah pada hujung minggu kedua bulan Januari ialah pelajar-pelajar tingkatan empat.
381. Ayah dan ibu Aminah akan ke bendang setiap pagi.
382. Semua pekerjanya yang cukup dedikasi itu dari negara jiran.
383. Blok asrama yang baru dicat itu untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja.
384. Ceramah ustaz muda itu tentang pembayaran zakat melalui dalam talian.
385. Bangunan utama di kota besar itu tidak semuanya baharu.
386. Perbelanjaan setiap jemaah pada musim haji amat tinggi.
387. Larangan berpesta sampai larut malam bukan keputusan pihak penganjur
388. Kini banyak orang memakai pakaian daripada kain sutera.
389. Panggilan kecemasan untuk anak muda itu dari hospital daerah.
390. Derma bagi anak-anak yatim itu sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kami.
391. Kebanyakan barang yang dijual di kedai itu dari negara China.
392. Novel terbaharu daripada penulis muda itu telah memenangi hadiah penghargaan.
393. Pekerja binaan sedang berteduh di bawah pohon jambu bol.
394. Kayu yang telah dibelah oleh ayah dengan kapak itu kayu getah.
395. Kami akan memulakan perjalanan ke utara pada pukul enam pagi.]
396. Pemidato tentang isu keselamatan negara itu ialah ahli politik tersohor.
397. Rakyat negara ini amat prihatin tentang permuafakatan demi perpaduan.
398. Pemuda yang baru putus tunang itu seperti pungguk rindu akan bulan.
399. Semua penonton kagum terhadap pemain lincah pasukan bola sepak tersebut.
400. Para tetamu khas majlis perkahwinan anak kami hadir dengan isteri masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan