CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020


Bab 8 – TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

1. latar belakang
- pada awalnya masyarakat arab tinggal di kawasan di kelilingi padang pasir/ laut / teluk
- wilayah – Hijaz/ Yaman/ Hadramaut  dan Oman
- kota penting – Makkah/ Madinah/ Taif
- selepas keruntuhan Empangan Maarib – berlaku kemerosotan
- masyarakat jahiliah ( tak ada nabi/ kitab suci

2. masyarakat Jahiliah
- hidup dalam kabilah ( kaumm Hdhari dan Badwi )
- Hadhari – duduk di kota/ berniaga/ menternak
- Badwi – hidup secara nomad/ berpindah randah / memelihara binatang- unta / kambing/ biri-biri/ mencari rumput/ kawasan berair
- ketua kabilah – Syeikh
- wujud sifat assabiyah (  mementingkan kabilah masing-masing/ sanggup berperang untuk merebut kuasa/ pengaruh/ harta )
- Kaum Arab Quraisy – mentadbir dan memajukan perdagangan di Makah
- Badan pentadbiran – Darun Nadwah

Keadaan ekonomi
-         Semenanjung Tanah Arab – kurang subur
-         Yaman – gandum / kopi
-         Oman – sekoi/ padi
-         Hadramaut – kemenyan
-         Mekah di jadikan tempat dagangan
-         Jalan sutera – memudahkan perdagangan antara Timur dan Barat
-         Peniaga – mementingkan keuntungan/ mengamalkan riba dan menipu timbangan
Agama
-         Wathani – sembah berhala/ patung
-         Majusi – sembah api
-         Yahudi – oleh Bani Israel ( utara Semenanjung Arab )
-         Nasrani – oleh Bani Israel ( penduduk Ghassan dan Hirah )
-         Animisme – sebilangan/ percaya pada roh dan kuasa ghaib
-         Hunafa – ajaran Nabi Ibrahim
-         Kepercayaan – menilik nasib/ sihir/ azimat
-         Memandang rendah wanita
-         Hidup – maksiat/ berjudi/ berzina/ minum arak / angkuh
-         Mengamalkan sistem hamba –
-         Sikap baik – memuliakan tetamu/ menepati janji/ menghormati tuan rumah
-         Pandai bersyair/ bersajak/ berpidato

Kemunculan dan perkembangan tamadun Islam
-         Nabi Muhammad – membawa rahmat kepada seluruh alam
-         Mengubah – akhlak/ akidah/ syariah
-         Lahir 20/4/570 M
-         Nabi terima wahyu – tahun 610 – gua Hirak / jadi Rasul
-         Dakwah – rahsia – 3 tahun/ ahli keluarga/ sahabat
-         Dakwah terang-terangan – mendapat tentangan – Abu Lahab
-         Berhijrah ke Madinah- Piagam Madinah/ perlembagaan  sebuah Negara
-         Sifat -  sidik amanah tabligh fatanah ( benar/ amanah/ menyampaikan/ bijaksana )
-         Dakwah berkesan – diterima – agama Islam berkembang/ jumlah penganut bertambah
-         Penyebaran – utusan ke Rom / Parsi / Mesir dan Habsyah

Penyebaran islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
-         Khalifah Al Rasyidin ( Abu Bakar / Umar/ Uthman / Ali Abi Talib
-         Abu Bakar – memerangi golngan murtad / tak mahu bayar zakat
-         Umar – pembukaan wilayah baru – Iraq/ Syria/ Mesir
-         Uthman – pentadbiran wilayah yang luas/ lantikan gabenor mengurus pentadbiran
-         Ali – meneruskan pemerintahan
-         Kerajaan selepas Khalifah – Bani Umaiyah / Abbasiah/ Uthmaniah
-         Bani Umaiyah
o   Perkembangan Islam semakin pesat
o   Berpusat di Damsyik dan Cardova
o   Islam berkembang ke India/ Asia Tengah/ Sepanyol
o   Utusan – ke China
-         Bani Abbasiah
o   Berpusat di Baghdad
o   Perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat sehingga ke Eropah
-         Bani Uthmaniah
o   Berpusat di Anatolia
o   Perluasan pengaruh hingga ke Eropah timur/ sempadan Russia/ Asia Tenggara

Faktor penyebaran Islam
1.      Syumul ( keseimbangan rohani dan jasmani )
2.      Keterbukaan ( toleransi )
3.      Kesaksamaan ( adil/ pelbagai bangsa/ bahasa )
4.      Dakwah
5.      Hubungan diplomatic ( kerajaan/ raja dengann Negara lain / pedagang )
6.      Perdagangan ( Arab / Afrika )
7.      Pembukaan wilayah baru ( Iraq/ Syria/ Mesir )

Peranan Nabi Muhammad
1.      Merangka perlembagaan Madinah ( Islam agama rasmi/ agama lain bebas diamalkan )
2.      Menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam
3.      Menghantar utusan dakwah ke Habsyah/ Mesir / Byzantine/ Parsi
4.      Menekankan konsep syura/ perundingan/ keadilan/ persamaan
5.      Menjadikan Islam sebagai cara hidup
6.      Menggalakkan hubungan perdagangan
7.      Menggalakkan masyarakat bekerja keras/ bertani/ berniaga – mencari rezeki yang halal
8.      Pengurusan tanah – memulihkan kawasan terbiar dengan tanaman baru
9.      Pembangunan pasar- Suq AL Ansar ( mengembangkan perniagaan peniaga Islam )
10.  Pemimpin tentera – menekankan konsep jihad ( menegakkan agama / mempertahankan agama/ bangsa ). Perang Badar/ Uhud/ Khandak /

Sumbangan tamadun Islam kepada dunia
Politik
-         Mementingkan corak hidup yang sejahtera/ makmur
-         Konsep keadilan/ ummah/ sistem syura/ mesyuarat/ muafakat/ kerjasama
-         Adil kepada semua rakyat walaupun berbeza agama dan keturunan
-         Toleransi antara kaum
-         Konsep ummah
-         Masyarakat ada tanggungjawab memajukan Negara
-         Sistem syura- mesyuarat untuk mencapai keputusan / suara ramai/ keputusan muafakat
-         Ketua Negara bertanggungjawab menyelesaikan  masalah rakyat
-         Perkenalkan jawatan khalifah- meneruskan kepimpinan selepas kewafatan nabi
-         Mengadakan kerjasama antarabangsa- tujuan dakwah dan silaturahim
Ekonomi
-         Sistem zakat/ wakaf
-         Mata wang dirham/ perak
-         Sistem cukai – cukai tanah/ perlindungan/ diri/ perdagangan
-         Larangan amalan riba
-         Mengelakkan penipuan semasa berniaga ( timbangan / mengambil keuntungan berlipat ganda
-         Galakan menghasilkan hasil bermutu dalam bidang pertanian
-         Galakkan Bersedakah/ menghulurkan bantuan/ berjimat cermat
-         Penubuhan Baitulmal ( perbendaharaan Negara )
-         Sumber baitulmal – cukai/ wakaf/ wasiat/ pelaburan/ hasil peperangan
Sosial
-         Mengangkat martabat wanita- belajar/ membantu semasa perang
-         Mencipta kertas
-         Sistem pengairan / benih/ baja
-         Masjid dijadikan institusi pendidikan – tempat belajar/ perpustakaan
-         Contoh- Cordoba ( Sepanyol )

Kemunculan Ilmuan Islam
1.      Jabir bin Hayyan – menghasilkan 80 buku berkaitan dengan perubatan dan kimia/ karyanya banyak diterjemah ke bahasa latin
2.      Ibnu Sina- tokoh besar perubatan/ ahli falsafah
3.      Al Battani  - memperkenalkan ilmu trigonometri/ astronomi/ cipta alat ukuran masa
4.      Al Biruni – kajian peta dan geografi/ membantu ilmu pelayaran
5.      AL Khawarizmi – pengasas ilmu algebra/ matematik
6.      Ibn Battuta – pernah belayar hingga ke India / Tanah Melayu/ menghasilkan buku pelayaran

Sumbangan dalam seni bina
1.      Maksud- reka benuk/ reka letak
2.      Contoh bina masjid – ada menara/ mihrab / mimbar/ perhiasan/ arca/ ukiran
3.      Reka bentuk melengkung
4.      Sesuai dengan iklim setempat/ tingkap banyak/ peredaran udara
5.      Sesuai dengan Budaya setempat- identity / masjid di Negara China


5 ulasan: