CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

LATIHAN CIKGU TAN TB SINTAKSIS POLA AYAT


LATIHAN 4
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian tulis subjek, predikat, dan pola ayat bagi setiap ayat di bawah.
Contoh: Ayat: Ibu bapa Anwar bekerja di ladang.
Subjek: Ibu bapa Anwar.
Predikat: bekerja di ladang
Pola ayat: FN + FK

151. Oleh sebab masa depannya bergantung pada peperiksaan itu, dia sering di perpustakaan.
152. Kami mungkin tidak akan ke negara berkenaan kerana bimbang terdedah kepada kesan radioaktif.
153. Murid yang terjawab soalan sukar tadi amat bijak.
154. Setelah minum teh, kami ke tepi pantai untuk bersiar-siar.
155. Penulis muda itu selalu mengarang puisi pada waktu malam.
156. Mereka masih dalam perjalanan untuk menyertai program anjuran Bahagian Hal Ehwal pelajar.
157. Pelayan yang mengambilkan kami makanan sebentar tadi warga asing.
158. Urusan mencetak kad undangan perkahwinan kakak ialah tugas abang.
159. Ketua pegawai firma itu tidak sepatutnya memperkecil kemampuan anggota kumpulan kita.
160. Tuan Haji Yusuf yang memperisterikan anak lelaki sulungnya dengan anak jutawan Internet itu kaya sungguh.
161. Air sabun yang membasahi lantai bilik guru sangat pekat.
162. Selepas membaca novel, saya ke padang untuk bersenam.
163. Mekanik yang membaiki kereta ayah lepasan institut kemahiran.
164. Wanita itu menjual buah-buahan tempatan pada setiap hari minggu.
165. Keadaan itu sangat bahaya kerana kami terpaksa menuruni bukit yang curam.
166. Tugas menghias kelas tanggungjawab kumpulan yang dianggotai oleh Amir, Lim dan Kumar.
167. Pemandu jentolak mendekatkan jenteranya ke dinding bangunan yang baru runtuh sebentar tadi.
168. Sesi perbincangan tersebut hingga lewat petang kerana memberikan peluang kepada semua ahli untuk melontarkan pendapat.
169. Dia amat bangga setelah memberitahu mereka keputusan kami.
170. Syarikat itu menawari abang jawatan sebagai pengurus projek.
171. Yang mengurniai beliau bintang kebesaran ialah sultan negeri itu.
172. Guru yang mengajar mereka mata pelajaran Sejarah tersebut dengan isterinya.
173. Jika selalu berdoa, Tuhan akan sentiasa mencucuri hamba-Nya rahmat.
174. Beliau sangat rajin kerana sanggup mencarikan Leong novel karya Usman Awang.
175. “Arahan tersebut daripada ibu supaya kakak membuatkan ayah secawan kopi,” kata adik.
176. Beliau ialah pengurus kejohanan yang menyerahi saya tugas sebagai hakim perbarisan.
177. Pegawai polis yang baru tiba sebentar tadi sangat tegas.
178. Kumpulan yang masih belum makan lagi daripada pasukan hoki.
179. Mereka mula bergerak untuk mendaki gunung yang tertinggi itu.
180. Kursus yang pernah dijalankan di kampus ini ialah kursus penulisan kreatif.
181. Permohonan untuk jawatan itu sedang diproses oleh Bahagian Sumber Manusia.
182. Makanan yang akan dikirimkan kepada pasukan tentera ketupat dan serondeng.
183. Pegawai yang masih bermesyuarat di hotel itu dari kawasan yang pernah dilanda banjir.
184. Kami amat senang hati kerana anggota sukarelawan telah memberikan pertolongan kepada keluarga kami.
185. Jika hendak mendaki gunung, kesihatan tubuh badan kita mestilah baik.
186. Oleh sebab beliau mungkin tiba lewat, kami akan ke sana terlebih dahulu.
187. Murid yang boleh menyertai lawatan ke Planetarium Negara daripada Tingkatan 2 Cemerlang.
188. Saya amat sedih jika saya tidak dapat menyambung pelajaran di universiti itu.
189. Pihak kerajaan harus melaksanakan pelbagai projek yang memanfaatkan rakyat.
190. Yang mesti menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pengguna ialah beliau
191. “Sayalah yang patut berterima kasih kepada beliau,” kata ayah kepada Pak Cik Sahak.
192. Kami mahu pergi ke kampung Orang Asli untuk menyaksikan adat perkahwinan mereka.
193. Beliau menyatakan bahawa masalah tersebut telah dapat diselesaikan.
194. Kami mula ke pekan itu setelah pihak polis menjelaskan bahawa keadaan mula terkawal.
195. Pengetua mengesahkan bahawa dokumen tersebut benar seperti dokumen asal.
196. Pihak yang menafikan bahawa kejadian itu telah berlaku daripada bahagian risikan.
197. Yang menegaskan bahawa usaha tangga kejayaan itu pakar motivasi terkenal.
198. Ibu bapa besar hati apabila pihak sekolah memaklumkan bahawa kelas bimbingan akan diadakan.
199. Kami amat kecewa setelah pihak sekolah mengumumkan bahawa kejohanan sukan tahunan sekolah ditangguhkan.
200. Orang yang mempercayai bahawa pelaburan dalam skim itu menguntungkan mereka ialah golongan yang ingin cepat kaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan