CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020



BAB 6- PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

1. PENGENALAN
         i.            Tamadun Yunani berkembang antara tahun 1000-800 SM
       ii.            Mencetuskan perkembangan tamadun Eropah
     iii.            Banyak pencapaian dalam pemerintahan dan pentadbiran ( pengenalan sistem demokrasi/ ekonomi/ sains dan teknologi, kesusasteraan / falsafah dan pendidikan

2. lokasi dan perkembangannya
         i.            Berada di semenanjung Greece dan pulau sekitarnya ( laut Mediterranean )
       ii.            Cuaca sederhana – banyak kegiatan luar rumah dapat dilakukan- debat dan sukan
     iii.            Berhampiran laut – melahirkan pelayar yang handal
     iv.            Negara kota ( Polis ) – Bandar utama/ Bandar kecil dan kawasan kampung
       v.            Di dalam polis ada acropolis – pusat pentadbiran/ keselamatan / ada pelbagai kemudahan ( rumah ibadat/ bangunan kerajaan/ istana/ rumah bangsawan). Ada agora iaitu kawasan lapang untuk pasar dan pertemuan
     vi.            Contoh Polis – Athens, Sparta , Corinth
   vii.            Ciri polis – penduduk ramai
 viii.            Setiap warga ada hak dan tanggungjawab menjaga polis ( melahirkan kerjasama antara rakyat )

3. corak pemerintahan
         i.            Corak pemerintahan – monarki / oligarki/ aristokrasi/tirani / demokrasi
       ii.            Monarki – sistem pemerintahan beraja , oligarki – pemerintahan dikuasai oleh segolongan kecil pihak berkuasa / aristokrasi – pemerintahan golongan bangsawan / tirani – pemerintah yang zalim dan menindas rakyat
     iii.            Demokrasi – hanya berlaku hasil kematangan politik penduduk di setiap polis
     iv.            Maksud demokrasi – pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pengundian ( pilihan raya )
       v.            Demokrasi di Athens – dewan perhimpunan ( badan tertinggi ) dibantu oleh majlis/ majistret/ juri
     vi.            Dewan perhimpunan – melantik ahli sebagai pentadbir, gubal undang-undang,mengisytiharkan perang jika perlu ,membuat perjanjian , perbincangan hal kewangan dan percukaian , menerima duta .
   vii.            Ahli dewan – lelaki , pegang jawatan 6 bulan hingga setahun , bersidang 3 kali sebulan
 viii.            Majlis – ahlinya dilantik oleh dewan perhimpunan. Ahlinya seramai 500 orang. Berkhidmat selama 2 tahun. Berfungsi melaksanakan keputusan dewan perhimpunan , mengendalikan jabatan kerajaan
     ix.            Majistret – melaksanakan dasar ( warganegara , 6000 ahli, 200-500 hakim ) dan 10 jeneral tentera
       x.            Juri – badan yang bertanggunjawab dengan sistem keadilan

Sparta
-         Diperintah oleh 2 raja serentak ( bagi mengelakkan kekejaman )
-         Pemerintahan dibantu oleh dewan perhimpunan ( 10,000  ahli ) dan majlis ( 28 orang dewasa berumur 60 tahun )
-         Menekankan disiplin/ ketenteraan
-         Kaum wanita turut diajar latihan fizikal/ berlari/ bertinju/ menari dan menyanyi
-         Menekankan ketaatan kepada Negara/ sanggup mati demi Negara

TAMADUN ROM
a.PENGENALAN
         i.            Menyambung tamadun Yunani
       ii.            Menjadi tamadun/ kuasa yang kuat apabila mengalahkan Etruscan , Mecedonia, Seleucid, Mesir
     iii.            Membentuk empayar yang luas , berpusatkan Itali

b. Lokasi dan perkembangannya
         i.            Terletak di lembah Latium
       ii.            Lembah yang subur dan sesuai untuk pertanian
     iii.            Sg Tiber – dijadikan punca sumber air dan jalan pengangkutan keluar
     iv.            Masyarakat dibahagikan kepada 3 – Patricia – atasan / Plebian- petani /artisan – peniaga dan hamba
C. perkembangan seni bina
          i.            Orang Rom membina bangunan bersaiz besar/ ada seni bina. Contohnya bangunan, jalan raya , saliran dan tempat mandi awam
        ii.            Binaan kekal lama – melibatkan kepakaran / ilmu/ teknologi pada masa itu/ berilmu
      iii.            Penggunaan simen – tahan
      iv.            Banyak binaan dibuat oleh hamba/buruh
        v.            Binaan – unik contohnya Colosseum, tembok pertahanan, tempat mandi awam
      vi.            Colosseum – tempat adakan persembahan dan pertandingan/ boleh memuatkan 50,000 orang ( seperti stadium pada masa sekarang )
    vii.            Pantheon – berkubah/ tempat sembah dewa ( seperti dewan )
  viii.            Akueduk – sistem pembekalan air- untuk rumah dan tempat mandi awam ( empangan )
      ix.            Jalan raya – mula dibina mulai 500 SM. Menghubungkan Bandar/laluan tentera
        x.            Tembok pertahanan –lindungi serangan musuh/ tinggi 5 meter/ ada kawalan tentera
      xi.            Tempat mandi awam –mandi untuk kebersihan dan kesihatan/ ada tandas/ruang mandi/ mengurut/ perpustakaan/ bilik rehat dan bersenam/ mandi air panas/ berwap- 1500 orang

Tiada ulasan:

Catat Komen