CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 30 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020


BAB 1: SEJARAH DAN KITA

(1)Pengertian Sejarah
Sejarah – peristiwa yang sudah berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat/ Negara
Sejarah – dikaji oleh ahli sejarah/ ilmu sejarah melalui catatan/ rekod
Sejarah – ditulis dalam buku/ makalah/ majalah
- Perkataan Arab -syajaratun
- pohon atau pokok,salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
- kamus dewan – asal usul/ keturunan/ salasilah/ peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau
- bahasa inggeris – history ( cerita tentang seseorang/ historia iaitu penyelidikan

1. 2.pengertian sejarah mengikut pandangan sejarawan
- sejarahwan Ibn Khaldun– masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat.
-Herodotus– cerita tindakan manusia yang penting dan sebab mereka melakukannya.
-.Muhd. Yusof Ibrahim– catatan / rekod peristiwa yg berlaku.
-.Penyelidikan perkara yg telah berlaku

1.3 masa silam dan ruang masa
- zaman sebelum masihi/ masihi
- kurun/ abad
- dekad
- tahun/ bulan/ hari


(1.3) Sumber Sejarah
Definasi
Artifak
-         Peralatan ciptaan manusia
-         Contoh alat berburu/ bertani/ berdagang
-         Alatan diperbuat daripada batu/ kaca/logam
Fosil
-         Kesan tinggalan daripada haiwan/ tumbuhan dan hidupan lain
-         Biasanya dalam bentuk batu/ tulang
-         Usia melebihi 10,000 tahun

Terbahagi kepada 2 – sumber utama / primer / sumber kedua/ sekunder
Sumber Pertama/Sumber Primer.
i.fosil, artifak dan keterangan lisan.
ii.Belum diolah dan dicetak
iii.Masih asli dan belum ditafsir.
iv.Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.

Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
i.Bahan yg dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
ii.Ditulis oleh sejarawan.
iii.Diolah dan dicetak.
iv.Disebarkan kepada umum.
v.buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.

(1.4) Kaedah Pengkajian Sejarah
a)Kaedah lisan.
1.Maklumat diperoleh secara terus melalui ucapan, penceritaan, perbualan
2.maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
3.Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
4.Kelemahan - wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
5.Kesan kemajuan sains dan teknologi /kaedah pandang dengar digunakan. Contoh:televisyen, pita rakaman & internet

b) Kaedah bertulis.
1.Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu/ kulit kayu.

c) Kaedah arkeologi.
1.Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2.Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas,maritim / laut dan  cari gali.
3.Maklumat ditemui melalui proses cari gali .
4.Melalui proses cari gali , ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.

(1.5)Pentafsiran Sejarah
1.Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna ( pemilihan peristiwa yang sesuai boleh dijadikan bahan/ atau perisitiwa sejarah )
2.Sejarawan berusaha mencari jawapan
3.Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4.Tafsiran mungkin berbeza antara sejarawan.
i. ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
ii. Sejarawan lain - pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja

5.Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
i. Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
ii. Sejarawan lain - penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
iii. Sejarawan Barat - anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
iv. Sejarawan tempatan - anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6. Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah


(1.6)Tujuan mempelajari Sejarah
1.menambah  ilmu pengetahuan.
2.Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3.Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
4.Hargai jasa pemimpin negara masa lalu dan kini
5.Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan ( mengambil iktibar )
6 .Merangka wawasan masa depan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.

(1.7) Faedah mempelajari sejarah.
1.Panduan untuk memperbaiki kesilapan
2.Menjadi perangsang memajukan Negara
3.Mengingati zaman keagungan kita
4.Memupuk semangat patriotik
5. melahirkan rasa berbangga menjadi rakyat Malaysia

(8) Rumusan
1.Sejarah - panduan dan pengajaran untuk  panduan masa kini dan masa hadapan.
2.Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotik.

Tiada ulasan:

Catat Komen