CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 April 2020

NOTA SEJARAH TING 4

NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 CIKGU  SARAPA ISMAIL @ MRSM PENGKALAN. CHEPA


BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME
2.1 Maksud Nasionalisme
Maksud Nasionalisme
                      • Perasaan cinta terhadap bangsa dan negara
                      • Semangat perjuangan menentang penjajah
                      • Pembelaan terhadap bangsa dan negara.
                      • Mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial.
                      • Idea nasionalisme tidak sama antara negara dan zaman.
                      • Berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling.

Pendapat Tokoh / Sejarawan Berkaitan Nasionalisme.
1. Hans Kohn.
• Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara @ bangsanya.

2. Professor William R. Roff
• Kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia kedua.
• Disebabkan ancaman terhadap kepentingan orang Melayu serta faktor ekonomi.
• Kebimbangan terhadap sekularisme dan imperialisme Barat Tanah Melayu.

3. Dato’ Onn Jaafar
• Menzahirkan suatu bangsa lebih tegap dan kuat.
• Boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri.
• Mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa - bangsa lain yang tegap dan Bersatu.

4. Dr. Burhanuddin al-Helmi
• Perjuangan menentang penjajah.
• Hendaklah persatuan dan perpaduan yang kuat.
• Menentang penjajahan untuk mencapai kemerdekaan.
• Berpegang kepada tatatertib dan adab sopan bangsa Melayu serta agama Islam.
• Menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita yang telah ditenggelamkan.
5. Dr. R. Suntharalingam
• Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini.
• memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
• Menuntut kesetian individu disalurkan kepada negara bangsa.
6. Professor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
                      • Nasionalisme Melayu bukan gejala baharu tetapi telah wujud sejak zaman Kesultanan MelayuMelaka.
                      • Kesetian kepada raja merupakan ciri nasionalisme Melayu.
                      • Fahaman kebangsaan yang bersifat ke “Tanah Melayuan “

7. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
                      • Nasionalisme merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.

Kesimpulan / Tafsiran Umum
                      • Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran
                      • Berdasarkan sejarah, corak perjuangan dan karisma pemimpin yang mendukung perjuangan.
                      • Berkait rapat dengan perasaan cinta akan negara yang mencetuskan keinginan membina negara bangsa dan melahirkan identiti sendiri.
                      • Gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan dengan menggunakan persamaan kebudayaan dan pengalaman sejarah untuk membebaskan bangsa dan negara dari penjajahan.
                      • Menuju matlamat sama iaitu membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat.

2.2 PERKEMBANGAN IDEA NASIONALISME DI BARAT.
Nasionalisme Di Barat
                      • Berkembang hasil penentangan terhadap pemerintahan beraja - simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.
                      • Contoh Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.
                      • Dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing seperti Revolusi Amerika.

Pemikiran John Locke ( ahli falsafah Inggeris )
                      • Selepas penggubalan Bill of Rights.
                      • Beliau menghasilkan karya Two Treatises of Goverment yang mempopularkan prinsip raja berpelembagaan.
                      • Beliau menolak sistem raja berkuasa mutlak
                      • Menegaskan kerajaan patut diasaskan pada persetujuan antara pemerintah dan rakyat.
                      • Undang-undang perlu digubal bagi memenuhi hak asasi manusia
Perkembangan Idea Nasionalisme
1. Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) 1688 di England
• Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
• Pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang – undang.
• Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak.
• Disokong Mary II dan suami Raja William of Orange dari Belanda.
• Menyedari sokongan semakin kurang Raja James II lari ke Perancis.
• Peristiwa dikenali Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah.
• Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

2. Revolusi Amerika (1776)
Reaksi orang Amerika menentang British kerana tidak melindungi hak penduduk Amerika.
• Menentang akta memungut cukai di jajahan - Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.
• Guna slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
• George Washington mengetuai kongres dan isytihar perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika.
• Kongres meluluskan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang menegaskan.
• Revolusi berakhir 1783 - British mengakui kemerdekaan Amerika.
• 113 buah bekas tanah jajahan digabung dan diberi nama baru sebagai Amerika Syarikat yang perkenalkan demokrasi.

3. Revolusi Perancis 1789
                      • Idea nasionalisme yang perjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraa oleh pemikir Perancis - Jean Jacques Rousseau dan Voltaire.
                      • Peranan Rousseau telah menulis The Social Contract.
                      - Keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

Suara rakyat adalah merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran.
- Kedaulatan suara rakyat lebih penting daripada institusi raja dan birokrasi
• Sasaran golongan revolusi adalaht terhadap pemerintah autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan.
- Golongan ini memonopoli pelbagai keistimewaan sebaliknya rakyat terbeban dengan cukai
- Menggempur penjara Bastile.
- Membebaskan tahanan politik.
- Menggulingkan Raja Louis XVI
• Kesan revolusi - Kemunculan Republik Perancis yang menamatkan sistem beraja di Perancis.
2.3 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA
                      • Kesinambungan idea nasionalisme di Barat.
                      • Kedatangan dan penjajahan kuasa eropah di asia telah mencetusakan kebangkitan nasionalisme.

1. Nasionalisme di India.
• Reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British.
• Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857.
- Dilancarkan oleh sepoi / askar upahan British berbangsa India.
- Merupakan reaksi kepada ancaman pengaruh British terhadap adat, budaya dan agama masyarakat setempat
• Awalnya, memberikan perhatian kepada isu sosioagama.
• Brahmo Samaj dan Arya Samaj - pertubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan dari pengaruh budaya Barat
• Perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelek yang memulakan gerakan lebih tersusun dengan menubuhkan Kongres Kebangsaan India (INC) pada 1885 dan Liga Muslim pada 1906
• Gerakan bersifat radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal secara militan terhadap British
• INC dan Liga Muslim bentuk jawatakuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India iaitu India dan Pakistan.
• 14 Ogos 1947 Pakistan diumum merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sbg Gabenor Jeneral Pakistan.
• 15 Ogos 1947 India umum merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri Pertama India

2. Nasionalisme China
• Bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan org Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.
• Perkembangan bermula dengan penentangan terhadap kelemahan dinasti Manchu yang dianggap orang luar dan kehilangan mandate.
• Rakyat hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat
• Gerakan seterusnya bercorak anti - Barat kerana menentang campurtangan kuasa Barat di China
• Peranan Sun Yat Sen.
- mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i) sebagai ideologi - nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
- Menjadi asas kepada Revolusi China 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu.
- Muncul pemerintahan republik di China.
3. Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
                      • Kesedaran mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam
                      • Mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah
                      • Gerakan Islah
                      - Gerakan pemulihan Islam.
                      - Dipelopori Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
                      - Pertembungan budaya Eropah - Amerika dengan budaya tempatan.
                      - Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam sebenar yang berpandukan al-Quran dan Hadis.
                      Gerakan Pan - Islamisme
                      - Peranan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan al-Urwah al-Wuthqa (Ikatan yang Kuat).
                      - Memperkuat rasa persaudaraan dan umat yang maju.
                      - Menerbitkan akhar al-Urwah al-Wuthqa.
                      - Untuk sebar idea penyatuan persaudaraan umat.
                      - Bangkit menentang perluasan kuasa Barat.
                      - Empayar Uthmaniyah keluarkan fatwa menyeru umat Islam yngg tindas Barat bangkit berjuang bersama empayar Uthmaniyah.
                      - Khalifah Abdul Hamid II - Menggerakkan idea dan mendapat sokongan termasuklah Tanah Melayu seperti Kebangkitan Tok Janggut 1915.
Nasionalisme di Jepun
                      • Kesedaran untuk mencapai kemajuan.
                      • mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
                      • Pemulihan Meiji
                      - Dilancarkan oleh Maharaja Mikado Meiji (1868).
                      - Menekankan pemodenan mengikut model Barat.
                      - Supaya Jepun dihormati kuasa Barat.
                      - Prinsip dan semangat bushido - asas membina nasionalisme rakyat dan semasa era Pemulihan Meiji
                      - Pemulihan meliputi pembaharuan dalam aspek kehidupan yang menjadikan Jepun sebagai negara industri dan kuasa tentera
                      - Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia

Semangat Bushido - Sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh² mencapai cita² - Sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara
2.4 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA
TENGGARA
                      • Gerakan membebaskan diri daripada penjajahan barat
                      • Di Thailand – Bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara

1. Nasionalisme di Filifina
• Untuk menghapuskan penjajahan asing.
• Tokoh - Jose Rizal, Andres Bonifacio, Emilio Aguinaldo Peranan Jose Rizal.
• Awal berbentuk Gerakan Propaganda.( Jose Rizal )
- Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol.
- Hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
- menubuhkan Liga Filipina 1892.
- Mendesak Sepanyol melakukan perubahan politik, ekonomi dan sosial
• Kegagalan Propaganda mencetuskan idea lebih radikal.
- Menubuhkan Katipunan untuk memperoleh merdeka melalui revolusi.
- Menggunakan akhbar Kalayan untuk sebar idea revolusi.
- Bonifacio bersama Aguinaldo memimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina 1896.
- Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya usir Sepanyol.
- Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo 1899 tidak diiktiraf Amerika Syarikat sebaliknya di bawah Amerika Syarikat

                      Dibawah penjajahan Amerika Syarikat.
                      - Nasionalis ubah strategi dengan mengguna saluran diplomasi melalui parti politik sederhana.
                      - Membolehkan Sergio Osmena (Parti Nasionalis) dilantik anggotai Dewan Perhimpunan Filipina 1907
                      - Gerakan kemerdekaan diteruskan nasionalis sehingga Perang Dunia ke-2

2. Nasionalisme Burma (Myanmar )
• Perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi), Thakin (siswazah universiti) dan petani .
• Nasionalisme golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat disebabkan pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha
• Peranan Persatuan Belia Buddha 1906
- Untuk mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma.
- Menggunakan isu kasut
- Dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
• Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma.
• Memperjuangkan bangsa Burma
• Berlaku revolusi pelajar - menuntut penubuhan university.
• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am
- mencetuskan Pemberontakan Saya San.
- Mendapat sokongan petani yang terbeban dengan pelbagai cukai
• Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
- memisahkan Burma dan India.
- merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri
• Peranan Golongan Thakin
- Menubuhkan Parti Do Bama Asiayone
- Memperjuang kemerdekaan Burma.
- Pemimpin parti spt Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai “Thakin” (Tuan).
- Mnegaskan org Burma mesti bertuankan org Burma.
- Dr. Ba Maw memenangi pilihanraya 1937 dilantik sebagai Perdana Menteri pertama.
3. Nasionalisme di Vietnam
                      • Akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis -1918.
                      • Dipelopori golongan bangsawan dan pegawai dari golongan mandarin.
                      • Pembesar yang menerima pendidikan Confucius.

                      Mereka memperjuangkan pemulihan sistem beraja.
                      • Golongan intelektual meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
                      • Idea disalurkan melalui akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis
                      • Menuntut hak rakyat Aliran ideologi.
                      • Bercorak revolusi yang didokong dua aliran ideologi
                      • Nasionalisme - Parti utama ialah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc.
                      • Komunisme - Diterajui Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh
                      • Perjuagan VNQDD
                      - Berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme
                      - Melancarkan pemberontakan 1930 untuk mengusir Perancis.
                      - Menubuhkan republik Vietnam.
                      - Perancis melumpuhkan gerakan - menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum Nguyen Thai Hoc
                      • Perjuangan Parti Komunis Vietnam
                      - Ho Chi Minh berjaya isytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam.
                      - Beliau dilantik sebagai presiden pertama.
                      - Vietnam Selatan berpusat di Saigon berada di bawah Perancis dan Amerika Syarikat.
                      - Gerakan menentang Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk 1976.
4. Nasionalisme Di Indonesia
                      • Berkisarkan Isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar Belanda
                      • Peranan Adjeng Kartini sebagai pelopor perjuangan untuk memajukan pendidikan wanita.
                      • Karya (surat) diutuskan kepada rakan di Eropah dibukukan dan diterbitkan berjudul Hilang Gelap Terbitlah Terang.
                      • Karya diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul Letters of Javanese Princess.
                      • Karya mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran.
                      • Peranan Pertubuhan Muhammadiyah - Lebih tersusun untuk mempertahankan agama Islam dari ancaman sekularisme Barat.
                      • Sarekat Islam - lebih radikal - memperjuang kemerdekaan.

                      Partai Nasionalis Indonesia ( PNI ) – Sebuah parti yang berpengaruh di bawah pimpinan Soekarno.
                      • Kongres pemuda Indonesia melajirkan ikrar “ sumpah pemuda “ yang menjadi tonggak nasionalisme.
                      • Tiga asas sumpah tersebut – satu tanah air, satu bangsa dan satu Bahasa.
Partai Nasional Indonesia. ( PNI )
                      • Pelajar Indonesia di Belanda menubuhkan Perhimpunan Indonesia berjuang ke arah merdeka.
                      • Tegas tidak bekerjasama dgn Belanda –
                      • Perhimpunan berjaya mendapat sokongan.
                      • Ahli perhimpunan pulang ke Indonesia dan menubuhkan kelab pelajar di beberapa bandar
                      • Kelab sebagai pusat perbincangan dan idea perjuangan.
                      • Paling aktif Kelab Pelajar Bandung.
                      • Soekarno menubuhkan Perserikatan Nasional Indonesia pd 4 Jun 1927.
                      • Menukar nama kepada Partai Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Soekarno dan dibantu Ir. Anwari, Iskaq Tjokrohhadisoerjo, Sunarjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo dan Ali Sastroamidjojo.
                      • Matlamat
                      - Menuntut kemerdekaan mutlak.
                      - Menyatukan rakyat melalui gabungan parti politik
                      - Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab kepada rakyat.
                      - Memartabatkan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi Perjuangan PNI.
                      - Secara radikal untuk capai matlamat bebaskan Indonesia dr Belanda.
                      • Usaha - Usaha PNI
                      - Tidak bekerjasama dgn Belanda.
                      - Sebar idea melalui akhbar Banteng Priangan di Bandung dan Persatuan Indonesia di Jakart.
                      - Keluar ikrar “Sumpah Pemuda” yang menekankan “semua rakyat Indonesia adalah sebangsa, sebahasa dan senegara”.
                      - Soekarno menyatukan rakyat dan PNI dapat sambutan.
                      - PNI gabungkan parti sedia ada seperti Kelab Pelajar Surabaya, Budi Utomo, Pasundan, Ikatan Sumatera, Sarekat Islam dan Kaum Betawi
5. Nasionalisme Thailand
                      • Berbeza dengan negara lain yang bersifat antipenjajah dan kemerdekaan.
                      • bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta tuntut penglibatan rakyat dlm pemerintahan
                      • Dipelopori Raja Thailand melalui diplomasi dan pemodenan.

Peranan Raja Mongkut
                      • Membina hubungan baik dengan Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis
                      • Langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat.
                      • Penasihat Barat dibawa untuk mellatih pegawai tempatan dalam bidang kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis.
                      • Guru Barat dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
                      • Membentuk imej Thailand sebagai negara bersahabat dgn Barat
                      • Birokrasi Raja Mongkut.
                      - 80 penasihat Barat
                      - Penasihat kewangan, pelabuhan, polis dari Britain
                      - Penasihat Kastam dari Amerika Syarikat
                      - Penasihat ketenteraan dar Perancis.

Peranan Raja Chulalongkorn
                      • Dasar Mongkut diteruskan puteranya Chulalongkorn
                      • Menjadikan Thailand negara bebas dari penjajahan Barat khususnya British.

Faktor – faktor Nasionalisme di Thailand.
                      • Kelemahan Raja Vajiravudh.
                      - Menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
                      - Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshal Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan melancarkan Revolusi Thai.
                      - Menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak
                      - Pemerintahan raja berpelembagaan diperkenalkan
                      - Meletakkan raja kedudukan tertinggi dan tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh Perdana Menteri

                      Penguasaan Ekonomi oleh Kapitalis Barat dan orang Cina.
                      - Perdana Menteri Phibul Songkram meluluskan undang-undang menyekat penguasaan ekonomi orang Cina
                      - Menggalakkan peribumi terlibat dalam ekonomi.
                      - Dasar bekerjasama dengan Jepun.
                      - Thailand memperoleh semula hak wilayah di IndoChina dan negeri utara Tanah Melayu. 1.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita
                       

                      • Dapat di telusuri sejak zaman kesultanan melayu melaka.
                      • Berkembangan semasa ancaman siam dan British.
                      • Zaman Kesultanan Melayu Melaka
                      - Perjuangan bangsa hadapi ancaman luar.
                      - Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mahmud Shah
                      - Sultan Mahmud berusaha dapatkan Melaka kembali
                      - Melakukan tiga kali serangan terhadap Portugis - gagal
                      • Perjuangan Sultan Kedah
                      - Sultan Abdullah Mukarram Shah menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris.
                      - Baginda berusaha dapatkan kembali Pulau Pinang
                      • Perjuangan pemimpin tempatan
                      - Penghulu Dol Said, Dato’ Maharajalela, Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong.
                      - Bersifat setempat - perjuangan menuntut kebebasan daripada ancaman luar.
                      - Mendaulatkan wilayah - Kesedaran awal mendapat reaksi dan tindak balas keras dari penjajah.
                      • Gerakan Islah.
                      - Dipelopori Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Had.
                      - Melalui penulisan kreatif dan akhbar
                      - Digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub
                      • Pertubuhan sosioekonomi
                      - Golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu
                      - Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman dan Burhanuddin al-Helmi.
2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme
                      • Kemunculan Gerakan Nasionalisme pada abad ke 20 didorong oleh faktor peranan agama, penulisan kreatif dan media cetak.
                      • Peranan agama
                      - Pelajar yang belajar di Mesir terdedah dengan gerakan Islah pimpinan Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sheikh Muhammad Abduh dan Rashid Rida
                      - Gerakan Islah menyeru umat Islam kembali kapada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis.
                      • Penulisan Kreatif
                      - Novel, cerpen, puisi digunakan untuk mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah dan penderitaan rakyat.
                      - Dapat menaikkan semangat rakyat bagi memahami realiti hidup dijajah.
                      - Melor Kuala Lumpur (Harun Aminurrashid) dan cerpen Cerita Awang Putat (Abdul Rahim Kajai).
                      - Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila (Ishak Haji Muhammad ( Pak Sako ).
                      - Menyindir penjajah dan mengingatkan anak bangsa akan nikmat kebebasan.
                      • Media Cetak
                      - Akhbar / majalah menyalur maklumat dan penyebar berita
                      - Jawi Peranakan - Menegur campurtangan British dalam agama Islam di singpura dan isu bahasa Melayu.
                      - Sekolah Melayu - Bahan pembacaan di sekolah Melayu.
                      - Al-Imam, Neracha, Pengasuh – memuatkan idea pembaharuan.
                      - Fajar Sarawak - diterajui intelek Melayu mengkritik dasar Brooke yang mengabaikan hak dan kepentingan bumiputera Sarawak.
                      • Sistem Pendidikan.
                      - Pendidikan moden Islam – madrasah - meniupkan semangat pelajar awal abd ke 20.
                      - Menerima idea nasionalisme melalui kunjungan ulama Kaum Muda dari Sumatera Barat dan pelajar dari Mesir .
                      - Madrasah al-Attas Johor Bahru - Madrasah alMasyhur P. Pinang - Madrasah alIdrisiyah Kuala Kangsar

Raffles Institution di Singapura - Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) - Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC )
- Melahirkan golongan yg memimpin rakyat menuntut hak untuk mendapatkan Pendidikan
- Pelajar didedahkan dengan idea tokoh falsafah Islam dan Barat yang memaparkan kelemahan bangsa yang dijajah serta mendesak British melakukan perubahan
- SITC sebagai medan ilmu untuk berbincang dan hasilkan karya nasionalisme untuk menyedarkan masyarakat.
• Kemunculan Golongan Intelektual
- Lepasan Timur Tengah
- Syed Syeikh al-Hadi
- Lepasan Pendidikan Inggeris.
- Menggunakan akhbar / persatuan bersifat sosioekonomi dan politik untuk menyedarkan rakyat
- Abdul Kadir Adabi, Dato’ Undang Rembau Abdullah Haji Dahan, Mohammad Eunos Abdullah, Ustaz Abu Bakar Mohd Said Abu Bakar al-Baqir dan Ibrahim haji yaakob.
• Pengaruh Luar dan Serantau
- Pan-Islamisme - empayar Uthmaniyah - menyedarkan umat Islam bersatu menentang ancaman luar
- Gerakan Islah di Mesir - Gesa umat Islam buat pembaharuan progresif.
- Perang Rusia - Jepun - kejayaan Jepun tewaskan Rusia membuka mata penduduk
- Revolusi China - Tewaskan Manchuria & tubuhkan Republik China.
- Mahatma Ghandi di India Menentang British tanpa kekerasan Perjuangan.
- Jose Rizal di Filipina menyemarakan usaha menentang penjajah Perjuangan Soekarno di Indonesia.
2.7 Perkembangan Nasionalisme
                      • Boleh dilihat melalui tiga aspek
                      - Dipelopori golongan intelektual
                      - Penulisan golongan guru, penulis dan wartawan – akhbar majalah, novel, cerpen dan puisi
                      - Kewujudan persatuan / pertubuhan bersifat sosioekonomi dan politik – diterajui pelbagai pihak

Perjuangan golongan intelektual
1. Intelektual Berpendidikan Agama
• Peranan Kaum Muda
- Menyalurkan idea melalui gerakan Islah.
- Agama Islam asas perjuangan dunia akhirat.

Cenderung kepada gerakan Islah semasa menuntut di Timur Tengah.
- Menubuhkan madrasah sebar fahaman Islah.
- Kesedaran kepentingan pendidikan madrasah ditubuhkan.
- Kesannya
a. Membawa kemajuan dan pemodenan sikap dan pentafsiran terhadap Islam.
b. Wanita diberi peluang belajar di madrasah.
c. Menyatukan rumpun Melayu.
d. Memajukan Islam melalui pentafsiran baharu.
e. Menggunakan saluran akhbar dan majalah seperti
Al-Imam, Al-Ikhwan, Neracha, Tunas Melayu
Akhbar Al – Imam
                      • Diterbitkan 23 Julai 1906.
                      Mengandungi idea ulama menyeru umat agar kembali kepada ajaran Islam sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis.
                      Memuatkan perselisihan pendapat Kaum Muda dengan Kaum Tua tentang beberapa isu berkaitan agama.

Akhbar Neraca
                      Menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penjajah British.
                      Mengkritik sikap dan mentaliti masyarakat pada masa itu yg perlu dibangunkan melalui pendidikan dan tafsiran Islam yg lebih progresif.

2. Intelektual Berpendidikan Inggeris
                      Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
                      - Melahirkan intelektual berpendidikan Inggeris
                      - Berperanan dalam perkembangan nasionalisme –
                      - Tujuan asal untuk melatih anak bangsawan bagi diserapkan dalam pentadbiran kerajaan.
                      - Lepasan MCKK menggunakan kedudukan mereka untuk menyuarakan hak mendapat pendidikan bagi orang Melayu
                      - Tokoh MCKK - Raja Chulan Raja Abdullah, Mahmud Mat, Muhammad Eunos Abdullah dan Raja Uda Raja Muhammad.
                      - Mereka bertugas sbagai pegawai kerajaan.
                      - Menuntut British memperbaik taraf hidup dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada org Melayu dalam jabatan kerajaan.
                      - Menyalurkan idea dan tuntutan dengan cara berbaik-baik dengan British
3. Intelektual Berpendidikan Melayu.
                      • Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
                      - Berjaya melahirkan kesedaran bangsa melalui usaha
                      a. Peranan guru
                      - O.T Dussek, Abdul Hadi Hassan, Abdul Hadi Abdul Manan dan Harun Aminurrashid.
                      - Meniupkan kesedaran kepada pelajar.
                      - Lahir tokoh penulis dan nasionalis
                      b. Pejabat Krang Mengarang
                      - Diketuai Za’ba berjaya hasilkan buku berkualiti.
                      - Menjadi pemangkin mengasah bakat pelajar dalam membangkitkan nasionalisme.
                      - Antaranya - Buyong Adil dan Abdul Hadi Hassan
                      c. Kemasukan bahan bacaan dari Timur Tengah dan Indonesia.
                      - Menjadikan SITC taman ilmu mendedahkan pembaharuan dari negara luar.
                      d. Kurikulum SITC.
                      - Menitikberatkan mata pelajaran sejarah dan pendedahan keagungan empayar Melayu di Alam melayulayu.
                      - membangkitkan kesedaran kepada penuntut.
                      e. Mata pelajaran Anyaman dan Kesihatan serta Sukan penting dlm kurikulum
                      f. Lahir Pertubuhan Ikatan Pemuda Pelajar dan Ikatan Semenanjung Borneo pada tahun 1929.
                      g. Melahirkan persatuan radikal iaitu Kesatuan Melayu Muda.

Perjuangan Melalui Penulisan.
                      • Digerakkan melalui akhbar, majalah, novel, cerpen dan puisi
                      1. Peranan Akhbar dan Majalah
                      - Mengetengahkan isu hak dan masa depan bangsa
                      - Polemik Kaum Muda dengan Kaum Tua.
                      - Isu pentadbiran, ekonomi dan sosial Penerbitan.
                      - Syarikat Jelutung Press suburkan penerbitan akhbar
                      • Akhbar Melayu
                      - Intelektual Melayu dan Inggeris terlibat dalam perkembangan surat khabar Melayu awal abad 20.
                      - Mohammad Eunos Abdullah menerajui Utusan Melayu dan Lembaga Malaya.
                      - Akhbar Warta Malaya, Warta Jenaka, Fajar Sarawak, Majlis dan Majalah Guru.
                      - Pengarang - Muhammad Yusof Abdul Hamid, Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai bersuara tentang pendidikan dan politik tanah air

                      Akhbar Inggeris
                      - The Malay Mail dan The Malaya Tribune memuatkan perkembangan sosiopolitik dan ekonomi negara.
                      - Akhbar Fajar Sarawak ditulis Muhammad Rakawi Yusuf, Muhammad Awi Anang, Muhd Daud Abdul Ghani serta Haji Abd Rahman menjadi saluran menyedarkan kaum dijajah
                      - Seruan dalam Fajar Sarawak “fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku”.
                      - Menggesa rakyat bangkit menuju kemajuan.
                      - Di sabah - Kebanyakkan isu pendidikan, tanah bumiputera dan kewangan petani disuarakan oleh Ketua² Anak Negeri dalam mesyuarat dan melalui aktiviti persatuan sosiobudaya.
                      • Akhbar Masyarakat Cina dan India
                      1. Akhbar cina
                      - Biasanya meransang pemikiran masyarakat Huachiao - kaum Cina seberang laut.
                      - Bertujuan :-
                      a. mengekalkan identiti
                      b. memperjuangkan nasib wanita
                      c. menyemai perasaan cinta akan negara China.
                      - Penulisan cenderung kepada negara asal
                      - Antara akhbar ialah Lat Pau dan Modern Daily News
                      - Menjelang abd 20 akhbar Nanyang Tsung Hui Pao dan Chong Shin Yit Pao memuatkan soal pemerintahan monarki serta pergolakan politik di China.
                      - Menjelang 1929 orientasi penulisan bersifat antiimperialisme.
                      - Sekitar tahun 1930an akhbar Nanyang Siang Pao di Pulau Pinang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi masyarakat kelas bawahan.

2. Akhbar India
• Cenderung menerbitkan akhbar walaupun beroperasi dalam tempoh singkat.
• Kandungan memperjuangkan kepentingan politik dan sosial masyarakat India di negara ini.
• Antaranya Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
• Akhbar The Indian dan Indian Pioneer memuatkan pemikiran dan kepentingan perpaduan masyarakat kelas menengah India di negara ini.
Karya Kreatif
                      • Novel
                      - Meniupkan semangat nasionalisme.
                      - Bertemakan semnagat cinta akan negara dan perjuangan membela nasib bangsa.
                      - “ Mari Kita Berjuang “- Abdullah Sidek mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi
                      • Puisi
                      - Bertemakan cinta akan negara.
                      1. “Angan² dengan Gurindam” oleh Omar Mustaffa.
                      2. “Sedarlah” oleh Mahmud Ahmadi.
                      3. “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid.
                      4. “Serunai Pujangga” oleh Abdul Samad Ahmad
                      • Cerpen
                      - Bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air.
                      1. “Rumah Besar Tiang Sebatang “ oleh Ishak Haji Muhammad
                      2. “Cerita Awang Putat” oleh Abdul Rahim Kajai.
                      3. “Di Sini Kita Bukanlah Orang Dagang” oleh Shamsuddin Salleh.

Perjuangan Melalui Persatuan
                      • Perkembangan yang bersifat sosiobudaya dan kemudianya politik
                      • Kesatuan Melayu Singapura
                      - Paling awal 1926
                      - Pengasas - Mohammad Eunos Abdullah
                      - Tujuan
                      Menggalakkan ahli bergerak aktif dalam pentadbiran
                      Memperjuang kepentingan orang Melayu dalam politik dan Pendidikan.
                      Mementingkan pelajaran teknik dan pengajian tinggi Kejayaan.
                      - Dianggotai kakitangan kerajaan.
                      - Bekerjasama dgn British dan meminta supaya lebih banyak peluang diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran.
                      • Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM).
                      - Tujuan :-
                      - Menggalakkan ahlinya untuk Bersatu.
                      - Bertukar-tukar pendapat.
                      - Giat mengadakan perhimpunan tahunan seluruh Tanah Melayu.

Usaha menyatukan pergerakan org Melayu melalui kongres.
- Berjaya menghimpunkan wakil persatuan Melayu dan Brunei, Labuan dan Sarawak utk mengutarakan isu kebangsaan
- Di Sarawak - Muhammad Rakawi Yusuf pengasas PASPAM cawangan Kuching yg mempunyai hubungan baik dgn KMS
- Beliau bersama Johari Anang mengasaskan Persatuan Melayu Sarawak (PMS).
- Di Sabah - Ramai tokoh bumiputera Sabah aktif dalam organisasi berbentuk penulisan hingga membangkitkan kesedaran ttg pentadbiran di Sabah.
- Kesedaran berpesatuan wujud akhir 1930an
- Penubuhan cawangan PASPAM di Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau dan Labuan 1939.
- Meningkatkan kesedaran sosial dlm kalangan ahli.
- Kebanyakan ahli PASPAM di Sabah terdiri daripada guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga.
- Contoh - Mohammad Yaakob, Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gun
• Kesatuan Melayu Muda ( KMM )
- Ditubuhkan hasil gagasan Ibrahim Haji Yaakob.
- Didaftarkan padatahun 1938.
- Berjuang melalui Akhbar Majlis.
- Berhasrat menentang British dengan mewujudkan satu gagasan Melayu Raya - gabungan Tanah Melayu dan Indonesia.
- Menyeru orang Melayu untuk “bangun sebagai satu bangsa yang mempunyai tamadun dan kesopanan di tanah airnya”.
- Dianggap radikal oleh British kerana berani menyuarakan penentangan terhadap colonial
- Membangkitkan perasaan anti-British melalui penulisan akhbar dan majalah.

                      • Persatuan Masyarakat Cina dan India China
                      1. Persatuan Masyarakat Cina
                      - Sebelum Perang Dunia kedua, masyarakat Cina masih tumpu kepada keadaan berlaku di China.
                      - Dr. Sun Yat Sen berusaha menjalinkan hubungan dengan pemimpin Cina di negara kita.
                      - Melawat Negeri² Melayu Bersekutu sebanyak empat kali.
                      - Bagi mendapatkan sokongan menentang kerajaan Manchuria di China.

Terdapat masyarakat Cina memberi perhatian kepada kebajikan dan perkembangan politik tempatan –
- Contohnya masyarakat Cina yang lahir di Negeri² Selat / Cina Peranakan.
- Terdapat juga yang berpendidikan Inggeris seperti Tan Jiak Kim.
- Mereka menubuhkan Persatuan Orang Cina Peranakan (SCBA) di Negeri-negeri Selat.
- SCBA menggalakkan pelajaran tinggi dan teknikal.
- Tan Cheng Lock berusaha menghidupkan cawangan SCBA di Melaka.
- Beliau menuntut peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.
2. Persatuan Masyarakat India
                      • Persatuan India Taiping dan Persatuan India P.Pinang.
                      - menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu
                      • Persidangan India SeMalaya
                      - Membincangkan isu berkaitan masyarakat India.
                      • Malayan Indian Association (MIA).
                      - Khususnya bagi golongan India yang dilahirkan di Tanah Melayu
                      • Centrel India Association of Malaya (CIAM)
                      - Pimpinan Dr. A.M Soosay.
                      - Menggabungkan 12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan
                      - Mengembangkan idea nasionalisme masyarakat India di Tanah Melayu.
                      - Menjaga kebajikan orang india.
                      - Pergerakan disemarak lagi dengan lawatan Pandit Jawaharlal Nehru ke Tanah Melayu.
                      • Masyarakat Sikh.
                      - Terlibat sebagai pasukan keselamatan.
                      - Menjadikan berek polis / kuaters kerajaan serta gurdwara sebagai tempat aktiviti sosial dan keagamaan.
                      - Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping dan menjadi persatuan berpengaruh untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh.
                      • India Muslim.
                      - Ramai melibatkan dalam perniagaan dan pentadbiran.
                      - Contohnya Sir Hussein Hasanal Abdoolcader merupakan ahli dalam Majlis Perundangan Negeri² Selat / Straits Settlement Legislative Council (SSLC)
2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme
1. Politik
                      • Usaha intelektual Inggeris dan KMS
                      - Meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran
                      - Bilangan org Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS) bertambah
                      • Dasar desentralisasi oleh British
                      - Mendorong orang Melayu peka tentang masa depan
                      - Dasar ini cuba mengembalikan kuasa sultan, residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.
                      • Nasionalisme di China
                      - Mendorong golongan revolusi memberikan perhatian terhadap pendidikan masyarakat Cina.
                      - Kelab bacaan dan pasukan drama ditubuhkan agar masyarakat Cina dapat membaca berita dari China
                      - Banyak sekolah Cina didirikan dengan menggunakan Bahasa Mandarin sebagai pengantar.
                      • Kemunculan Masyarakat India
                      - Muncul masyarakat India yang lahir di Tanah Melayu.
                      - Mereka dikenali sbg “the Strait born people”.
                      - Mereka berusaha membentuk identiti tersendiri.
                      - Mementingkan perpaduan serta mula melihat perkembangan politik di Tanah Melayu
                      • Tidakan British
                      - Nasionalisme yang muncul menyebabkan British berhati-hati dan mengadakan sekatan.
                      - British menangkap dan memenjarakan Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman di Singapura.
                      - Kemudian mereka dibebaskan Jepun pada 1942.

2. Ekonomi
                      • Peranan Kaum Muda
                      - Menggesa memajukan diri dalam pendidikan dan ekonomi.
                      - Membangkitkan semangat berniaga dalam kalangan org Melayu.
                      - Penubuhan persatuan kebajikan bernama alJamiah al-Khairiah di Singapura.
                      - Berjaya membangkitkan semangat berniaga.
                      - Menulis rencana tentang kepentingan kemajuan
                      • Penekanan dalam Pendidikan.
                      - British menekankan pendidikan rendah kepada penduduk tempatan.
                       
                      Ini menyukarkan usaha meningkatkan taraf hidup.
                      - Za’ba sentiasa membangkitkan isu ini semasa mengajar di SITC.
                      - Beliau menyedarkan guru pelatih pentingnya pendidikan tinggi dan kurikulum bahasa Inggeris
                      • Peranan akhbar bahasa Inggeris.
                      - The Malay Mail dan The Malaya Tribune berusaha mengasaskan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
                      - Disokong oleh Persekutuan Guru² Melayu Selangor dan persatuan negeri.
                      - Terdapat orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
                      3. Sosial
                      - Tuntutan untuk mendapatkan peluang Pendidikan disuarakan melalui akhbar, majalah dan persatuan.
                      - Mewujudkan kesedaran untuk belajar di madrasah dan sekolah Melayu.
                      - Mendorong mereka menulis dan menerajui majalah
                      - Lepasan SITC meningkat daripada 58 orang pada Mac 1924 kepada 141 orang pada September 1940
                      - Mereka berkhidmat sebagai guru untuk meningkatkan taraf Pendidikan.
                      - Muncul ramai guru wanita menyemarakkan nasionalisme.
                      - Pada tahun 1930 guru wanita di Johor Bahru menerbitkan majalah Bulan Melayu untuk memuatkan berita kemajuan dan pendidikan wanita.
                      - Majalah tersebar di Tanah Melayu dan Indonesia.
                      - Ibu Zain kerap mengingatkan wanita kepentingan ilmu utk mengangkat martabat wanita .
                      - Menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung
                      - Masyarakat India dan Ceylon - menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka.
                      - contohnya E.E.C Thuraisingam (Presiden Malayan Rubber Estate Owner Association berjaya meningkatkan perusahaan getah pada zaman kemelesetan ekonomi.
                      - Masyarakat Cina meminta British menimbangkan penglibatan mereka dlm jawatankuasa kerajaan
                      - Tan Cheng Lock (anggota Majlis Perundangan Negeri² Selat (SSLC) menuntut British menjaga kebajikan dan menyediakan dana utk belajar dalam kalangan masyarakat Cina

25 ulasan:

  1. terima kasih banyak2 cikgu, tolong halalkan segala ilmu

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu...sangat bermanfaat..izinkan saya salin nota ni yaa :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih banyak banyak cikgu👍

    BalasPadam
  4. Terima kasih cikgu...sangat membantu

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu....Saya salin ya Kita niii>.<

    BalasPadam
  6. Terima kasih cg...sy salin ye nota ni😆

    BalasPadam
  7. terima kasih cikgu .......memberi nota ini

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu,nota ini sangat membantu 😁

    BalasPadam
  9. Terima kasih, cikgu❤️! Nota ini sngt ii membantu saya utk study dn menyalin nota dlm buku saya hehe😗. Btw, terima kasih sekali lagi ye cikgu🤗✨!

    BalasPadam
  10. Terima kasih cikgu...terbaek la♡

    BalasPadam
  11. YA ALLAH SIAP SUDAH HOMEWORK 🤧🤧🤧

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ❤️❤️❤️❤️❤️

      Padam
  12. thank you, minta izin copy nk jdikan sebagai rujukan

    BalasPadam
  13. Terima kasih! Kerana ia sangat membantu kami

    BalasPadam