CUTI-CUTI BELAJAR OGOS 2019
SMK SUNGAI MANIK,
36000 TELUK INTAN
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
daun
ii.
janji
iii.
kurang
Berdasarkan ayat-ayat
dibawah, bina ayat tanya
dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya
yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong
dalam ayat-ayat yang diberi.
i.
Datuk Siti Nurhaliza penghibur nombor satu
negara.
ii.
Pada cuti akhir tahun ini, mereka akan melancong
ke Jepun.
iii.
Facebook ialah laman sosial yang
paling terkenal dewasa ini.
iv.
Persembahan
amal itu akan dilangsungkan di Stadium
Merdeka.
v.
Pendaki
yang sesat itu berjaya keluar dari hutan dengan
bantuan orang Asli.
vi.
Projek
itu ditangguhkan oleh sebab tidak
memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa.
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Haziq tidak
pernah membuang masa, setiap kali ada waktu terluang dia akan mengulang kaji
pelajaran kerana dia ingin berjaya dengan cemerlang dalam SPM ibarat
_______________________________. Dia perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai
kejayaan, tanpa usaha gigih dia tidak akan mencapai cita-cita kerana
_____________________________. Dia sedar bahawa jika dia miskin dan susah,
tiada sesiapa yang akan memandangnya kerana masyarakat kini begitu
materialistik. Mereka bergaul dengan golongan yang setaraf sahaja seperti
________________________________________.
Tentukan jenis-jenis ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat
larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.
i.
Makanlah
nasi itu sehingga habis.
ii.
Usah
dikenang kisah duka itu lagi.
iii.
Janganlah
tidur ketika guru mengajar.
iv.
Tolong
hantarkan buku latihan itu ke bilik pengetua.
v.
Sila
duduk sebentar, saya sedang menyusun fail ini.
vi.
Minta
kamu semua mengambil tempat duduk masing-masing.
Dalam
setiap ayat di bawah ini, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Hang
Tuah dikatakan tokoh lagenda kerana kisahnya hanya dapat dibaca berterusan
naskhah-naskhah sastera lama.
ii.
Ramai
petani mengambil manafaat pinjaman bank untuk membeli peralatan moden bagi
tingkatan hasil pertanian.
iii.
Naim
senyuman gembira apabila diberitahu bahawa dia terpilih sebagai murid bistari
di sekolahnya.
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
i.
Ezad
lupa janji-janjinya kepada ibunya untuk mengubah perangai selepas keluar dari
kurungan.
ii.
Saya
sungguh gawat setiap kali melalui jambatan gantung yang teramat tinggi sekali
itu.
iii.
Pembunuh
kanak-kanak itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Juri Mahkamah
Tinggi.
Dalam
setiap ayat di bawah ini, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.
Sejarah
Malaysia dimulakan dengan adanya sistem kesultanan yang membentuk peradapan
Melayu gemilang.
2.
Faktor
geografi antara Semenanjong dengan Sabah dan Sarawak menimbulkan persepsi yang
perbezaan daripada rakyat.
3.
Kedua-dua
orang pelancong itu hampir menggelincir ke dalam longkang ketika asyik
mengambil gambar keretapi lama di luar muzium itu.
4.
Jamuan
bersara pengetua akan diadakan pada waktu tengahari di kafeteria sekolah.
5.
Penanaman
nenas secara besar-besaran memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha
yang berani menceburkan bidang pertanian komersial.
6.
Abang
berhasrat untuk pulang ke kampung ibu mertuanya kerana ingin berusaha
penternakan ikan air tawar.
7.
Iklan
television yang berkaitan dengan makanan ringan berjaya dipengaruhi kanak-kanak
sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
8.
Tuan
Majid yang pemurah itu membeli pekerja-pekerjanya mee goreng pada petang itu..
9.
Penduduk
di kawasan pedalaman itu berpegang teguh pada mempercayai nenek moyang bagi
memastikan jatidiri mereka sentiasa terpelihara.
Tukar ayat
pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Ruang
tamu ini mesti kita kemaskan sebelum ibu pulang dari pasar.
ii.
Kertas
kerja itu akan saya bentangkan dalam mesyuarat pada pagi esok.
iii.
Botol
dan tin kosong di belakang rumah itu abang kumpulkan untuk dijual.
iv.
Istana
Seri Menanti dibina oleh rakyat dalam masa tujuh tahun.
v.
Tugas
berat ini akan kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab.
vi. Mangsa kemalangan itu telah
dihantar oleh penduduk kampung ke hospital
Dalam
setiap ayat di bawah ini, terdapat satu
kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1.
Sikapnya
yang keras itu meninggalkan kesan yang buruk pada adiknya.
2.
Dato
Siti Nurhaliza merancang untuk mengadakan mini konsert pada tahun hadapan
dengan menjemput beberapa orang artis dari Korea..
3.
Semburan
bunga api itu kelihatan sungguh indah di malam sambutan Hari Kemerdekaan negara
yang diadakan di Dataran Merdeka.
4.
Pelbagai
usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti pengenalan
mangsa pembunuhan itu.
5.
Banyak
isu-isu semasa yang menjadi bahan pertengkaran masyarakat semasa mereka
berkumpul dalam sesuatu majlis.
6.
Kerusi
yang diperbuat dari rotan itu menjadi tempat beristirahat datuk pada waktu
petang sambil melihat televisyen..
7.
Sekumpulan
penari-penari yang mendendangkan tarian tradisional itu mendapat tepukan yang
gemuruh daripada para penonton.
8.
Sebahagian
besar kes-kes pengedaran minyak masak ke negara jiran dapat diatasi dengan
kerjasama antara penduduk tempatan dengan pihak berkuasa.
9.
Remaja
yang kekeringan kasih sayang keluarga ialah antara individu yang mudah terjebak
dalam penyalahgunaan dadah.
Baca
petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang menggambarkan maksud dan situasi dalam
petikan.
Dalam
usaha untuk mencapai kemajuan dan kejayaan, nilai kerjasama antara rakyat perlu
untuk menjamin dan meningkatkan kedudukan negara. Nilai kerjasama ini perlu
disuburkan dalam kalangan rakyat, terutamanya kanak-kanak, sejak mereka berada
di bangku sekolah lagi. Mereka perlu dididik sejak kecil tentang kepentingan
nilai kerjasama. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah membentuk perpaduan
yang kukuh dan berjuang bersama-sama untuk mempertahankan Malaysia sehingga
titisan darah yang terakhir daripada serangan musuh. Jika kita tidak bersatu,
negara kita akan hancur atau akan dijajah sekali lagi.
Tukar ayat cakap
pindah di bawah kepada ayat cakap
ajuk
tanpa mengubah maksud asalnya.
Ibu
menyuruh Aleea mengambilkan segelas air untuk datuknya. Aleea mematuhi arahan
ibunya. Datuk mengucapkan terima kasih kepada cucunya, Aleea. Aleea menghargai
ucapan datuknya dan berjanji untuk membawa datuknya berjalan-jalan di Langkawi.
Datuk Aleea bersetuju tetapi mahu berehat dahulu kerana berasa penat setelah
berada di dalam kapal terbang sebelum itu. Aleea bersetuju dan ingin menolong
membawakan beg datuknya ke bilik.
Berdasarkan ayat-ayat di
bawah, bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang
bergaris dalam ayat-ayat yang diberikan.
i.
Pertandingan
bola sepak Piala Dunia diadakan di Brazil.
ii.
Perceraian
ibu bapa
merupakan puncaanak-anak bermasalah di sekolah.
iii.
Aizat yang telah memakan buah
pisang di atas meja makan itu.
iv.
Kejadian
angin kencang yang menumbangkan banyak pokok telah berlaku awal pagi semalam.
v.
Bagi
membuat kuih semperit yang sedap perlulah menggunakan tepung kastard yang
berkualiti.
vi.
Penumpang
bas persiaran itu dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah semasa bas
itu kemalangan.
Pisahkan
setiap ayat majmuk di bawah ini
menjadi dua ayat tunggal dengan
mengekalkan maksudnya.
i.
Malaysia
mempunyai kelebihan menerajui pengeluaran produk halal kerana orang Islam akan
lebih yakin membeli produk keluaran negara Islam.
ii.
Kehidupan
hari ini lebih mencabar dan kita perlu peka terhadap setiap perubahan yang
berlaku.
iii.
Antioksida
pada teh hijau dan teh hitam mampu melambatkan pembentukan bakteria di dalam
mulut.
iv.
Perbuatan
vandalisme ini meninggalkan kesan buruk kerana dinding bangunan itu rosak
akibat contengan grafiti.
Dalam setiap ayat di
bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan
dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
i.
Hasbullah
mengilap kasut kulitnya agar kelihatan baharu dan cantik untuk dipakai pada
hari raya Aidil fitri nanti.
ii.
Liza
akan menghadiri sessi temu duga pada hari Selasa untuk penjawat pegawai sains
di Jabatan Kimia Petaling Jaya.
iii.
Semua
murid berkerjasama membersihkan kawasan sekolah sebelum Mesyuarat Agong PIBG
berlangsung.
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i.
Ibu
meminta Rina memasak ikan kembung itu sehingga garing agar sedap dimakan dengan
kerabu nasi.
ii.
“Pilihan
raya akan diadakan pada bila masa yang sesuai,” kata Perdana Menteri dalam satu
majlis akhbar semalam.
iii.
Pokok
pisang yang ditebang oleh saya mempunyai buah yang banyak tetapi rasanya tawar
kerana belum cukup masak.
Berikan maksud
peribahasa di bawah.
i.
Bagai
isi dengan kuku
ii.
Bagi
betis hendak paha
iii.
Alah
sabung, menang sorak
iv.
Antan
patah, lesung pula hilang
v.
Di
mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung
vi.
Anak
kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran
Baca petikan prosa
tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari malam, maka Temenggung
pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan
segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk
ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak
dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan
di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka
dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang
kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Setelah hari pun siang maka orang
kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu.
Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung,
tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat
tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak
bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda, “Apakah sebabnya
maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?
Maka baginda pun murka sedikit akan
Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil Laksamana; Laksamana pun segera
datang lalu duduk menyembah.
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
1.
Berikan
maksud terlalu banyak dengan lembing perisai.
2.
Orang
kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian semalam.
Nyatakan
reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut.
Sekiranya
anda Temenggung, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk
meredakan kemarahan raja?
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya
sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum
menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan
kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan
hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang
tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni.
Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaualan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah
apa-apa. Mereka bergelak ketawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk
menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa
yang tidak saya faham.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
1.
Apakah perkara-perkara yang dilihat oleh
‘saya’ apabila berada di kota?
2.
Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak
muda mudah terpengaruh dengan gejala
yang bertentangan dengan budaya kita?
Berikan tiga
sebab.
3.
Huraikan satu
perwatakan ‘saya’ yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain ‘saya’ daripada cerpen tersebut yang tidak
terdapat dalam petikan.
Baca gurindam di bawah
ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS (FASAL YANG
KETIGA)
Apabila
terpelihara mata,
Sedikitlah
cita-cita.
Apabila
terpelihara kuping,
Khabar
yang jahat tiadalah damping.
Apabila
terpelihara lidah,
Nescaya
dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh
engkau memeliharakan tangan,
Daripada
segala berat dan ringan.
Apabila
perut terlalu penuh,
Keluarlah
fiil yang tiada senonoh.
Anggota
tengah hendaklah diingat,
Di
situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah
peliharakan kaki,
Daripada
berjalan yang membawa rugi.
LATIHAN
1.
Berikan
maksud Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita.
2.
Pada
pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga percakapan kita? Berikan tiga sebab.
3.
Pada
pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghindari daripada melakukan
kejahatan?
Berikan
tiga cara.
4.
Huraikan
dua pengajaran yang terdapat dalam
gurindam tersebut.
Jawab
soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:
i.
Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
ii.
Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
a)
Watak dalam sesuatu cerita berperanan
untuk menghidupkan penceritaan.
Berdasarkan sebuah novel
yang telah anda pelajari, jelaskan satu
watak sampingan
perempuan dan perwatakannya.
b) Jelaskan
dua perwatakan watak utama yang
dapat memberikan teladan kepada pembaca berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
c)
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, kemukakan satu peristiwa yang dapat menggambarkan
nilai ketabahan seperti
yang terkandung dalam setiap novel tersebut.
d) Berdasarkan
dua buah novel yang telah anda
pelajari, huraikan satu peristiwa yang
berlaku pada waktu malam yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
e)
SELAMAT BERCUTI
&
*TAHNIAH KERANA MENYIAPKAN TUGASAN ANDA*
Disediakan
oleh,
(ROOSEZAH BINTI SABRI)
Guru Bahasa Melayu,
SMK Sungai Manik,
36000 Teluk Intan, Perak.
Bagaimana jawapan ayat cakap ajuk untuk ayat : Aleea mematuhi arahan ibunya.
BalasPadamTerima kasih cikgu. Nak tanya, ada jawapan tak?
BalasPadamCikgu, saya mohon untuk menggunakan bahan latihan ini untuk Ulang kaji Intensif bersama murid-murid saya. Cuma hendak bertanya- ada skema kah?
BalasPadam