CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 23 Ogos 2019

CUBA JAWAB

LATIHAN 14
Gariskan perkataan yang anda fikirkan sesuai menggantikan tempat kosong di bawah 
1. Dalam makanan ________ bermacam-macam jenis zat galian dan vitamin . ( terkandung / mengandungi / dikandungi / mengandung )
2. Selain _____________ lembu daging , Sudin juga berniaga . ( membela / penternakan / ternakan / keluaran )
3. Negeri Perak ialah __________ bijih timah yang terbesar di Malaysia . ( pengeluaran / pengeluar / mengeluarkan / keluaran )
4. Rimbunan pokok renek di sekeliling rumah Pak Abu _______________ lagi halaman rumahnya . ( cantikkan / mencantikkan / kecantikan / tercantik )
5. Pokok getah _______ untuk mendapatkan susu ( toreh / ditoreh / torehan / penoreh ) 
6. Pertemuan Zakiah dan Mahani _________ lagi tali persahabatan antara mereka berdua .
( berat / mengerat / mengeratkan / dierat )
7. Kambing-kambing peliharaan Pak samad __________ rumput dipadang ( diragut / ragutan / ragut / meragut)
8. Bekalan elektrik merupakan sumber kemudahan infrastruktur yang sedang _________ ke kawasan luar bandar . ( berluas / diperluaskan / diperluas / meluas )
9. Di kalangan negara dunia ke tiga , peranan kita sebagai juru cakap negara-negara membangun sudah mula ___________ dan dikagumi . ( dipaerakukan / diakui / diperaku / teraku )
10. Tanggungjawab untuk membina negara ________ atas bahu semua rakyat ( meletak / terletak / diletakkan / diletak )
11. Wanita turut serta _________ tenaga dalam usaha meningkatkan taraf hidup keluarga ( menggembleng / bergembleng / mengembeleng / gembeleng )
12. Bau dari kawasan sampah sarap itu ________ hidung . ( tertusuk / ditusuk / menusuk / tusuk )
13. Tangan ibu berdarah kerana _________ jarum peniti ( mencocok / tercucuk / dicucuk / tercocok )
14. Jangan endah tak endah terhadap nasihat yang _________ oleh bapa kamu . ( diberi / memberi / terberi / diberikan )
15. Dadah digunakan sebagai satu bahan untuk ________ kesakitan .( reda / redakan / meredakan / meredahi )
16. Oleh sebab malas saya sengaja _________ kerja . ( lambat / lambatkan / melambatkan / berlambatkan )
17. Kita sentiasa berdoa agar hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini negara maju akan ___________. ( terlaksana / perlaksanaan / laksana / dilaksanakan )
18. Dia telah _________ untuk melakukan perbuatan pecah amanah itu . ( mendorong / mendorongkan / terdorong / didorongan )
19. Dalam pesta sukan kali ini pasukan merah telah ______________ pasukan lain . ( mendahului / pendahulu / pendahuluan / didahulukan )
20. Mereka yang didapati bersalah akan _________. ( dipecat / dipecah / pemecatan / pemecahan )
21. Tabiat suka membaca harus __________ di kalangan kanak-kanak . ( semai / semaian / disemai / menyemai )
22. _________ jawatan itu menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai . ( meletakkan / perletakan / letakkan / diletakkan )
23. Penggambaran filem itu terpaksa ________ kerana hari hujan .( ditangguh / ditangguhkan / tertanguh / penangguhan )
24. Beliau menyaksikan pertandingan bolasepak itu hingga _______ ( tamat / habis / berakhir / terakhir )
25. Kerja ________ kulit lembu memang menyusahkan . ( melapah / menapah / mematah / pelepah )
26. Rohani bekerja sebagai setiausaha tetapi dia juga ________________ penolong pengurus syarikat itu .( menangkap / merangkak / melengkap / merangkap )
27. Akibat menyalahgunakan wang syarikat , Rahim kini ______________ dalam penjara . ( merangkak , memekak / melengkok / merengkok )
28. Semasa kejadian banjir , saya terpaksa ___________ air yang deras itu . ( mengharung / mengharungi/ menyarung / diharungi )
29. Walaupun dirawat di hospital pakar , keadaan Pak Isnin masih tetap tidak ____________. ( mengubah / diubah / berubah / mengubahkan )
30. Pasukan polis ____________ peranan penting dalam menjaga keselamatan negara . ( main / dimainkan / memainkan / dipermainkan )
31. Dia telah __________ pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah itu . ( menjumpai / berjumpa / dijumpakan / menjumpakan )
32. Juruterbang itu melakukan __________ kecemasan kerana enjinnya rosak . ( daratan / pendaratan / darat / mendarat )
33. Ketua pasukan _________ itu sentiasa menyebabkan pasukan lawan iri hati dan benci kepadanya . (sorak / penyorak / sorakan / bersorak )
34. Program _________ sampah di bandaraya terpaksa dilakukan untuk mengurangkan jumlah sampah . (kelupusan / perlupusan / melupusi / lupus )
35. Kambing itu meragut rumput di kawasan lembah yang ___________ ( diairi/ berair/ mengairi/ perairan )
36. Sijil _________ itu disampaikan kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun.
A. penghargaan          B. Kepujian     C. Kejayaan     D. Penyertaan
37. Saya _________ keadaan dirinya yang masih lagi tiada khabar berita semenjak pertemuan yang lalu.
A. tertanya-tanya       B. Tertunggu-tunggu             C. Tertoleh-toleh        D. Teresak-esak
38. Suhaida baru saja ____________ anak walaupun  telah berkahwin selama sepuluh tahun
A. dikurniai                 B. Dikurniakan           C. Kurniaan                D. Dilahirkan
39. Dokumen itu dijadikan __________ untuk pihak pendakwaan dalam kes rasuah tersebut.
A. umpan                    B. Asas             C. Bukti                       D. Jaminan
40. Pencapaian tersebesar ____________ bola sepak negara hanyalah di peringkat rantau Asia Tenggara sahaja.
A. kumpulan   B. skuad          C. pasukan      D. gerombolan


LATIHAN 15.
Letakkan imbuhan apitan pada perkataan  condong di bawah :
1. Jalur Gemilang kibar di Menara Kuala Lumpur ______________
2. Puan Timah cantik rumahnya dengan hiasan dan bunga-bungaan._____________
3. Puan Yati syor supaya pelajar itu memasuki sekolah berasrama penuh._____________
4. Mereka makan lauk ikan masin.___________
5. Mesyuarat itu lanjut hingga ke waktu malam.____________
6. Encik Tan rindu anaknya yang belajar di luar negara.________________
7. Ucapan itu akhir dengan serangkap pantun.__________________
8. Penyajak itu dengar sajak yang baru dikarangnya..________________
9. Kereta baru buatan negara ini tonton kepada orang ramai.____________
10. Sejak akhir –akhir ini Kumar lihat muram sahaja._________________
11. Penceramah itu sampai ucapannya secara spontan._______________
12. Kejayaan negara ini menjadi bangga rakyatnya._________________
13. Budak-budak nakal itu senda orang tua yang cacat itu.______________
14. Waris harta Pak Ali diuruskan oleh seorang peguam yang berpengalaman________
15. Lari Afghanistan banyak yang pergi ke Pakistan._______________
16. Nyala obor Sukan Asia disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan_____________.
17. Pulau dilakukan oleh orang kampung terhadap keluarga Encik Shafiq.__________
18. Tipu yang dilakukannya selama ini terbongkar juga.________________
19. Bajak tanah sawah itu menggunakan jentera moden.______________
20. Dapat Encik Azmi ialah RM 5.000 sebulan .______________
21. Indah kawasan pantai itu dapat menarik lebih ramai pelancong._______________
22. Bom bangunan itu dilakkan oleh kumpulan pengganas._______________
23. Udara dikawasan kampung lebih nyaman berbanding kawasan bandar._____________
24. Kawasan gunung itu tidak didiami orang._____________
25. Kubu itu dijadikan kawasan lindung daripada serangan musuh ._____________
26. Pemain badminton negara berjaya layak diri ke pusingan akhir._____________
27. Jentolak itu digunakan untuk rata tanah di kawasan itu.________________
28. Adik masuk barang mainannya ke dalam kotak.________________
29. Ubat batuk itu sebab saya mengantuk.____________
30. Pelukis terkenal itu pamer hasil lukisan di Balai Seni Lukis Negara.___________
31. Perbincangan itu fokus masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar._____________
32. Ramli jual keretanya kepada Shuib _________________
33. Daud sah bahawa dia akan ke Kuantan pada petang nanti.____________________
34. Orang kaya itu waris rumahnya kepada anak sulungnya.____________________
35. Encik Halim buku riwayat hidupnya .__________________
36. Hang Tuah dan Hang Jebat sedang tikam antara satu sama lain ._________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan