CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 19 Mei 2019

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA


PERIBAHASA MENGIKUT TEMA
TEMA: BUDI BAHASA
  1. bagai kacang melupakan kulit-orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya.
  2. .bagai melepaskan anjing tersepit.menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.
  3. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.- merendah diri
  4. berkata peliharalah lidah.hati-hati dengan setiap pertuturan
  5. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.-setiap manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup.

TEMA:KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN
  1. air dicencang tidak akan putus.-perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan.
  2. .       anak di pangkuan dilepaskan, kera di riba disusui.-melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri.
  3. bagai isi dengan kuku/ bagai dakwat dengan kertas/ bagai beliuang dengan asahan.-hubungan yang sangat rapat.
  4. bersatu teguh, bercerai roboh-jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat,tetapi jika kita berpecah belah, kita akan lemah.
  5. bukit sama didaki, lurah sama dituruni-perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan.

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA
  1. ada sampan hendak berenang.-sengaja menyusahkan diri sendiri
  2. harapkan gurh di langit, air di tempayan dicurahkan.-melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki.
  3. kalah jadi abu menang jadi arang.-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian.
  4. kutu embun.-orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.
  5. mencurahkan garam ke laut-melakukan pekerjaan yang sia-sia.


TEMA:SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA
  1. bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa.-bahasa menjadi lambing dan identiti sesuatu bangsa
  2. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.-mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki
  3. hilang bangsa, lenyaplah bangsa-jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap
  4. hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.-sebaik-baik negara orang tidak sebaik negara sendiri.
  5. seperti burung gagak pulang ke benua-seseorang yang tidak berubah keadaannya meskipun telah lama merantau.

TEMA:PENYESALAN.
  1. buang yang keruh , ambil yang jernih-buang yang jahat dan ambil yang baik.
  2. nasi sudah menjadi bubur-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
  3. sudah terhantuk,baru tengadah-setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-hati.
  4. takut akan bayang-bayang sendiri-rasa takut kerana bersalah.
  5. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.-sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

TEMA:DAYA USAHA / KESUNGGUHAN
  1. alah bisa tegal biasa-pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
  2. alang-alang berdakwat biarlah hitam.-jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan.
  3. belum suruh sudah pergi, belum panggil sudah datang.-orang yang rajin
  4. belakang parang kalau diasah lagikan tajam.-jika berusaha dengan gigih, arang yang bodoh akan berjaya juga
  5. malas berdayung, perahu hanyut-kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas berusaha.

TEMA:KEBERANIAN
  1. berani kerana benar, takut kerana salah-berani kerana berada di pihak yang benar
  2. berkata benarlah walaupun pahit-berterus teranglah demi kebenaran walaupun mungkun akan menyakiti perasaan orang lain.
  3. cacing yang hendak menjadi naga-orang yang kecil hendak menyamai menjadi naga.
  4. membujur lalu melintang patah.-tidak menghiraukan halangan atau masalah.
  5. pantang berundur sebelum berjuang.-tidak berputus asa sebelum berjaya.

TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA
  1. bagai aur dengantebing.-saling membantu dan bekerjasama
  2. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.-mementingkan diri sendiri.
  3. bulat air kerana pembentung, bulat manusia keraba muafakat.-mencapai kata sepakat dengan mesyuarat.
  4. hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.-pengagihan yang sama banyak.
  5. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.-orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya.

TEMA:BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT
  1. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah.-melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati.
  2. biar lambat asalkan selamat.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna.
  3. menarik rambut di dalam tepung.-teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
  4. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang.
  5. mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.-sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal.
  6. mengukur baju di badan sendiri.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

TEMA:KEPENTINGAN ILMU/ PENDIDIKAN
  1. diam penggali berkarat.-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang.
  2. hanya jauhari mengenal manikam.-hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat penilaian tentang perkara tertentu.
  3. hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.-hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut.
  4. seperti ayam mematuk anak.-ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan membetulkan kelakuan mereka.
  5. seperti katak di bawah tempurung.-orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak mengetahui perkembangan semasa.

TEMA:KECANTIKAN
  1. bagai bulan dipagari bintang/emas baru disepuh.-cantik
  2. bagai cincin dengan permata.-sama-sama cantik.
  3. bagai pinang dibelah dua/ bagai kunyit dengan kapur.-sepadan,secocok.
  4. rumah buruk disapu cat.-perempuan tua yang suka bersolek

TEMA: NASIB MALANG.

1.       antan patah lesung hilang/ sudah jatuh ditimpa tangga.-kemalangan yang dialami bertimpa-timpa.
2.       bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mau.-keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat.
3.       tanam padi tumbuhnya lalang.-orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil sebagaimana diharapkan.
4.       tiada beban batu digalas.-tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah.
5.       untung sepanjang jalan, malang sekelip mata.-kemalangan datang secara tiba-tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan