CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 23 Ogos 2019

LATIHAN BM

LATIHAN 4

1. Bangunan di Bandar Syria ________apabila dibom oleh askar kerajaan. 
A. punah-ranah         B. corat-coret              C. calar-balar                         D. saki-baki 


2. ....... yang dimasak oleh ibu seperti ikan dan udang habis dimakan kerana sangat sedap. 
A. Kuih-muih              B. Rempah-ratus        C. Lauk-pauk                         D. Sayur-mayur 


3. Pencuri itu lari ______ apabila dikejar oleh polis. 
A. hingar-bingar        B. lintang-pukang      C. tunggang-langgang           D. lalu-lalang 


4. Dia memarahi isterinya yang suka bercerita tentang perkara ______ .
A. bolak-balik             B. kembang-kempis   C. karut-marut           D. kumat-kamit 


5. Dia bercakap dengan  berhati-hati, ____ menyinggung  perasaan orang lain. 
A. diam-diam              B. takut-takut                         C. ragu-ragu                           D. baik-baik

6. Ramai rakyat yang .................... akibat daripada peperangan. 
A. derita                      B. deritakan    C. menderita               D. dideritakan 


7. Encik John didapati ..................... oleh mahkamah dan dipenjarakan. 
A. tersalah                   B. menyalahi               C. menyalah   D. bersalah 


8. Orang yang menulis atau menghasilkan puisi atau prosa kita namakan ............ 
A. sasterawan                         B. seniman      C. angkasawan           D. hartawan 


9. Rashid adalah seorang pemuda yang baik hati tetapi nasibnya sentiasa .............. malang. 
A. sedih                       B. ditimpa       C. didatangi    D. dirundung 


10. Beberapa ekor kambing ................. mencari rumput di padang. 
A. bertempiaran         B. berhamburan         C. berkeliaran             D. berselerakan 


11. Mak Uteh .......................... pokok-pokok bunga orkidnya dengan air. 
A. dicurahi                  B. mencurahkan         C. mencurahi              D. curah 


12. Puan Quah menerangkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya dengan ............ . 
A. berpanjangan         B. panjang-lebar        C. berlarut-larutan     D. terus-menerus 


13. "Kegiatan luar bilik darjah" yang menjadi topik utama ......... dalam perbahasan itu. 
A. perdebatan                         B. perbualan               C. pengetahuan          D. perlancaran 


14.. Pertarungan ...................... antara kedua-dua pendekar itu telah menggegarkan stadium 
A. keras                       B. sengit          C. hangat        D. gemuruh 


15.. Kulit buku ini sudah ....................... warnanya kerana sering bertukar tangan daripada seorang pembaca kepada pembaca yang lain. 
A. redup                      B. suram          C. pudar          D. muram 


16. Mereka tidak dapat bermain sepak takraw kerana .............. jaring telah koyak. 
A. tenunan                  B. sulaman      C. siratan        D. kaitan 


17.. Kak Gayah sedang ............ jagung yang dibelinya di pasar tadi. 
A. merebus                  B. menjerang  C. menanak    D. mengukus 


18. Dengan semangat ................. yang tinggi pasukan Malbatt dapat menewaskan pemberontak di negara ini.
A. perang                    B. Iawan          C. berani         D. juang 


19. Ah Kim menyerahkan ..................... bunga mawar kepada kekasihnya sebelum dia berangkat ke Istanbul.
A. seberkas                  B. selonggok    C. sejambak    D. seketul 


20. Bangunan Menara Pisa kelihatan ................. seperti hendak tumbang. 
A. condong                  B. senget          C. bengkok      D. bongkok 


21. Shahril kesakitan apabila ...................... dari belakang ketika membawa bola. 
A. menjerit                  B. dibentis       C. melaung     D. terjerumus 


22. Abu ............. almari kain kakaknya apabila buku ceritanya didapati hilang. 
A. menyusup              B. menyorok   C. menyelinap            D. menggeledah 


23 Suasana perbincangan itu menjadi semakin ............... kerana kedua-dua pihak tidak mahu mengalah.
A. bising                      B. hangat        C. ribut            D. kencang 


24. Nelayan itu __________ serawan jala untuk menangkap ikan di sungai.
A. melebarkan                        B. Menebarkan           C. Meluaskan              D. Membukakan

25. Zulhairi _______ niatnya untuk berhijrah apabila mengenangkan ibunya yang masih sakit.
A. melewatkan            B. Membubarkan                    C. Meninggalkan        D. Membatalkan

26. Pendayung itu tidak dapat digunakan lagi kerana sudah ________
A. luluh                       B. Koyak          C. Using          D. Sompek

27. Perjalanan kakak ke Bandar Miri telah ______ kerana berlakunya tanah runtuh di kilometre 201.
A. terkandas                B. Terhalang               C. Tergendala              D. Terbengkalai

28. Ketua pengawas akan _______ Jalur Gemilang ketika lagu Negaraku dinyanyikan oleh pelajar
A. naikkan                  B. Menaiki                   C. Menaikkan             D. Kenaikan

29.  Semasa perhimpunan itu setiap pekerja dinasihati agar _________ produktiviti masing-masing. 
A meningkat               B tingkatkan               C meningkatkan                     D peningkatan 


30. Penduduk Kampung Binjai bergotong-royong _________ perigi untuk kegunaan bersama. 
A memperdalam         B mendalami              C dalamkan                D mendalamkan 


31. Tarian tradisional Melayu yang ________dipersembahkan kepada para delegasi negara ASEAN pada majlis makan malam itu. 
A lemah-laun                                     B lemah-lembut                     C lemah-longlai                     D lemah-gemalai 


32. Gambar pemandangan yang cantik itu _________ pada dinding rumah. 
A menggantungkan               B menggantung                      C tergantung              D bergantung 


33. Demi meringankan penderitaan yang ditanggungnya, kita wajar menderma ________ yang kita mampu. 
A seberapa                  B sebanyak                 C sejumlah                  D semungkin 


34.. Pondok usang itu _________ akibat ditiup angin kencang malam tadi. 
A rebah                       B tumbang                  C roboh                       D robek 

LATIHAN 5


1. Salina berjalan ke sekolah sambil ........... fail dicelah lengannya. 
A. menjunjung            B. mengelek                C. membimbit             D. mengheret 


2 Lebah telah .................... pipi Anis. 
A. sengat                     B. menyengat              C. disengat                  D. penyengat 


3 Cikgu Shamsinar .............. mata pelajaran Komputer di kelas kami. 
A. ajaran                     B. pembelajaran         C. mengajar                D. pengajaran 


4. Penoreh-penoreh itu sedang .................. kebun getah masing-masing. 
A. kerja                        B. mengerjakan          C. Dikerjakan              D. pekerjaan 


5. Bangunan Menara Pisa kelihatan ................. seperti hendak tumbang. 
A. condong                  B. senget                      C. bengkok                  D. Bongkok

6.Encik Kasim mengingatkan anaknya agar jangan ________dendam terhadap orang lain. 
A. membendung         B. membasmi              C. mengawas              D. menaruh 


7.. Feri itu ______ dengan penumpang. 
A. muat                       B. ketat            C. berat           D. padat 


8. Pegawai Pertanian telah ______ pekebun-pekebun kecil agar berusaha bagi meningkatkan hasil mahsul mereka. 
A. mengarahkan         B. mencadangkan       C. mengharapkan      D. mencari 


9. Pekerja-pekerja kilang telah _______ majikan mereka apabila menyedari ada penyelewangan dalam pembahagian kerja. 
A. memulau                B. menyanggah          C. membaham            D. menyingkir 


10. Pak Saman berdoa semoga Tuhan ________ anak-anaknya dengan rahmat dan hidayat. 
A. menyinari               B. menyelami              C. mencari                  D. mencucuri 


11. Tekaknya terasa _____ apabila terpandang mayat-mayat yang genjur dan busuk bergelimpangan di pantai itu. 
A. loya                                     B. perit            C. jejak                        D. muntah 


12. Anak _____ Encik Halim yang baru pulang dari luar negeri telah bekerja di Kuala Lumpur. 
A. ayu                          B. sunti            C. puteri          D. perawan 


13. Hatinya tergores apabila ______ oleh abangnya dengan kata-kata yang sinis. 
A. dicela                      B. diejek           C. dimaki         D. dicerca 


14.. Orang-orang kampung itu tidak suka dengan ____ Nazri yang kurang sopan itu. 
A. perangai                 B. sikap           C. sifat             D. maruah 


15. Pendapat yang dikeluarkan oleh Encik Balan begitu _____ dan logik. 
A. betul                        B. padat           C. munasabah            D. ketat 


16. Encik Aziz kini ________ di Sabah. 
A. duduk                     B. bertolak       C. meninggal              D. menetap 


17. Dengan rasa _______, Muslamah menunjukkan sijil kejayaan peperiksaannya. 
A. gagah                      B. sukacita      C. bangga        D. takbur 


18. Projek perumahan di Taman Keramat telah diserahkan kepada syarikat ______ mengelolakannya. 
A. mewah                    B. raksasa                    C. kerjasama   D. kumpulan 


19.. Kami berasa ___________ mendengar leteran panjangnya itu. 
A. minat                      B. ingin                        C. malas          D. jemu 


20.. Sejak akhir-akhir ini Oslan banyak menghasilkan karya-karya yang ________. 
A. berkuantiti              B. berbakat                  C. berkualiti    D. bernas 


21. Fauziah tidak berasa _____  melihat gambar-gambar kenangan indah tersebut. 
A. mual                       B. muak                       C. loya             D. Suka

22.. Ketika kami memasuki biliknya, buku-buku dan kertas-kertas ........... di atas meja. 
A. berselerakan           B.berhamburan          C.berterbangan           D.bertempiran 


23. Encik Shaari ............ wajah anaknya yang baru lahir dengan penuh kasih sayang sambil menjeling  ke arah isterinya.
A. menatap                 B.menyuarakan          C.menengok                D.menentang 


24. Kalau dilihat pada tubuh badan dan rupa paras ................. dia berumur 20 tahun. 
A. tetap                       B.lulus                         C.mungkin      D.sah 


25. Keruntuhan moral di kalangan remaja pada masa ini amat sukar ................ 
A. dibelenggu              B.disingkir       C.dikongkong                         D.dibendung 


26.Pemuda itu .................... batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. 
A. mengikis                 B.menarah                  C.meraut                     D.mengupas 


27. Ramai orang perempuan Kelantan pandai ................ kain songket. 
A. mengait                  B.menekat                   C.menenun                 D.menyulam 


28. Amir ............ akan ketibaan ayah dan keluarganya dari London. 
A. menanti                  B.menunggu               C.ternanti                    D.tertunggu 


29. Kuih pau ini belum di ............... oleh ibu lagi. 
A. masak                     B.rendam                    C.tanak                       D.kukus 


30 Pak Samad dan rakan-rakannya sedang ......... sawah masing-masing di bendang. 
A. pekerjaan               B.dikerjakan                C.mengerjakan                       D.bekerja 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan