CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 23 Ogos 2019

LATIHAN BM

LATIHAN 1
Pilih jawpan yang sesuai.

1. Ramai sanak-saudara Encik Ambalagam _______ ke rumahnya sewaktu menyambut perayaan Deepavali.
A. Berhimpun             B. Bertandang             C. Berjumpa                D. bertemu


2. Kanak-kanak mudah _________ dengan unsur-unsur yang kurang sihat.
A. Tertipu                    B. Terpengaruh           C. Terhindar                D. terbawa-bawa


3. Jangan duduk _________ di kompleks membeli-belah kerana perbuatan itu tidak elok dan merugikan masa.
A. berjam-jam                        B. bermain-main        C. merayau-rayau      D. tertawa-tawa


4. Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta cuba _________ sebuah lori yang sarat dengan muatan batu-bata.
A. Memotong              B. Memintas                C. Menghalang           D. melintas


5. Amalan pemakanan yang tidak seimbang boleh ________ pertumbuhan tubuh badan seseorang.
A. Mencacatkan         B. Merencatkan          C. Memudaratkan      D. menguruskan


6. Baju kebaya _________ itu sangat disukai oleh adik kerana warnanya.
A. kuning telur           B. telur kuning            C. kekuningan telur   D. telur kekuningan


7. Kapal terbang MAS melakukan _______ kecemasan kerana satu daripada enjinnya tidak berfungsi.
A. Berdarat                  B. Pendaratan             C. Penerjunan             D. penerbangan


8.  Jangan sekali-kali kita  memandang ..................... akan kebolehan orang yang kurang upaya. 
A. tinggi                      B.  rendah                   C.  serong        D.  ringan 


9. Orang yang .................... tentu dapat menyelesaikan masalah matematik ini. 
A. otak cair                 B. otak beku                C. otak udang                         D. otak telur 


10. Kedua-dua beradik itu masih.................. dan tidak mahu mengalah. 
A. bermasam muka    B. bertegur sapa         C. berpenat lelah        D. bertegang leher 


11. Dia ingin .................. daripada menyertai perkhemahan itu. 
A. mengikut jejak       B. mengorak langkah                         C. menarik diri            D. mengikut hati 


12. "Jangan .................. dalam masalah orang lain," kata abang kepada Kamal. 
A. mengambil hati      B. campur tangan      C. campur gaul           D. mengambil peluang 


13. "Siasat perkata ini terlebih dahulu. Jangan ................. sahaja," kata ketua kampung kepada anak buahnya. 
A. serang hendap       B. serkap jarang         C. tangkap muat        D. suka hati 


14. Pegawai yang ............... itu diberkas oleh pegawai dari Badan Pencegah Rasuah. 
A. makan gaji                         B. makan suap            C. makan hati                         D. makan angin 


15. Sejak menyertai kursus motivasi , dia tidak lagi ............... . 
A. berat mulut            B. berat hati                C. ambil hati               D. ringan mulut 


16. Mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah itu kerana perbincangan itu menemui ............. . 
A. jalan masuk            B. jalan mati               C. jalan buntu             D. jalan rentas 


17. Wanita tua itu .............. atas sikap anak-anaknya yang tidak mengenang budi. 
A. berkecil hati            B.bertikam lidah         C. bermasam muka    D.berhati batu


18. ...... di majlis itu disediakan jamuan ringan. 
A. Jejaka                      B. Lelaki                      C. Tetamu                   D. Kekawan 


19. Pasukan bomba .......... memadamkan kebakaran itu. 
A. tergesa-gesa           B. bermati-matian      C. bertungkus-lumus                         D. terburu-buru 


20. Timun sedap dimakan ....... sebagai ulam. 
A. muda-muda           B. mentah-mentah                 C. manis-manis                      D. baru-baru 


21. Dia tidak ..... punca kejadian itu. 
A. sedar-menyedari                B. ingat-mengingati               C. tahu-menahu         D. marah-memarahi 


22. Sikap ........ perlu kita amalkan dalam usaha membentuk masyarakat yang harmonis. 
A. atas-mengatasi                  B. balas-membalas     C. tiru-meniru            D. hormat-menghormati 


23. Sertailah peraduan itu ........ berjaya.
A. untung-untung                  B. agar-agar               C. jangan-jangan       D. takut-takut 


24. Makanan itu ....... dimakan olehnya kerana terlalu lapar. 
A. sedap-sedap                       B. kering-kontang      C. licin-licau               D. sisa-sisa 


25 Badan Kamil penuh dengan ...... kerana terkena duri. 
A. punah-ranah         B. corat-coret              C. calar-balar                         D. saki-baki 


26. ....... dicampurkan untuk melazatkan makanan. 
A. Kuih-muih              B. Rempah-ratus        C. Lauk-pauk                         D. Sayur-mayur 


27. Suasana di perhentian bas itu ...... dengan bunyi enjin kenderaan. 
A. hingar-bingar        B. lintang-pukang      C. tunggang-langgang           D. lalu-lalang 


28. Mulut bomoh itu ........ membaca jampi serapah. 
A. bolak-balik             B. kembang-kempis   C. karut-marut           D. kumat-kamit 


29. Dia bercakap dengan ........menyinggung ........ perasaan orang lain. 
A. diam-diam, entah-entah               B. hati-hati , takut-takut 
C. kuat-kuat , ragu-ragu                   D. perlahan-perlahan , baik-baik

LATIHAN 2


1 Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ................... bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu. 
A. jalan keluar            B. jalan belakang        C. jalan pintas            D. jalan tengah 


2 Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia mengambil ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan. 
A.  peluang                 B.  langkah                  C.  berkat        D.  masa 


3 Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya. 
A. gelap mata                         B. putih mata              C. rambang mata       D. rabun mata 


4 Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A. terang hati              B. sampai hati                         C. cekal hati                D. ada hati 


5 .Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti. 
A. tulang belakang     B. keras tulang            C. ringan tulang         D. tulang empat kerat 


6. Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain. 
A. membuka tembelang         B. membuka langkah             C. membuka mulut    D. membuka mata 


7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal. 
A. darah gemuruh      B. darah caging          C. darah muda            D. darah dingin 


8. Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ". 
A. kata sepakat           B. kata hikmat            C. kata dua     D. kata putus 


9. Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar. 
A. ada hati                  B. cekal hati                C. kecil hati     D. rendah hati 


10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak. 
A. jauh hati                 B. kecil hati                 C. berat hati                D. patah hati 


11. En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya. 
A. rendah diri              B. mata duitan            C. pilih kasih               D. hidung tinggi 


12. Pemandu teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan. 
A. berhati batu            B. berhati perut          C. bertegur sapa         D. bertikam lidah 


13. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ................... 
A. cepat tangan          B. bekas tangan          C. tangan sejuk           D. tangan terbuka 


14 Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................ 
A. anak tiri                  B. anak emas              C. anak angkat           D. cahaya mata 


15. Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka, kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh. 
A. ambil hati               B. iri hati         C. cekal hati                D. besar hati 


16. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ............. 
A. bekas tangan          B. tanda mata                         C. buah hati    D. mengadu nasib 


17. Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru. 
A. campur tangan      B. guna tenaga           C. temu janji   D. jual beli 


18. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal. 
A. harga mati              B. jual mahal              C. naik harga  D. harga tetap 


19. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar ________keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam. 
A. panjang akal          B. panjang lebar         C. panjang lidah         D. panjang bicara 


20 Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor _________ dan membuang masa sahaja. 
A. cakap besar            B. khabar angin          C. omong kosong        D. mengado domba 


21 Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... . 
A. telinga lintah          B. telinga pekak          C. pekak tuli               D. pekak badak 


22 Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata                         B. rambang mata        C. pening kepala        D. rambang hati 


23 Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila merayau di belakang rumah. 
A. berkaki bangku      B. berkaki ayam          C. berkaki botol          D. berkaki bola 


24. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik. 
A. ibu angkat              B. anak emas              C. buah hati                D. ibu tiri 


25. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja. 
A. makan angin          B. memilih bulu          C. makan tidur           D. bermain mata 


26. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. . 
A. rusa masuk kampung        B. beruang dalam belukar      C. kuda belang            D. lipas kudung 


27. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti ............. 
A. rusa masuk kampung                    B. burung dalam sangkar 
C. ayam kehilangan anak                  D. anjing menyalak bukit 


LATIHAN 3


1. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... . 
A. berat perut                         B. berat badan                        C. berat mata              D. berat sebelah 


2. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ . 
A. curi hati                  B. curi tulang              C. curi ayam               D. curi kerja 


3. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka ______. 
A. buah mulut            B. murah mulut          C. mulut besar            D. bawa mulut 


 4.Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya. 
A. hati batu                 B. kepala batu                         C. batu keras               D. batu api 


5. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi pengerusi kebajikan. 
A. sepenuh hati          B. sepenuh suara        C. sebulat suara          D. sepenuh isi 


6. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh penduduk Kampung Berata. 
A. panjang tangan     B. ringan tulang         C. buah mulut            D. buah tangan 


7. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri. 
A. buah-buahan         B. buah hati                C. buah tangan           D. ringan tulang 


8. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri. 
A. panas baran           B. gila babi                  C. gila pangkat           D. naik angin 


9. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam diconteng oleh remaja-remaja yang ................. . 
A. gatal tangan           B. lepas tangan           C. panjang tangan     D. buah tangan 


10. Nurul Aida adalah satu-satunya anak Encik Razak  sebab itu dia ditatang seperti .................. . 
A. minyak wangi        B. minyak hampir jatuh         C. minyak yang penuh          D. minyak masak 


11. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan. 
A. panjang tangan     B. buah tangan           C. berat tangan           D. depa tangan 


12. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang. 
A. budi bahasa            B. Bunga bahasa         C. budi-budian           D. mulut manis 


13. ............. yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa bersedih dan tidak lalu makan. 
A. Makan angin          B. Naik angin              C. Khabar angin         D. Mulut tempayan 


14. Ain berasa ................. kerana tidak dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. 
A. senang hati                         B. terang hati              C. buta hati                 D. susah hati 


15. Cheng ............. apabila melihat wang yang begitu banyak di atas mejanya. 
A. cari jalan                B. sua muka                C. besar hati                D. gelap mata 


16. .................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh orang duta dari negara luar. 
A. Serkap jarang         B. Serang hendap       C. Panjang tangan      D. Pukul curi 


17. "Nampaknya, tahun ini padi kita ................... ", kata Wak Seman kepada isterinya. 
A. kurang manis         B. kurang umur          C. kurang jadi             D. kurang tua 


18. Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah .................. . 
A. makan hati berulam jantung                    B. sudah jatuh ditimpa tangga 
C. beringat-ingat sebelum kena                    D. besar periuk, besarlah keraknya 


19.Hasanol memang .................. sehingga sekarang pun dia masih tidak tahu membaca dan menulis. 
A. otak udang                         B. otak cair                  C. otak beku                D. otak-otak 


20. Beberapa orang ................ yang mengatur perlawanan bola sepak itu telah diberkas polis. 
A. kaki bangku           B. kaki minum            C. kaki ayam               D. kaki judi 


21. Berita tentang kejayaannya mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi ................. jiran tetangganya. 
A. buah mulut            B. buah hati                C. buah tangan           D. anak buah

22. Perkara yang ....... jika dibesarkan akan menimbulkan kesan buruk. 
A. riuh-rendah           B. kusut-masai           C. remeh-temeh         D. kacau-bilau 


23. Terdapat ...... pengganas komunis yang enggan menyerah diri. 
A. lebih-lebih              B. sisa-sisa                  C. gerak-geri               D. saki-baki 


24 Tutuplah ....... botol itu supaya air tidak tumpah. 
A. kemas-kemas         B. ketat-ketat              C. sempit-sempit        D. dalam-dalam 


25. Dia ....... kemalangan kerana memandu dengan laju. 
A. bila-bila                  B. akan-akan              C. betul-betul              D. hampir-hampir 


26. Penduduk kampung ini ......... adalah petani. 
A. rata-rata                 B. hampir-hampir      C. tiap-tiap                 D. kira-kira 


27. Adat pepatih diamalkan oleh .......... masyarakat di Negeri Sembilan.
A. berpuak-puak        B. turun-temurun      C. suku-sakat                         D. mati-matian 


28. Jangan suka mempercayai perkara yang .......... 
A. karut-marut           B. kacau-bilau            C. porak-peranda       D. terumbang-ambing 


29. Saya khuatir ....... dia tidak dapat hadir ke majlis itu. 
A. raga-raga               B. kalau-kalau            C. cemas-cemas          D. bimbang-bimbang 


30 Kaum Arab sangat mengormati _______ yang hadir ke rumah mereka. 
A. teruna                     B. lelaki                       C. tetamu                    D. kekawan 

1 ulasan: