LATIHAN 16
Simpulan Bahasa1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat .................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A. jalan keluar B. jalan belakang C. jalan pintas D. jalan tengah
2 Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A.mengambil peluang B.mengambil langkah C.mengambil berkat D.mengambil masa
3 Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................. sehingga dia tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A.gelap mata B.putih mata C.rambang mata D.Rabun mata
4 Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A.terang hati B.sampai hati C.cekal hati D.ada hati
5 Rahman merupakan ............... pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.
A.tulang belakang B.keras tulang C.ringan tulang D.tulang empat kerat
6 Sahabat yang baik tidak patut ................ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A. membuka tembelang B. membuka langkah C. membuka mulut D. membuka mata
7 Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ................ , nanti kita juga yang akan menyesal.
A. darah gemuruh B. darah caging C. darah muda D. darah dingin
8 Amran berkata, "Inilah ............. saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".
A. kata sepakat B. kata hikmat C. kata dua D. kata putus
9 Mat Deris begitu ................ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
A ada hati B. cekal hati C. kecil hati D. rendah hati
10 Sejak peristiwa itu Puan Salwa .............. untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.
A. jauh hati B. kecil hati C. berat hati D. patah hati
11 En. Hamidon seorang yang ................ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.
A. rendah diri B. mata duitan C. pilih kasih D. hidung tinggi
12 Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.
A. berhati batu B. berhati perut C. bertegur sapa D. bertikam lidah
13 Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan B. bekas tangan C. tangan sejuk D. tangan terbuka
14 Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ................
A. anak tiri B. anak emas C. anak angkat D. cahaya mata
15 Kawan-kawan sekelian, kita mestilah .............. dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A ambil hati B iri hati C. cekal hati D. besar hati
16 Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ..............
A. bekas tangan B. tanda mata C. buah hati D. mengadu nasib
17 Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A. campur tangan B. guna tenaga C. temu janji D. jual beli
18 Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati B. jual mahal C. naik harga D. harga tetap
19 Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A . panjang akal B. panjang lebar C. panjang lidah D. panjang bicara
20 Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual -bual dengan tidak menentu dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar B. khabar angin C. omong kosong D. mengadu domba
21 Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia ........... .
A telinga lintah B telinga pekak C pekak tuli D pekak badak
22 Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata B.rambang mata C.pening kepala D.rambang hati
23 Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau di belakang rumah.
A. berkaki bangku B. berkaki ayam C. berkaki botol D. berkaki bola
24 Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.
A.ibu angkat B. anak emas C. buah hati D. ibu tiri
25 Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin B. memilih bulu C. makan tidur D. bermain mata
26 Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung B. beruang dalam belukar C. kuda belang D. lipas kudung
27 Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti .............
A. rusa masuk kampung B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak D. anjing menyalak bukit
28 Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka mendakwa pengadil itu ............... .
A.berat perut B. berat badan C. berat mata D. berat sebelah
29 Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ................ .
A. curi hati B. curi tulang C. curi ayam D. curi kerja
30 " .................... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga B. Dengan lihat C. Pasang telinga D. Pasang mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan