LATIHAN
6
1.Anak lembu itu mati ............ pokok jati.
A. ditekan B.dihempap C.ditindan D.ditutup
2. Burung helang bolehlah dikatakan ....................... dalam golongan haiwan pemangsa.
A. memasuki B.termasuk C.dimasuki D.dimasukkan
3. Arshad sedang ........... kedatangan saudaranya dari Singapura.
A. menanti B.dinanti C.penantian D.nantikan
4. Sarang tebuan tanah itu .............. . di bawah rumah.
A. menggunung B.menimbun C.membukit D.membusut
5. Amir ............ akan surat balasan daripada kekasihnya .
A. menanti B.menunggu C.ternanti D.tertunggu
6. Perlawanan hoki itu terpaksa ......................... kerana penonton merusuh.
A. dimansuhkan B.dibenteras C.ditangguhkan D.dibasmi
7.Ranting pohon rambutan itu belum ........................oleh Pakcik Salim.
A. dicabut B.disambung C.dicantas D.dipatah
8..Dia .................. terbunuh di dalam kemalangan itu apabila kereta yang dipandunya terhumban ke dalam gaung.
A. betul-betul B.nyaris-nyaris C.dekat-dekat D.jauh-jauh
9. Razali ............ pada kehendak ibu bapanya yang mahukan dia tinggal di asrama.
A. patuh B.tunai C.taat D.ikut
10. Gajah termasuk dalam golongan haiwan ________.
A. ganas B.garang C.peliharaan D.buas
11. Setiap apa yang kita lakukan mestilah ada keyakinan diri dan jangan berasa _____.
A. percaya B. ragu-ragu C. takut D. waspada
12. Orang-orang yang beragama ................. merayakan Hari Deepavali.
A. Kristian B.Hindu C.Khatolik D.Buddha
13. Baginda Sultan Perak akan ______ke majlis persidangan raja-raja yang akan diadakan petang ini.
A. pergi B.bertolak C.datang D.berangkat
14. Sebagai sumbangannya kepada negara, kaum wanita telah menubuhkan pasukan ..........
A. relawan B.relawati C.juruwati D.pahlawan
15. Beberapa orang murid yang melanggar disiplin sekolah telah .................
A. Mendenda B.dihukum C.didenda D.didendakan
16. Guru disiplin memberi ..................... kepada Khairul supaya tidak ponteng sekolah lagi.
A. Pesanan B.amaran C.perintah D.tunjuk ajar
17. Sui Lan tinggal ................ dengan keluarganya.
A. jauhan B.berjauhan C.dekatan D.kejauhan
18. Puan Siti Mariam .......... akan mengadakan kenduri apabila anaknya pulang dari luar negeri.
A. berjanji B.merancang C.berniat D.berazam
19. Dahan jambu yang dicantas beberapa minggu lalu telah mula ............
A. berdaun B. berpucuk C. bercambah D. bertunas
20. Pihak polis telah berjaya ............................ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A. menumbangkan B. menundukkan C. menewaskan D. menumpaskan
21. Kita hendaklah makan dengan ............ supaya tidak tercekik.
A. tertib B. cepat C. sopan D. gelojoh
22. Kita dinasihatkan menggunakan ............... ketika hendak menyeberangi jalan raya.
A. jambatan B. jejenang C. jejantas D. titian
23. Jika tiada angin ..................... pokok bergoyang.
A. masakan B. masa C. memasakan D. masakkan
24. Zamri tidak ............. sama sekali bahawa dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis itu.
A. percaya B. menerima C. menduga D. merasa
25. Pakaian di ampaian itu ................ ditiup bayu.
A. bergegar B. bergoyang C. berbuai D. berkocak
26. Manan mencekak batang-batang padi. kemudian, membanting kuat-kuat untuk ............ biji-biji padi daripada tangkainya.
A. mematahkan B. meleraikan C. mencabutkan D. menjatuhkan
27. Apabila beduk dipalu ........... suara azan memecah kesunyian pagi yang dingin.
A. bergemalah B. bergetarlah C. bergegarlah D. berderailah
28. Alia sedang ____ kawasan rumahnya
A. membersih B. kebersihan C. membersihkan D. bersihkan
29. Suara Siti Sarah yang ........... itu memikat orang yang mendengarnya.
A. nyaring B. bising C. merdu D. parau
30. Saridah berjalan ke sekolah sambil .......... fail dicelah lengannya.
A. menjunjung B. mengelek C. membimbit D. mengheret
LATIHAN 7
1 Aminah berjalan sambil ............ sedulang hidangan.
A. memikul B.menatang C. menjinjing D. mengepit
2 Hakisan tanah dapat dielakkan jika ............. hutan dapat dilakukan dengan sempurna.
A. penghapusan B.pembersihan C.penerokaan D.pembasmian
3 Apabila mendengar penjelasan daripada gadis itu tuan hakim diam ...................
A. terpaku B.termenung C.terharu D.tercengang
4 Kehidupan petani di kawasan itu akan terus ........................ jika kemarau masih berlanjutan.
A. tersekat B.terkandas C.terhimpit D.terbantut
5 Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ......................... ke negara Jepun.
A. singkat B.sekejap C.seketika D.sebentar
6 Sebelum meninggalkan majlis itu ayah ..................... sesuatu ke telinga Pak Ngah.
A. menyatakan B.menyuarakan C.membisikkan D.memberitahu
7 Oleh kerana dia sangat tekun ............... akhirnya dia berjaya.
A. berusaha B.berbakat C.termenung D.berkelayakan
8 Kerajaan kita selalu memberi ............... kepada sesiapa yang dalam kesusahan.
A. pekerjaan B.bantuan C.kejayaan D.pilihan
9 Ubi kentang yang empuk itu .......... dan dimasukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa muda.
A. dilecek B.dicanai C.dilebur D.dikopek
10 Pak Tua tidak dapat meneruskan perjalanannya lalu ___________ di atas anak tangga sebuah pondok di tepi hutan.
A. bercangkung B.bertenggek C.bertinggung D.bersimpuh
11 Orang ramai ............... oleh Menteri Kebajikan Masyarakat supaya menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah amal.
A. dipujuk B.dipaksa C.diseru D.diarah
12 Kita tidak boleh mengenepikan orang tua kerana kebolehan mereka masih .................
A. berkeyakinan B.keyakinan C.diyakini D.meyakini
13 Guru Besar sekolah itu sedang mengikuti kursus dalam bidang .............. di Institut Aminuddin Baki,Genting Highlands.
A. pengurusan B.urusan C.pengurus D.menguruskan
14 Hatinya dibaur rindu apabila terdengar ................ alunan biola dari teratak kecil nun jauh di permatang.
A. Paluan B.tiupan C.gesekan D.petikan
15. Saloma adalah seorang ............... . Dia pernah menjadi bintang filem Melayu yang terkenal satu masa dahulu.
A. seniwati B.seniman C.usahawan D.wartawan
16 .Menurut Ketua Polis Negara, ada beberapa cara untuk ............ jenayah.
A. membanteras B.melenyapkan C.membasmi D.menghapuskan
17. Dengan penuh berhati-hati Kamal ......................... ikan pelaga di dalam lopak-lopak di tepi batas bendangnya lalu dibubuh ke dalam baldi.
A. menjerat B.menjerut C.menyauk D.Menyukat
18. Kelarai adalah merupakan seni .......... .
A. keanyaman B.dianyam C.anyaman D.anyam
19. Ujian lisan diadakan untuk menguji ............. murid-murid dalam pengucapan lisan.
A. kecekapan B.kepintaran C.kefasihan D.kemahiran
20. Keluarga Encik Bukhari telah bertahun-tahun ................ di Kampung Merbok.
A. berasal B.bermastautin C.berhijrah D.bermusafir
21. Nenek ......... kepala adik dengan daun cekur yang telah ditumbuk lumat bagi menyejukkan ubun-ubunnya.
A. merata B.membasah C.memupuk D.merenjis
22. Adik Lina .............. buyung yang berisi air lalu meletakkannya di bendul dapur.
A. mengelek B.menjinjing C.menatang D.membibit
23. Pak Samad dan rakan-rakannya sedang ......... sawah masing-masing di bendang.
A. pekerjaan B.dikerjakan C.mengerjakan D.bekerja
24. Ramai polis trafik ............. di jalan-jalan utama untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.
A. menjaga B.mengawas C.meronda D.menyelia
25. Lori minyak itu l__________ tiang telefon.
A. melanggari B.melanggarkan C.melanggar D.dilanggar
26. Kami __________ mendengar berita itu.
A. mengejut B.berkejut C.terkejut D.kejutan
27 Sebagai seorang pelajar, kita hendaklah patuh pada .............. pihak sekolah
A. arah B.arahan C.suruhan D.perintah
28. Encik Rahim telah _________ menjadi ketua dalam rombongan ke Pulau Tioman.itu
A. dilantik B.dipilih C.dicalonkan D.diterima
Tiada ulasan:
Catat Ulasan