CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 23 Ogos 2019

CUBA JAWAB

LATIHAN 18
1. Setelah selesai ________ dengan keluarga angkatnya , Fatin menggalas begnya untuk pulang ke pangkuan keluarganya di kampung .
A. bersalam                 B. bersalaman                         C. bersalam-salam                 D. bersalam-salaman
2. Salimah segera dibawa ke hospital kerana _______ serpihan tulang ayam yang terdapat di dalam rendang yang dimakannya .
A. tertelan                   B. Menelankan                       C. Menelan                D. ditelan
3. Daud _________ semua sijil yang diperolehinya bersama-sama borang permohonannya .
A. menyertakan          B. menyertai               C. disertai                    D. disertakan
4. Dengan _______ yang tidak seberapa , amat sukar baginya untuk membiayai pengajian anak-anaknya .A. Dapatan                      B. Kedapatan              C. Pendapatan                       D. pendapat
5. Tingkah –lakunya yang buruk masih belum _________ walaupun kini usianya semakin meningkat .
A. pengubahan                       B. berubah                  C. terubah                   D. perubahan
5. ______ penting itu akan disampaikan oleh pengurusnya dalam mesyuarat yang bakal diadakan pada minggu hadapan .
A. Maklumat                           B. Makluman              C. Isu                           D. Pengetahuan
6. Lengkapkan pepatah ini “ Sesal dahulu pendapatan __________________
A. sesal selalu amat berguna                         B. sesal kemudian ada gunanya
C. sesal kemudian tidak berguna                   D. sesal-menyesal ada kebaikannya
7. Lawan bagi perkataan pengunduran ialah _____
A. Penghijrahan                      B. kemaraan              C. Pembangunan        D. kemajuan
8. Pemandu teksi yang _____ itu telah mengembalikan dompet penumpangnya yang tercicir
A. ikhlas                      B. tegas                        C. pemurah                 D. amanah
9. Para pekerja ____ menyiapkan kerja pembinaan bangunan 19 tingkat itu mengikut jadual.
A. mati-matian                       B. Berhati-hati            C. bertungkus-lumus                         D. Sungguh-sungguh
10. Penggubah lagu itu telah memilih penyanyi yang bersuara ________ untuk menyanyikan lagunya .
a. nyaring                   B. merdu                     C. garau                      D.serak
11. Pak Dollah menjunjung se ______ rotan sambil mengelek se ______ bakul berisi buah-buahan .
a. batang ..... biji          B.. ikat .... buah            C. rumpun .... biji        D.. berkas .... buah
12. Dalam pertempuran yang sengit itu se________ pengganas telah melarikan beberapa ______ senjata api .
A. kumpulan ... laras                          B. gerombolan .... laras
C. pasukan ... batang                          D. kumpulan .... batang
13. Muka Rosman kelihatan ________ ketika menghampiri garisan penamat.
A. kemerah-merahan             B. kehitam-hitaman               C. kebiru-biruan        D. kepucat-pucatan
14. Tok Marzuki pulang dari kebun dengan _______ bakul yang sarat berisi buah cempedak di atas bahunya .
a. menjinjng                B. menjunjung                        C. mendukung            D. memikul
15. Walaupun Kumar amat sibuk dengan tugas sehariannya , namun dia amat __________ pendidikan anak-anaknya .
A. menjaga                  B. memerhatikan                    C. memberatkan         D. Mendepankan
16. Penjenayah yang berjaya diberkas itu akan ______ di mahkamah
A. didakwa                  B. ditanya                    C. dituduh                   D. dihukum
17. Datuknya memiliki beberapa _______ tanah pertanian di ________ kampung Gelam
A. keping ------- tepi            B. Bidang .....pinggir    C. Ekar ... tengah         D. Bidang ... sisi
18. Kak Ani sedang mengait se_____ baju panas dengan se_______ benang yang dibelinya .
A. helai ... buku B. Pasang .. ketul C. Helai .. utas D. Pasang .. untai
19. Ibu menyuapkan beberapa _________ nasi kepada nenek dan setelah meminum se_______ air , nenek begitu berselera lalu meminta lagi .
A. jemput ... cawan     B. Sudu .. gelas            C. Suap .. teguk           D. Kepal .. gelas
20. Ibu memasukkan beberapa _____ lada hitam dan tiga _____ bunga cengkih ke dalam masakannya .
A. biji ... kuntum         B. Biji .. keping            C. Butir ... buah           D. Biji .. butir
21. Mereka diberikan ________ sebulan untuk menyiapkan kertas kerja projek terbaru syarikat mereka .
A. tempuh       B. Tempoh       C. Kelonggaran           D. Peluang
22. Kemelesetan ekonomi menyukarkan kehidupan rakyat , apatah lagi yang ________ sepenuhnya pada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan
A. berharap                 B. Bergantung             C.berkait         D. Bertumpu
23. “ Moga-moga dengan kehadiran tuan-puan ke majlis ini akan ______ lagi majlis perkahwinan anak kami ,” kata tuan rumah itu .
A. menyerikan            B. Memeriahkan         C. Mencantikkan        D. Menggamatkan
24. Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selalu
membuat pemeriksaan _______ terhadap premis-premis perniagaan .
A. serentak                  B. Terkejut       C. Mengejut    D. Semasa
25. Semangat kejiranan mestilah _____ sejak di bangku sekolah lagi agar generasi akan datang dapat hidup dalam masyarakat yang aman damai .
A. dipelopor                B. diajar                       C. dipupuk                  D. Dibenam
26. ______tetamu jemputan ke di majlis itu disambut dengan paluan kompang .
A. kedatangan                        B. Kepulangan            C. Kemunculan           D. Kehadiran
27. Gerai kopi di tepi jalan itu ________ apabila sebuah lori yang membawa kayu balak lalu di situ .
A. berbuai                   B. bergetar                  C. bergegar                 D. Bergoyang
28.Beberapa ekor anjing yang menyelongkar tong sampah itu ________ apabila dibaling dengan batu.
A. berhamburan                     B.bertempiaran                       C. berkeliaran             D. bertaburan
29.Ibu _______ bahu adik yang mengigau semasa tidur.
A. memutarkan          B. Menghayunkan      C. menggoncangkan              D. menggoyangkan
30.Dia tercengang-cengang _________ melihat kejadian yang tidak disangka-sangka itu.
A. kehairanan                         B.kebingungan                       C. ketakutan               D. kekacauan

1 ulasan: