CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 23 Ogos 2019

CUBA JAWAB

LATIHAN 10

Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi petak kosong di bawah .


1. Untuk menghilangkan kotoran , kita cuba campurkan secamca besar cuka ke dalam tiga gayung air ____________. 
A. pembilas                 B. membilas                C. bilasan                    D. bilas 


2. Mereka belajar muzik di bawah ______________ seorang guru muzik yang terkenal . 
A. dorongan                B. bimbingan              C. pendorong              D. kebimbingan 


3. Azudin menerima ________________ daripada abangnya yang berada di luar negara . 
A. bingkis                    B. membingkis            C. bingkisan                D. terbingkis 


4. Majikannya selalu ___________ para pekerjanya . 
A. bising                      B. kebisingan              C. membisingkan        D. membisingi 


5. Norlia membongkok dan ______________ sesuatu ke telinga anaknya . 
A.membisikkan           B. bisik-bisik               C. bisik                        D. bisikan 


6. Setiap bulan Aishah ___________ sebahagian daripada pendapatannya untuk membeli saham . A.mengumpulkan      B. menjumlahkan       C. menentukan           D. menyebelahi 


7. Chee Yuh duduk ___________ teman-temannya di dalam dewan itu . 
A. menghadapkan      B. membelakang         C. membelakangi        D. terkebelakang 


8. Saya dan Alimah _____________ oleh kata-katanya yang lemah lembut itu . 
A. terpesona                B. terganggu               C. tenggelam               D. tertipu 


9. Safian menggertak budak itu dengan _____________ bola matanya . 
A. membeliakkan        B. membesarkan         C. membulatkan         D. menyepetkan 


10. Para pelajar digalakkan untuk hidup ____________ .
A.bersendiri                 B. berdikari                 C. bertaubat                D. bersama 


11. Dia ialah bekas __________ yang telah dibebaskan . 
A. penjenayah            B. banduan                 C. biduan                    D. curi 


12. Apabila anda sudah besar dan berpangkat , janganlah kita ___________ kedua ibu bapa kita . 
A. dibelakang              B. terkebelakang         C. dikebelakangkan    D. membelakangkan 


13. Hang Kasturi menghunus kerisnya dan _________ sebentar . 
A. terbelek-belek         B. terlihat-lihatnya                C. melihat-lihatnya    D. membelek-beleknya 


14. Jalan ke Bentong sangat ___________ . 
A. berbelit-belit           B. berbengkok-bengkok         C. berlorong-lorong D. berlurus-lurus


15. Dia cuba ________ sesuatu kepada saya . 
A.berucap                   B. berkata-kata           C. berceramah            D. menerangkan 


16. Manusia sekarang terlalu bersifat __________ .
A. benda                      B. kebendaan              C. Berbenda                D. benda-benda 


17. Anak ialah ___________ Tuhan . 
A. pemberian              B. anugerah                C. kurniaan                 D. hadiah 


18. ___________ apa sahaja yang tersirat di fikiran anda . 
A. Keluarkan               B. Muntahkan                        C. buangkan               D. luahkan 


19. Setiap tahun beribu-ribu pesakit di seluruh dunia mati akibat ___________ oleh pelbagai penyakit berbahaya . 
A. diserang                  B. dijangkiti                 C. dihinggapi              D. dimakan 


20. Bajunya yang sudah koyak rabak itu masih ___________. 
A. Dipakainya            B. Ditenunnya                                    C. Disulamnya           D. dikaitnya 


21. Raju berlari ________ akibat dikejar anjing gila 
A. lintang-pukang      B. simpang –siur         C. bolak-balik             D. compang-camping 


22. Perkara itu telah difikirkannya ________ 
A. mentah-mentah     B. putus-putus           C. sayup-sayup          D. masak-masak 


23. Pencuri itu ______ untuk melepaskan diri 
A. meronta-ronta       B. meminta-minta      C. merata-rata           D. menarik-narik 


24. Pengemis itu berpakaian _____ 
A. corat-coret                         B. comot-momot        C. compang-camping            D. pucat-lesi 


25. ________ terdengar bunyi guruh dan kilat sabung-menyabung 
A. sekali-kali               B. sekonyong-konyong          C. semata-maa           D.seolah-olah 


26. Pekerja itu menerima ______ yang setimpal daripada majikannya apabila dia diberhentikan kerja A.sagu hati                 B.isi hati          C. ganti rugi                D. gaji buta 


27. Walaupun Anisah hanyalah _______ namun dia tetap disayangi oleh Haji Kassim dan isterinya 
A. anak emas              B. anak angkat           C. anak celup             D. anak manja 


28. Impian Zurina untuk melanjutkan pelajaran ke universiti _______ apabila dia gagal dalam peperiksaan . 
A. jauh hati                 B. patah hati               C. hancur lebur                      D. habis akal 


29. Kulit Suria yang ________ bertambah seri apabila dia memakain kebaya berwarna cerah 
A. hijau daun              B. hitam legam           C. merah padam         D. hitam manis 


30. Sambil menangis Rozie meluahkan _____ kepada teman sebiliknya 
A. isi hati         B. inti sari                   C. isi perut                  D. kata dua 

LATIHAN 11

1. Pak Mat telah mengajar Mary cara __________ biola .
A. memetik                  B. menggesek              C. memain                  D. memalu 


2. Pemburu itu cuba __________ seekor harimau yang telah cedera . 
A. mengamati                         B. menjejaki                C. menuruti                D. mengawali 


3. Tong buruk yang terapung itu akhirnya __________ di tepi pantai . 
A. mendarat                B. berlabuh                 C. tersadai                   D. terkumpul 


4. Hubungan Aminah dan Siti akan baik __________ kedua-dua mereka dapat saling memaafkan . 
A. manakala               B. malahan                 C. andainya                D. walaupun 


5. Surat yang saya hantar tidak sampai __________ abang . 
A. ke                            B. kepada                    C. untuk                      D. daripada 


6. Ayah mengumpul beberapa __________ padi di atas batas sawah . 
A. gemal                      B. Cekak                      C. Rumpun                D. jambak 


7. Dia akan berpindah __________ bandar Muar tidak lama lagi.
A. ke                            B. Kepada                    C. Mana                      D. Bila 


8. Kapal terbang itu _________ pada petang semalam .
A. berlabuh                 B. Berlapas                  C. Melepas                  D. Mendaki


9. Bilakah perlawanan bolasepak itu akan __________ ?
A. ada                          B. Diadakan                C. Berada                    D. Ketiadaan


10. Semua pelajar __________ membawa beg masuk ke dalam makmal sains.
A. jangan                    B. Ditangguhkan        C. Dilarang                 D. Dibenci

11. Setiap pagi kami menunggang ___________ ke sekolah
A. Kereta                     B. lori                          C. bas                          D. basikal


12. Luka pada lutut saya telah di jahit oleh ___________
A. Encik Sami              B. Maharaja China                 C. Dr. Khairul              D. Mejar Hassan


13. “___________ akan menghadap Sultan esok,” kata Temenggung kepada Bendahara
A. patik                       B. hamba                     C. beta                         D. tuanku


14. Zainal pergi ke perpustakaan untuk meminjam ___________
A. buku                       B. setem                       C. wang                       D. pen


15. Bandar Hiroshima  di Jepun telah __________ oleh kapal terbang pejuang tentera Amerika Syarikat pada 1945.
A. ditawan                  B. dibom                      C. diseksa                    D. dicerobohi


16. “ ___________ hendak ___________ siapkan kerja ini pada hari ini juga ,” kata Encik Salim kepada pekerjanya.
A. Aku ... engkau         B. Dia ... anda              C. Kami ... kamu          D. Saya... awak


17. Farid menyimpan wangnya di ___________
A. Menara Berkembar Patronas                    B. Bank Simpanan Nasional
C. Menara KualaLumpur                               D. Syarikat Maju Sdn Bhd


18. ___________ banyak memberikan kemudahan kepada kita terutamanya dari segi perhubungan .
A. televisyen                B. bas                           C. telefon                     D. radio


19. ___________ mesti b rajin berlatih untuk memenangi perlawanan itu nanti.
A. kita                          B. Beliau                      C. baginda                  D. tuanku


20. Budak-budak itu kehujanan ketika ___________ berjalan pulang ke rumah.
A. dia                           B. beliau                                  C. mereka                    D. ia


21. Baju ___________ialah pemberian ibu saya sempena hari lahir saya
A. Sini                          B.sana                                                 C.situ                           D.ini


22. ___________pun tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan ini.
A. bila-bila                  B. mana-mana                       C.siapa-siapa              D.apa-apa


23. Di ___________ awak letakkan kotak itu
A. apa                          B.mana                                    C.siapa                        D.bila


24. “Di ___________lah saya menjumpai bayi itu,”kata Song kepada polis itu.
A. sini                          B.situ                                       C.itu                            D.ini


25. Lelaki yang ditangkap oleh polis itu sebenarnya tidak tahu ___________ tentang rompakan itu.
A. siapa-siapa                         B. apa-apa                              C.mana-mana            D.bila-bila


26. “___________kah yang akan menemani kamu ke Pulau Pinang esok ?” kata Ali kepada Abu.
A. siapa                       B.apa                                       C.siapa-siapa              D.mana


27. Banyak faedah yang kita peroleh jika kita ___________ diri dalam persatuan beruniform
A. meluaskan              B. menghiaskan                      C. memasukkan          D.melibatkan


28. Kami terasa sungguh sejuk kerana kabus tebal ___________ seluruh kawasan Tanah Tinggi Genting.
A. menyelubungi        B. menutupi                C.melingkari               D.mengaburi


29. Tugas perajurit adalah ___________ negara daripada sebarang ancaman musuh.
A. memperteguh         B. Mempertahankan              C.memperkuat           D.mempertemukan


30. Hasil karya beliau akan ___________ dalam majalah itu pada bulan akan datang.
A. diterbitkan              B.dimuatkan               C.dikeluarkan                        D.dilampirkan


31. Majlis perasmian itu ___________ dengan persembahan pentas oleh para pelajar sekolah .
A. Ditamatkan                        B. dilengkapi              C. diselesaikan                        D. ditutupi


32. Sejak ______ini para pelajar agak kurang berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah. 
A. baru-baru              B. awal-awal                          C. dulu-dulu               D. akhir-akhir


33. Tanah-tanah _______ yang terdapat di kawasan luar bandar haruslah dimajukan untuk pembangunan negara 
A. tersekat                   B. terabai                                 C. terbiar                     D. tercemar )


34. _______ merupakan anak tunggal dalam keluarganya 
A.dia                            B.mereka                                 C.kita                           D.kami


35. Kursus itu terbuka kepada _______ sahaja yang berminat 
A.bila-bila                   B.mana-mana                        C.siapa-siapa              D. apa-apa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan