CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 12 September 2010

utusan malaysia 12 Sept 2010.. bunuh



tangisan anak-anak yang kematian bapa.....



Kematian Sosilawati: Peguam, adik dan enam pekerja ditahan
12/09/2010 4:25pm

BANTING 12 Sept. – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama

ulasan

1. manusia menjadi tamak dengan sekelip mata mampu berubah daripada seorang bergelar datuk / berpangkat / berdarjat / berilmu / beragama menjadi penculik dan pembunuh yang sadis

2. perlukah mereka diperlakukan sedemikian rupa .. hanya untuk memenuhi nafsu dan keinginan seorang lelaki yang mahu menjadi kaya dalam sekelip mata

3. masih banyak lagi usaha untuk menjadi kaya ... bukan dengan cara membunuh ,,, bukan dengan cara memperdaya ... bukan dengan cara tipu daya

4. kematian ini diluar batas kemanusiaan dan perikemanusiaan seorang manusia. bagaimana keputusan besar sebegini dapat dibuat demi memenuhi impian menjadi kaya ... semua ini terjadi dengan alasan DUIT. maka natijahnya memakan korban yang bukan sedikit .. menimbul derita bukan kepalang ...apa nasib pada anak yang ditinggalkan .. apa nasib pada isteri yang ditinggalkan suami .. bagaimana ia mahu menjalani kehidupan selepas ini .... ayah kehilangan anak tersayang ... isteri kehilangan tempat bergantung ... anak kehilangan tempat bermanja.... ditengah keriuhan kita menyambut syawal yang bening ini ... ada manusia durjana melakukan pembunuhan sebegini kejam .... alangkah malangnya

Tiada ulasan:

Catat Komen