CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 4 TING 2

Badan X

351. Ditubuhkan pada tahun 1883
Bertanggunjawab membantu Gabenor

Siapakan yang menganggotai badan X?

I Residen
II Setiausaha kerajaan
III Bendahari
IV Ketua pasukan keselamatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


352. • Berperanan sebagai majistret
• Pemungut cukai
• Bendahari daerah

Senarai di atas merujuk kepada tugas-tugas

A Residen
B Pegawai daerah
C Ketua kampung
D Setiausaha kerajaan


353. Siapakah yang mengetuai pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah?

A Residen
B Gabenor
C Pesuruhjaya Tinggi
D Setiausaha kerajaan


354. Pegawai daerah adalah ketua pentadbir di peringkat daerah. Siapakah yang menjawat jawatan ini?

A Ketua anak Negeri
B Pemimpin daerah tersebut
C Pegawai Berbangsa Eropah
D Pemimpin kaum Bumiputera

355. Membantu pegawai daerah dalam pentadbiran
Diberi surat kuasa oleh Syarikat Borneo Utara British
Terdiri daripada orang tempatan

Senarai di atas berkaitan dengan

A Pegawai Eropah
B Ketua Anak Negeri
C Pemimpin tempatan
D Timbalan Pegawai Daerah


356. Syarikat Borneo Utara British mengekalkan penglibatan pribumi dalam pentadbiran di peringkat daerah dan kampung kerana

I Memahami adat dan budaya tempatan
II Tidak diminati oleh pegawai Eropah
III Mengahadapi masalah kewangan
IV Dinyatakan dalam perjanjian

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


357. Kes-kes yang berkaitan dengan Hukum Adat dan Undang-undang Islam dibicarakan oleh

A Mahkamah Rendah
B Mahkamah Penghulu
C Mahkamah Majistret
D Mahkamah Anak Negeri


358. Apakah bentuk undang-undang yang dilaksanakan oleh Syarikat Borneo Utara British di Sabah?

I Undang-Undang Barat
II Undang-Undang Tempatan
III Undang-Undang Islam
IV Undang-Undang Adat

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


359. Bertujuan meninggikan martabat serta kewibawaan ketua-ketua pribumi

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Mahkamah Penghulu
B Mahkamah Majistret
C Mahkamah Tempatan
D Mahkamah Anak Negeri


360. Syarikat Borneo Utara British menguasai Sabah untuk membolot kekayaan ekonominya. Apakah hasil tradisional yang di eksploitasi?

I Sirip ikan yu
II Sagu
III Trepang
IV Antimoni

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


361. X
Hasil eksport yang menguntungkan
Eksport pada 1926 bernilai 125,000 dolar

X ialah

A Abaka
B Kelapa
C Sarang Burung
D Gambir Hitam

362. Syarikat Borneo Utara British memaksa penduduk tempatan menambahkan hasil keluaran tradisional dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Apakah tujuan langkah ini?

A Untuk mengatasi masalah kewangan
B Untuk mengaut keuntungan yang tinggi
C Untuk memperkenalkan tanaman komersial
D Untuk mengawal kewangan penduduk tempatan


363. Penduduk Sabah bersusah payah serta bekerja keras namum tidak dapat menikmati keuntungan malah menghadapi kesukaran hidup. Apakah punca keadaan ini?

A Pertanian sara diri
B Kemelesetan ekonomi
C Dibebani pelbagai cukai
D Kekurangan hasil pengeluaran


364. Apakah faktor terpenting yang membolehkan pembukaan lebih banyak ladang-ladang getah di Beufort, Jesselton dan Tenom?

A Galakan kerajaan
B Tanah yang subur
C Buruh yang cukup
D Pembinaan landasan kereta api


365. Mutu tembakau Sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Apakah langkah yang diambil Syarikat Borneo Utara British untuk menggalakkan tanaman tembakau?

A Memberikan subsidi tanah
B Mengecualikan cukai eksport
C Membina lebih banyak kilang
D Membawa masuk lebih banyak buruh asing


366. Mengapakah pembinaan jalan raya di Sabah tertumpu di bandar-bandar besar?

A Desakan penduduk setempat
B Bilangan penduduk yang ramai
C Merupakan kawasan kegiatan ekonomi
D Mempunyai bentuk muka bumi yang baik




367. Sandakan berkembang maju sebagai bandar terpenting di Sabah. Apakah peranannya?

I Pusat pentadbiran
II Pusat pembalakan
III Pusat perlombongan
IV Pelabuhan antarabangsa

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


368. Bandar Jesselton turut dikenali sebagai?

I Api-Api
II Singga Mata
III Diasuka
IV Elopura

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


369. Bandar X
• Pelabuhan terkenal di Pantai Timur Sabah
• Eksport utamanya ialah Getah, Abaka, mutiara dan kayu balak

Bandar X ialah

A Kudat
B Tawau
C Sandakan
D Lahad Datu








370. Mengapakah Syarikat Borneo Utara British hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja di Sabah?

I Kurang sambutan
II Kekurangan wang
III Tidak mengutungkan
IV Kekurangan tenaga pengajar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


371. Kegiatan ekonomi yang berorientasikan eskport

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Pertanian eskport
B Pertanian sara diri
C Pertanian dagangan
D Pertanian tradisional


372. Pada kurun ke-19, lada hitam dan gambir diusahakan oleh buruh Cina secara

A Sistem kangcu
B Sistem pajakan
C Sistem komersial
D Sistem tanaman paksa


373. Mengapakan tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850?

A Harga tidak stabil
B Masalah penyakit
C Permintaan yang kurang
D Persaingan dengan pengeluar lain





374. Tanaman X
• Diusahakan di Seberang Prai dan Perak
• Menjadi eksport penting Tanah Melayu selama 50 tahun

Tanaman X ialah

A Tebu
B Buah pala
C Lada hitam
D Bunga cengkih


375. Apakah dasar yang diamalkan oleh British terhadap pertanian dagang di tanah Melayu?

A Hanya peladang Eropah diberikan peluang
B Pendudukan tempatan diberikan keutamaan
C Peladang Eropah dan orang asing lebih digalakkan
D Peluang yang sama kepada semua pihak untuk diceburi


376. Menjelang kurun ke-20 beberapa jenis tanaman dagangan tradisional menjadi kurang penting. British telah memperkenalkan beberapa tanaman baru seperti

I Teh
II Kelapa sawit
III Tembakau
IV Getah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


377. Tanaman kopi telah diusahakan secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Apakah faktor utama yang mendorong penanamannya?

A Tanah yang subur
B Buruh yang mahir
C Buruh yang murah
D Harga yang tinggi


378. Apakah kesan kejatuhan harga kopi di pasaran dunia pada kurun ke-19 terhadap Tanah Melayu?

A Getah diperkenalkan
B Pengangguran yang tinggi
C Buruh Cina dihantar pulang
D Kemelesetan ekonomi yang teruk


379. Pada kurun ke-20 harga getah telah melambung tinggi di pasaran dunia kerana?

A Pengeluaran terhad
B Penawaran yang tinggi
C Kemerosotan penanaman kopi
D Perkembangan perusahaan motokar


380. • Permintaan yang meningkat
• Usaha H.N. Ridley
• Tenaga Buruh yang cukup
• X

Senarai di atas merujuk kepada faktor-faktor perkembangan perusahan getah. Faktor X ialah?

A Pelaburan modal
B Sambutan penduduk
C Sokongan pembesar tempatan
D Perkembangan sistem pengangkutan


381. H.N.Ridley telah memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem Ibedem atau sistem tulang ikan Herring. Apakah kesan terpenting kaedah ini?

A Menambahkan kesuburan
B Mengurang masa menoreh
C Memudahkan kegiatan menoreh
D Meningkatan pengeluaran susu getah


382. Mengapakah Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah bagi perusahaan getah?

A Menambahkan hasil pengeluaran
B Industri getah mengalami kemerosotan
C Menambahkan penglibatan Orang Melayu
D Mengalakkan pembukaan ladang-ladang getah yang baru


383. • Mengurangkan pengeluaran
• Meningkatkan harga
• Tidak disertai oleh Belanda di Indonesia

Maklumat di atas berkaitan dengan?

A Rancangan Sekatan Stevenson
B Rancangan kawalan harga getah
C Rancangan menstabilkan harga getah
D Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa


384. Apakah Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pengeluaran getah negara kita selepas Perang Dunia Kedua?

A Harga yang rendah
B Pengeluaran yang merosot
C Saingan daripada getah tiruan
D Permintaan yang melebihi penawaran


385. • Bukit Pasir
• Teluk Ramunia
• Teluk Emas

Senarai di atas berkaitan dengan

A Perlombongan Emas
B Perlombongan Bauksit
C Perlombongan Bijih Besi
D Perlombongan Bijih Timah


386. Antara berikut yang manakah merupakan kaedah melombong bijih timah yang dijalankan oleh orang Melayu dan Cina

I Mendulang
II Melampan
III Lombong dedah
IV Kapal korek

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


387. Faktor utama yang membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an ialah

A Tiada saingan
B Tidak diceburi oleh orang cina
C Mempunyai modal yang tinggi
D Mempunyai tenaga buruh yang ramai


388. Apakah yang menyebabkan peningkatan yang mendadak terhadap permintaan bijih timah?

A Penawaran yang terhad
B Kemajuan perindustrian
C Perusahaan mengetin makanan
D Kekurangan bahan galian yang lain


389. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1931

Apakah kejayaan utama perjanjian tersebut?

A Harga bijih timah distabilkan
B Permintaan bijih timah meningkat
C Pengeluaran berjaya ditingkatkan
D Kaedah melombong yang moden diperkenalkan


390. Di antara berikut yang manakah merupakan kegunaan getah perca?

I Membuat alatan bedah
II Membuat bola golf
III Membuat bahan penebat kabel
IV Membuat pelekat dalam industri gigi palsu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV







391. • Cengal
• Meranti
• Keruing

Senarai di atas berkaitan dengan

A Perikanan
B Pertanian
C Pembalakan
D Perlombongan


392. • Hasil hutan yang penting
• Diperoleh daripada getah pelbagai pokok
• Digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Rotan
B Damar
C Getah perca
D Getah Jelutung


393. Ekonomi Dagangan Pantai Barat
Ekonomi Tradisional Pantai Timur

Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan terpenting dasar British ini terhadap Tanah Melayu?

A Mewujudkan kemajuan pesat
B Mewujudkan keseimbangan ekonomi
C Mewujudkan keseimbangan antara Pantai Barat dan Pantai timur
D Mewujudkan jurang ekonomi di antara bandar dan luar bandar


394. British mengamalkan dasar mengasingkan kaum mengikut tempat tinggal serta kegiatan ekonomi. Dasar ini menyebabkan

A Masalah keselamatan
B Masalah pembangunan
C Mencetuskan rusuhan kaum
D Mewujudkan jurang ekonomi


395. • Sistem kontrak
• Sistem Kangani

Senarai di atas berkaitan dengan

A Cara kemasukan buruh asing
B Sistem ekonomi Tanah Melayu
C Sistem perbankan di Tanah Melayu
D Bentuk dwiekonomi di Tanah Melayu




396. Peringkat Perkembangan Landasan Kereta Api
Fasa Pertama 1885- 1896
Fasa Kedua 1897- 1909
Fasa Ketiga 1910-1931

Apakah tujuan utama pembinaan landasan kereta api oleh kerajaan British?

A Memudahkan pergerakan rakyat
B Memenuhi keperluan rakyat Tanah Melayu
C Memajukan sistem pengangkutan di Tanah Melayu
D Menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan

397. Apakah antara langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk mengawal penyakit berjangkit ?

I Mendirikan hospital
II Mendirikan pusat perubatan
III Menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan
IV Menubuhkan Lembaga Kesihatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



398. • Taiping
• Ipoh
• Kuala Lumpur

Senarai di atas merujuk kepada bandar-bandar baru yang muncul di Tanah Melayu. Kemunculan bandar-bandar ini disebabkan oleh

A Penanaman tebu
B Perusahaan getah
C Pusat pertanian dagangan
D Perlombongan bijih timah


399. Empangan Cenderoh telah dibuka pada tahun 1930. Apakah tujuan kerajaan membina empangan tersebut?

A Pembalakan
B Kegiatan perdagangan
C Kilang memproses getah
D Perlombongan bijih timah


400. Apakah yang membuktikan, British yang tidak berhasrat untuk memajukan pendidikan di kalangan orang Melayu?

A Tiada kemudahan sekolah
B Sekolah Melayu tidak dibina
C Sekolah Menengah Melayu tidak disediakan
D Lepasan Sekolah Melayu tidak diterima sebagai pegawai kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Komen