CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 2 TING 2

251. British melaksanakan dasar campur tangan di Negeri-negeri Melayu selepas tahun 1974, Apakah faktor yang mendorong dasar ini?

I Kekayaan Hasil Bumi
II Revolusi perindustrian
III Persaingan dengan kuasa Eropah yang lain
IV Desakan pembesar tempatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


252. Pada tahun 1873 seramai 243 pedagang Negeri-negeri Selat telah menulis surat kepada Lort Kimberly Setiausaha Tanah Jajahan British. Apakah isi kandungan surat tersebut.

A Meminta bantuan kewangan
B Meminta pentadbiran Negeri-negeri Selat
C Mendesak campur tangan di Negeri Melayu
D Mencadangkan supaya pertanian komersial diperkenalkan


253. Perusahaan Mengetin Makanan
Memasarkan hasil keluaran

Penyataan diatas berkaitan dengan

A Terusan Sues
B Revolusi Perindustrian
C Perang Saudara di Perak
D Perubahan Dasar British


254. • Larut
• Kelian pauh
• Kelian Baru

Apakah sumbangan tempat yang tersenarai diatas?

A Pusat Pertanian
B Pusat Pentadbiran
C Pusat Perindustrian
D Pusat Perlombongan


255. Pada tahun 1848 Long Jaafar telah membawa masuk ramai Orang Cina ke Perak

Apakah tujuan beliau membawa masuk buruh Cina?

A Menjadi askar
B Menjadi peniaga
C Menjadi pedagang
D Menjadi pelombong


256. Kemasukan buruh yang banyak telah mencetuskan masalah

A Pertambahan penduduk
B Pemberontakan pekerja
C Pergaduhan antara kaum
D Pergaduhan kongsi gelap


257. Perang Larut telah menjejaskan perusahaan bijih timah .Apakah langkah yang diambil oleh Ngah Ibrahim untuk mengatasi masalah ini?

A Menubuhkan pasukan tentera
B Meminta bantuan Kapten Speedy
C Melantik dua orang Temeengung
D Meminta bantuan Sir Andrew Clark


258. Apakah punca perebutan takha di kalangan kerabat Diraja Perak?

A Sistem pewarisan taktha tidak dipatuhi
B Sultan mangkat tanpa meninggalkan waris
C Tiada sistem pewarisan dan pentadbiran yang baik
D Penglibatan British dalam Perang Saudara pada tahun 1871


259. Kenapakah Raja Abdullah tidak di tabalkan menjadi Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871?

A Bukan Raja Muda
B Bukan anak gahara
C Tidak disukai oleh Pembesar
D Tidak menghadiri upacara pemakaman Sultan Ali



260. Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada tahun 1874. Apakah kesan terpenting Perjanjian ini?

A Raja Abdullah diberi pencen
B Sultan menerima Penasihat British
C Raja Ismail dilantik sebagai Sultan
D Bermulanya penguasaan British di Perak


261. • Long Jaafaar
• Raja Abdullah

Apakah persamaan tokoh-tokoh di atas?

A Meminta bantuan British
B Menjadi Penasihat Sultan
C Memajukan perlombongan
D Menjawat jawatan Menteri


262. Perang Klang telah tercetus semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad .Apakah punca perang ini?

A Raja Mahadi menyerang istana Sultan
B Perebutan kuasa untuk taktha Selangor
C Sultan Abdul Samad tidak mempunyai waris
D Daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah


263. Apakah langkah yang diambil oleh Sultan Abdul Samad untuk menamatkan Perang Klang yang menjejaskan kegiatan perdagangan Selangor.

A Mewujud pentadbiran di daerah Klang
B Melantik Tengku Kudin untuk menamatkan perang tersebut
C Meminta bantuan British
D Menghantar angkatan tentera menyerang daerah Klang


264. British mencari alasan bagi menempatkan Residen di Selangor

Berdasarkan penyataan di atas apakah alasan yang digunakan oleh British untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai naungannya?

I Kapal dagang British di rompak
II Masalah perebutan taktha
III Rumah api di Tanjong Rachado di serang
IV Perang kongsi gelap

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


265.
- DATO KELANA
- DATUK BANDAR KULUP TUNGGAL
-
Berdasarkan carta di atas mengapakah Sungai Ujong menjadi rebutan kedua-dua pembesar diatas?

I Sungai Ujung kaya dengan bijih timah
II Mendapat hak mengutip cukai di Sungai Ujung
III Pemerintah Sungai Ujung layak menjadi Yam Tuan Besar
IV Sungai Ujong berperanan sebagai Pusat pemerintahan Negeri Sembilan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


266. Datuk Kelana telah menandatangani Perjanjian dengan British pada tahun1874. Apakah kesan perjanjian tersebut?

I Dato Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
II Dato Bandar mengiktiraf perjanjian ini
III British berkuasa mengutip cukai di Sungai Linggi
IV Residen British ditempatkan di Sungai Linggi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


267. • Rembau
• Jelebu
• Seri menanti

Apakah persamaan daerah yang disenaraikan di atas?

A Dipaksa menerima Residen British
B Menentang penempatan Residen British
C Dikuasai British dengan menempatkan majistret dan pemungut hasil.
D British menyerahkan daerah-daerah ini kepada Dato Kelana sebagai balasan


268. Walaupun Pahang tidak sekaya Negeri-negeri melayu yang lain, British mahu mengusai Negeri Pahang. Kenapa British berminat menguasai Pahang?

A Menamatkan perang saudara
B Menguasai Sektor Pembalakan
C Dijemput oleh pemerintah tempatan
D Untuk menghalang Kuasa Eropah yang lain


269. Apakah langkah yang diambil oleh Sultan Ahmad untuk mengekalkan kedaulatan Pahang?

A Menerima penasihat British
B Mengamalkan dasar berbaik dengan Siam
C Memodenkan sistem pentadbiran Pahang
D Membangunkan Pahang dengan membawa masuk pelabur dari Eropah


270. Pada tahun 1887 Sultan Ahmad telah menerima wakil British, tetapi British masih tidak berpuas hati kerana

A Kuasa wakil British adalah terhad
B Wakil British berhak ke atas rakyat Pahang
C Sultan enggan menerima nasihat wakil British
D Wakil British berkongsi kuasa dengan wakil-wakil kerajaan Eropah









271. Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui telah ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad. Apakah kesan terpenting peristiwa ini?

A Berakhir kedaulatan Pahang
B Taktha Sultan Ahmad dirampas
C Sultan Ahmad telah menubuhkan pasukan polis
D Residen British ditempatkan di Pahang


272. Campur tangan British telah menyebabkan pengenalan Sistem Residen. Kenapa Sistem Residen ditentang oleh sultan serta pembesar tempatan?

I Sultan kehilangan kuasa dalam urusan pentadbiran
II Residen menasihati sultan dalam semua hal
III Residen mencampuri hal adat istiadat
IV Sultan tidak berhak memungut cukai

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


273. Sistem Residen dikatakan mempunyai banyak kelemahan. Apakah kelemahan tersebut?

I Residen tidak diberi panduan jelas menjalankan tugas
II Pentadbiran negeri yang tidak seragam
III Masalah pemberontakan penduduk
IV Tidak mendapat sokongan sultan dan pembesar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


274. Antara berikut yang manakah merupakan faktor penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersatu?

I Krisis kewangan Pahang
II Perkongsian perkhidmatan pakar
III Mengukuhkan pertahanan
IV Memulihkan kuasa sultan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


275. Sultan telah melahirkan perasaan tidak puas hati kepada pihak British kerana kuasa Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil oleh Residen. Apakah tindakan British bagi mengatasi masalah ini?

A Menubuhkan Durbar
B Menubuhkan Majlis Raja-Raja
C Membubarkan Majlis Mesyuarat Negeri
D Menubuhkan Majilis Mesyuarat Persekutuan


276. Tindakan Sultan Abdul Samad melantik Tengku Kudin, sebagai wakilnya untuk menamatkan Perang Klang tidak disetujui oleh pembesar Selangor?

A Tengku Kudin bukan anak gahara
B Tengku Kudin tidak berpengalaman
C Tengku Kudin meminta bantuan British
D Tengku Kudin bukan anak negeri Selangor


277. • Raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi Persekutuan
• Raja bersetuju menerima Residen Jeneral
• X

Senarai diatas berkaitan dengan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895. X ialah

A Raja berhak ke atas semua perkara
B Residen Jeneral menasihati Sultan dalam semua perkara
C Raja bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
D Raja bersetuju membantu negeri-negeri yang perlukan bantuan


278. Pembentukan Persekutuan menyebabkan kuasa pentadbiran di pegang oleh Residen General, kuasa Residen meliputi

I Kewangan
II Cukai eksport
III Keselamatan
IV Keadilan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


279. Sultan tidak puas hati kerana kuasa Sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri diambil oleh Residen Jeneral

Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk mengatasi masalah yang disebutkan di atas?

A Menubuhkan Durbar
B Menambahkan kuasa Sultan
C Mengantikan Majlis Mesyuarat Negeri
D Mengurangkan kuasa Residen Jeneral


280. Sultan Perak Sultan Idris Syah telah mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Apakah perkara yang di tuntut oleh baginda?

I Menghapuskan jawatan Residen Jeneral
II Bilangan orang Melayu dalam Perkhidmatan Awam ditambah
III Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi
IV Orang Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


281. Pada akhir kurun ke 19, keunggulan British telah tercabar. Apakah yang menyebabkan keunggulan British tercabar?

A Lahir semangat nasionalisme
B Penentangan penduduk tempatan
C Kemunculan zaman Imperialis Baru
D Kemunculan golongan berpendidikan


282.
Perancis beminat meluaskan kuasa ke Lembah Menam
Perancis merancang membina terusan di Segenting Kra

Apakah kesan tindakan Perancis ke atas tanah Melayu

A Pembesar tempatan meminta bantuan Perancis
B Siam berperang dengan Perancis di Indo-Cina
C Perancis berusaha campur tangan di Negeri-Negeri Melayu Utara
D Mendorong British meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Melayu Utara


283. Perjanjian Sulit British Siam 1897

Apakah tujuan terpenting British menandatangani Perjanjian ini?

A Menjamin perkembangan ekonomi
B Untuk menamatkan pesengketaan dengan Siam
C Merampas Negeri-Negeri Melayu Utara daripada Siam
D Menghalang Siam menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada kuasa Barat yang lain


284. Apakah kesan terpenting Perjanjian ini?

I British telah mencabuli perjanjian tersebut
II Permerintah tempatan masih menjalin hubungan dengan kuasa barat yang lain
III Negeri-negeri yang terlibat tidak akur dengan perjanjian tersebut
IV Siam kehilangan hak terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV







285. • WA Graham
• Meadowe Frost
• H.E.Duke

Senarai di atas berkaitan dengan tokoh yang berkhidmat di Negeri-Negeri Melayu Utara. Apakah peranan mereka?

A Residen
B Wakil Siam
C Penasihat Sultan
D Pembantu Residen


286. Perjanjian Bangkok 1909 telah mengubah sejarah Negeri-Negeri Melayu Utara kerana

A Pemerintahnya diberikan kebebasan memerintah
B British kehilangan hak ke atas negeri-negeri tersebut
C Kedudukan Siam di negeri-negeri tersebut lebih terjamin
D Siam telah menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada British


287. • Sultan Muhammad IV membantah tindakan tersebut
• Kira-kira 15,000 penduduk Melayu berhijrah ke Kelantan

Apakah tindakan yang menimbulkan peristiwa ada di atas?

A Penyerahan Wilayah Tabal kepada Siam
B Siam enggan mengiktiraf kemerdekaan Kelantan
C British merampas wilayah Tabal daripada Sultan
D British enggan mengiktiraf kemerdekaan Wilayah Reman


288. Perjanjian X
• Siam tidak menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
• British menyerahkan hak Wilayah Asingan kepada Siam

Perjanjian X ialah

A Perjanjian Burney
B Perjanjian Sulit 1897
C Perjanjian Bangkok 1909
D Perjanjian peristiharan British-Siam 1902


289. Apakah kesan pemberian hak Wilayah Asingan kepada British dalam perjanjian tersebut?

A Hakim melaksanakan perundangan Siam
B British menguasai sistem perundangan Siam
C Konsel British mengetuai sistem perundangan
D Rakyat British diadili mengikut sistem perundangan British


290. Perjanjian Bangkok 1909 teleh memberikan kesan yang penting yang telah mengubah sejarah Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Apakah kesan tersebut?

A Kuasa raja-raja dikukuhkan
B Penasihat British ditempatkan
C Penasihat British menasihati sultan dalam semua perkara
D Raja-Raja Melayu berhak ke atas hala tuju negeri masing-masing
291.
- BERLAKU KONFLIK ANTARA GEORGE MAXWELL DENGAN ANGGOTA MAJLIS MESYUARAT NEGERI
-
Apakah punca konflik di atas?

I Penggunan Bahasa Inggeris dalam penulisan surat rasmi
II Pengunaan kalendar
III Penentuan cuti umum
IV Kuasa memungut cukai

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


292. Kapten Meadowe Frost telah di lantik sebagai Penasihat British di Perlis. Apakah langkah-langkah yang di lakukan beliau dalam usaha mengukuhkan kuasanya?

I Mengubal undang-undang
II Meperkenalkan Jabatan Hasil dan Cukai
III Menguasai Jabatan Kewangan
IV Memulakan penggunaan kalendar masihi

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
293. Negeri Tahun Pihak terlibat
Kelantan 1910 British Sultan Muhammad IV

Jadual di atas berkaitan dengan pejanjian yang ditandatangani di Kelantan. Apakah kesan perjanjian tersebut?

A Kedaulatan Kelantan dijamin
B Perlembagaan Kelantan digubal
C Jabatan Hasil dan Cukai ditubuhkan
D J.S Mason dilantik sebagai Penasihat British

294. Sultan Zainal Abidin sentiasa berwaspada dalam mempertahankan kedaulatan Terengganu. Apakah bukti yang menunjukkan kuasa British di Terengganu kurang berbanding dengan Negeri-negeri Melayu Utara yang lain?

A British hanya berhak memungut cukai
B Kuasa Residen dalam hal ehwal kewangan sahaja
C Kuasa British tertakluk kepada hal ehwal luar Terengganu
D Penasihat hanya menasihati sultan dalam perkara-perkara tertentu



295.
pADA 1911 Sultan Zainal Abidin III Mengubal Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Apakah tujuan utama perlembagaan di atas?

A Mengukuhkan peranan raja
B menjamin kesejahteraan rakyat
C Menamatkan campur tangan Siam
D Memelihara kedaulatan dan kemerdekaan





296.
1911 Sultan Zainal Abidin III Mengubal Perlembagaan Undang-undang
Tubuh Kerajaan Terengganu

Apakah antara isi kandungan perjanjian tersebut?

I Peranan sultan dan pembesar
II Sultan tidak boleh menyerah negeri Terangganu kepada mana-mana kuasa asing
III Mustahak ke atas raja bermesyuarat
IV Hak raja dan menteri besar dalam memilih jemaah menteri

A I, II dan III
B I, II an IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


297. Sebelum 1909 PERLIS , KEDAH, KELANTAN dan TERENGGANU Menghantar bunga emas ke Siam . Mengapa selapas 1909 negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam

Apakah faktor yang mencetuskan perubahan selepas 1909?

A Menjadi naungan British
B Mengalami kemelesatan ekonomi
C Mempunyai angkatan tentera yang kuat
D Mempunyai pemerintah yang berwibawa


298. Johor merupakan Negeri Melayu yang terahkir yang menerima penasihat British

Apakah faktor-faktor yang membolehkan Johor mengekalkan kedaulatannya?

I Kebijaksaan pemerintah
II Pengenalan sistem birokrasi moden
III Sistem pertahanan yang kukuh
IV Hubungan persahabatan dengan British

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


299. Apakah kepentingan persetiaan yang ditandatangani oleh Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim pada bulan Mac 1855?

A Sultan Ali menguasai seluruh Johor
B Wilayah Kesang diserahkan kepada British
C Hanya keturunan Sultan Ali layak menjadi sultan Johor
D Temenggung Ibrahim diiktiraf sebagai pemerintah kecuali Wilayah Kesang


300. Tokoh X
Tanjung Puteri menjadi pusat pentadbiran
Menjalankan pentadbiran dengan cekap
Memajukan ekonomi Johor

Tokoh X ialah

A Sultan Abu Bakar
B Temenggung Ibrahim
C Temenggung Abu Bakar
D Temenggung Daeng Ibrahim

Tiada ulasan:

Catat Komen