CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 6 TING 1

201. Sebelum abad ke-16 Sabah tidak boleh diiktiraf sebagai sebuah negeri kerana

A Tidak mempunyai sempadan negeri
B Tidak mempunyai struktur masyarakat
C Tidak mempunyai pemerintahan beraja
D Tidak mempunyai sistem perundangan


202. Pekataan Sabah berasal daripada perkataan ‘Saba’ yang merujuk kepada sejenis

A Buah
B Pokok
C Haiwan
D Alat muzik

203. Sebelum abad ke 16, sistem pemerintahan Sabah terbahagi kepada

I Sistem politik kesukuan
II Sistem politik kesultanan
III Sistem pemerintahan pembesar
IV Sistem politik ketua bebas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

204. Apakah bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan di bahagian pesisiran pantai barat dan pantai timur Sabah?

I Kesultanan Sulu
II Kesultanan Brunei
III Kesultanan Melaka
IV Kesultanan Jawa

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

205. Perebutan Kuasa dalam Kesultanan Brunei dari tahun 1662

Apakah kesan peristiwa di atas kepada pemerintahan di Sabah?

A Sabah diperintah oleh dua Kesultanan
B Kawasan timur laut diberi kemerdekaan
C Sabah dibahagikan kepada beberapa wilayah
D Sabah telah ditadbir oleh pembesar tempatan


206. Penduduk Sabah terdiri daripada 30 etnik. Petempatan penduduk di Sabah dapat dibahagikan kepada

I Pesisiran pantai
II Lembah pantai
III Tanah tinggi
IV Pedalaman

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


207. • Papar
• Tuaran
• Kota Belud

Senarai di atas merujuk kepada petempatan etnik

A Suluk
B Bajau
C Murut
D Kadazandusun

208. • Suluk
• Bajau
• Melayu-Brunei

Kumpulan etnik Sabah yang tersenarai di atas menetap di

A Kawasan pedalaman
B Kawasan lembah pantai
C Kawasan lembah sungai
D Kawasan pesisiran pantai


209.
Etnik X mendiami Kudat , Penampang dan Tambunan
Etnik X ialah

A Suluk
B Bajau
C Murut
D Kadazandusun


210. Pendidikan di Sabah terbahagi kepada pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Apakah tujuan pendidikan tidak formal?

A Mengajar tulisan jawi
B Mengajar al-Quran
C Mengajar kaedah membaca
D Mengajar kemahiran tertentu


211. Pendidikan formal di Sabah diadakan di

I Surau
II Pondok
III Istana
IV Rumah guru agama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


212. Masyarakat Sabah terkenal dengan adat resam dan tradisi yang tersendiri. Undang-undang adat bertujuan untuk

A Mewujudkan perpaduan kaum
B Menjamin kemakmuran negara
C Mengukuhkan kuasa pemerintah
D Memelihara dan menjamin kesejahteraan


213. Undang-undang adat dilaksanakan oleh ketua adat

Di antara undang-undang adat yang diamalkan oleh masyarakat di Sabah ialah

I Bobohizan
II Babas
III Sogit
IV Kepanasan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


214. Apakah tujuan undang-undang adat?

A Mengeratkan hubungan
B Memuja roh atau semangat
C Menamatkan persengketaan
D Meningkatkan hasil tanaman


215. Menurut masyarakat Kadazan dusun malapetaka seperti wabak penyakit dan bencana alam berpunca daripada

A Tidak memelihara alam sekitar
B Tidak memuja roh dan semangat
C Tidak mematuhi undang-undang adat
D Masyarakat yang tidak bersatu padu


216. Upacara memuja semangat padi semasa menanam dan menuai padi

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A Babas
B Monogit
C Magunatip
D Maglamilami


217. Majlis perkahwinan dalam masyarakat Bajau lazimnya diadakan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana

A Tarikh yang mulia
B Ditetapkan oleh agama
C Serentak dengan musim menuai
D Pengantin akan dimurahkan rezeki


218. Semasa majlis perkahwinan kaum Bajau, upacara maglamilami akan diadakan. Apakah yang dilakukan semasa upacara ini?

A Majlis tari menari
B Majlis kesyukuran
C Majlis persandingan
D Menjamu selera dan berhibur


219. Adat memukul tiang rumah

Pernyataan di atas merujuk kepada salah satu adat yang diamalkan oleh masyarakat Murut. Bilakah adat ini dijalankan?

A Semasa pesta menuai
B Semasa berlaku kematian
C Semasa upacara perkahwinan
D Semasa berpindah ke rumah baru


220. Menurut kepercayaan masyarakat Murut, kuasa yang mencipta segala-galanya ialah

A Pagan
B Babalian
C Aki Kupono
D Kinorohingan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan