CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 2 TING 1

51. Masyarakat Maritim mahir menbuat kapal dan menguasai ilmu pelayaran

Apakah yang membuktikan penyataan di atas?

A Mempunyai empayar yang luas
B Berlayar hingga ke Afrika Timur
C Berperanan sebagai pelabuhan utama
D Berjaya berlayar sampai ke benua Eropah


52. Di antara berikut yang manakah merupakan barangan yang dikumpulkan oleh kerajaan maritim daripada kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang terletak di sekitarnya?

I Rempah ratus
II Ubat-ubatan
III Cendana
IV Manik

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


53. Kerajaan X
• Diasaskan pada sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien
• Rajanya dipengaruhi oleh agama hindu

Kerajaan X ialah

A Funan
B Chih-Tu
C Champa
D Srivijaya



54. Kerajaan X
• Diasaskan pada sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien
• Rajanya dipengaruhi oleh agama hindu

Pelabuhan terkenal kerajaan X ialah

A Oc-Eo
B Kataha
C Inderapura
D Lembah Bujang


55. Di antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri kerajaan Chih-Tu?

I Diasaskan oleh Raja Guatama
II Raja berkuasa mutlak
III Dipengaruhi oleh sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya
IV Dipengaruhi oleh agama Buddha

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


56. Kerajaan X
• Diasaskan pada abad ketujuh Masihi
• Berpusat di Palembang
• Raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di pulau

Berdasarkan maklumat di atas kerajaan X ialah

A Champa
B Srivijaya
C Majapahit
D Kedah Tua

57. Batu bersurat bertarikh 683 masihi telah dijumpai di Telaga Batu

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada catatan pada batu bersurat tersebut?

A Srivijaya adalah pusat perdagangan yang unggul
B Terdapat tiga bahagian pentadbiran di Srivijaya
C Srivijaya menguasai Selat Melaka dan Selat Sunda
D Srivijaya mencapai zaman kegemilangan pada tarikh tersebut


58. • Kerajaan awal yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu
• Dikenali sebagai Kataha
• Diasaskan pada kurun kelima masihi
• Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu

Maklumat di atas berkaitan dengan kerajaan Kedah Tua. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa terdapat pengaruh agama Buddha dan Hindu dalam kerajaan ini

A Raja berkuasa mutlak
B Candi di Lembah Bujang
C Raja dianggap sebagai devaraja
D Bahasa Sanskrit adalah bahasa rasmi


59. Penemuan duit perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil membuktikan bahawa

A Sistem ekonomi yang kukuh
B Sistem tukar barang tidak wujud
C Sistem mata wang telah diperkenalkan
D Lembah Bujang menjadi pelabuhan entrepot

60. Hayam Wuruk
Patih Gajah Mada

Kedua-dua tokoh di atas memberi sumbangan besar terhadap sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara. Kerajaan tersebut ialah

A Champa
B Srivijaya
C Majapahit
D Kedah Tua


61. Pada akhir abad ke-14, Parameswara dan pengikutnya telah berundur ke Temasik.Kenapa Parameswara bertindak demikian?

A Masalah perebutan takhta
B Ingin mencari kerajaan baru
C Untuk meluaskan empayar Srivijaya
D Untuk mengelakkan serangan Majapahit


62. Apakah peristiwa yang menyebabkan Majapahit ingin menyerang Palembang?

A Palembang ditawan oleh Srivijaya
B Putera raja Majapahit telah dibunuh
C Palembang menyerang sekutu Majapahit
D Palembang cuba membebaskan diri daripada penguasaan Majapahit


63. Semasa berada di Temasik, Parameswara telah membunuh Temagi. Kenapa Parameswara berbuat demikian?

A Temagi adalah wakil Siam
B Temagi merampas takhta Srivijaya
C Temagi enggan mengiktiraf Parameswara
D Parameswara ingin menjadi pemerintah Temasik


64. Asal usul nama Melaka dikaitkan dengan pokok yang dikenali sebagai Amalaka dalam mitos Hindu. Apakah keistimewaan pokok tersebut?

I Pokok pertama yang tumbuh di alam semesta
II Dikaitkan dengan asal-usul agama Hindu
III Buahnya mempunyai kuasa ajaib
IV Tempat kediaman Sidharta Gauthama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
65. Asal-usul nama Melaka dikaitkan dengan

I Pokok
II Mitos Hindu
III Perhimpunan segala dagang
IV Orang Laut

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


66. Salah satu istilah yang dikaitkan degan nama Melaka ialah perkataan Arab ‘Mulaqah’ yang bermaksud

A pohon
B salasilah
C pertemuan
D perniagaan


67. Mengapa Parameswara dan pengikutnya telah berpindah meninggalkan Temasik?

A Dijemput oleh orang laut
B Ingin mengasaskan Kerajaan Melaka
C Ingin mencari kerajaan yang lebih sesuai
D Untuk mengelakkan serangan Siam dan Majapahit


68. Siapakah penduduk asal Melaka?

I Orang Melayu
II Orang Laut
III Orang Asli
IV Pedagang asing

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


69. Apakah yang menyebabakan Parameswara yakin bahawa perkampungan nelayan yang disinggahinya boleh berkembang maju?

I Kedudukannya yang berhampiran dengan laut
II Bekalan air bersih mudah diperoleh
III Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau
IV Naungan kerajaan China

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


70. Pokok bakau
Api-api

Apakah kepentingan senarai di atas terhadap perkembangan Melaka

I Menahan pantai serta tebing daripada hakisan air
II Benteng pertahanan
III Sumber ekonomi
IV Untuk membina kapal

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


71. Di antara berikut yang manakah merupakan langkah yang diambil oleh Parameswara untuk membangunkan Melaka

I Menyusun pentadbiran yang teratur
II Menjalinkan hubungan diplomatik
III Mendapatkan bantuan orang laut
IV Mewujudkan sistem pencukaian teratur

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


72. Bentara
Biduanda kecil

Senarai di atas berkaitan dengan

A Pembesar di Melaka
B Sistem cukai di Melaka
C Kemudahan di pelabuhan
D Sistem mata wang di Melaka


73. Hubungan Melaka-China

Apakah kesan terpenting hubungan tersebut kepada Melaka?

A Melaka menjadi kuat
B Perdagangan semakin maju
C Melaka membina emapayar
D Melaka terselamat daripada ancaman


74. Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam. Langkah ini bertujuan untuk

A Mengelakkan serangan
B Memajukan perdagangan
C Mendapat barang dagangan
D Mendapatkan bekalan makanan


75. Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang Laut untuk menjaga keselamatan Melaka. Bagaimana mereka dapat membantu Parameswara?

I Mempunyai ciri-ciri kepahlawanan
II Pedagang yang kaya
III Mahir selok-belok Selat Melaka
IV Mempunyai sifat taat setia

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


76. Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning,cap mohor dan sepersalinan kepada Melaka. Apakah kepentingan tindakan ini?

A Kerajaan Melaka diiktiraf
B Melaka bebas daripada ancaman
C Melaka menjadi pusat perdagangan
D Hubungan diplomatik mula dijalinkan


77. Dalam usaha memajukan kegiatan perdagangan di Melaka, Parameswara telah menyediakan banyak kemudahan. Apakah antara kemudahan yang disediakan?

I Menyediakan bekalan air bersih
II Membaiki kapal
III Menyediakan penginapan
IV Mengadakan pasar terbuka

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


78. …..rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohon….
Sejarah Melayu

Perumpamaan di atas dapat dikaitkan dengan

A Peranan rakyat
B Adat resam Melaka
C Ikatan konsep daulat
D Sistem pemerintahan Melaka


79. Rakyat telah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan Melaka. Apakah sumbangan Orang Asli?

A Menjadi tukang batu
B Menjadi tenaga kerah
C Menjamin keselamatan
D Membekalkan hasil hutan


80. …..dilantik memegang jawatan pembesar seperti hulubalang dan biduanda.

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A Orang Asli
B Orang Laut
C Kaum Kerabat
D Orang Melayu
81. Salah satu faktor yang menyebabkan kegemilangan Melaka ialah sistem pentadbiran yang diamalkan. Apakah bentuk pemerintahan yang telah diamalkan?

A Sistem Beraja
B Sistem Bergilir
C Sistem Kesultanan
D Sistem Pembesar Empat Lipatan


82. Sultan menerajui pemerintahan di Melaka. Antara berikut yang manakah merupakan peranan Sultan?

I Mengetuai angkatan tentera
II Mengetuai hubungan diplomatik
III Mengetuai urusetia istana
IV Menjadi ketua agama Islam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


83. Berdasarkan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah yang mengetuai angkatan laut.?

A Sultan
B Bendahara
C Laksamana
D Penghulu Bendahari


84. Struktur Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
Bendahara
Penghulu Bendahari
X
Laksamana

Berdasarkan senarai di atas. Apakah peranan X ?

A Hakim di darat
B Ketua syahbandar
C Mengetuai utusan
D Mengetuai angkatan tentera


85. Pembesar X
• merupakan jawatan yang diwujudkan oleh Parameswara
• pemungut hasil atau ufti
• ketua urusetia istana

Berdasarkan senarai di atas, X ialah ?

A Laksamana
B Syahbandar
C Temenggung
D Penghulu Bendahari


86. Sultan telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.

Kawasan pentadbiran pembesar tersebut dipanggil

A Kawasan tadbiran
B Kawasan anugerah
C Kawasan pegangan
D Kawasan pemakanan


87. Sultan telah memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.

Apakah faktor utama yang mendorong sultan memberikan kuasa kepada pembesar?

A Meningkatkan hasil
B Mengukuhkan kuasa
C Meningkatkan sokongan
D Memantapkan pemerintahan


88. Pembesar di kawasan jajahan dan daerah diberi kuasa memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini dipanggil

A Kawasan cukai
B Kawasan kuasa
C Kawasan jajahan
D Kawasan pemakanan
89. Pembesar Kawasan Pegangan
Bendahara Muar dan Bentan
Laksamana X

Berdasarkan jadual di atas kawasan pegangan X ialah

A Kampar
B Temasik
C Sungai Raya
D Sening Ujung
90. ….maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekalannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu…..
Sejarah Melayu

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada petikan di atas?

A Pentadbiran Melaka yang mantap
B Kekayaan Melaka yang tiada tandingan
C Bandar Melaka terkenal di seluruh dunia
D Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan


91. Apakah faktor-faktor yang mendorong pedagang dari seluruh dunia datang berdagang ke Melaka?

I Pengecualian cukai
II Peranan Syahbandar
III Kedudukan yang strategik
IV Terlindung daripada tiupan angin

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


92. Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan Syahbandar. Apakah tugas-tugasnya?

I Menguruskan pasar dan gudang
II Memeriksa alat timbang dan sukat
III Menguruskan cukai
IV Menjaga keselamatan Melaka

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


93. Sistem cukai yang diamalkan di Melaka dikenali sebagai

A Cukai Barangan
B Cukai pelabuhan
C Cukai perdagangan
D Cukai berkeutamaan


94. Sistem cukai yang diamalkan di Melaka adalah berbeza-beza. Apakah perkara yang menentukan kadar cukai yang dikenakan ke atas pedagang?

A Agama
B Matawang
C Tempat asal
D Barang dagangan


95. Apakah sumbangan Orang Laut ke atas perkembangan Melaka?

A Menguruskan percukaian
B Menjaga gudang dan pasar
C Melicinkan urusan perdagangan
D Menjamin keselamatan perairan Melaka


96. Pemerintah Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot. Bagaimanakah pelabuhan Melaka berbeza dengan pelabuhan lain di rantau ini?

A Dikunjungi pedagang dari seluruh dunia
B Memperdagangkan barangan dari Timur dan Barat
C Mempunyai sistem pencukaian yang sistematik dan adil
D Melantik empat orang Syahbandar menguruskan pelabuhan


97. Kewibaan dan kecekapan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka tidak dapat dipertikaikan. Apakah yang membuktikan kesetiaan beliau kepada Sultan?

A Menghalang serangan Siam
B Sanggup melepaskan jawatan Bendahara
C Tidak menuntut bela atas kematian Tun Besar
D Tidak berundur ketika Siam menyerang Melaka


98. SIAK KAMPAR

Apakah persamaan kedua-dua kerajaan yang tersenarai di atas?

A Menghantar ufti ke Melaka
B Pusat perdagangan entrepot
C Mempunyai taraf yang sama dengan Melaka
D Hubungan dengan Melaka terjalin melalui perkahwinan


99. Bagaimanakah perkembangan Islam telah memberikan kesan terhadap pentadbiran Melaka?

I Gelaran Sultan diperkenalkan
II Sistem beraja mula diamalkan
III Ulama berperanan dalam pentadbiran
IV Tulisan jawi diperkenalkan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


100. Dasar peluasan kuasa yang dijalankan telah memberikan beberapa kesan yang penting terhadap kerajaan Melaka. Apakah kesan-kesan tersebut?

I Menerima ufti
II Mendapat bekalan barangan dagangan
III Mengembangkan ajaran Islam
IV Mengasaskan institusi kesultanan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan