CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 3 TING 1

101. Apakah sebab utama yang menyebabkan pelantikan Tun Mutahir tidak disenangi oleh para pembesar Melayu?

A Beliau terlalu berkuasa
B Beliau tidak berwibawa
C Beliau terlalu tua dan uzur
D Beliau berketurunan India-Muslim


102. Bendahara Tun Perak telah diganti oleh Tun Mutahir. Kenapakah pembesar tempatan tidak berpuas hati dengan pentadbiran Tun Mutahir?

A Tun Mutahir kurang berwibawa
B Tun Mutahir bersikap pilih kasih
C Tun Mutahir memonopoli ekonomi
D Tun Mutahir kurang berpengalaman


103. Sultan Mahmud telah menjatuhkan hukuman ke atas Tun Mutahir dan keluarganya. Kenapa Sultan bertindak demikian?

A Tun Mutahir belot
B Tun Mutahir difitnah
C Tun Mutahir menderhaka
D Tun Mutahir menerima rasuah


104. Pemerintahan Melaka sangat lemah di bawah Sultan Ahmad Shah dan Bendahara Tun Pepatih

Pernyataan di atas berkaitan dengan keadaan pemerintahan di Melaka di bawah kedua-dua pemimpin tersebut. Apakah kesannya?

A Melaka diancam oleh Acheh
B Melaka kehilangan tanah jajahan
C Melaka mengalami masalah ekonomi
D Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berleluasa


105. Selepas kematian Bendahara Tun Perak, pedagang kurang mengunjungi pelabuhan Melaka. Apakah punca utama keadaan ini?

A Kadar cukai yang tinggi
B Ancaman lanun dan kuasa asing
C Pelabuhan Melaka tidak selamat
D Pelabuhan Melaka tidak strategik


106. Apakah kesan terpenting pelantikan Bendahara Tun Mutahir oleh Sultan Mahmud Syah?

A Melaka diancam oleh Portugis
B Empayar Melaka semakin luas
C Menimbulkan masalah perpaduan
D Melaka semakin maju dan makmur


107. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah wujud persaingan antara orang Melayu dan orang India Muslim. Apakah yang menimbulkan persaingan ini?

A Ancaman Portugis
B Kemerosotan Melaka
C Pemberontakan rakyat
D Mengukuhkan pengaruh


108. Kelemahan askar Melaka merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka. Apakah kelemahan-kelemahan yang dimaksudkan?

I Menggunakan senjata tradisional
II Tidak mempunyai senapang dan meriam
III Askar upahan Melaka dari Jawa telah melarikan diri
IV Angkatan perang Melaka tidak mempunyai struktur lengkap

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


109. Apakah peristiwa-peristiwa yang telah menjejaskan keutuhan Melaka dari segi pentadbiran dan perdagangan?

I Pelantikan Tun Mutahir
II Amalan pilih kasih
III Persaingan pembesar
IV Serangan Portugis

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
110. • Gospel
• Gold
• Glory

Slogan di atas digunakan oleh Putera Henry untuk

A Menjelajah ke timur
B Meluaskan pengaruhnya
C Menghapuskan kerajaan Islam
D Menguasai perdagangan rempah


111. Tokoh X
• Telah belayar dan sampai di India pada tahun 1498

Siapakah tokoh X?

A Putera Henry
B Vasco da Gama
C Lopez de Sequeira
D Bartholomew Diaz


112. Salah satu sebab yang mendorong penjelajahan orang Portugis ke Timur ialah faktor agama. Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan faktor tersebut?

I Keinginan meneruskan Perang Salib
II Menghancurkan kerajaan Islam di Timur
III Menyebarkan agama Kristian di Timur
IV Membentuk masyarakat yang bertamadun

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


113. Kenapakah Portugis berhasrat untuk menguasai Selat Melaka yang berperanan sebagai jalan utama perdagangan?

A Mengawal ancaman lanun
B Menjamin keselamatan Melaka
C Memonopoli perdagangan rempah
D Menguasai kerajaan di Kepulauan Melayu


114. Pada awalnya Sultan telah menyambut baik Lopez de Sequeira dan rombongannya. Mengapakah baginda kemudiannya mengarahkan supaya orang Portugis ditangkap?

A Mereka tidak menghadap sultan
B Mereka tidak menghormati peraturan di Melaka
C Mahu bersikap berwaspada dengan orang asing
D Mendapat maklumat bahawa mereka ingin menguasai perdagangan


115. Apakah tindakan yang diambil oleh Portugis apabila mendapat berita tentang tindakan Sultan Mahmud Shah menangkap rombongan orang Portugis?

A Menghantar angkatan tentera laut
B Membuat pakatan dengan Acheh
C Menangkap Sultan serta pembesar Melaka
D Menghantar rombongan mencari perdamaian


116. Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dituntut oleh Alfonso de Albuquerque?

I Pembebasan tawanan Portugis
II Meminta ganti rugi
III Meminta untuk mendirikan kubu di Melaka
IV Menuntut Sultan Mahmud untuk turun takhta

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


117. Sebaik sahaja tiba di Melaka, Alfonso de Albuquerque telah membuat beberapa tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah.

Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah terhadap tuntutan-tuntutan tersebut ?

A Menolak semua tuntutan tersebut
B Cuba berunding dengan pihak Portugis
C Meminta bantuan kerajaan Melayu yang lain
D Meminta supaya kedaulatan Melaka dihormati


118. Apakah kesan terpenting tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah untuk menangkap orang Portugis?

A Sultan berundur
B Portugis mengalah
C Perdamaian dicapai
D Melaka telah diserang


119. Semasa Portugis menyerang Melaka, semangat perjuangan askar Melaka membara. Apakah faktor utama yang mendorong semangat mereka?

A Dijanjikan ganjaran yang lumayan
B Kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
C Rakyat bersatu hati menentang Portugis
D Sultan Ahmad turut-serta menentang Portugis


120. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Mahmud Shah sebaik sahaja Melaka ditawan oleh Portugis?

A Berdamai dengan Portugis
B Baginda berundur ke Muar
C Mengasaskan kerajaan di Johor
D Menubuhkan kerajaan di Pahang


121. Melaka telah dikuasai oleh Portugis pada bulan Ogos 1521. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka?

I Kelemahan Pentadbiran
II Kelemahan pertahanan negeri
III Keenganan Sultan Mahmud menerima tuntutan Portugis
IV Kelemahan teknologi peperangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
122. PAGOH - MUAR - X - BENTAN

Carta di atas berkaitan dengan

A Pusat perdagangan utama di Kepulauan Melayu
B Pusat Pentadbiran Johor selepas kejatuhan Melaka
C Pusat penyebaran dan pengajian Islam di Kepulauan Melayu
D Pergerakan Sultan Mahmud apabila berundur dari Melaka


123. PAGOH - MUAR - X - BENTAN

X dalam carta di atas ialah

A Melaka
B Pahang
C Temasik
D Palembang


124. Apakah langkah yang diambil oleh Sultan Mahmud semasa baginda berada berada di Bentan?

A Mengasaskan Kesultanan Johor
B Mengumpulkan kekuatan tentera
C Membentuk pemerintahan yang teratur
D Berusaha menjadikan Bentan sebagai pelabuhan


125. • Kampar
• Klang
• Rembau
• Sungai Ujong

Jadual di atas merupakan antara kerajaan-kerajan di Kepulauan Melayu. Apakah persamaan kerajaan-kerajaan yang tersenarai di atas?

A Berperanan sebagai pusat pentadbiran
B Pusat perdagangan di Kepulauan Melayu
C Berperanan sebagai pusat penyebaran Islam
D Menyatakan taat setia kepada Sultan Mahmud Shah





126. Pada tahun 1952, Portugis telah menyerang Bentan. Apakah tujuan Portugis melancarkan serangan tersebut?

A Menawan Bentan
B Meluaskan wilayah jajahan
C Mengalahkan Sultan Mahmud
D Melumpuhkan perdagangan di Bentan


127. Apakah tujuan utama Sultan Alauddin Riayat Shah II membina Kota Kara?

A Mengelakkan ancaman lanun
B Menjamin keselamatan Pekan Tua
C Menjamin perkembangan ekonomi
D Menamatkan pemberontakan pembesar


128. Sultan Allauddin Riayat Shah II telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kuasanya. Apakah yang dilakukan oleh baginda untuk tujuan tersebut?

A Membentuk angkatan tentera
B Memecat pembesar yang belot
C Menguasai jajahan takluk Melaka
D Memperkenalkan pelbagai jenis cukai


129. Kerajaan Johor mempunyai jajahan takluk yang luas. Apakah sumbangan jajahan takluk kepada kerajaan Johor?

A Menghantar bunga emas
B Menjadi pelabuhan utama
C Menghantar askar ke Johor
D Menjadi pelabuhan persinggahan


130. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berubah-ubah pada abad ke 16 dan 17. Apakah rasionalnya tindakan ini?

A Ancaman lanun
B Perang saudara
C Mempertahankan diri
D Perpindahan penduduk


131. • Kota Tinggi
• Batu Sawar
• Makam Tauhid

Senarai di atas merujuk kepada

A Jajahan Takluk Johor
B Kubu pertahanan Johor
C Ibu negeri kerajaan Johor
D Pusat perdagangan utama


132. Pada bulan Jun 1551, angkatan perang Johor telah bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan JaparaJawa.

Apakah faktor terpenting yang menyebabkan tindakan di atas?

A Johor menghadapi perang saudara
B Usaha Johor untuk menguasai semula Melaka
C Empayar Johor semakin luas dan berpengaruh
D Kerajaan Melayu bersatu di bawah naungan Kesultanan Johor


133. Tun Sri Lanang
Laksamana Tun Abdul Jamil

Apakah sumbangan tokoh-tokoh di atas terhadap kerajaan Johor?

A Menghasilkan karya kesusasteraan
B Berusaha menawan semula Melaka
C Pernah memegang jawatan Bendahara
D Berperanan meluaskan jajahan takhluk Johor

134. PERANG TIGA SEGI ( ACHEH / JOHOR / MELAKA ( PORTUGIS )

Rajah di atas berkaitan dengan Perang Tiga Segi. Apakah punca persaingan di antara kuasa-kuasa di atas?

A Untuk menguasai Melaka
B Untuk meluaskan tanah jajahan
C Untuk menguasai Selat Melaka
D Untuk menamatkan campur tangan


135. Kenapakah Johor sering menjadi sasaran Acheh semasa Perang Tiga Segi?

A Johor enggan menghantar ufti
B Johor bersekutu dengan Portugis
C Acheh ingin meluaskan jajahan takluk
D Johor akan mengancam perdagangan Acheh


136. Menjelang tahun 1641, Kerajaan Johor telah mencapai zaman kegemilangananya. Apakah faktor utama yang membantu kejayaan Johor?

A Peranan orang laut
B Kemajuan perdagangan
C Pentadbiran yang teratur
D Kecekapan sultan dan pembesar


137. Apakah faktor utama yang membolehkan Johor muncul sebagai pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu?

A Pelabuhan yang dalam
B Kedudukan yang strategik
C Pengurusan pelabuhan yang baik
D Mempunyai tanah jajahan yang luas


138. • Pengawal pelabuhan
• Pengawal perairan
• Penunda

Senarai di atas berkaitan dengan

A Peranan kiwi
B Peranan orang laut
C Peranan syahbandar
D Peranan orang Bugis

ACHEH - PEDIR
ACHEH - PASAI
139.

Berdasarkan rajah di atas, apakah faktor terpenting yang mendorong Acheh menguasai kedua-dua kerajaan di atas?

A Meluaskan pengaruh
B Meluaskan tanah jajahan
C Menamatkan pemberontakan
D Menguasai perdagangan lada hitam


140. Peperangan di antara Jambi dan Johor telah bermula pada tahun 1670. Apakah kesan terpenting peperangan tersebut kepada Johor?

A Perdagangan terjejas
B Jambi dapat dikalahkan
C Menjadi jajahan takluk Jambi
D Mencetuskan perebutan takhta

141. KERAJAAN MELAYU
- KERAJAAN MELAYU TUA
- KERAJAAN MELAYU BARU

Senarai di atas berkaitan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Kerajaan Melayu tua terdiri daripada

I Kedah
II Perak
III Pahang
IV Kelantan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
142. • Cheh-cha
• Kataha
• Sai

Senarai di atas merujuk kepada gelaran pedagang asing terhadap salah sebuah kerajaan Melayu. Kerajaan tersebut ialah

A Perlis
B Kedah
C Pahang
D Terengganu


143. Pedagang dari Arab,Parsi, Sri Lanka, China dan barat berdagang di Kedah. Apakah faktor terpenting yang menarik para pedagang datang ke Kedah?

A Pentadbiran tersusun
B Keselamatan terjamin
C Pelabuhan yang dalam
D Kedudukan yang strategik


144. Kedah telah menjadi kerajaan yang maju tetapi terpaksa menghadapi cabaran daripada kuasa luar. Apakah langkah yang diambil oleh Kedah untuk menjamin keselamatannya?

A Mengambil askar upahan
B Membina kota pertahanan
C Menghantar bunga emas ke Siam
D Memperbesarkan angkatan tentera


145. Kedah telah menjalinkan hubungan baik dengan Inggeris. Apakah kesan hubungan tersebut?

A Sultan Kedah diiktiraf
B Siam menakluk Kedah
C Kedah mendapat perlindungan
D Kedah menerima Residen British








146. • Perak
• Pahang

Apakah persamaan kedua-dua kerajaan di atas?

A Diserang Portugis
B Kerajaan Melayu Baru
C Pusat perdagangan yang unggul
D Warisan Kesultanan Melayu Melaka


147. • Sejarah Melayu
• Salasilah Perak

Senarai di atas merujuk kepada dua sumber sejarah negeri Perak. Apakah persamaan kedua-dua sumber tersebut?

A Bersetuju bahawa Bruas adalah ibu negeri yang pertama
B Berpendapat bahawa Perak menghantar bunga emas ke Siam
C Bersetuju bahawa Perak menguasai seluruh Kepulauan Melayu
D Berpendapat bahawa Kesultanan Perak diasaskan oleh putera Sultan Mahmud Shah


148. Sultan Perak telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Belanda V.O.C. Apakah kesan perjanjian di atas kepada Perak?

A Perak menerima penasihat
B Perak menjual bijih timah kepada Belanda
C Takhta Sultan Perak dirampas dan diberi pencen
D Perak berperanan sebagai pusat pentadbiran Belanda


149. Kedah telah menyerang Perak pada tahun 1816, 1818 dan 1819. Kenapa Kedah menyerang Perak?

A Diarahkan oleh Siam
B Meluaskan jajahan takluk
C Menguasai perdagangan bijih timah
D Perak enggan mengakui naungan Kedah


150. Antara keunikan Perak adalah berkaitan dengan proses pemilihan sultan. Kenapa proses pemilihan ini dianggap unik?

A Mengikut sistem giliran
B Berasaskan sistem warisan
C Mengikut kewibawaan sultan
D Mengikut sistem turun-temurun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan