CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 1 TING 1

1. Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya.

Berdasarkan penerangan di atas kita perlu memahami dan mempelajari sejarah untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan
I. Diri II.Masyarakat III. Fosil iv.Artifak
A. I dan II B.I dan III C. II dan III D. III dan IV

2. Sejarah berasal daripada perkataan Arab, syajaratun yang bermaksud

A Sumber sejarah
B. Peristiwa sejarah
C.Salasilah keluarga
D.Pengalaman yang lampau



3.Antara berikut pernyataan yang manakah merupakan pengertian Sejarah menurut Muhd Yusof Ibrahim?
A Salahsilah keluarga
B Riwayat keturunan atau asal-usul
C Catatan atau rekod sesuatu peristiwa
D Tindakan manusia dan sebab-sebabnya

4. Di antara pernyataan berikut yang manakah memberikan pengertian umum sejarah?

A Kajian tentang tindakan manusia.
B Peristiwa yang memberikan iktibar kepada kita.
C Kajian tentang peristiwa yang berlaku di masa lampau.
D Peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan kita.


5. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Peristiwa ini menjelaskan salah satu ciri sejarah iaitu

A Tepat dan benar
B Sebab dan akibat
C Tidak ditokok tambah
D Penting dan bermakna

Ciri-ciri Sejarah
Penting dan bermakna
Sebab dan akibat
X

6Rajah di atas berkaitan dengan ciri-ciri sejarah. X ialah

A Tepat dan benar
B Tidak dipertikaikan
C Benar-benar berlaku
D Dibuktikan kesahihannya

7. Di antara peristiwa-peristiwa berikut yang manakah berkaitan dengan salah satu ciri sejarah iaitu penting dan bermakna?

I Perisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan
II Hari Guru
III Hari Kebangsaan
IV Pembentukan masyarakat berbilang kaum

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

8. Kekayaan sumber alam seperti bijih timah di Pantai Barat mendorong campur tangan British.Ciri sejarah yang paling tepat menjelaskan pernyataan di atas ialah

A Tepat dan benar
B Sebab dan akibat
C Tidak ditokok tambah
D Penting dan bermakna

9. • Fosil
• Artifak
• Surat

Maklumat di atas merujuk kepada

A Sumber asli
B Sumber kedua
C Sumber pertama
D Sumber sekunder
10. Antara berikut yang manakah merupakan ciri sumber pertama?

I Sumber yang belum diolah
II Sumber bersifat asli
III Ditulis oleh pengkaji sejarah
IV Belum ditafsir

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, III dan IV

11. Sejarah adalah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya
Tokoh X

Berdasarkan penyataan di atas, tokoh X ialah

A Socrates
B Herodotus
C Ibn Khaldun
D Tun Sri Lanang

12. Tun Sri Lanang
Apakah sumbangan tokoh di atas terhadap sejarah negara kita?
A Penulis karya Tuhfat al-Nafis
B Penulis karya Sejarah Melayu
C Penulis Karya Hikayat Hang Tuah
D Penulis Karya Sejarah Alam Melayu

13. Di antara berikut yang manakah merupakan contoh sumber kedua atau sekunder?
I Buku
II Majalah
III Diari
IV Surat
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

14. Kaedah sejarah yang berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat ialah

A Kaedah lisan
B Kaedah bertulis
C Kaedah cari gali
D Kaedah Arkeologi

15. Apakah faktor utama yang menyebabkan sejarahwan memilih, mentafsir dan membandingkan sumber lisan?

A Mengukuhkan pendapat.
B Terdapat unsur realisme.
C Mengelakkan salah faham.
D Terdapat unsur tokok tambah.


16. Kulit kayu
Dinding gua
Gading

Senarai di atas berkaitan dengan
A Kaedah Lisan
B Kaedah Bertulis
C Kaedah Tafsiran
D Kaedah Arkeologi

17. Bahan-bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses cari gali ialah
I Artifak
II Fosil
III Kulit siput
IV Catatan
A I, II dan II
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

18. Apakah faktor yang menyebabkan mata pelajaran sejarah diberi penekanan dalam sistem persekolahan di negara kita?
A Menjadi pelajar cemerlang.
B Menghayati budaya bangsa.
C Memupuk sifat tanggungjawab.
D Memupuk semangat cinta akan tanah air.

19. Datuk Bahaman
Mat Kilau
Tok Janggut

Apakah tafsiran sejarawan barat terhadap tokoh-tokoh di atas?
A Pemberontak
B Wira bangsa
C Pejuang tanah air
D Pejuang kemerdekaan



20. Tafsiran sejarah yang tepat dan betul perlu memiliki sifat-sifat seperti

I Kujujuran penyelidikan
II Tafsiran yang bertanggungjawab
III Keberkesanan kajian
IV Mempunyai pengajaran
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


21. Alat batu adalah peralatan utama
Memungut hasil hutan
Memburu binatang
Berpindah randah

Senarai di atas berkaitan dengan zaman
A Logam
B Neolotik
C Paleolitik
D Mesolitik


22. Antara berikut yang manakah merupakan tempat tinggal orang zaman Paleolitik?
I Kawasan terbuka di luar gua
II Di dalam gua
III Tepi tasik
IV Persisiran pantai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


23. Apakah bukti yang menunjukkan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik?
A Tiada jumpaan fosil.
B Tiada tinggalan artifak.
C Penemuan alat-alat batu Haobinh.
D Petempatan zaman Mesolitik tidak ditemui.


24. Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Zaman Paleolitik mengebumikan mayat bersama-sama makanan dan alat batu.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penemuan ini?

A Menghayati unsur alam.
B Mempunyai kepercayaan.
C Percaya kepada hidup selepas mati.
D Menerima kamatian sebagai lumrah hidup.


25. Kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat iaitu jiwa.

Pernyataan di atas berkaitan dengan

A Mitos
B Lagenda
C Politisme
D Animisme


26. Penemuan penting di Gua Gunung Runtuh di Perak pada tahun 1990

Penemuan penting yang disebut dalam penyataan di atas merujuk kepada?

A Alatan batu
B Rangka manusia
C Mangkuk tembikar
D Perkakas memasak


27. Apakah alatan masyarakat Paleolitik yang ditemui di Malaysia?

I Tembikar
II Alat penetak
III Kapak genggam
IV Alat repihan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


28. Di antara berikut yang manakah merupakan tapak masyarakat Paleolitik di Malaysia?
I Kota Tampan
II Bukit Bunuh
III Gua Cha
IV Tingkayu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, III dan IV
29. …..merupakan zaman perkembangan teknologi batu kepada tembikar
Penyataan diatas merujuk kepada zaman
A Logam
B Neolitik
C Paleolitik
D Mesolitik


30. Ciri-ciri zaman X
Berdagang secara tukar barang
Becucuk tanam
Wujud sistem bermasyarakat
Penyataan di atas merujuk kepada zaman
A Logam
B Neolitik
C Paleolitik
D Mesolitik


31. Apakah alatan batu yang digunakan oleh masyarakat Neolitik?
A Pisau dan kapak
B Kapak genggam
C Kapak dan beliung
D Beliung dan pemukul kulit kayu



32. Di antara berikut yang manakah merupakan petempatan masyarakat Neolitik di Malaysia?
I Gua Cha
II Bukit Tengkorak
III Tingkayu
IV Gua Niah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


33. Di antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri masyarakat Zaman Logam?

I Menggunakan peralatan daripada gangsa dan besi.
II Bercucuk tanam serta menangkap ikan.
III Mempunyai kerpercayaan dan upacara pengebumian kepingan batu.
IV Hidup berpindah randah.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


34. Sungai Tembeling
Gua Harimau
X
Senarai di atas merujuk kepada petempatan masyarakat zaman
A Logam
B Neolitik
C Paleolitik
D Mesolitik



35. Sungai Tembeling
Gua Harimau
X

X dalam senarai di atas merujuk kepada
A Gua Cha
B Gua Niah
C Tingkayu
D Cangkat Menteri


36. Kenapakah masyarakat Zaman Logam memilih persisiran pantai dan tepi sungai sebagai tempat tinggal mereka?
I Mendapat bekalan air.
II Memudahkan kegiatan bercucuk tanam.
III Menjalankan perdagangan.
IV Mudah menjalankan kegiatan penyembahan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
37. Manusia Perak

Penyataan di atas merujuk kepada

A Bukti Zaman Mesolitik
B Penemuan Zaman Paleolitik
C Bukti petempatan Zaman Logam
D Kemajuan penyelidikan Arkeologi


38. Alatan dan perkakas masyarakat Zaman Neolitik diperbuat daripada
A Batu
B Besi
C Gangsa
D Tanah liat


39. Apakah kegiatan utama yang dijalankan oleh masyarakat Zaman Neolitik?
I Bercucuk tanam
II Membuat tembikar
III Mebuat peralatan logam
IV Menjalankan perdagangan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


40. Zaman Prasejarah Teknologi
I Zaman Paleolitik Batu
II Zaman Neolitik Tembikar
III Zaman Logam Gangsa
IV Zaman Paleolitik Tembikar

Pilih pasangan Zaman Prasejarah dan teknologi yang betul.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


41. kerajaan awal di Asia Tenggara

- Agraria
- X
Senarai di atas berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara. X ialah?

A Kerajaan maritim
B Kerajaan empayar
C Kerajaan Hindu-Buddha
D Kerajaan berasaskan pertanian
42. • Angkor• X

Senarai di atas merujuk kepada contoh kerajaan Agraria. X ialah .....
A Funan
B Champa
C Srivijaya
D Kedah Tua


43. • Champa
• Majapahit
• Kedah Tua• X
X dalam senarai di atas ialah .....
A Funan
B Angkor
C Dvravati
D Srivijaya


44. • Champa
• Majapahit
• Kedah Tua• X

Senarai di atas merujuk kepada kerajaan
A Agraria
B Maritim
C Naungan
D Empayar


45. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri kerajaan Agraria

I Terletak di lembangan sungai
II Menjalankan kegiatan bercucuk tanam
III Telibat dalam kegiatan membuat kapal
IV Pemerintah memainkan peranan dalam pembinaan empangan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


46. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim.

I Terletak di persisiran pantai
II Menjalankan kegiatan berkaitan dengan laut
III Menjalankan pertanian pindah
IV Memungut hasil hutan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


47. Empangan memainkan peranan penting dalam menjamin kemajuan kerajaan agraria. Apakah kepentingan empangan kepada masyarakat agraria?

A Memajukan pertanian
B Menjamin pertambahan penduduk
C Menunjukkan kemahiran teknologi
D Menunjukkan kekuatan pemerintah


48. Apakah kepentingan baray kepada kerajaan Angkor

A Untuk tujuan pertanian
B Memajukan sektor perikanan
C Memajukan pembuatan kapal
D Menjamin perkembangan perdagangan


49. Apakah kegiatan utama penduduk kerajaan maritim

A Perikanan
B Pelayaran
C Perdagangan
D Membina kapal


50. Tasik Tonle Sap

Apakah kepentingan maklumat di atas kepada kerajaan Angkor

A Pelabuhan utama
B Sumber makanan
C Memajukan perdagangan
D Saliran untuk kegiatan pertanian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan