CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 3 TING 2

301. Sistem Kangcu telah diwujudkan di negeri Johor.

Siapakah yang memperkenalkan sistem berkenaan?

A Sultan Ibrahim
B Sultan Zainal Abidin
C Temenggung Ibrahim
D Temenggung Abu Bakar


302. • Dato’ Jaffar bin Muhammad
• Dato’ Abdul Rahman bin Andak
• Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

Apakah sumbangan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas?

A Menentang pemodenan Johor
B Berkhidmat sebagai menteri besar Johor
C Mengasaskan pemerintahan barat di Johor
D Berjaya menghalang campur tangan British


303. Orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Sistem pajak
B Sistem bertani
C Sistem Kangcu
D Sistem komersial


304. Orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian

Kawasan perladangan dalam sistem ini di kenali sebagai?

A Kangcu
B Kangkar
C Surat Sungai
D Tebing Sungai



305. Pada tahun 1885 Sultan Abu Bakar telah menandatangani Perjanjian Persahabatan Johor-British. Apakah faedah perjanjian tersebut?

A Ekonomi Johor semangkin mantap
B Kedaulatan dan kebebasan Johor diiktiraf
C Hanya penasihat British ditempatkan di Johor
D Kedudukan Sultan Johor setaraf dengan Pesuruhjaya Tinggi


306. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah diistihar sebagai perlembagaan Johor pada tahun 1895. Kenapa undang-undang ini dipinda oleh Sultan Ibrahim?

A Memantapkan lagi kuasanya
B Menghalang campur tangan British
C Mengasaskan perlembagaan yang lebih moden
D Mengubah syarat keahlian Majlis Mesyuarat Negeri


307. Apakah langkah yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar untuk memajukan Johor?

I Mempelajari cara pentadbiran Barat
II Mengutamakan keamanan
III Meningkatkan kemudahan awam
IV Menerima penasihat British

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


308. Perlembagaan Johor telah diistiharkan olen Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Apakah kandungannya?

I Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
II Majlis Daerah dan Majlis Tempatan ditubuhkan
III Ahli Majlis Meyuarat Negeri menasihati Sultan dalam pentabiran negeri
IV Ahli Majlis Meyuarat Negeri beperanan dalam mengubal undang-undang

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



309. Di antara berikut yang manakah merupakan sumbangan Dato’ Munsyi Muhammad Salleh?

A Ketua Jabatan Tani
B Ketua Jabatan Ukur
C Melukis peta pembangunan Johor
D Memegang jawatan Pesuruhjaya Politik


310. Lembaga Penasihat Johor ditubuhkan di London pada tahun 1886. Apakah peranannya?

A Memajukan Johor
B Mengawal kuasa Sultan
C Menguruskan hubungan luar Johor
D Memperkenalkan ekonomi perdagangan



311.
- Sebelum Abad ke 19-Pembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak
- Selepas Aabad ke 19 -Melantik Pembesar Brunei sebagai wakil Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak
Apakah faktor yang menyebabkan Sultan Brunei mengubah dasar pemerintahan di Sarawak?

A Kekayaan Sarawak
B Desakan pemerintah tempatan
C Desakan saudagar-saudagar asing
D Pemberontakan pendudukan tempatan


312. Sultan telah melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan di Sarawak. Apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau?

I Mengambil alih kuasa pentadbiran
II Menguasai perdagangan antimoni dan emas
III Mengenakan cukai yang tinggi
IV Melucutan jawatan pembesar tempatan

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


313. Datu Patinggi Ali telah memimpin Orang Melayu menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota. Apakah tujuan kebangkitan ini?

A Merampas hak ekonomi
B Mengurangkan kadar cukai
C Untuk membebaskan Sarawak
D Menguasai lombong emas dan antimoni


314. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Brunei untuk menamatkan kebangkitan penduduk di Sarawak?

A Meminta bantuan Kerajaan British
B Mengukuhkan pertahanan Sarawak
C Menubuhkan pasukan polis dan tentera
D Mengantar Pangeran Raja Muda Hashim


315. Apakah langkah yang diambil oleh Pangeran Raja Muda Hashim apabila tidak dapat menamatkan kebangkitan penduduk tempatan

A Meminta bantuan Orang Laut
B Meminta bantuan James Brooke
C Berusaha berunding dengan pemimpin tempatan
D Menghantar pulang Pangeran Indera mahkota


316. Pemberontakan penduduk Sarawak terhadap Pangeran Indera Mahkota telah mengubah sejarah Negeri Sarawak kerana?

A Sarawak kehilangan tanah jajahan
B Sarawak dikuasai oleh James Brooke
C Sarawak dikuasai oleh Kesultanan Sulu
D Sarawak dikuasai oleh Kesultanan Brunei


317. Janji Raja Muda Hashim untuk melantik James brooke sebagai balasan jika dapat menamatkan kebangkitan dapat diibaratkan sebagai

A Bagai isi dengan kuku
B Bagai kucing lepas senja
C Bagai yang mengantuk disarungkan bantal
D Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


318. Perjanjian Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke tahun 1841

Apakah syarat-syarat penting perjanjian di atas?

I James Brooke memerintah negeri Sarawak
II James Brooke membayar 2500 dolar
III Undang-undang dan adat istiadat Melayu dihormati
IV Sistem perundangan barat dilaksanakan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


319. Mengapakah Pangeran Raja Muda Hashim melengah-lengahkan pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak?

A Pemberontakan yang berterusan
B Tidak mahu kehilangan kuasanya
C James Brooke tidak menepati syarat perjanjian
D Sultan Brunei tidak akan bersetuju dengan perlantikan tersebut


320. James Brooke telah bertindak membedil Kuching. Apakah kesan terpenting serangan tersebut?

A Sultan Brunei telah minta bantuan British
B Kesultanan Brunei telah menghantar bantuan
C James Brooke menjadi Raja Sarawak yang pertama
D Pangeran Raja Muda Hashim meminta bantuan Raja Sulu





321. Pada tahun 1842, James Brooke telah meghadap Sultan Omar Ali Saifudin

Kenapakah James Brooke menghadap Sultan Brunei?

A Menuntut naungan Sultan
B Menguasai seluruh Sarawak
C Mengesahkan kedudukannya
D Memaksa sultan menerima Penasihat


322. Kenapa Sultan Brunei menerima tuntutan-tuntutan James Brooke?

A Didesak oleh pembesar tempatan
B Tidak mendapat sokongan rakyat
C Baginda sanggup melepaskan Sarawak
D Bimbang dengan kehadiran angkatan tentera British


323. Apakah kesan terpenting perjanjian di antara James Brooke dengan Sultan Omar Ali Saifuddin pada tahun 1846?

A James Brooke membayar cukai kepada Sultan
B Sultan mengiktiraf James Brooke sebagai Gabenor
C James Brooke berkuasa terhadap wilayah Tanjung Datu
D James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka




324. Tahun Kawasan
1853 Sungai Samarahan hingga Rajang
1861 Sungai Rajang
1883 Lembangan Sungai Trusan
1905 X

Jadual di atas berkaitan dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke antara 1853-1805. X ialah

A Miri
B Lawas
C Bintulu
D Kuching




325. Apakah alasan yang digunakan oleh keluarga Brooke untuk menguasai Lembah sungai Trusan?

A Dijual oleh sultan Hashim Jalel
B Dihadihakan oleh Sultan Abdul Mu’min
C Pembunuhan peniaga Sarawak oleh orang Murut
D Pemberontakan pekerja lombong antimoni


326. Apakah bentuk pemerintahan yang telah diperkenalkan oleh James Brooke di Sarawak?

A Sistem demokrasi
B Sistem pemerintahan beraja
C Sistem raja berperlembagaan
D Sistem demokrasi berparlimen


327. • Datu Patinggi
• Datu Bandar
• Datu Temenggung

Senarai di atas merujuk kepada pembesar yang dilantik oleh James Brooke. Apakah peranan mereka?

A Melaksanakan kutipan cukai
B Menjadi anggota Majlis Tempatan
C Melaksanakan pentadbiran daerah
D Menguruskan undang-undang dan adat tempatan

328. Pentadbiran di Sarawak terbahagi dua iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri
Carta di atas berkaitan dengan struktur pentadbiran di Sarawak. Apakah peranan Majlis Negeri?

A Menasihati Residen
B Meluluskan undang-undang
C Membuat semua dasar berkaitan Sarawak
D Pemimpin bumiputera dapat bersidang dan bertukar fikiran

329. Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan Majlis Bahagian?

I Meluluskan undang-undang
II Menasihati Residen
III Majaga keamanan
IV Mengutip cukai

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


330. • Menasihati James Brooke
• Meluluskan undang-undang dan peraturan
• Membuat semua dasar

Makulumat di atas berkaitan dengan

A Majlis Negeri
B Majlis Tertinggi
C Majlis Tempatan
D Majlis Undangan Negeri


331. Tahun Pihak yang terlibat
1888 Charles Brooke
Kerajaan British

Berdasarkan jadual di atas apakah kesan terpenting perjanjian di atas?

A British memerintah Sarawak
B Sarawak mencapai kemerdekaan
C Sarawak menjadi naungan British
D Charles Brooke menerima penasihat British





332. Pada 24 September 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan Sarawak. Apakah tujuan utama perlembagaan ini?

A Sarawak mendapat kemerdekaan
B Penyerahan Sarawak kepada Britsh
C Sarawak mendapat kemerdekaan sepenuhnya
D Menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak


333. Mengapa pemerintahan keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran ke Sarawak?

A Menjamin perkembangan ekonomi
B Menjaga kepentingan ekonomi mereka
C Menjamin kedudukan ekonomi tradisional
D Mengelakkan penindasan terhadap penduduk tempatan


334. Apakah punca pemberontakan pelombong Cina pada tahun 1857?

A Tidak dibayar upah
B Pajakan ditarik balik
C Dijadikan buruh paksa
D Tidak berpuas hati dengan cukai


335. Keluarga Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah. Bagaimanakan dasar ini dilaksanakan?

I Pemisahan kaum mengikut pekerjaan
II Pemisahan kaum mengikut petempatan
III Sistem pendidikan yang berbeza
IV Pengunaan bahasa yang berbeza

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


336. Bandar Miri telah berkembang pesat selepas tahun 1910 kerana?

A Penanaman lada hitam
B Perlombongan antimoni
C Perlombongan petroleum
D Perkembagan sistem pengangkutan


337. Kemudahan asas di kawasan pedalaman Sarawak adalah terhad

Apakah punca utama keadaan ini?

A Masalah kewangan
B Kekurangan penduduk
C Ditentang oleh penduduk tempatan
D Kerajaan kurang memberi perhatian


338. Mengapakan sistem pendidikan moden kurang diberi perhatian oleh keluarga Brooke?

A Kekurangan sekolah
B Wujud pendidikan tradisional
C Penduduk tempatan tidak memberi sambutan
D Berpendapat sistem pendidikan Barat tidak sesuai dengan pendudukan tempatan


339. Charles Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah untuk Orang Dayak kerana

A Penduduk Dayak buta huruf
B Penduduk Dayak sering memberontak
C Hanya terdapat sekolah Melayu dan Cina
D Mahu mengekalkan cara tradisional mereka


340. Jabatan pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1924. Apakah tujuannya?

A Melatih guru-guru
B Membina lebih banyak sekolah
C Menyeragamkan sistem pendidikan
D Mengawal perkembangan pendidikan


341. Sabah menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barat sejak abad ke-19. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini?

I Kedudukan strategik
II Pusat perdagangan antarabangsa
III Kekayaan hasil bumi
IV Pemerintahan yang cekap

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


342. Mengapakan Sultan Brunei telah menyerahkan Pantai Timur dan Utara Sabah kepada Sultan Sulu?

A Membalas jasa
B Mematuhi perjanjian
C Tewas dalam peperangan
D Sebagai hadiah perkahwinan puterinya


343. Pada tahun 1865, Sultan Brunei telah memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat untuk tempoh 10 tahun

Konsesi ini diberikan kepada?

A T.B. Harris
B C.L. Moses
C J.W. Torrey
D Von Overbeck


344. Gebenor Labuan, W.H. Treacher telah bersetuju Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei

Berdasarkan maklumat di atas, apakah syarat yang ditetapkan bagi bantuan yang diberikan?

A W.H. Treaher mendapat sebahagian hasil cukai
B Overbeck bersetuju membayar cukai kepada Sultan Brunei
C Syarikat yang ditubuhkan dimiliki bersama W.H.Treacher
D Syarikat yang ditubuhkan diletakkan dibawah kekuasaan British


345. Bagaimanakah kawasan dari Sibuku hingga ke Teluk Kimanis di Sabah dimiliki oleh Syarikat Overbeck dan Dent pada tahun 1877

A Melalui pajakan daripada Sultan Brunei
B Melalui perjanjian dengan Sultan Brunei
C Melalui peperangan dengan Sultan Brunei
D Melalui campur tangan dalam hal ehwal di Brunei


346. Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd. Saham dijualkan kepada rakyat British untuk menambahkan modal perniagaan

Berdasarkan pernyataan di atas apakah langkah yang diambil untuk memperkukuh dan memajukan perniagaan?

A Mendapat naungan Kerajaan British
B Menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei
C Menjual saham kepada saudagar Negeri-negeri Selat
D Berusaha mendapat Piagam Diraja daripada Kerajaan British


347. Pada tahun 1881 Kerajaan British telah menganugerahkan Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd SBUB.

Apakah kesan terpenting penganugerahan tersebut?

A SBUB berkuasa mentadbir Sabah
B SBUB berjaya mengaut keuntungan yang banyak
C SBUB menjadi syarikat perdagangan yang penting
D SBUB bertindak menjadi agen perdagangan di timur


348. Pada tahun 1881 Kerajaan British telah menganugerahkan Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd SBUB.

Apakah faedah yang diperoleh Kerajaan British dengan penganugerahan Piagam kepada SBUB

I Memperluas pengaruh di Sabah
II Menempatkan penasihat di Sabah
III Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
IV Dapat bersaing dengan James Brooke

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


349. Tahun 1888
Perjanjian Perlindungan Borneo Utara

Apakah faedah perjanjian tersebut kepada Kerajaan British?

I Dapat menguasai ekonomi Sabah
II Sabah menjadi naungannya
III Bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah
IV Bertanggungjawab terhadap pertahanan Sabah

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


350. Di antara berikut yang manakah merupakan syarat pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd?

I Mesti menerima penasihat British
II Tidak boleh menyerahkan wilayah tanpa persetujuan kerajaan British
III Memelihara agama adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
IV Memerintah dengan adil dan saksama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan