CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 4 TING 1

151. Perak telah tewas dalam serangan yang dilakukan oleh Kedah pada tahun 1819

Apakah faktor utama yang menyebabkan serangan ini?

A Perak mengancam kekuasaan Siam
B Perak enggan mengakui naungan Siam
C Perak enggan tunduk kepada tuntutan Siam
D Siam ingin menguasai kekayaan perlombongan Perak


152. Perak telah tewas dalam serangan yang dilakukan oleh Kedah pada tahun 1819

Apakah kesan peristiwa ini kepada Perak?

I Menghantar bunga emas ke Siam
II Menjadi jajahan Kedah
III Bijih timah dijualkan kepada Siam tanpa cukai
IV Masalah perebutan takhta

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


153. Pada tahun 1470, Sultan Mansor Shah telah menabalkan Raja Muhammad sebagai Sultan Pahang.

Apakah kesan terpenting perlantikan ini?

A Kedaulatan Pahang terjamin
B Perang saudara tercetus di Pahang
C Keturunan Melaka menguasai Pahang
D Pahang menjadi jajahan takluk Melaka


154. Pada tahun 1801 pasukan tentera Long Muhammad telah bertempur dengan tentera Terengganu. Apakah kesan pertempuran ini?

A Terengganu menawan Kelantan
B Long Muhammad menawan Terengganu
C Long Muhammad berjaya membebaskan Kelantan.
D Kelantan enggan menghantar bunga emas kepada Terengganu


155. Apakah sumbangan terpenting Sultan Omar terhadap sejarah Terengganu?

A Memajukan perdagangan
B Mengutamakan ajaran Islam
C Menamatkan penjajahan Siam
D Mengasaskan Kesultanan Terengganu


156. Antara daerah-daerah Selangor yang tersenarai di bawah, yang manakah terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka ?

I Jeram
II Klang
III Langat
IV Sabak Bernam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


157. Apakah faktor utama yang menyebabkan Belanda berminat menakluk Selangor?

A Menguasai perdagangan rempah
B Menguasai pengeluaran Bijih Timah
C Selangor mengancam keselamatan Melaka
D Menamatkan persiangan terhadap Pelabuhan Melaka


158. Perak
Kedah
Kelantan
Terengganu

Apakah persamaan negeri-negeri Melayu yang tersenarai di atas?

A Pusat perdagangan entrepot
B Menjadi sebahagian jajahan Portugis
C Merupakan pengeluar bijih timah utama
D Pernah menghantar bunga emas kepada Siam


159. Apakah iktibar yang kita boleh peroleh daripada sejarah Negeri Sembilan?

A Sultan adalah tonggak pemerintahan
B Muafakat dapat menjamin keamanan negeri
C Pentadbiran yang autokratik adalah kunci kesejahteraan
D Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjamin pemerintahan yang licin


160. Apakah faktor utama yang menyebabkan orang Minangkabau memberikan taat setia kepada Sultan Melaka?

A Sultan Melaka beragama Islam
B Sultan Melaka mempunyai kadaulatan
C Sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi
D Sultan Melaka diiktiraf oleh Maharaja China


161. Sistem pemerintahan ialah cara pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan.Apakah bentuk pemerintahan yang diamalkan di negeri-negeri Melayu?

A Sistem pemerintahan beraja
B Sistem pemerintahan berlapis
C Sistem pemerintahan langsung
D Sistem pemerintahan naungan


162.
• NEGERI
• JAJAHAN
• X
• KAMPUNG

Carta di atas menunjukkan pembahagian dalam struktur pemerintahan di negeri-negeri Melayu. X ialah

A Luak
B Pekan
C Mukim
D Daerah


163. • NEGERI
• JAJAHAN
• X
• KAMPUNG

Apakah rasional di sebalik mewujudkan pembahagian pentadbiran seperti rajah di atas?

A Mengelakkan masalah perebutan kuasa
B Memastikan pembesar tidak mempunyai kuasa
C Menjamin kuasa pemerintah yang sepenuhnya
D Pelaksanaan arahan pemerintah dengan lebih berkesan


164. Raja atau Sultan menjadi lambang kedaulatan. Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang raja yang berdaulat?

I Kesempurnaan
II Kebolehan
III Keistimewaan
IV Kekayaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


165. Bagaimanakah kedaulatan seseorang raja atau Sultan dapat diperkukuhkan?

I Kepahlawanan
II Keunggulan peribadi
III Lambang negeri
IV Cap Mohor

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



166. Sistem pemerintahan di Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain dan dikatakan unik kerana

A Mengamalkan adat Melayu
B Mengamalkan adat Perpatih
C Mengamalkan adat Temenggung
D Mengamalkan undang-undang adat


167. Apakah tanggungjawab pembesar jajahan dan daerah?

I Melaksanakan sistem perundangan
II Menjaga dan mengekalkan keamanan
III Mempertahankan kedaulatan negeri
IV Menyediakan tenaga kerja

A I, II dan II
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


168. Nobat adalah alat muzik diraja yang dimainkan semasa upacara

I Pertabalan raja
II Kemangkatan raja
III Ketibaan utusan
IV Keberangkatan sultan ke balairung seri

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


169. Sistem pemerintahan dalam Adat Temenggung bersifat autokratik. Apakah yang membuktikan pernyataan ini?

A Mengutamakan hukum syarak
B Kuasa tertinggi di tangan sultan atau raja
C Sistem kekeluargaan mengikut sebelah bapa
D Pemberian harta pusaka mengutamakan lelaki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan