CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 1 TING 3

461. Maharaja Mikado Meiji telah melaksanakan dasar pembaharuan di Jepun. Apakah pembaharuan yang dilaksanakan?

I Pemodenan dalam perindustrian
II Mengutamakan pendidikan barat
III Negara barat dijadikan model
IV Bahasa Inggeris diajar di sekolah

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


462. Apakah kesan terpenting dasar pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Maharaja Mikado Meiji di Jepun?

A Kegiatan peluasan kuasa dimulakan
B Pendidikan barat diutamakan di sekolah
C Mengasaskan hubungan luar yang lebih terbuka
D Dasar hubungan luar berbentuk pro barat diamalkan


463. Kemenangan Jepun terhadap sebuah kuasa barat, kedudukan Jepun menjadi setaraf dengan kuasa-kuasa besar yang lain. Kuasa barat yang dimaksudkan ialah

A Rusia
B British
C Jerman
D Amerika Syarikat


464. TAHUN 1895 Perang China-Jepun Pertama
TAHUN 1937 Perang China-Jepun Kedua

Jepun telah berperang dengan China sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1896 dan 1937. Mengapakah Jepun menyerang China?

A China telah menzalimi orang Jepun
B Jepun bermusuhan dengan orang China
C Berpotensi sebagai pasaran untuk barangan Jepun
D China mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Amarika Syarikat


465. Jepun telah menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour. Kenapakah Jepun mengambil tindakan ini?

A Kesan perang Rusia-Jepun
B Amerika menyokong China
C Jepun menyertai pakatan Axis
D Amerika mengenakan sekatan ekonomi



466. Pertambahan penduduk
Tanah pertanian semakin berkurangan
Memerlukan pasaran baru

Senarai di atas merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Jepun. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?

A Menyertai pakatan Axis
B Menjalankan perluasan kuasa
C Memodenkan sektor ekonomi
D Melaksanakan pertanian komesial


467. ASIA UNTUK ORANG ASIA
SEMANGAT ASIA

Slogan di atas digunakan oleh Jepun untuk membantunya dalam dasar perluasan kuasa. Bagaimanakah langkah ini membantu Jepun?

A Membantu dalam usahanya menguasai negara China
B Membolehkan dasar pemerintahan ketenteraan dijalankan
C Menonjolkan dirinya sebagai pembela negara-negara timur
D Membantu dalam usahanya melaksanakan ekonomi kawalan


468. ASIA UNTUK ORANG ASIA
SEMANGAT ASIA

Apakah iktibar yang boleh kita peroleh daripada tindakan Jepun menyebarkan slogan di atas?

I Tanpa adanya slogan kejayaan tidak boleh dicapai
II Harus berhati-hati terhadap propaganda dari luar
III Slogan yang baik diperlukan dalam melaksanakan sesuatu misi
IV Slogan ini merupakan faktor utama kejayaan Jepun

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



469. • Kelemahan tentera British
• Semangat tentera
• Perancangan awal
• Taktik serangan
X

Senarai di atas merujuk kepada faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. Faktor X ialah

A Bantuan Jerman
B Bantuan Pakatan Axis
C Kerjasama antara kaum
D Pakatan dengan Thailand


470. Apakah bukti yang menunjukkan Jepun mengamalkan prinsip “Asia untuk orang Asia” semasa menyerang Asia Tenggara?

A Mengamalkan jati diri Asia
B Tidak menyerang Thailand
C Mengamalkan dasar anti-barat
D Menghapuskan Bahasa Inggeris


471. Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu telah berlaku dari arah utara ke selatan. Tempat pendaratan tentera Jepun yang paling awal di Tanah Melayu ialah

A Jitra
B Perlis
C Alor Star
D Kota Bharu



472. Tarikh 16 Disember 1941
Pengkalan tentera Cam Ranh- Vietnam
Sasaran Miri- Sarawak

Berdasarkan jadual di atas kenapakah Miri menjadi sasaran Jepun?

A Pusat pentadbiran British
B Tumpuan pertahanan British
C Pusat perlombongan minyak
D Pangkalan tentera laut British



473. Semasa berundur dari Tanah Melayu tentera British telah memusnahkan jambatan, jalan keretapi, jalan raya serta ladang-ladang dan kawasan perlombongan. Apakah tujuan utama British bertindak demikian?

A Melumpuhkan ekonomi
B Mewujudkan pemberontakan
C Membantu penduduk tempatan
D Mehapuskan sistem perhubungan


474. Kejayaan Jepun menakluki negara kita dalam masa yang singkat telah memeranjatkan banyak pihak termasuk Amerika Syarikat. Apakah kunci kejayaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat?

A Strategi peperangan
B Sistem pemerintahan
C Peranan kerajaan Jepun
D Kelengkapan tentera Jepun


475. Serangan Jepun ke atas Singapura telah ditentang hebat oleh Rejimen Askar Melayu. Siapakah pemimpin pasukan ini?

A Leftenan Adnan
B Dato’ Onn Jaafar
C Ibrahim Haji Yaacob
D Leftenan Yeop Mahidin


476. Kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun memberikan kesan penting kepada penduduk Tanah Melayu. Apakah iktibar terpenting peristiwa ini?

A Perlu mempunyai bilangan tentera yang ramai dan bersemangat
B Tidak berharap kepada kuasa asing untuk mempertahankan tanah air
C Kukuhkan pertahanan negara pada setiap masa dan sentiasa bersedia
D Mempunyai kelengkapan perang yang cukup untuk menghadapi musuh


477. Jepun telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada tahun 1943. Kenapa Jepun mengambil tindakan ini?

A Membalas jasa kerajaan Siam
B Untuk mendapat sokongan raja Siam
C Mematuhi salah satu syarat Perjanjian Burney
D Siam membekalkan beras kepada tentera Jepun


478. Mengapa Jepun mula memperkenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk Tanah Melayu apabila mendapati bahawa mereka akan kalah?

A Ingin berbuat baik kepada penduduk tempatan
B Ingin membalas jasa orang Melayu yang menyokongnya
C Supaya penduduk tempatan mampu berkerajaan sendiri
D Supaya tidak menyokong British apabila British kembali


479. Kenapa tentera British tidak bersungguh-sungguh serta tidak bersedia menghadapi serangan Jepun ke atas Tanah Melayu?

A Tentera British tidak terlatih
B Bilangan tentera British yang kurang
C Lebih menumpukan peperangan di Eropah
D Tumpuan pertahanan British di Singapura


480. Jepun telah mengeluarkan kad catuan bagi setiap keluarga yang bertujuan merekodkan tarikh, jenis dan kuantiti barang keperluan yang diperoleh. Langkah ini adalah sebahagian daripada bentuk ekonomi

A Kawalan
B Terancang
C Kapitalisme
D Pasaran bebas


481. Jeneral Seishiro Itagaki telah menyerah diri kepada Tentera Bersekutu di Singapura pada 15 Ogos 1945

Apakah kesan terpenting peristiwa di atas kepada Tanah Melayu?

A Semangat kebangsaan menyemarak
B Parti politik yang radikal ditubuhkan
C Penduduk Tanah Melayu bersatu padu
D Penduduk Tanah Melayu menghargai Jepun


482. Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan semasa menjajah Tanah Melayu. Apakah tujuan utama dasar ini?

A Meningkatkan taraf hidup penduduk
B Mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat
C Menjamin sokongan penduduk Tanah Melayu
D Mewujudkan kesetiaan kepada Maharaja Jepun


483. Pasukan polis rahsia yang bertindak ganas dan kejam terhadap mereka yang disyaki membenci Jepun

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Kaisha
B Kunrenjo
C Kimigayo
D Kampetai


484. Kenapa Kesatuan Melayu Muda telah mengadakan pakatan sulit dengan Jepun dan menyebarkan propaganda kepada orang Melayu?

A Supaya diberikan kemerdekaan
B Supaya orang Melayu tidak dizalimi
C Supaya diberi layanan istimewa oleh Jepun
D Supaya diberikan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan


485. Kedudukan Sultan diiktiraf oleh kerajaan Jepun dan menjadi ketua agama dan adat istiadat Melayu. Kenapakah Jepun bertindak demikian?

A Menghormati institusi beraja
B Diarahkan oleh Maharaja Jepun
C Mematuhi syarat perjanjian Melayu
D Untuk mendapat sokongan orang Melayu


486. Tentera Jepun bertindak zalim serta membunuh orang Cina di Tanah Melayu

Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah Jepun bertindak sedemikian terhadap orang Cina?

A Membantu Parti Komunis Malaya
B Enggan berkerjasama dengan Jepun
C Membantu China semasa perang Cina-Jepun
D Memberikan bantuan kepada tentera British









487. Apakah tindakan askar India dalam tentera British, semasa Jepun menyerang Tanah Melayu?

A Berpaling tadah kepada Jepun
B Menyertai Gerakan anti Jepun
C Bekerjasama dengan orang Cina
D Menentang Jepun secara bermati-matian


488. Akhbar X Berperanan sebagai alat propaganda Jepun

Maklumat di atas berkaitan dengan sebuah akhbar pada masa pendudukan Jepun. Akhbar X ialah

A Majlis
B Fajar Asia
C Warta Negara
D Utusan Melayu


489. Jepun telah memperkenalkan mata wang Jepun yang dikenali sebagai “wang pisang”. Apakah kesan terpenting mata wang tersebut?

A Inflasi berlaku
B Kekurangan makanan
C Kemelesetan ekonomi
D Ekonomi berkembang


490. Di antara berikut yang manakah merupakan pertubuhan anti-Jepun di Tanah Melayu?

I MPAJA
II Force 136
III Askar Melayu Setia
IV KMM

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV





491. Kao Kunrenjo adalah Sekolah Latihan Kepimpinan yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun

Apakah tujuan Jepun menubuhkan sekolah tersebut ?

A Menanamkan semangat kesetiaan
B Menanamkan sentimen anti-barat
C Menyediakan latihan ketenteraan
D Memberi latihan pentadbiran awam


492. Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya

Slogan di atas telah digunakan sebagai propaganda oleh Jepun. Namun rancangan Jepun untuk mewujudkannya tidak berjaya kerana

A Tekanan daripada kerajaan British
B Tidak disetujui oleh raja-raja Melayu
C Tidak mendapat sokongan negara Asia
D Memberikan tumpuan kepada peperangan


493. Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah. Apakah faktor utama Jepun mengambil tindakan ini?

A Arahan Maharaja Jepun
B Kekalahan Jerman dan Itali
C Desakan oleh kerajaan Jerman
D Amerika mengugurkan bom atom


494. Apakah kesan terpenting pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu?

A Berjaya menyatukan orang Melayu
B Semangat nasionalisme menyemarak
C Ekonomi Tanah Melayu berkembang
D Berjaya mewujudkan perpaduan kaum


495. Semasa pendudukan Jepun di atas Tanah Melayu banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan telah muncul. Apakah iktibar yang boleh kita peroleh daripada keadaan ini?

A Jepun menggalakkan ciptaan baru
B Kekayaan bahan mentah di Tanah Melayu
C Penduduk Tanah Melayu mampu mencipta
D Keperitan hidup menjadikan penduduk kreatif


496. Apakah peristiwa yang telah mendorong peningkatan semangat nasionalisme orang Melayu pada tahun 1946?

A Kekalahan British
B Pendudukan Jepun
C Pentadbiran tentera British
D Pengenalan Malayan Union


497. Orang Melayu menentang hebat Malayan Union kerana dianggap sebagai usaha British menjajah Tanah Melayu.

Pelaksanaan Malayan Union disifatkan oleh orang Melayu sebagai usaha British untuk

A Menghapuskan ketuanan Melayu
B Mengetatkan syarat pemberian kerakyatan
C Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk
D Mewujudkan persamaan taraf antara penduduk


498. Selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945, PKM telah memerintah selama 14 hari.

Apakah kesan terpenting peristiwa di atas?

A Menimbulkan masalah ekonomi
B Menimbulkan ketegangan kaum
C Menamatkan pemerintahan tentera
D Menyemarakkan semangat nasionalisme









499. Apakah bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh British untuk menyelamatkan keadaan selepas 14 hari PKM berkuasa?

A Pentadbiran Tentera British
B Pentadbiran Malayan Union
C Pentadbiran Tentera Bintang Tiga
D Penguasaan Parti Komunis Malaya


500. Kerajaan British telah memperkenalkan pentadbiran awam selepas memulihkan keamanan di Tanah Melayu. Pentadbiran awam yang diperkenalkan ialah

A Negeri-negeri Selat
B Persekutuan Tanah Melayu
C Pentadbiran Malayan Union
D Pemerintahan awam sementara

3 ulasan:

  1. Assalammualaikum..Cikgu Razak..boleh tak saya share soalan cikgu..? klu boleh ,mohon emailkan ke kekwajingga@gmail.com terima kasih

    BalasPadam
  2. Cikgu, untuk soalan-soalan ini, ada jawapan ke ?

    BalasPadam