CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 3 September 2010

SET 1 TING 2

221. Syarikat Hindia Timur Inggeris SHTI telah ditubuhkan di England pada tahun 1600. Apakah peranannya?

A Mencari pelabuhan persinggahan
B Menjamin keselamatan tanah jajahan British di timur
C Menubuhkan sistem pentadbiran yang teratur di tanah jajahan
D Menjalankan perdagangan antarabangsa dan luaskan tanah jajahan


222. Kenapakah Syarikat Hindia Timur Inggeris berminat menguasai Pulau Pinang?

I Untuk di jadikan pusat pentadbiran
II Untuk berperanan sebagai pelabuhan persinggahan
III Untuk berperanan sebagai pusat pengumpulan barang
IV Untuk berperanan sebagai pengkalan tentera

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


223. Apakah faktor terpenting yang mendorong Syarikat Hindia Timur mencari pengkalan tentera di Kepulauan Melayu?

A Untuk mengelakkan perang saudara
B Untuk mempertahankan Negeri Negeri Selat
C Untuk mempertahankan pertempatan di India
D Untuk mengelakan ancaman-ancaman German


224. Perlantikan Raja Abdullah sebagai Raja Muda telah ditentang oleh kerabat diraja kedah kerana?

A Raja Abdullah bukan anak gahara
B Raja Abdullah berbaik dengan British
C Raja Abdullah Bukan waris Sultan Kedah
D Perlantikan Raja Abdullah tidak di iktiraf oleh Siam








225. Kerabat diraja Kedah telah menentang Sultan Muhammad Jiwa.

Apakah tindakan yang diambil oleh kerabat diraja Kedah dalam penentangan di atas?

A Meminta bantuan Siam dan merampas takhta Sultan Muhammad Jiwa
B Mendapat bantuan British di India untuk mengusir Sultan Muhammad Jiwa
C Meminta bantuan Siam dan Burma untuk menyerang Sultan Muhammad Jiwa
D Berpakat dengan orang Bugis di Selangor dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar


226. K
Kerabat diraja Kedah telah menentang Sultan Muhammad Jiwa.




Sultan Muhammad Jiwa telah mengambil beberapa langkah untuk menghadapi penentangan kerabat diraja. Apakah langkah tersebut?

I Berundur ke Kangar
II Mengumpulkan tentera menamatkan penentangan
III Meminta bantuan ketenteraan daripada Firma Jordain Sullivan dan De Souza
IV Memecat kerabat di raja yang memberontak

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


227. Perang Siam-Burma 1753-1781

Apakah kesan peristiwa di atas terhadap Negeri Kedah?

A Kedah diserang oleh Siam
B Kedah bersekutu dengan Siam
C Kedah berpakat dengan Burma
D Kedah menghentikan penghantaran Bunga Emas


228. Apakah yang dituntut oleh Siam terhadap Kedah selepas tamatnya Perang Siam – Burma?

I Bunga emas
II Wang
III Tenaga Manusia
IV Tempat Persingahan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


229. Bagai pucuk dicita ulam mendatang

Perumpamaan di atas berkaitan dengan peristiwa

A Perjanjian Burney1826
B Tuntutan Siam terhadap Kedah
C Peristiwa penentangan kerabat diraja di Kedah
D Tawaran Sultan Abdullah kepada Francis Light menduduki Pulau Pinang


230. Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan utama Sultan Abdullah menadatangani perjanjian tersebut?

A Untuk menamatkan pemberontakan
B Untuk memastikan takhta terjamin
C Melindungi Kedah daripada ancaman Burma
D Untuk melindungi Kedah daripada ancaman Siam


231. Apakah kesan terpenting Perjanjian Inggeris-Kedah 1786?

A Francis Light menduduki Pulau pinang
B Francis Light menjadi Gabenor Pulau Pinang
C Sultan dibayar pampasan sebanyak 30,000 dolar Sepanyol
D Sultan menggugurkan semua tuntutan ke atas Kedah


232. • Syarikat Hindia Timur Inggeris membantu Kedah sekiranya diserang musuh
• Syarikat Hindia Timur tidak boleh melindungi musuh Kedah

Maklumat diatas berkaitan dengan?

A Perjanjian Burney 1826
B Perjanjian Ingeris – Kedah 1786
C Perjanjian Inggeris Belanda 1824
D Perjanjian persahabatan dan keamanan Inggeris Kedah


233. Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
• Syarikat Hindia Timur Inggeris membantu Kedah sekiranya diserang musuh
• Syarikat Hindia Timur tidak boleh melindungi musuh Kedah
• X

X ialah

A Kedaulatan Kedah dijamin
B Sultan mengugurkan tuntutan keatas Kedah
C Sultan dibayar pampasan sebanyak 30,000 dolar Sepanyol
D Seberang Perai diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris


234. Pada 11 Ogos tahun 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan. Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island.

Apakah kesan terpenting peristiwa ini terhadap sejarah tanah melayu?

A British membayar ganti rugi kepada Siam
B Siam menyerahkan Pulau Pinang kepada British
C Menamatkan persengketaan Kedah dengan British
D Menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu



235. Siam telah menakluki Patani dan mengancam Kedah pada tahun 1786

Apakah tindakan Sultan Abdullah terhadap masalah ini

A Menghantar Bunga Emas ke Siam
B Menandatangani perjanjian dengan Siam
C Menyerahkan Pulau Pinang Kepada Siam
D Sultan Abdullah menuntut Syarikat Hindia Timur Inggeris memberikan bantuan


236. Apakah tindakan Francis Light untuk menghadapi serangan daripada Sultan Abdullah?

I Enggan melepaskan Pulau Pinang
II Menawarkan bayaran ganti rugi
III Tidak mahu berpakat dengan Kedah
IV Menawarkan Kedah kepada Siam

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


237. Apakah kesan peperangan antara Kedah dengan Francis Light ke atas Sultan Abdullah

A Seberang Perai dirampas semula
B Francis Light dihalau dari Pulau Pinang
C Sultan Abdullah kehilangan takhta Kedah
D Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris – Kedah ditandatangani


238. Janji Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk membantu Kedah menghadapi musuh dapat dikaitkan dengan

A Musuh dalam selimut
B Menanam tebu di tepi bibir
C Bagai pucuk dicita ulam mendatang
D Genggam batu api biar sampai jadi abu



239. Apakah kesan terpenting Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800?

A British berjanji melindungi Seberang Perai
B British mengugurkan tuntutan ke atas Pulau Pinang
C British mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai pemerintah kedah yang sah
D Membolehkan Syarikat Hindia Timur Inggeris menduduki Seberang Perai


240. Apakah faktor utama yang mendorong Syarikat Hindia Timur Inggeris berminat terhadap Seberang Perai

I Sebagai benteng pertahanan
II Menampung keperluan makanan
III Sesuai sebagai pusat perdagangan
IV Berpotensi menjadi pangkalan tentera

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


241. Perjanjian Burney 1826

Apakah kesan terpenting Perjanjian di atas terhadap Kedah

I Kedah menghantar ufti bunga emas ke Siam
II British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
III Kedah akan mendapat bantuan British menghadapi ancaman Siam
IV Sultan Kedah akan kembali ke Kedah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


242. Pulau Pinang gagal mencapai Kemajuan yang diharapkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris

Apakah kesan kegagalan Pulau Pinang?

A British menguasai Betawi
B British menguasai Melaka
C British menguasai Singapura
D British campur tangan di Negeri-negeri Melayu


243. Belanda menyerah secara sementara semua tanah jajahan di Timur kepada British sehingga Perang Napoleon tamat

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Surat-surat kew
B Perjanjian Burney 1826
C Perjanjian Inggeris - Kedah
D Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


244. Perjanjian Inggeris –Belanda telah ditandatangani pada tahun 1824. Apakah kesan terpenting perjanjian itu.

A Belanda menguasai Melaka
B British menguasai Bangkahulu
C British meluaskan pengaruh di Tanah Melayu
D Kepulauan Melayu dikuasai sepenuhnya oleh Belanda


245. Stamford Raffles amat berminat untuk menguasai Singapura tetapi menghadapi masalah kerana

A Belanda menguasai Kepulauan Melayu
B Sultan Johor bermusuhan dengan British
C Johor berada di bawah pengaruh Belanda
D Temengung Abdul Rahman berpakat dengan Belanda


246. Pada tahun 1826, petempatan British di Singapura, disatukan dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat. Langkah ini bertujuan untuk?

I Mengkukuhkan kuasa politik
II Menyeragamkan pentadbiran
III Menjimatkan Perbelanjaan
IV Menamatkan penjajahan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



247. Sebelum 1832 Selepas 1832
Pulau Pinang Singapura

Jadual diatas menununjukan perubahan Ibu negeri Negeri-negeri Selat dari Pulau Pinang ke Singapura. Kenapa Singapura menggantikan Pulau Pinang?

I Kedudukan Strategik
II Didesak oleh saudagar Negeri-negeri Selat
III Lebih menguntungkan
IV Diarahkan oleh Sultan Johor

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


248. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Negeri-negeri Selat?

A Residen
B Gabenor
C Residen Konsular
D Pesuruh Jaya Tinggi


249. Gaboner Jeneral British di India bertanggungjawab menggubal semua dasar dan undang-undang Negeri-negeri Selat. Apakah kesan dasar tersebut?

A Menyebabkan pemberontakan
B Rasa tidak puas hati penduduk dan Saudagar
C Pentadbiran Negeri-negeri Selat di pindah ke London
D Ibu negeri Negeri-negeri Selat diubah ke Singapura


250. Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak mengambil berat tentang kebajikan
Cadangan untuk menghapuskan taraf pelabuhan bebas
Kedatangan imigran Cina yang tidak terkawal

Senarai di atas berkaitan dengan

A Faktor pemindahan ibu negeri Negeri-negeri Selat
B Faktor pemindahan pentabiran Negeri-negeri Selat
C Faktor penubuhan jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat
D Faktor kejayaan Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan

Tiada ulasan:

Catat Komen