Soalan 1: Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan sukan berbasikal dan
langkah-langkah menggalakkan golongan muda berbasikal. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Penganjuran pelbagai program kesukanan oleh pelbagai pihak bukan sahaja
dapat meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti sukan, tetapi juga
mampu membangunkan bidang sukan ke arah sebuah
negara yang sihat. Oleh itu, bagi membudayakan amalan gaya
hidup sihat ini, sukan berbasikal dianggap
aktiviti yang sesuai kerana tidak bersifat ekstrem malah mampu menjadi aktiviti
sukan yang paling mudah dan berkesan.
Aktiviti ini dapat melahirkan individu yang mementingkan gaya hidup
sihat selain menjadikan bersukan sebagai
amalan harian dan menyahut saranan kerajaan supaya lebih banyak generasi sihat
dapat dilahirkan.
Selain itu,
aktiviti berbasikal dengan kerap adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko
masalah kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak aktif. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung
akan meningkat kerana oksigen yang mencukupi membantu jantung berdegup dengan
baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyembuhkan pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh
pesakit. Kajian mengenai hubungan
antara senaman dan kanser mendapati bahawa berbasikal secara tetap mengurangkan
risiko kanser payudara. Berbasikal
mampu meningkatkan kadar metabolisme, membina otot dan membakar lemak
yang berupaya menurunkan berat badan
seseorang. Aktiviti berbasikal tidak
memberikan tekanan kepada sendi sebaliknya membantu menyihatkan otot dan sendi
pada kaki dengan gerakannya yang berupaya menguatkan tulang rawan.
Aktiviti
berbasikal secara rutin bersama-sama ahli keluarga mampu mengeratkan ikatan
kekeluargaan yang semakin renggang
akibat ledakan teknologi maklumat.
Aktiviti ini jika dilakukan pada awal pagi atau lewat malam mampu
menenangkan fikiran, mengurangkan kebimbangan dan tekanan melalui peningkatan
kepekaan dan daya konsentrasi individu.
Cara yang murah, selamat dan
efektif untuk melangsingkan tubuh
badan seseorang jika aktiviti berbasikal
dipraktikkan berbanding latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang
menunjukkan aktiviti berbasikal setengah jam setiap hari akan mengurangkan
tahap lemak dalam darah selain aktiviti
ini merangsang dan membaiki hati, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot
jantung dan mengurangkan nadi berehat.
Biarpun dalam suasana santai, sukan berbasikal sangat
sesuai untuk melahirkan ramai bakat baharu yang boleh digilap. Hal ini
diperkukuh dengan tanggapan bahawa aktiviti berbasikal bukan bertujuan mengikut
trend atau mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya
penglibatan tersebut kerana timbulnya kesedaran untuk mengekalkan
kecergasan dan kesihatan diri. Jelaslah, aktiviti berbasikal mampu memberikan
pelbagai manfaat. Namun demikan, pelbagai
persediaan perlu dilakukan sebelum menyertai aktiviti berbasikal bagi memastikan keselamatan setiap penunggang basikal itu
terjamin.
(Dipetik dan diubah
suai daripada‘Kebaikan
Berbasikal Kepada Masyarakat’
Oleh Raidatul
Batrisyah Mohd Radzif,
Dewan Siswa, Februari 2017)
Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata daya
konsentrasi seseorang. [2 markah]
(ii)
Pengarang ada menyatakan faedah-faedah aktiviti berbasikal selama 30 minit setiap
hari kepada seseorang.
Nyatakan
faedah-faedah tersebut.
[3 markah]
(iii)
Pelbagai persediaan perlu
dilakukan sebelum menyertai aktiviti berbasikal bagi memastikan keselamatan
setiap penunggang basikal itu terjamin.
Pada pendapat anda, apakah
persedian-persediaan yang perlu dilakukan
oleh seorang penunggang
basikal agar keselamatn diri terjamin. [4 markah]
Soalan (b) - Cerpen
Baca petikan cerpen
di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dulu-dulu ketika
di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “ Bosan dan jelak,” tingkahnya
kepada babah dan ibu.
“ Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam,
marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan
watak babahnya.
“Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar!
Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru
berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu
menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela
dir.
Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee
Keong, masalah mudah itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya
berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.
“Aiman pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak
ganggu kawan, saya akan bawa awak menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas,
memberi amaran keras.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras
sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat.
Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di
dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
Dipetik
daripada cerpen “Hipertensi”
oleh
Illias Zaidi
Antologi
Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Mengapakah Aiman berasa bosan dan jelak
untuk ke sekolah?
[2 markah]
(ii) Aiman dirotan oleh bapanya kerana sering membuat masalah
ketika di sekolah.
Pada pendapat anda, apakah pendekatan-pendekatan lain yang boleh diambil oleh ibu bapa Aiman
untuk memastikan Aiman tidak membuat masalah ketika berada di sekolah? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan satu nilai kemanusiaan daripada keseluruhan cerpen.
[4 markah]
Soalan
2(c)
- Petikan Prosa Tradisional
Baca
petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sembah Kertala
Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka
dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan?
Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu,
maka titah Seri Betara, “Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti
cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa agung.”
Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak
menitahkan patik aji, baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan
sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah paduka Betara itu.”
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah
suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu
dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala
Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka.
Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari
pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari
pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Dipetik
daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)
Berikan maksud bermain-main
segenap kampung.
[2
markah]
(ii)
Nyatakan
perkara-perkara yang berlaku setelah Seri Betara bertitah “Hai Patih Gajah
Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.”
[3
markah]
(iii)
Kertala Sari
membuat penyamaran ketika berada di Melaka
Pada pendapat anda, mengapakah
Kertala Sari perlu membuat penyamaran
untuk membunuh
Laksamana? [3
markah]
Soalan 2(d) – Syair
Baca
sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SYAIR BIDASARI
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Jamilah Hj. Ahmad
Sasbadi Sdn.
Bhd.
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan
Pustaka
(i)
Berdasarkan
rangkap kedua syair di atas,
nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang raja?
[2 markah]
(ii)
Serangan
unggas gurda menyebabkan
Negeri Kembayat musnah.
Sekiranya anda
Raja Negeri Kembayat, nyatakan tindakan-tindakan untuk memulihkan negeri anda.
[3
markah]
(iii) Jelaskan
dua pengajaran yang terdapat
dalam syair tersebut.
[4 markah]
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah
]
Jawab
semua soalan.
(a)
|
Tulis
satu ayat bagi
setiap perkataan di
bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
berbangga
(ii)
kebanggaan
(iii)
bersabar
(iv)
kesabaran
(v)
bertahan
(vi)
ketahanan
[6 markah]
|
(b)
|
Gabungkan
ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga
ayat yang sesuai tanpa mengubah maksud dan
struktur asalnya.
Kerajaan
negeri telah meluluskan
peruntukan yang besar melalui pejabat daerah bagi melaksanakan rancangan tebatan banjir. Peruntukan itu
diberi di seluruh negara. Ramai
penduduk terjejas kehidupan dan mata pencarian mereka akibat banjir. Banjir
melanda beberapa buah negeri. Pembinaan tebatan banjir diharapkan dapat
meminimumkan kesan kepada mangsa banjir. Pembinaan tebatan banjir diharapkan
dapat meminimumkan trauma kepada mangsa banjir.
[6 markah]
|
(c)
|
Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan ejaan
dan satu kesalahan
dari segi imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Setiap penduduk sesebuah taman perumahan harus
meluang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama demi mengukuhkan
tali silaturrahim.
(ii)
Syarikat otomotif yang diusahakan oleh Puan
Juliani telah beroperasi semenjak tahun 1998 dan berjaya mencapai sasar
jualan sebanyak 95 peratus pada tahun lalu.
(iii)
Tuan Haji Ibrahim bercadang mengadakan janjitemu
dengan doktor gigi untuk membuat perawatan gusinya yang sering sakit.
[6 markah]
|
(d)
(e)
|
Dalam
setiap ayat di bawah terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Banyak kerajaan di dunia mengambil keputusan tidak
akan membuat tambatan mata wang mereka
dengan kadar semasa Dolar di
dalam menghadapi konflik kewangan antarabangsa.
(ii)
Jati diri dan integriti merupakan genggaman
utama Encik Abdul Samad dalam
melaksanakan tugas yang majikan amanahkan kepadanya.
(iii)
Peristiwa pendaratan tahi bintang di kawasan kebun
kelapa sawit itu telah menjadi buah mulut sejumlah besar penduduk-penduduk
berhampiran kawasan kejadian.
[6 markah]
Berikan satu peribahasa yang berlawanan maksud dengan peribahasa
berikut.
(i) Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(ii) Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh
(iii) Bagai isi dengan kuku
[6 markah]
|
|
|
Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel
berikut:
(i)
Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(ii)
Di
Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv)
Pantai
Kasih karya Azmah Nordin
(v)
Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi)
Tirani
karya Beb Sabariah
(vii)
Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii)
Silir
Daksina karya Nizar Parman
(a)
Dalam sesebuah
novel, terdapat pelbagai watak yang
menghidupkan jalan cerita novel tersebut.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak yang telah
ditetapkan dalam novel tersebut.
Novel
|
Watak
|
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
|
Pak Saidi
|
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
|
Azraai
|
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
|
Datuk Abdul Rahman
|
Pantai Kasih karya Azmah Nordin
|
Doktor Sadiz
|
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
|
Embong
|
Tirani karya Beb Sabariah
|
Zahid
|
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
|
Muhammad Taufik
|
Silir Daksina karya Nizar Parman
|
Tauke Ong
|
[7 markah]
(b)
Bahagian
pengakhiran sesebuah novel amat penting
kerana mampu memberikan kepuasan kepada pembaca novel tersebut.
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, bersetujukah anda dengan pengakhiran cerita yang dipaparkan oleh pengarang?
Berikan alasan anda.
Salam cikgu, ada jawapan untuk set ini tak
BalasPadamCikgu ada jwpn?
BalasPadam