CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL TB 23 - PERUMPAMAAN

LATIHAN PERIBAHASA 1 (Perumpamaan)
ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI
1. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu _____________________________________
_______________________________________________________________.
2. Kami kesal akan sikap ketua kami yang sentiasa berubah-ubah dalam membuat apa-apa
keputusan. Sikapnya _______________________________________________________________.
3. Usaha Fawwaz menggali parit untuk mengalirkan air ke tanah bendangnya akhirnya berjaya kerana
dia bekerja _______________________________________________________________________.
4. Rakyat negara itu __________________________________________________________________
setelah raja mereka mati dibunuh.

5. Amin dikatakan ____________________________________________________________________
kerana tidak lagi mengunjungi keluarga angkatnya di kampung setelah menjawat jawatan tinggi di ibu kota.

6. Faris kelihatan ____________________________________________________ setelah berbulan-bulan menghidap penyakit misteri dan doktor juga tidak dapat mengesahkan punca penyakit tersebut.

7. Aziz bertindak ____________________________________________________________ untuk mempengaruhi ahli-ahli koperasi itu agar memilihnya sebagai pengerusi bagi menjatuhkan pengerusi yang sedia ada.

8. Ustaz Ali yang baru pulang dari Mesir itu _____________________________________________

________________________________________ kerana ilmu agamanya yang dipelajarinya di Mesir tidak pernah diamalkan dalam kehidupannya.

9. Faiz _____________________________________________________________ apabila dia pulang ke tanah air setelah lebih sepuluh tahun merantau ke luar negara.

10. Setelah hampir berputus asa akan kehidupannya yang menderita kerana kemiskinan serta sering

sakit-sakit, Amri ____________________________________________________________________

___________________________________________________________ apabila dikunjungi oleh rakan-rakan lama yang memberikan bantuan kewangan.

11. Nasib Laili ___________________________________________________________ apabila dia menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10 000 dalam majlis makan malam itu.

12. Banyak buku yang mahal dan bermutu di perpustakaan itu telah diconteng oleh pelajar-pelajar yang

tidak bertanggunjawab. Mereka itu ____________________________________________________.


Disediakan oleh : Cg Suhemi Hj Abdul
LATIHAN 1 PERIBAHASA SPM(Perumpamaan)
ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN PERIBAHASA YANG SESUAI
1. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu seperti cincin dengan permata/bagai pinang dibelah dua.
2. Kami kesal akan sikap ketua kami yang sentiasa berubah-ubah dalam membuat apa-apa
keputusan. Sikapnya umpama kiambang di air, akarnya tidak tetap.

3. Usaha Fawwaz menggali parit untuk mengalirkan air ke tanah bendangnya akhirnya berjaya kerana
dia bekerja seperti anai-anai makan kayu.

4. Rakyat negara itu seperti anak ayam kehilangan ibu setelah raja mereka mati dibunuh.

5. Amin dikatakan seperti ulat lupa akan daun kerana tidak lagi mengunjungi keluarga angkatnya di kampung setelah menjawat jawatan tinggi di ibu kota.

6. Faris kelihatan seperti ayam berak kapur setelah berbulan-bulan menghidap penyakit misteri dan doktor juga tidak dapat mengesahkan punca penyakit tersebut.

7. Aziz bertindak seperti api dalam sekam untuk mempengaruhi ahli-ahli koperasi itu agar memilihnya sebagai pengerusi bagi menjatuhkan pengerusi yang sedia ada.

8. Ustaz Ali yang baru pulang dari Mesir itu laksana pohon kayu yang tidak berbuah kerana ilmu agamanya yang dipelajarinya di Mesir tidak pernah diamalkan dalam kehidupannya.

9. Faiz bagai siri pulang ke gagang apabila dia pulang ke tanah air setelah lebih sepuluh tahun merantau ke luar negara.

10. Setelah hampir berputus asa akan kehidupannya yang menderita kerana kemiskinan serta sering
sakit-sakit, Amri ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali apabila dikunjungi oleh rakan-rakan lama yang memberikan bantuan kewangan.

11. Nasib Laili bagai ayam dibawa ke lampuk apabila dia menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10 000 dalam majlis makan malam itu.

12. Banyak buku yang mahal dan bermutu di perpustakaan itu telah diconteng oleh pelajar-pelajar yang
tidak bertanggunjawab. Mereka itu seperti kera mendapat bunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan