CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL KOMSAS 4- NOVEL

Soalan 16
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua- dua novel tersebut.
[ 8 markah ]

Jawapan

Persamaan yang terdapat dalam latar masyarakat dalam kedua-dua novel ialah masyarakat yang mengamalkan sikap dan cara hidup yang bersopan santun. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu melayan Tuan William dengan baik walaupun beliau sedar hasrat Tuan William untuk menakluki puncak Gunung Tahan untuk dijadikan tempat peranginan.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Aziz dan Afidah mengamalkan sikap bersopan santun dengan orang yang tua daripada mereka dengan bersalam.

Kedua-dua novel ini juga mengambarkan sikap masyarakat yang tabah dalam mengharungi hidup. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan watak Perempuan Tua tabah melahirkan anak seorang diri di dalam hutan dan membesarkan anak tanpa suami di sisi. Contohnya dalam novel Di Hadapan Pulau watak Afidah adalah watak yang tabah menjalani kehidupan tanpa kedua ibu bapa dan tabah menerima berita kematian datuknya.

Masyarakat penjajah yang mahu meluaskan penguasaan terhadap jajahan mereka dipaparkan dalam kedua-dua novel.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan Robert dan Tuan William dihantar untuk menakluki kawasan puncak Gunung Tahan yang berada di bawah pemerintahan Ratu Bongsu. Contonya, dalam Novel Di Hadapan, kehadiran tentera Jepun untuk menguasai perkampungan Aziz dengan mengebom sehingga penduduk melarikan diri ke dalam shelter..


Soalan 18


Berdasarkan novel yang anda pelajari,huraikan persamaan latar masa dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
[8 markah]
Jawapan

Pada waktu malam. Sebagai contoh, pada waktu malam Tuan William mengambil keputusan untuk menulis surat kepada ketuanya di London supaya menawan puncak Gunung Tahan. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau, pada waktu malam dalam keadaan yang gelap gelita Budin balik ke rumah dalam keadaan mabuk.

Kedua-dua novel memaprkan latar masa pada waktu pagi .Contohnya, dapam novel Putera Gunung Tahan setiap pagi Mem William akan menziarahi kubur mendiang suaminya, Tuan William. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Zubir dan Raihan merenung laut mengenangkan nasib mereka yang tidak boleh turun ke laut menangkap ikan.

Pada waktu petang,contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William keluar mencari Tuan Robert yang hilang di kawasan persekitaran gua.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Aziz dan Afidah keluar ke kawasan kubu lama untuk mencari makanan.

Soalan 19

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari,bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[ 8 markah ]
Jawapan

Novel Di Hadapan Pulau memaparkan masyarakat majmuk seperti masyarakat Jawa melalui watak Dorani,masyarakat Arab iaitu Syed Fikri dan masyarakat Melayu.Manakala masyarakat dalam Putera Gunung Tahan melibatkan masyarakat orang Sakai dan masyarakat Bunian.

Masyarakat yang hidup menderita akibat perang. Contohnya dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz dan Afidah yang menghadapi masalah kekurangan makanan tetapi masyarakat dalam novel Putera Gunung Tahan hidup dengan aman.Contohnya,masyarakat Sakai yang hidup dengan aman mengikut adapt mereka tanpa ganguan penjajah.

Masyarakat yang mengamalkan kerjasama dan permuafakatan dalam novel Di Hadapan Pulau tetapi dalam novel Putera Gunung Tahan amalan kerjasama dan pemuafakatan tidak digambarkan dengan jelas.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Tok Marzuki,Dorani,Raihan dan Zubir bersama-sama membina shelter untuk menghadapi perang tetapi contoh novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu hanya bersendirian mempertahan Puncak Gunung Tahan .


Soalan 20

Huraikan tiga persamaan latar masyarakat berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari.
[ 8 markah ]

Jawapan

Masyarakat yang mementingkan pegangan agama.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan watak Perempuan Tua yang masih berpegang teguh dengan ajaran agama Islam walaupun telah lama tinggal bersama orang Sakai. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau, watak Syed Fikri yang sentiasa mendidik Aziz dan rakan-rakannya agar mengerjakan solat dan mengaji al.Quran.

Latar masyarakat yang hidup dalam zaman peperangan.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz dan penduduk di perkampungan yang menghadapi zaman kesukaran mendapat makanan dan tempat berlindung semasa peperangan.Contohnya,Watak Perempuan Tua dalam novel Putera Gunung Tahan juga terpaksa melarikan diri ke dalam hutan semasa penjajahan orang Inggeris .

Masyarakat yang baik hati.Contoh watak Perempuan Tua dalam Putera Gunung Tahan yang melayan Tuan Robert walaupun beliau tahu Tuan Robert berniat jahat .Begitu juga dengan watak Tuk Marzuki yang sentiasa baik hati terhadap Aziz dengan mengambil tahu tentang Aziz dan keinginan Aziz .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan