Contoh 11: Isu remaja/ sosiobudaya
Sekiranya pergaulan didominasi oleh akal dan nafsu yang sihat, maka pergaulan itu akan menjadi pergaulan yang baik. Akal yang sihat dan hati sanubari yang dipandu oleh nilai-nilai murni boleh membantu mewujudkan pergaulan yang sihat.
Contoh 12: Isu perpaduan
Memang tepat sekali kalau dikatakan bahawa kita kini menghadapi suatu kenyataan politik, ekonomi, sosial yang mahukan kita lebih sedar dan berfikir secara rasional. Matlamat untuk menjelmakan kedamaian, kemakmuran serta Kebahagiaan dan keharmonian terletak di tangan rakyat.
Contoh 13: Isu sosiobudaya
Baru-baru ini timbul lagi soal nilai hiburan, filem dan drama yang disiarkan di televisyen Malaysia dan nilai budaya yang dipamerkan pada papan-papan iklan awam, yang dianggap bertentangan dengan nilai budaya dan nilai moral ‘bangsa Malaysia’ atau nilai bangsa Melayu Islam di negara ini.
Contoh 14: Isu sosiobudaya
Masalah kedua ialah masalah filem dan program televisyen yang diimport dari luar negara dan imejan dan mesej yang dipamerkan melalui iklan di tempat awam. Nilai apakah yang harus kita gunakan sebagai model atau rujukan untuk mengatakan bahawa sesuatu adegan atau senario dalam televisyen atau imejan dalam iklan tidak sesuai dengan nilai budaya dan agama bangsa Melayu.
Contoh 15: Isu sosial
Kini kita perlu mengetahui secara terperinci, secara teoretikal, apa itu ‘nilai bangsa Malaysia”. Kita tahu bahawa melalui kesedaran biasa akal dan hati kita, bahawa iklan yang mendedahkan tubuh wanita untuk mempromosikan alat solek misalnya, memang salah dari segi nilai dan maruah wanita Timur .
Contoh 16: Isu remaja
Usia remaja merupakan tempoh penting yang dilalui oleh setiap orang sebelum menjadi dewasa. Dalam tempoh ini pelbagai cabaran hadir untuk menguji kekuatan jati diri. Ada kalanya cabaran ini menjerumuskan seseorang ke dalam kemelut sosial seperti terbabit dalam kegiatan jenayah.
Contoh 17: Isu pendidikan
Sebagai intiha bicara, pembentukan kumpulan belajar perlu seimbang dengan tahap pencapaian akademik pelajar di samping beberapa banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian secara komprehensif. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, sejajar dengan pembestarian sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semua warga pendidikan perlu melakukan anjakan paradigma dan mempunyai iltizam yang mapan untuk memberikan apa-apa terbaik kepada pelajar.
Contoh 18: Isu sosiobudaya
Pemaparan masyarakat majmuk di Malaysia dalam filem Melayu harus diteruskan dan diperluaskan. Mungkin dengan menonton filem seperti ini, rakyat dari negara lain dapat membuat identifikasi tentang Malaysia, sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama, dan latar belakang. Idea pemaparan atau representatif kelompok sosial dalam filem bukan sekadar paparan imej yang dilihat secara lahirian semata-mata, malah dilihat dari segi dimensi perbezaan sosial. Apatah lagi filem itu sendiri merupakan medium komunikasi yang cukup berkuasa dan berpengaruh serta begitu dekat dengan masyarakat.
Contoh 19: Isu juvana
Keganasan dalam kalangan pesalah juvenil pula boleh disebabkan oleh dadah dan juga senjata api yang senang diperoleh dalam sesebuah masyarakat, pemaparan kekerasan dan keganasan dalam media. Keadaan kemiskinan yang ekstrem, konflik keluarga, kegagalan di sekolah , sikap memberontak pada seseorang individu itu serta pengaruh negatif rakan sebaya.
Contoh 20: Isu alam sekitar
Bencana alam memaparkan tragedi yang tidak dapat dijangka. Fenomena bencana alam juga masih menjadi misteri kepada ahli sains dalam menganalisis perubahan iklim dan persekitaran bumi.
Contoh 21: Isu bahasa
Tanda-tanda budi ialah bahasa. Antara wang ringgit dengan budi, budilah yang tetap dipandang orang dan dikenang sampai mati. Gambaran tentang peri pentingnya budi ada diungkapkan dengan begitu indah dalam pantun Melayu lama seperti yang berikut:
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga;
Makan sirih mengenyang tidak,
Tanda budi dengan bahasa.
Contoh 22: Isu Pendidikan
Sebenarnya, sekolah juga dapat membantu mencegah golongan remaja daripada terjebak dalam kancah jenayah. Guru sebagai tonggak yang menunjangi system pendidikan mampu membentuk peribadi dan susila pelajar dari peringkat awal lagi.
Contoh 23: Isu Pelancongan
Sejak mutakhir ini, kerajaan telah menggalakkan pelancongan dalam negara. Justeru, usaha yang terancang dan ikhtiar yang teratur perlu dimurnikan agar citra dan identiti negara dapat direalisasikan. Di samping itu, perlu ada persefahaman, permuafakatan, bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama semua pihak. Impak sampingan yang terperi, dalam industri ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Contoh 24: Isu budi bahasa
Pelancaran ‘Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni’ pada 11 Januari 2005 yang lalu amat bertepatan dengan masa dan bersesuaian dengan tuntutan era globalisasi yang mewarnai dunia kini. Justeru, remaja seharusnya menyahut dan menyokong kempen kerajaan ini kerana mereka bakal mewarisi tampuk kepimpinan dan generasi penyumbang kebaikan ke arah menjayakan agenda negara.
Contoh 25: Isu filem
Awal 1990 hingga seterusnya, di dada akhbar harian Utusan Malaysia. Sememangnya, Festival Filem Asia Pasifik (FFAP), merupakan penanda aras kecemerlangan kualiti dan nilai seni karya filem sudah mula berubah dan bertukar tempat. Oleh yang demikian, FFAP ke-50 sepatutnya dirancang dengan teliti, dengan penuh visi dan misi, dengan ketat dan padat supaya objektif rancangan pembangunan industri perfileman Asia Pasifik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan