CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 Jun 2010

latihan TB

Menggabungkan Ayat 1
Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan ayat-ayat itu.

Iklan memainkan peranan. Peranan iklan sangat penting. Iklan mempengaruhi pengguna. Pengguna membeli barangan. Pengguna menggunakan perkhidmatan. Iklan mempunyai kuasa yang tersembunyi. Iklan mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan. Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah menjadi industri. Industri ini mendatangkan keuntungan. Industri ini cepat berkembang.

Soalan 2
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya.

(i) Tempuh – tempoh

(ii) tepuk - tepok (4 markah)

b. Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan kata atau istilah yang tidak sesuai. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan kata atau istilah tersebut.


(i) Buku undangan diedarkan kepada para tetamu selepas majlis perkahwinan.

(ii) Para pelancong tempatan tidak boleh memasuki negara ini sebelum menjalani penjagaan kesihatan.

( 4 markah )

( c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenalpasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asal.

(i) Dinegara ini, pihak berkuasa berusaha membenteras kegiatan cetak rompak yang meleluasa.
(ii) Encik Rahmat menghadiahkan pekerjanya Sofia seutas rantai
emas kerana dia amat rajin sekali menjalankan tugasnya.

( 6 markah )
( d ) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut.

1. Jalal pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
2. Nelayan tua itu sanggup mengharungi lautan untuk menangkap ikan.
3. Kereta Proton Waja telah dibeli oleh Ali pada minggu lepas.



( 6 markah )
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya.

(i) perlanggaran – pelanggaran
(ii) pekarangan -- perkarangan

(4 markah)
(b) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan kata atau istilah yang tidak sesuai. Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggantikan kata atau istilah tersebut.

(i) Kejayaan sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam perhubungan sesebuah Negara.

(ii) Gaya hidup moden yang melanda masyarakat kita dapat melunturkan nafsu kesukaralaan.
( 4 markah)
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis semula ayat-ayat berkenaan tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kaca tiga segi lutsinar itu menyebabkan pemecahan cahaya putih kepada berbagai warna skunder.

- Ibubapa tidak boleh dianggap bahawa matlamat pendidikan dimatanya untuk mendapatkan kejayaan akademik dan kebendaan sahaja

Tiada ulasan:

Catat Komen