CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL KOMSAS 1- NOVEL

Soalan 1

Latar masyarakat sangat penting dalam sesebuah karya. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 Markah]
Jawapan

Latar masyarakat dalam novel Putera Gunung Tahan ialah masyarakat yang mengamalkan adat kebudayaaan tradisional. Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau, wujud latar masyarakat yang mempercayai perkara karut .Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan Robert terpaksa mengikut adat perkahwinan orang Sakai dengan memanjat pokok semasa adat perkahwinan manakala dalam novel Di Hadapan Pulau, latar masyarakat yang mempercayai perkara karut. Contohnya, Aziz dan penduduk di perkampungan mempercayai pulau di hadapan berpuaka atau berpenunggu.

Latar masyarakat yang berbilang agama dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau sebahagian besar watak-wataknya beragama Islam contohnya, watak Perempuan Tua beragama Islam manakala Tuan Wiliam dan Tuan Robert beragama Kristian tetapi Aziz, Afidah dan Tuk Marzuki dalam novel Di Hadapan Pulau beragama Islam.

Kedudukkan latar geografinya yang berbeza iaitu latar masyarakat novel Putera Gunung Tahan berlatarkan masyarakat yang tinggal di kawasan hutan dan pergunungan.Misalnya, Ratu Bongsu menguasai dan tinggal di puncak Gunung Tahan. Manakala latar masyarakat novel Di Hadapan Pulau berlatarkan masyarakat yang tinggal di perkampungan Melayu tepi pantai seperti Raihan dan Zubir tinggal di situ dan bekerja sebagai nelayan.

Perbezaan dari segi pekerjaan masyarakat, novel Di Hadapan Pulau menggambarkan sebahagian besar masyarakatnya bekerja sebagai nelayan tetapi novel Putera Gunung masyarakatnya terdiri daripada pemerintah, penyiasat, pejuang tanah air, Tuk Batin dan juga pegawa.Contohnya Ratu Bongsu sebagai pemerintah dan Tuan Robert sebagai penyiasat dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya, Raihan dan Zubir bekerja sebagai nelayan.



Soalan 2

Bincangkankan pegangan agama yang diamalkan oleh masyarakat dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
[ 8 Markah ]
Jawapan

Latar masyarakat yang mengambil berat akan pendidikan agama.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Syed Fikri berazam untuk membantu Aziz dan rakan-rakannya mengerjakan sembahyang dan mengaji al.Quran manakala dalam novel Putera Gunung Tahan Perempuan Tua berpegang teguh pada ajaran agama walaupun telah lama tinggal bersama orang Sakai. Begitu juga dengan watak Syed Fikri yang sentiasa mengamalkan sikap jujur dalam perniagaan dengan berpandukan cara Islam.

Novel Putera Gunung Tahan memaparkan pegangan agama kristian dalam watak Tuan Robert dan Tuan William buktinya, Tuan Robert mengatakan kepada Perempuan Tua bahawa agama Kristian lebih baik berbanding agama lain.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau majoriti penduduknya beragama Islam berdasarkan amalan hidup Syed Fikri dan nama-nama watak yang terlibat.

Soalan 3

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari , huraikan persamaan-persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[ 8 markah ]



Jawapan

Kedua-dua novel ini memaparkan nilai hormat-menghormati.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan, Perempuan Tua walaupun beragama Islam dia amat menghormati kepercayaan dan adat istiadat orang sakai manakala contohnya dalam novel di Hadapan Pulau, Aziz menghormati Syed Fikri dengan bersalam dan mencium tangannya setiap kali berjumpa dengannya.

Kedua-dua novel ini juga memaparkan nilai baik hati. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu melayan kedatangan Tuan William dengan baik walaupun baginda sedar niat sebenar Tuan William manakala contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Tuk Marzuki sentiasa mengambil berat terhadap Aziz.

Kedua-dua novel ini juga memaparkan nilai taat setia.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan boleh dilihat pada watak Tuan William dan Tuan Robert yang berusaha menunaikan impian tuan mereka supaya mencari kawasan yang boleh dijadikan kawasan peranginan orang Barat manakala contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau , Joyah isteri Budin amat taat dengan suaminya, walaupun Budin tidak bertanggungjawab seperti mabuk dan berjudi
Soalan 4

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari , huraikan perbezaan-perbezaan latar masa yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[ 8 markah ]

Jawapan

Latar masa dalam novel Putera Gunung Tahan pada zaman penjajahan British manakala novel Di Hadapan Pulau ialah zaman peralihan kuasa penjajah British kepada Jepun dan zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu. Contohnya sebelum Jepun, kawasan ini dijajah oleh tentera British. Tetapi dalam novel Putera Gunung Tahan ialah pada zaman penjajahan British contohnya, nama-nama pejuang seperti Bahaman.Mat Kilau dan Mat Gajah.

Dari segi tahun dalam novel Putera Gunung Tahan, berlaku sekitar tahun dua puluhan, misalnya tahun 1926 berlaku banjir besar di Kuala Lumpur.Ketika hujan lebat Tuan Robert dan Tuan William berteduh di dalam gua. Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau, peristiwa berlaku sekitar tahun empat puluhancontohnya, tentera Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1945 iaitu peristiwa penduduk Kampung Aziz diserang Jepun.

Latar masa pada waktu malam dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi waktu pagi dalam novel Di Hadapan Pulau.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau pada waktu pagi Raihan dan Zubir berusaha untuk pergi ke laut untuk menangkap ikan.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William berasa risau akan keadaan yang berlaku kepada Tuan Robert.





Novel

Soalan 5

Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan 3 persamaan nilai murni dalam kedua-dua novel tersebut.
[ 8 markah ]

Jawapan

Persamaan nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang saya kaji ialah, nilai kasih sayang.Buktinya, dalam novel Putera Gunung Tahan ialah kasih sayang Ratu Bongsu terhadap Mem William yang berlainan agama dan bangsa.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau watak Tuk Marzuki yang menunjukkan kasih sayangnya terhadap Aziz dengan mengambil berat tentang kehidupan Aziz.

Nilai keberaniaan. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz yang berani ke kawasan kubu lama untuk mencari bekalan makanan .Watak Tuan Robert juga berani berhadapan dengan masyarakat Sakai semasa beliau ditawan oleh orang Sakai dengan mempersoalkan kepercayaan yang diwarisi oleh orang-orang Sakai dalam novel Putera Gunung Tahan.

Nilai ketabahan .contohnya, ketabahan watak Joyah yang menghadapi kerenah suaminya yang tidak bertanggungjawab dalam novel Di Hadapan Pulau.Begitu juga watak Perempuan Tua yang tabah menghadapi kesukaran semasa melarikan diri ke dalam hutan serta melahirkan Ratu Bongsu dengan bersendirian dalam novel Putera Gunung Tahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan