CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL KOMSAS 2 - NOVEL

Soalan 6

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji ,huraikan nilai pengorbanan yang terdapat dalam novel tersebut.
[ 8 markah ]

Jawapan

Nilai pengorbanan sememangnya wujud dalam kedua-dua novel yang saya kaji.Novel Putera Gunung Tahan memaparkan nilai pengorbanan melalui watak Perempuan Tua contohnya, beliau sanggup tinggal di dalam hutan bersama orang Sakai yang berlainan kepercayaan dan agama setelah beliau melarikan diri daripada penjajah Inggeris.Contohnya,pengorbanan watak Joyah yang sanggup berhadapan dengan masalah suami yang pemabuk dan tidak bertanggungjawab dengan mencari rezeki sendirian untuk menampung keperluan keluarga dalam novel Di Hadapan Pulau.

Pengorbanan dalam diri Tuan Willian juga dijadikan nilai untuk kita.Buktinya Tuan William sanggup berkorban dengan meninggalkan isteri, dan tanah air untuk mencari kawasan peranginan bagi bangsa Inggeris dalam novel Putera Gununga Tahan.Nilai pengorbanan dalam diri Tuk Marzuki yang sanggup ke Merlimau Melaka untuk mendapat bekalan makanan dan melawat saudara yang sakit walaupun terpaksa meninggalkan Afidah dalam novel Di Hadapan Pulau.

Nilai pengorbanan juga dipaparkan melalui watak Mem William yang sanggup datang ke Puncak Gunung Tahan untuk bertemu dan mengikut kata suaminya ,bersubahat dengan tentera Inggeris mengebom Puncak Gunung Tahan dalam usaha menawan Puncak Gunung Tahan.Watak Syed Fikri yang sanggup berkorban masa dan kepakaran ilmu agama dalam usaha mendidik Aziz dan rakan-rakannya menjadi seorang muslim yang baik.

Soalan 7

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajar,bandingkan nilai ketabahan yang ditekankan oleh pengarang dengan bukti-bukti yang jelas .
[ 8 markah ]

Jawapan

Nilai ketabahan dapat dibuktikan melalui watak-watak dalam novel Putera Gunung Tahan dan novel Di Hadapan Pulau.Watak Tuan William menjelaskan nilai ketabahan contoh, Tuan William tabah menghadapi kesulitan semasa berada di hutan dengan kematian Ali dan Awang serta kehilangan Tuan Robert ,beliau masih sanggup meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tahan.Ketabahan watak Joyah menghadapi kerenah suaminya(Budin) yang pemabuk dan sering memukulnya menjelaskan nilai ketabahan dalam novel Di Hadapan Pulau.

Nilai ketabahan juga dibuktikan melalui watak Perempuan Tua yang tabah menghadapi kesukaran semasa melarikan diri ke dalam hutan dan tabah melahirkan anaknya dalam keadaan bersendirian.Watak Aziz yang tabah menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan dengan mencari makanan sendirian dan tabah menghadapi nasibnya yang kehilangan ibu bapanya.

Nilai ketabahan juga dapat difokuskan dalam watak Tuan Robert.Buktinya Tuan Robert tetap tabah berusaha untuk mendapatkan gadis Sakai yang digilainya setelah dikenakan ubat cenuai.Ketabahan watak Afidah yang menerima kematian datuknya akibat terkena bom dan ketabahannya meneruskan kehidupan juga menjelaskan nilai ketabahan dalam novel Di Hadapan Pulau.



Soalan 8

Nilai baik hati perlu diamalkan oleh masyarakat kini.Berdasarkan novel yang anda pelajari, bandingkan nilai ini dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
[ 8 markah ]

Jawapan

Nilai baik hati terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan dan novel Di Hadapan Pulau.Contohnya, Ratu Bongsu melayan kedatangan Tuan William dengan baik walaupun baginda sedar niat sebenar Tuan William .Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau Tuk Marzuki sentiasa mengambil berat terhadap Aziz.

Bukti dalam watak Perempuan Tua yang baik hati menerima kunjungan Tuan Robert dengan baik hati walaupun beliau tahu Tuan Robert seorang berbangsa Inggeris.Contoh dalam novel Di Hadapan Pulau melalui watak Syed Fikri yang bersifat baik hati dengan turut berasa risau dengan kehilangan jiran-jirannya yang ditawan oleh tentera Jepun seperti Dorani dan Soerjono dan berasa gembira apabila watak tersebut dibebaskan oleh tentera Jepun.

Nilai baik hati juga dijelaskan melalui watak Kusina.Contoh Kusina dengan rela hati melayan permintaan Tuan William untuk ke Puncak Gunung Tahan walau Tuan William mempunyai niat yang tidak baik.Mat Ketong juga membuktikan nilai baik hati dengan menjaga Afidah semasa Tuk Marzuki ke Merlimau Melaka.


Soalan 9

Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan persamaan nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji.
[ 8 markah ]
Jawapan

Persamaan nilai-nilai murni yang terdapat novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan dapat dijelaskan melalui beberapa orang watak. Misalnya,nilai taat setia pada watak Tuan Robert dan tuan William yang berusaha menunaikan impian tuan mereka untuk mencari kawasan yang boleh dijadikan kawasan peranginan orang Barat.Watak Joyah iaitu isteri Budin yang amat taat setia dengan suaminya,walaupun Budin tidak bertanggungjawab seperti mabuk dan berjudi.

Nilai simpati atau belas kasihan juga boleh dilihatkan menerusi watak Ratu Bongsu yang bersimpati dengan nasib Mem William yang tercedera akibat jatuh dari kapal terbang yang terhempas dengan merawat Mem William sehingga pulih.Contohnya,dalam novel Di Hadapan PulauTuk Marzuki yang amat bersimpati dengan nasib Aziz yang sudah kematian bapa manakala ibunya pula tidak pernah ditemui.

Nilai keberanian dapat dilihat menerusi watak Tuan Robert dan Tuan William yang berani menempuh pelbagai halangan dan bahaya ketika dalam perjalanan ke puncak Gunung Tahan.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau dapat dilihat bagaimana Aziz berani menempuh dugaan-dugaan dalam zaman perang dengan berusaha mencari makanan walaupun di tempat yang bahaya iaitu di kubu lama.


Soalan 10

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari,huraikan persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[ 8 markah ]
Jawapan

Persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan ialah nilai keagamaan.Misalnya,watak Perempuan Tua yang masih berpegang teguh pada ajaran agama Islam dengan mengerjakan sembahyang dan puasa walaupun beliau telah lama tinggal bersama orang Sakai.Begitu juga dengan watak Syed Fikri yang teguh dengan amalan agama walaupun menghadapi kegetiran semasa perang serta sering menasihati Aziz dan rakan-rakannya agar menunaikan sembahyang.

Nilai kemanusiaan hormat–menghormati dapat dibuktikan melalui watak Perempuan Tua yang beragama Islam tetapi menghormati kepercayaan dan adat istiadat orang sakai dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya, novel Di Hadapan Pulau dijelaskan melalui watak Aziz yang menghormati Syed Fikri dengan bersalam setiap kali berjumpa dengannya.

Nilai kesyukuran juga dipaparkan dalam kedua-dua novel ini. Buktinya,Tuan Robert bersyukur apabila tidak diapa-apakan ketika ditangkap oleh orang Sakai malah dilantik sebagai Batin Putih dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz tetap bersyukur dengan kehidupannya yang tiada ibu dan bapa tetapi masih mempunyai seorang makcik sebagai tempat menumpang kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan