CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL KOMSAS 7 - NOVEL

Soalan 26

Huraikan persamaan perwatakan watak sampingan dalam dua novel
yang anda pelajari
[8 markah]

Jawapan

Dalam novel Di Hadapan Pulau Afidah digambarkan sebagai seorang yang tabah dan sanggup menghadapi dugaan. Contohnya,Afidah hidup dalam kesukaran terutama ketika zaman perang dan selepas kematian Tuk Marzuki. Dalam novel Putera Gunung Tahan pula Perempuan Tua dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Afidah. Ketabahannya dapat dilihat selepas suaminya meninggal, dia melahirkan anak dalam keadaan susah payah di hutan.

Persamaan lain ialah Afidah merupakan seorang yang pandai mengambil hati orang lain begitu juga dengan Perempuan Tua. Kepandaian Afidah dalam menyediakan minuman kepada Tuk Marzuki membuktikan beliau cuba mengambil hati datuknya yang dalam kerisauan. Manakala Perempuan Tua baik hati dengan melayan kedatangan dan pertanyaan Tuan Robert ketika Tuan Robert berkunjung ke pondoknya.

Sifat penyayang kedua-dua watak ini juga dapat dibuktikan apabila Afidah bersama dengan Tuk Marzuki dengan menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan datuknya. . Manakala, dalam novel Putera Gunung Tahan pula sifat penyayang ditonjolkan apabila Perempuan tetap menyayangi Ratu Bongsu walaupun beliau telah terpisah daripada Ratu Bongsu.


Soalan 27

Huraikan perbezaan perwatakan watak sampingan dalam dua novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

Jawapan

Watak sampingan yang dipilih ialah Syed Fikri dan Tuan Robert.Syed Fikri seorang yang menyayangi kanak-kanak.Contoh, Syed Fikri sentiasa mengambil berat tentang pendidikan dan keselamatan Aziz dan rakan-rakannya.Sebaliknya Tuan Robert digambarkan sebagai seorang yang bersifat mementingkan diri sendiri apabila tidak menghormati kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Sakai.

Watak Syed Fikri juga digambarkan sebagai seorang yang warak tentang ilmu dan amalan agama Islam.Sebaliknya Tuan Robert pula hanya mengatakan kebaikan agama Kristian tanpa mengamalkan.Contoh beliau memandang rendah kepada kepercayaan agama lain.

Syed Fikri juga digambarkan seorang yang baik hati. Contoh, beliau mengambil berat tentang keselamatan jirannya seperti Dorani dan Sarjono yang ditawan oleh tentera Jepun.Manakala Tuan Robert digambarkan sebagai seorang yang tamak.Contoh,beliau sanggup memujuk Perempuan Tua agar menjual kulit harimau putih dalam usahanya untuk mendapat nama dan kekayaan.



Soalan 28


Berdasarkan dua novel yang anda kaji,bandingkan peranan yang dimainkan oleh watak utama dalam novel tersebut.
[8 markah]


Jawapan

Watak utama dalam novel Putera Gunung Tahan ialah Ratu Bongsu ,manakala dalam novel Di Hadapan Pulau ialah Aziz.Peranan kedua-dua watak ini amat berbeza,apabila Ratu Bongsu ialah seorang yang berkuasa dalam pemerintahan di Puncak Gunung Tahan dengan menjaga rakyat dan puncak gunung tahan daripada dijajah oleh Inggeris tetapi watak Aziz pula tidak mempunyai kuasa pentadbiran sebaliknya hanya berjuang untuk meneruskan kehidupan semasa perang.

Ratu Bongsu berperanan sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab terhadap agama dan bangsa.Buktinya, Ratu Bongsu berusaha mengambil hati Mem William dengan keperibadiaan seorang Islam agar Mem William menerimanya sebagai seorang yang perlu dikasihi tetapi Aziz hanya berperanan sebagai kanak-kanak yang masih dibimbing untuk menjadi insan yang baik.Contohnya, Syed Fikri meminta Aziz mengerjakan solat dan mengaji Al.Quran.

Aziz juga berperanan sebagai rakan sebaya yang baik dan mengambil berat tentang keselamatan kawan.Contoh, Aziz mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan Afidah setelah Afidah tinggal seorang diri apabila datuknya meninggal dunia tetapi, Ratu Bongsu tidak berperanan sebagai rakan yang karib kepada Tuan William dan hubungan antara Ratu Bongsu dengan Kusina juga masih terbatas sebagai seorang raja dan orang suruhan.

Soalan 29

Huraikan persamaan perwatakan watak sampingan dalam dua novel yang anda pelajari
[8 markah]

Jawapan

Dalam novel Di Hadapan Pulau Afidah digambarkan sebagai seorang yang tabah dan sanggup menghadapi dugaan. Contohnya, Afidah hidup dalam kesukaran terutama ketika zaman perang dan selepas kematian Tuk Marzuki. Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan pula Perempuan Tua selepas suaminya meninggal, dia melahirkan anak dalam keadaan susah payah di hutan.

Persamaan lain ialah Afidah merupakan seorang yang pandai begitu juga dengan Perempuan Tua. Kepandaian Afidah dalam menyediakan minuman diakui oleh Tuk Marzuki. Tuk Marzuki sentiasa memuji Afidah yang pandai membuat kopi sehingga disaat kematiaannya pujian itu tetap diberikan kepada Afidah. Manakala Perempuan Tua pula pandai dalam ilmu agam dan ilmu dunia. Perempuan Tua mengajar gadis-gadis Sakai tentang agama Islam. Dia juga mengetahui ilmu-ilmu dunia kerana diajar oleh orang Sakai.

Sifat penyayang Afidah boleh dilihat ketika Afidah bersama dengan Tuk Marzuki. Dia menyayangi Tuk Marzuki dengan menjaganya dan membuat air kopi kegemaran datuknya setiap hari. Kasih sayangnya bukan sahaja terhadap keluarganya malahan dia juga menyayangi Aziz dan rakannya. Misalnya Afidah sanggup bersama dengan Aziz untuk mencari makanan dan berlindung. Untuk PuterAa Gunung Tahan pula sifat penyayang ditonjolkan melalui watak Tuan William yang amat meyayangi rakannya iaitu Tuan Robert. KetikaTuan Robert hilang Tuan William berasa susah hati dan berusaha mencari Tuan Robert. Beliau juga seringkali teringat Tuan Robert.



Soalan 30

Bincangkan perwatakan watak sampingan dalam dua novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

Jawapan


Tuan William digambarkan sebagai seorang yang mementingkan kekayaan. Beliau berusaha mengumpul kekayaan dengan datang ke Tanah Melayu atas arahan ketuanya, iaitu untuk mendapatkan tempat untuk dijadikan kawasan peranginan orang Barat.Watak Syed Fikri dalam novel Di Hadapan Pulau dilihat sebagai seorang yang sederhana kerana tidak mementingkan kekayaan semasa urusan jual beli batu akit dan minyak atar.

Selain itu Syed Fikri merupakan seorang yang alim. Beliau mengambil berat soal agama dengan dengan sering bertanyakan kepada Aziz dan rakannya sama ada mereka sudah bersembahyang atau tidak. Contohnya,Tuan William pula patuh kepada tuannya dengan berusaha untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan sebagaimana yang dikehendaki oleh ketuanya.

Syed Fikri dalam novel Di Hadapan Pulau juga seorang yang berperikemanusiaan dan tidak suka perkara-perkara negatif contohnya,beliau mengeji tindakan tentera Jepun yang menyeksa kanak-kanak dan wanita yang tidak buan erdosa manakala Tuan William tidak bertimbangrasa apabila mengutus surat agar kerajaanya menyerang puncak Gunung Tahan .



Soalan 31

Keperibadian dalam diri sesorang watak amat penting untuk menarik minat pembaca.Berdasarkan kedua-dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan dinamik dalam novel tersebut.
[ 8 markah ]

Jawapan

Watak dinamik ialah watak yang mengalami perubahan dari segi sikap ,pemikiran dan aksi.Berdasarkan watak Mem William dalam novel Putera Gunung Tahan dan Rosiah dalam novel Di Hadapan Pulau.Watak Mem William mengalami perubahan sikap daripada tidak baik kepada baik.Contoh semasa suaminya berada di Tanah Melayu dia telah menjalinkan hubungan sulit dengan pemuda lain.Sementara Rosiah digambar sebagai gadis yang pemalu dan bersopan santun kemudian berubah sikap sehingga sanggup menjual maruah diri untuk mendapatkan makanan.

Mem William juga berubah fikiran daripada menerus hasrat mendiang suaminya untuk menawan Puncak Gunung Tahan akhirnya berubah apabila beliau jatuh cinta kepada Ratu Bongsu dalam novel Putera Gunung Tahan.Contohnya,Rosiah daripada seorang wanita yang warak juga telah berubah apabila menghadapi masalah kesukaran mendapat punca pendapatan dengan menjual maruah diri kepada askar Jepun.

Perubahan tingkah laku Mem William terhadap Ratu Bongsu.Contoh , daripada seorang yang sanggup membunuh Ratu Bongsu kepada seorang yang penyayang apabila terpandang ketampanan Ratu Bongsu dalam novel Putera Gunung Tahan.Manakala Rosiah pula tanpa segan silu telah melayan tentera jepun di kubu lama yang disaksikan oleh Aziz dan Afidah dalam novel Di Hadapan Pulau.


Soalan 32

Huraikan nilai murni berdasarkan kedua-dua novel yang anda pelajari

Jawapan

Nilai kasih sayang.Contohnya watak Tuk Marzuki dalam novel di Hadapan Pulau yang menyayangi cucunya Afidah dan memuji cucunya yang telah ditinggalkan oleh ibu dan bapa. Contoh dalam novel Putera Gunung Tahan watak Ratu Bongsu yang menyayangi Mem William walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

Nilai keberanian dapat dilihat dalam kedua-dua novel ini.Contohnya Tuan Robert dan Tuan William yang berani menempuh pelbagai halangan dan bahaya ketika dalam perjalanan ke puncak Gunung Tahan. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau dapat dilihat bagaimana Aziz berani menempuh dugaan-dugaan pada zaman perang dengan berusaha mencari makanan walaupun di tempat yang berbahaya iaitu di kubu lama.

Nilai simpati atau belas kasihan dalam kedua-dua novel ini.Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu yang bersimpati dengan nasib Mem William yang tercedera akibat jatuh dari kapal terbang yang terhempas dengan merawat Mem William sehingga pulih.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau , Tuk Marzuki amat bersimpati dengan nasib Aziz yang sudah kematian bapa manakala ibunya pula tidak pernah ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Komen