Soalan 21 hingga 29
Isikan tempat-tempat kosong yang berikut dengan memilih kata yang paling sesuai.
21 “___________ gering,” kata bendahara kepada Hang Tuah
A Baginda
B Beta
C Patik
D Tuanku
22 Rumah ini lebih besar _____________ rumah itu
A dari
B daripada
C seperti
D oleh
23 Amin ____________ di lantai kerana ditolak oleh abangnya
A terjunam
B terperosok
C tersungkur
D terjelepok
24 Kakak _____________ lantai yang kotor itu dengan air sabun
A menyimbah
B menggosok
C merendam
D merenjis
25 Terharu sungguh saya tatkala melihat orang tua itu ____________ mengayuh basikalnya.
A tersengguk-sengguk
B terbongkok-bongkok
C terkial-kial
D terkebil-kebil
26 Tukang masak itu ____________ daging lalu memasukkanny ake dalam kuali.
A memangkas
B mengerat
C mencencang
D memotong
27 Tugas sebagai _____________ di radio bukan hanya memberikan hiburan tetapi juga menyampaikan maklumat kepada para pendengar
A juruhebah
B jurucakap
C jurugambar
D juruulas
28 Setiap hari kami _____________ di halaman rumahnya.
A lalu-lalang
B berduyun-duyun
C pindah randah
D bersimpang-siur
29 Pengarah syarikat tersebut mendapt ___________di Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan
A gaji
B ijazah
C pendidikan
D persekolahan
Soalan 30 hingga 39
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika tedapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan, dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan
30 Dalam masyarakat majmuk, sikap saling menghormati antara kaum penting bagi mengekalkan perpaduan. Tiada kesalahan
31 Mak Leha menjinjing bakul yang berisi sireh itu di atas kepalanya. Tiada kesalahan
32 Bagi menghubungkan kedua-dua kawasan itu, sebuah lebuh raya akan dibina tidak lama lagi. Tiada kesalahan
33 Pihak polis akhirnya berjaya memberkas keenam orang banduan yang melarikan diri. Tiada kesalahan.
34 Pegawai itu menerangkan tentang cara-cara memproses kelapa sawit kepada kami. Tiada kesalahan
35 Kebanyakan para peserta yang mengambil bahagian berumur dalam lingkungan dua puluhan. Tiada kesalahan.
36 “Kita akan mencuba melakukan yang terbaik, cikgu,” kata ketua pasukan bolasepak itu kepada jurulatihnya. Tiada kesalahan
37 Usaha meletakkan batu asas itu dilakukan oleh pegawai daripada Jabatan Kajibumi. Tiada kesalahan
38 Munirah agak-agak untuk masuk ke rumah itu kerana dia tidak menerima undangan. Tiada kesalahan
39 Selain daripada memancing ikan, Zahar gemar juga bermain catur dan menonton televisyen. Tiada kesalahan.
Soalan 40 hingga 45
Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D
40 Pemuda yang berbaju merah itu mempunyai banyak wang.
A Mempunyai wang banyak
B Punyai wang yang banyak
C Banyak mempunyai wang
D Mempunyai banyak wang
41 “Budak itu siapakah?” Ramli bertanya kepada Hassan.
A Siapa budak itu.
B Apakah budak itu.
C Siapakah budak itu.
D Budak siapakah
42 Sedangkan kereta yang buruk itu tidak mampu saya beli apatah lagi kereta yangbesar itu.
A tidak mampu dibeli oleh saya namun
B tidak mampu saya beli bahkan juga
C tidak mampu saya beli walaupun
D tidak mampu saya beli apatah
43 Dia berada di pulau Langkawi dari dua hari yang lalu
A daripada dua hari yang lalu
B sejak dua hari yang lalu
C pada dua hari yang lalu
D dari dua hari yang lalu
44 Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung.
A daripada ayahnya di kampung
B daripada ayahnya ke kampung
C dari ayahnya ke kampung
D dari ayahnya di kampung
45 Amin segera pergi mandi bila bapa pulang dari pejabat.
A bila bapa pulang daripada pejabat
B apabila bapa pulang dar ipejabat
C apabila bapa pulang daripada pejabat
D bila bapa pulang dari pejabat
Soalan 46 hingga 50
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
46 Cadangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur akan diberitahukan kepada Guru Besar.
A Guru Besar akan membincangkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.
B Guru Besar akan dimaklumkan mengenai cadangan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.
C Guru Besar belum memberikan sebarang keputusan tentang cadangan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur
D Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur akan dicadangkan Guru Besar
47 Mangsa-mangsa yang ditempatkan di petempatan sementara itu telah pulang ke rumah masing-masing apabila banjir telah surut
A Petempatan sementara menjadi tempat tinggi bagi mangsa-mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut.
B Setelah keadaan pulih, mangsa-mangsa banjir yang tinggal di petempatan sementara itu, pulang ke rumah masing-masing
C Mangsa-mangsa banjir akan ditempatkan di petempatan sementara sebelum pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih
D Hanya mangsa-mangsa banjir yang pulih yang akan pulang ke rumah masing-masing setelah tinggal di petempatan sementara
48 Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, seseorang itu harus rajin dan sanggup bekerja keras.
A Seseorang itu mesti bekerja keras serta rajin untuk memastikan kejayaan dalam bidang perniagaan.
B Dalam bidang perniagaan, seseorang itu sentiasa rajin dan sanggup bekerja keras.
C Orang yang berjaya dalam dunia perniagaan ialah orang yang mempunyai sifat rajin dan sanggup bekerja keras saja.
D Seseorang itu akan bekerja keras dan rajin agar maju dalam bidang perniagaan.
49 Sudah hampir dua jam Nina dan Lina menunggu Hashim, tetapi bayangnya pun masih belum kelihatan.
A Nina dan Lina menunggu Hashim selama dua jam tetapi hanya bayang Hashim yang kelihatan.
B Nina dan Lina menunggu bayang Hashim selama dua jam tetapi masih belum kelihatan.
C Walaupun sudah dua jam Nina dan Lina menunggu Hashim, namun dia masih belum kelihatan.
D Setelah dua jam menunggu, Lina dan Nina masih belum menemui bayang Hashim.
50 Walaupun pernah gagal dalam peperiksaan, Harun tidak pernah berasa serik untuk terus mencuba.
A Harun terus mencuba sekalipun berasa serik kerana pernah beberapa kali gagal dalam peperiksaan.
B Harun akan berasa mencuba sekiranya terus gagal dalam peperiksaan
C Setiap kali gagal dalam peperiksaan, Harun akan berasa serik untuk mencuba
D Harun tidak pernah berputus asa sebaliknya terus mencuba walaupun pernah gagal dalam peperiksaan
Soalan 51 hingga 55
Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
51 I Bunga itu kelihatan amat cantik apabila kembang
II Pak Karim memanaskan kepingan besi itu hingga kembang
III Kembang hatinya apabila mendengar berita yang menggembirakan itu
IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembang.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
52 I Setelah hampir senja barulah hujan reda
II Kemarahan ayah reda sedikit setelah mendengar penerangan kakak
III Idayu reda dengan nasib malang yang menimpa dirinya
IV Demamnya reda selepas dia makan ubat itu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
53 I Pasangan pengantin itu sama padan
II Ibu memasukkan daun padan ke dalam bubur itu
III Baju yang dibeli oleh ayah tidak padan dengan badan saya
IV “Padan dengan muka kamu,” kata Kim kepada Siva
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
54 I Bekalan elektrik terputus ketika Dahlia sedang mengulangkaji pelajarannya
II Encik Jiman membina sebuah rumah yang sedang sahaja besarnya
III Bagaimana saya hendak membantu anak yatim itu sedang saya sendiri pun serba kekurangan.
IV Sedang hadirin khusyuk mendengar ceramah yan gakan disampaikan oleh Encik Lai.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
55 I Ramesh diberi tugas menaikkan bendera sewaktu perhimpunan pagi itu
II Tengku Jamil telah menaikkan takhta selepas kemangkatan ayahanda
III Kejadian itu telah menaikkan kemarahan penduduk kampung Sentosa
IV Kerajaan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup rakyat
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
Soalan 56 hingga 60
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
56 I Tidak terangkat oleh saya guni yang berisi beras ini
II Sejak tadi, dia asyik menyebut nama ibunya
III Dia masih dalam ingatan saya walaupun telah lama kami tidak bersua
IV Gaji bulanannya tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka berdua
A I dan III sahaja
B I, II dan III sahaja
C II, III dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
57 I Jumlah kehadiran murid-murid dalam mesyuarat itu amat mendukacitakan
II Pisang goreng itu rangup dan sedap
III Ketua Pengawas menaiki bendera dalam perhimpunan itu
IV Antara kita berdua, siapakah yang paling layak?
A I dan III sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
58 I Masih diingat oleh saya peristiwa sedih itu
II Jangankan membawa kereta mahupun basikal dia tidak tahu
III Lama lagikah mereka akan tinggal di rumah itu?
IV Hanya Alin yang mengetahui rahsia kita bertiga
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
59 I Keindahan Pulau Kapas tidak asing lagi kepada masyarakat setempat walaupun luar negeri
II Janganlah suka memperkata hal orang lain sementara orang itu tidak tahu
III Tidak kira tua atau muda, semuanya berkumpul untuk meraikan perayaan itu
IV Mereka yang diundang sahaja yang berpeluang menyaksikan pertunjukkan muzik itu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
60 I Eh, banyaknya orang berkumpul di hadapan rumah kita
II Encik Johari akan melawat ke Jepun selama beberapa minggu
III Kenyataannya mengenai perkara itu meragukan orang ramai
IV Kian benar kian tidak ceritanya itu
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan