CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 7 Februari 2021

PERANG DINGIN

 

Bagaimanakah Perang Dingin telah mencetuskan konflik dunia sehingga ke hari ini?

Perang Dingin yang tercetus sejak tamatnya Perang Dunia Kedua walaupun dikatakan tamat pada tahun 1989 dengan runtuhnya sistem komunis Soviet Union, namun pada pendapat saya masih belum reda. Sebagai contohnya dalam perlumbaan teknologi ke angkasa lepas oleh Amerika dan Rusia, perang teknologi antara Amerika dan China kini dan perang di dunia Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia. Konflik ini boleh dilihat terus berlaku dari segi politik,ekonomi dan sosial

Dari segi politik, konflik antara Amerika Syarkat dengan Soviet Union masih berterusan. Sebagai contohnya konflik perang di Agfanistan,Syria, Iran dan dunia Islam lain.Kuasa besar seperti Amerika masih terlibat dalam berlumba senjata dengan membekalkan senjata dan kewangan kepada satu pihak dan satu pihak lain pula disogok oleh Rusia. Konflik ini juga memberi kesan kepada dunia Islam.

Begitu juga dalam Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi, antara ideologi komunisme diterajui oleh Soviet Union dan China di Korea Utara dengan ideologi demokrasi ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan pemerintahan demokrasi di Korea Selatan untuk terus bertahan dan bertapak. Konflik ini memberi kesan kepada negara-negara di Asia juga.

Dalam bidang ekonomi, kenaikan tarif oleh Amerika terhadap barangan dari China dan China turut mengenakan cukai tambahan sebanyak lima peratus ke atas minyak mentah Amerika menjerumus dalam perang perdagangan antara dua ideologi yang berbeza ini.

Begitu juga dari segi teknologi komunikasi , tindakan Amerika Syarikat yang bertindak melalui syarikat ikoniknya , Apple mencabar kehebatan teknologi China Huawei meninggalkan kesan kepada pengguna teknologi ini di seluruh dunia.

Bak kata bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pergeseran perdagangan China-AS ibarat ‘gajah sama gajah lawan, rumput mati di tengah-tengah’. Konfrontasi saling merugikan serta mempengaruhi keadaan ekonomi dunia.

Dalam bidang sosial jika dilihat kini, Amerika Syarikat masih menekan terhadap China yang dahulunya berideologi komunis sehingga dikhuatiri kedua-dua negara 'berada di ambang perang dingin baharu'. Contohnya ketegangan berkaitan isu COVID-19 dan status Hong Kong. Menteri Luar China, Wang Yi mendakwa isu covid membuka peluang Amerika untuk memburuk-burukkan China.

Tegasnya, perang dingin selepas Perang Dunia Kedua ini sebenarnya masih lagi mencetuskan konflik dunia dan boleh bertukar menjadi Perang panas suatu Ketika nanti jika tidak dibendung.

Tiada ulasan:

Catat Komen